Tuesday, 26 February 2008
Unit Amal Terus Beramal
Mereka adalah pelaksana kepada konsep 'Sami'na wa ata'na' yang dizahirkan dalam program-program usrah berkala.
Mereka ibarat pemuda-pemuda 'Ashabul Kahfi' yang bukan sahaja memiliki jati diri dengan agama yang kental, malah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan sanggup menjadi perisai kepada pemimpin yang terdedah kepada semburan 'water cannon' dalam mana-mana demonstrasi.
Ketaatan kepada pimpinan yang cukup tinggi menjadikan para petugas 'Unit Amal Malaysia' seluruh negara disegani kawan dan lawan, malah mendapat pengiktirafan daripada pelancong dan pemuda-pemuda kaum lain seperti pada perhimpunan Bersih 10 November 2007 lalu.
Negara amat bertuah memiliki para pemuda seperti pasukan Unit Amal Malaysia yang menunjukkan prestasi dan disiplin tinggi dalam menjalankan tugas apabila diperlukan perkhidmatan mereka.
Ini terbukti pada hari penamaan calon 24 Februari lalu di seluruh negara, membuktikan kesediaan mereka untuk bekerja seawal pagi setelah selesai menunaikan solat Subuh untuk ke lokasi seperti yang telah ditentukan oleh ketua masing-masing.
Rakyat seluruhnya dahagakan peranan dan khidmat mereka bagi memastikan kelancaran hari pembuangan undi yang akan berlangsung pada 8 Mac 2008 nanti
Sunday, 24 February 2008
USTAZ MISBAH CALON PAS N53 RUNGKUP
PAS Bagan Datoh sekali lagi mempertaruhkan Ustaz Misbahul Munir Masduki sebagai calon bagi N 53 Rungkup bagi menentang calon BN Shaarani Mohamad. Ustaz Misbahul Munir merupakan Yang Dipertua PAS Bagan Datoh merangkap Ketua Penerangan PAS Perak dan Setiausaha Penerangan PAS Pusat.
BIODATA CALON N. 053 RUNGKUP
Nama : Mohd Misbahul Munir Hj Masduki
Lahir : 01.06.1963
Umur : 45 tahun
Isteri : Jamidah Bt Sandang
Seorang Guru Siswazah
Anak : 7 orang
Pendidikan :
Rendah : Sekolah Kebangsaan Sg. Tiang Darat, Bagan Datoh
Menengah
1. Sek Men. Tun Abd Razak Selekoh
2. Madrasah Sulamiah, Bunut Payong Kota Bharu, Kelantan
3. Ma’ahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Institut Pengajian Tinggi
1. Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Islam, Universiti Malaya (1987)
2. Diploma Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim (1990)
3. Master Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (2004)
Pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan :
Guru di Sekolah Menengah Tun Abd Razak, Selekoh (1990-1991)
Guru di Sekolah Menengah Seri Muara, Bagan Datoh (1992-1999)
Guru di Sekolah Menengah Agama Al Ulum As Syar’iyyah, Batu 20 (2000-2004)
Pencapaian terbaik sepanjang dalam perkhidmatan :
Guru Cemerlang SMK Seri Muara Bagan Datoh pada tahun 1998
Johan Debat Guru Malaysia pada tahun 1995 dan 1997
Pemidato terbaik Debat Guru Malaysia negeri Perak tahun 1995 dan 1997
Pengalaman dalam Ngo dan pertubuhan lain yang pernah disertai
Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia
AJK Sekretariat Pemuda Islam Asean (AMSEC)
Anggota Rela Platun Taman Bagan Pasir
Naib Pengerusi PIBG SRK Khir Johari, Sg. Sumun
Pengalaman lain
Menyertai Misi Kemanusiaan di beberapa buah negara yang ditimpa musibah
Menyertai seminar-seminar peringkat Asean di Bogor, Jakarta dan Medan
Pemantau perjalanan pilihanraya Presiden di Indonesia
Delegasi dan tetamu kehormat Pak Hamzah Haz (Naib Presiden Indonesia)
Menyertai seminar dan latihan pergerakan pelajar di Jepun, Pakistan, UK, Jordan dan Mesir.
Kegiatan amal
Menjadi tenaga penceramah dan pendakwah di Masjid, Surau dan sekolah-sekolah.
Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia
Pengalaman dalam parti :
Ketua DPP Kawasan Tapah (1987-1989)
Setiausaha DPP Perak (1993 – 1997)
Ketua DPP Kawasan Bagan Datoh (1991 – 1997)
Ketua DPP Perak (1997 – 2003)
Naib Ketua DPP Pusat (2003 – 2005)
Ketua Penerangan PAS Perak (2005 – 2008)
YDP Kawasan Bagan Datoh (2005 – 2008)
Setiausaha Penerangan PAS Malaysia (2007 – 2008)
Jawatan dalam parti sekarang
Setiausaha Penerangan PAS Malaysia
Ketua Penerangan PAS Perak
YDP PAS Kawasan Bagan Datoh
Pekerjaan sekarang
Aktivis PAS sepenuh masa
Thursday, 21 February 2008
pendidikan percuma kepada rakyat malaysia( nukilan zahid hamidi)
-- Kerajaan menekankan pendidikan percuma bagi semua dengan yuran tahunan sekolah dan yuran peperiksaan utama seperti PMR, SPM dan STPM dimansuhkan.Dengan pendidikan asas di negara ini begitu murah sekali, mereka yang berpendapatan rendah di kawasan luar bandar, mereka yang berpendapatan sederhana dan mereka dengan bilangan anak yang ramai pastinya beruntung.Berkuatkuasa 2008, skim pinjaman buku teks percuma dilanjutkan kepada semua tidak kira pendapatan bersih keluarga dan bilangan anak mereka.Ini bermakna pada tahun ini sahaja 5.7 juta pelajar akan menikmati kemudahan buku teks percuma. Oleh itu, tiada alasan bagi mana-mana ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sehingga mereka menamatkan pengajian di peringkat menengah.Dalam kes-kes khas, pelajar-pelajar miskin juga diberi bantuan untuk membeli pakaian seragam sekolah serta keperluan lain.Kerajaan melakukan segala yang boleh untuk memastikan rakyat Malaysia muncul sebagai warga berpendidikan, iaitu lambang sebuah masyarakat berpengetahuan dan buta huruf hanya tinggal sejarah.
BANTUAN MAKANANMenyedari bahawa kanak-kanak daripada isi rumah miskin tidak seimbang pemakanannya, kerajaan telah memperkenalkan program makanan berzat di sekolah-sekolah terpilih.Sekali lagi makanan adalah percuma dan oleh itu murid-murid yang cergasakan menimba ilmu dengan lebih mudah.Bagaimanapun, kemurahan hati kerajaan tidak terhenti di situ sahaja. Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan PMR diberi segala peluang untuk meneruskan pendidikan di sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pendidikan atau MARA.Kerajaan telah menyediakan bilangan universiti dan kolej yang mencukupi bagi mereka yang berminat meneruskan pengajian. Sektor swasta juga telah membuka kolej-kolej untuk melengkapkan lagi peluang-peluang pendidikan.Siswa-siswi di institusi-institusi pengajian tinggi ini, awam atau swasta,tidak perlu bimbang akan kedudukan kewangan mereka memandangkan pelbagai bantuan kewangan dihulurkan oleh agensi-agensi seperti MARA dan Petronas.Pelajar-pelajar yang cemerlang ditawarkan biasiswa untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat tempatan dan di luar negara sementara yang lain boleh memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mereka boleh mula membayar balik selepas mula bekerja.
PELAJAR HARUS BERTERIMA-KASIHMungkin tiada negara lain di dunia yang mensubsidi pendidikan seperti Malaysia. Para pengasas negara mahu melihat kemunculan sebuah masyarakat yang celik dan pandai menilai di Malaysia dan itu telah dicapai.Pendidikan percuma hingga ke peringkat menengah sinonim dengan negara-negara maju, tetapi dalam kes Malaysia ia dicapai walaupun semasa di peringkat membangun lagi.Para pelajar adalah aset negara. Mereka merupakan tenaga kerja masa depandan penyumbang bagi pembangunan. Oleh itu adalah wajar mereka disediakan dengansegala kemudahan untuk menimba ilmu dan memperkayakan diri dan negara
Thursday, 14 February 2008
Panduan calon & petugas hadapi pilihan raya
Ketua Dewan Ulama PAS Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi berkata amalan ini sangat penting supaya calon-calon PAS dapat memantapkan keimanan,ketaqwaan dan akhlak seterusnya memberi kemenangan besar kepada PAS di seluruh negara dalam pilihan raya umum ini.
"Dalam pilihan raya ini pelbagai anasir tidak sihat muncul seperti khianat, sabotaj dan tindakan provokasi yang boleh mengundang kecelakaan.
"Oleh itu tiada ada jalan lain melainkan berdoa supaya Allah lindungi kita. Allah sahajalah yang jaga kita,"katanya ketika dihubungi Harakah.
Amalan-amalan itu juga katanya dapat membersihkan jiwa calon-calon PAS supaya sentiasa bermuhasabah, mendekatkan diri pada tuhan serta masyarakat termasuk menghindari daripada terlibat kepada perkara-perkara tidak baik yang boleh menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya nanti.
Beliau juga mahu calon-calon serta petugas-petugas menunjukkan tauladan dan keperibadian yang baik kepada para pengundi di samping terus komited kepada tuntutan agama.
"Kita berusaha dan berserah pada tuhan. Itu sahaja kemampuan kita jika nak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang pakai macam-macam muslihat untuk menang termasuk menggunakan wang,"
Bagi para petugas dan pengundi, Ustaz Mohamed menyatakan segala gerak kerja dan usaha yang dilakukan bagi memastikan kemenangan perjuangan Islam akan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah.
"Jika kita pilih dan beri undi kepada orang yang buat kerja karut serta merosakkan agama Islam, kita akan mendapat balasan dosa.
"Usah susah hati, sama ada menang atau kalah segala yang kita lakukan bukan sia-sia tetap mendapat ganjaran pahala," katanya yang memberi semangat kepada pengundi dan petugas parti.
Beliau turut memberi amaran bahawa dalam al-Quran turut menyebut perihal manusia yang salah guna wang yang bermaksud:"Selepas mereka membelanjakan wang ke jalan yang bukan Islam...ia akan menyesal di hari akhirat."
"Undilah PAS kerana dasarnya yang jelas iaitu Islam dan bukan parti lawan yang berjuang demi kebendaan," katanya.
Dalam pada itu Dewan Ulama PAS katanya telah membekalkan panduan amalan dan doa-doa pilihan kepada calon-calon dan para petugas untuk diamalkan sepanjang masa sebagai pencetus semangat khususnya menjelang tempoh kempen dan saat pilihan raya umum nanti.
PPD Hilir Perak ugut guru
Demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua PAS kawasan berkenaan, Misbahul Munir Masduki, dalam satu perjumpaan dengan wartawan Harakah di sini Ahad lalu.
Menurut beliau, amaran yang dikeluarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah itu dibuat ketika beliau berucap dalam satu majlis di sebuah sekolah di kawasan DUN Rungkup.
Selanjutnya Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak itu dikatakan telah mengerluarkan arahan lisan kepada pengetua sekolah menengah dan guru besar sekolah rendah di kawasan itu supaya menjemput calon-calon BN merasmikan sebarang aktiviti atau majlis di sekolah terutamanya termasya sukan sekolah.
"PAS Kawasan Bagan Datoh cukup kesal dengan ugutan dan arahan lisan oleh PPD Hilir Perak yang ternyata menyokong BN," ujar beliau.
Sikap PPD daerah itu yang hanya 'membisu' terhadap guru-guru yang menyokong BN tetapi memberi amaran keras kepada guru-guru yang menyokong pembangkang amat tidak wajar, katanya.
"Mengapa guru-guru yang menyokong dan aktif dalam parti pembangkang sahaja yang akan diambil tindakan, tetapi tidak bertindak ke atas guru-guru yang menyokong BN sedangkan mereka juga guru dari kategori A," ujar beliau.
PAS kawasan Bagan Datoh, katanya lagi, boleh membuktikan sudah sekian lama PPD tersebut memegang jawatan dalam parti peringkat bahagian, termasuk juga beberapa orang pengetua dan guru besar bergiat cergas dalam Umno.
"Kalau guru-guru berkenaan boleh menyokong dan aktif dalam Umno, mengapa pula guru-guru lain tidak boleh menyokong dan aktif dalam parti politik pembangkang, sepatutnya jika larangan bergiat dalam parti politik, ianya mestilah selaras, bukan hanya hanya mereka yang menyokong pembangkang sahaja," katanya.
Sehubngan itu beliau mencabar PPD daerah itu agar meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket BN, bukannya berselindung di sebalik jawatannnya untuk menunjukkan kuasa terhadap guru-guru yang menyokong parti pembangkang. - mns
Bersediakah PAS memikul hasrat rakyat?
Program kebajikan yang meredah dan menembusi segala macam dinding dan tembok pemisah, yang didokong oleh keadilan dan semangat pengagihan tulen berjaya meletakkan PAS semakin popular degan masyarakat bukan Islam/ melayu berbanding dengan dahulu. Maka perlukah lagi PAS kepada pakatan pakatan yang akhirnya merugikan bukan sahaja mileage politik PAS, malahan rakyat secara keseluruhannya?
Tanpa menafikan persepakatan politik perlu di dalam membina kerajaan alternatif, terutamanya di dalam negara kita yang tidak mengamalkan perwakilan berkadar (proportionate representation), persoalan ini elok rasanya dikupas di dalam menghadapi segala macam dilema dan sikap tidak profesional sesetengah pihak yang hanya melihat aspek fizikal kepada proses perubahan iklim politik yang cuba dibawa di negara kita. Sedangkan PAS melihat aspek fizikal dan spiritual sebagai gugusan kunci penyelamat dan pembuka pintu kejayaan sebenar rakyat. Kuncinya sudah ada, namun usaha untuk menyedarkan rakyatlah, yang ini satu satunya jalan dan pintu menuju kebahagiaan, yang perlu digarap oleh kepimpinan PAS sekarang dan akan datang. Dengan itu, pihak lain yang sepatutnya akan datang dan berhajat kepada PAS. Formula ini perlu dicari.
Proses kebangkitan rakyat tidak mengenal jaringan politik, kefahaman dan ideologi. Yang melekat di kepala adalah keadilan, keselesaan dan kestabilan. Kerajaan Islam Madinah contohnya, berjaya bertapak sedangkan orang Islam merupakan minoriti pada peringkat awalnya. Rakyat inginkan mereka yang dapat menghargai mandat yang diberikan. Anak manakah yang tidak mengaku bapa selagi tidak dilayan secara kasar oleh bapanya. Tidak diherdik dan dimaki, apatah lagi bila si ayah sentiasa mengaku dialah satu satunya ayah. Tiada yang lain melainkan dia.
Benarkah si ayah itu tidak bermain kasar degan anaknya? Betulkah si ayah itu tidak menyusahkan anaknya? Si anak tidak dapat menilai karenah ayah kerana ayah kelihatan baik. Tapi jika diketahui ayah itu sebenarnya jahat, dan ada ayah yang lebih baik yang boleh mereka menumpang kasih, tidakkah mereka ingin memiliki ayah sedemikan?
Namun, adakah ayah lain buat anak menumpang kasih? Bukan setakat dilihat lebih baik tetapi terbukti menjalankan tugas sebagai seorang ayah, seorang jiran dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab, seorang suami,anak dan menantu yang boleh dijadikan contoh.
Malaysia adalah negara majoriti umat Islam yang kerap kali menjadi rujukan negara Islam yang lain. Kejayaan mentadbir masyarakat majmuk dengan baik dikatakan satu contoh yang cukup baik dan mendapat pujian dari pelbagai pihak. Pemimpin Malaysia teutamanya Tun Dr Mahathir dipuji melangit oleh masyarakat Islam sedunia. Pak Lah sebagai Perdana Menteri yang menggantikan beliau mendapat tempias pujian dan rekod baik yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir.
Beliau bakal menyerahkan tugas Pengerusi OICnya kepada pemimpin lain tidak lama lagi. Akan bergemerlapankah lagi nama negara? Akan disebut sebutkah lagi kehebatan Malaysia selepas ini? Formula untuk terus mendapat pengiktirafan ini sebenarnya tidak ada pada Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO melalui kerajaan BN yang dibentuk. Sudah silih berganti formula untuk menggandingkan Islam, UMNO dan Malaysia. Semuanya tidak membawa apa apa melainkan kegagalan. Semuanya tertanggung oleh rakyat.
Kepesatan pembangunan negara tidak menjanjikan kebahagiaan rakyat. Rekod jenayah di bawah Pak Lah dengan pembawaaan Islam Hadharinya tidak menjanjikan apa apa melainkan kenaikan yang lebih parah. Pelbagai kebobrokan dan salah laku pemimpin yang didedahkan hanya menempuh diinding konkrit. Modal Insan hanya tinggal modal haiwan yang merungsingkan ibu bapa, dan rakyat secara keseluruhannya.
Kerajaan PAS Kelantan degan rekod bersihnya perlu menjadi tilikan dan perhatian rakyat. Negara kebajikan yang menjadi anchor/ kerangka kepada manifesto PAS perlu dihadamkan dengan sebaiknya untuk tatapan rakyat. Dengan kecemerlangan pemerintahan yang bakal diteruskan oleh kerajaan PAS Kelantan selepas PRU ke 12 ini, PAS perlu mencari formula untuk menjadi pilihan rakyat pelbagai kaum, menjadi harapan untuk membawa negara ke pentas dunia degan penuh kemuliaan dan segala penghormatan.
http://forumpemuda.wordpress.com/








