Friday, 26 September 2008

Iftar Jamaie DPPN Zon Selatan di Selekoh

Majlis berbuka puasa bersama pimpinan pemuda negeri bersama DPPK zon selatan telah diadakan di Markas PAS Selekoh, Bagan Datoh. Majlis bermula pada jam 6.45 petang dengan tazkirah dan tahlil seterusnya iftar bersama-sama.
Selepas Solat Maghrib tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah bin Awang, iaitu Ketua DPPK Teluk Intan, manakala imam tarawikh ialah Ustaz Hasnizam Hassan. Sesi dialog bersama pimpinan negeri diadakan selepas Solat Isyak dan Solat Tarawikh. Antara pimpinan negeri yang turut hadir ialah Ustaz Zawawi iaitu timbalan ketua pemuda dan Sdr Zamarul Aini, iaitu pengarah Unit Amal negeri perak.
Seramai 80 orang peserta telah menghadiri program tersebut yang terdiri dari DPPK Teluk Intan, DPPK Lumut, DPPK Pasir Salak, DPPK Bagan Datoh serta pemuda cawangan-cawangan Bagan Datoh.
Antara tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan ukhuwah, ziarah, menyampaikan program semasa negeri, mendapat maklumat terkini disamping dapat berkenal-kenalan dan melihat perkembangan keahlian pemuda kawasan semasa. semoga program ini mendapat kebaikan dan keberkatan . Amin.

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008