Sempena Hari Raya Aidil Fitri 1428, Lujnah Kebajikan Pas Kawasan Bagan Datoh dengan kerjasama Dewan Pemuda dan Muslimat Pas Bagan Datoh telah menjalankan program sumbangan Hamper Hari Raya kepada golongan yang memerlukan di sekitar Parlimen Bagan Datoh.Hasil sumbangan ahli-ahli dan penyokong Pas Kawasan Bagan Datoh, Program ini berjaya mengumpulkan 195 buah hamper yang berisi barang-barang asas untuk persiapan

Hari Raya yang disampaikan sendiri oleh YDP Bagan Datoh Ust Misbahul Munir Masduki yang juga Ketua Penerangan Pas Perak dan Setiausaha Penerangan PAS Pusat. Pas Bagan Datoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tersebut.








