Friday, 31 October 2008

Pejuang dalam Kenangan

Dr. Abdul Aziz al-Rantissi : 

Doktor Kanak-kanak Yang Digeruni Rejim Zionis

“Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache”.

Siapakah manusia yg begitu berani memperlekehkan kecanggihan helikopter Apache ini ?

Nama Syeikh Ahmad Yassin bukanlah satu nama yang asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu Palestin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa selepas Haji Amin al-Husaini, beliaulah merupakan tokoh perjuangan kemerdekaan bagi rakyat Palestin. Tanpa mengenepikan Yasser Arafat yang lebih dikenali sebagai tokoh perjuangan Palestin di mata dunia, ternyata Syeikh Ahmad Yassin telah membuktikan kepada Allah, kepada rakyat Palestin dan juga kepada masyarakat dunia, bagaimana ikhlasnya beliau memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan juga Masjid al-Aqsa dengan mempertaruhkan nyawanya. Hasilnya beliau telah menemui apa yang dicita-citakannya selama ini pada 22 Mac 2004 apabila beliau syahid dibunuh oleh komando-komando rejim Zionis dengan tiga buah roket yang telah mereka lancarkan ke arahnya.

Dr Aziz yang digeruni rejim Zionis telah meninggalkan kita. Kenapa kita masih berpeluk tubuh dan tidak mengambil peduli isu Palestin ?
Nama Syeikh Ahmad Yassin tidak akan lengkap tanpa digandingkan dengan tokoh seperjuangannya. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Dr. Abdul Aziz al-Rantissi. Sebagai timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin di dalam gerakan HAMAS, beliau juga dilihat sebagai tokoh perjuangan rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Berikut adalah serba sedikit profil mengenai tokoh yang telah mengatakan : “Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. JIka saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache”. Beliau telah mendapatkan apa yang beliau hajati!

Biografi ringkas

Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23 / 10 / 1947 di sebuah kampung bernama Binaa yang terletak di antara Asqalan dan Jaffa di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian Khan Yunus bersama para puluhan ribuan pelarian yang lain, pada waktu itu umurnya hanya berusia enam bulan. Di perkhemahan tersebutlah beliau membesar bersama sebelas orang adik beradiknya yang lain (sembilan lelaki dan dua orang perempuan).

Dynamic Duo Dalam Kenangan
Pendidikannya

Sebagai seorang yang mempunyai otak yang cerdik beliau amat cemerlang di dalam pembelajarannya. Ketika baru berusia enam tahun sahaja beliau telah memulakan persekolahannya di salah sebuah sekolah di kawasan perkhemahan tersebut. Di usia sebegini muda juga beliau terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan keluarganya yang besar dan miskin dan juga kehidupan mereka yang amat perit di kawasan perkhemahan yang serba daif. Pada tahun 1965 beliau telah menamatkan pembelajaran menengahnya dan melanjutkan pelajarannya ke Fakulti Perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir. Di Fakulti tersebut beliau telah lulus dengan cemerlang dan telah menamatkannya pada tahun 1972 . Pada tahun 1976 beliau telah mengakhiri pelajarannya di peringkat sarjana (master) dalam pengkhususan peditriasi (perubatan kanak ? kanak), dan memulakannya kerjanya sebagai doktor peru batan di Hospital Nasir (Pusat perubatan utama di kawasan Khan Yunus).

Penglibatannya di dalam perjuangan

Bapa kepada enam orang anak (dua lelaki dan empat perempuan)dan sepuluh orang cucu ini telah mula aktif dengan gerakan islam dan aktiviti-aktiviti islam semenjak beliau menuntut di Universiti Iskandariah lagi. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau amat aktif dengan kerja-kerja amal, kebajikan dan dakwah seawal beliau memulakan perkhidmatannya di Khan Yunus. Antara penglibatan awalnya ialah sebagai jawatankuasa di peringkat pusat Majma Islamiy (sebuah pertubuhan islam di Gaza), pimpinan persatuan doktor-doktor Arab cawangan Gaza dan juga antara pihak pengurusan pertubuhan bulan sabit merah Palestin. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang perubatan kanak ? kanak dan juga biologi di Universiti Islam Gaza bermula dari tahun 1978.

Pada tahun 1983 beliau telah dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan Zionis Israel. Pada 5 / 1 / 1988 beliau telah dipenjarakan buat kali kedua selama 21 hari di atas kesalahan yang sama. Keengganan beliau membayar cukai tersebut kerana kengganannya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap bumi tercintanya Palestin. Ketegasan beliau ini merupakan bibit-bibit yang membawa kepada pembentukan keperibadiannya sebagai pemimpin sebuah gerakan islam yang berjaya menggoncang Israel di masa-masa mendatang.

Bersama dengan rakan - rakan seperjuangannya yang membawa aspirasi perjuangan Ikhwanul Muslimin beliau telah mengasaskan gerakan ?HAMAS? pada tahun 1987 untuk memulakan kembali penentangan bersenjata terhadap Israel yang telah lama ditinggalkan oleh orang-orang Arab dan kaum muslimin. Gerakan ini telah berjaya meletuskan gerakerja baru di dalam metod penentangan terhadap rejim Zionis. Gelombang ?Intifadah? yang telah diilhamkan oleh gerakan HAMAS telah membawa anak-anak muda Palestin untuk keluar ke jalan-jalan raya untuk bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Pembunuhan tentera-tentera Israel dan juga kemusnahan yang minor berjaya dilakukan oleh HAMAS. Operasi-operasi ketenteraan terhadap konvoi tentera Israel juga telah menggegarkan keutuhan tentera rejim Zionis buat pertama kali selepas mereka berupaya untuk berehat buat bertahun-tahun lamanya selepas kerajaan-kerajaan Arab telah mula meletakkan senjata mereka.

Buat kali ketiganya beliau telah dipenjarakan pada 4 / 2 / 1988 kerana keterlibatannya dengan HAMAS yang didakwa oleh Israel sebagai tindakan pemberontakan yang subversif. Selepas dua tahun setengah dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan pada 4 / 9 / 1990. Sayangnya tiga bulan selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi iaitu pada 14 / 12 / 1990 selama setahun.Walaubagaimanapun, peluang beliau dipenjarakan buat kali keempat ini merupakan sesuatu yang bertuah. Beliau telah ditempatkan di dalam satu sel bersama Syeikh Ahmad Yassin, bapa perjuangan HAMAS dan juga ikon perjuangan rakyat Palestin. Peluang itu diambil olehnya untuk menghafal al-Quran. Ketika itu jugalah beliau telah membina replika masjid al-Aqsa dengan menggunakan kotak-kotak terbuang yang masih boleh dilihat sehingga kini di meja di rumahnya beliau di bandar Gaza. D i dalam penjara itu jugalah beliau banyak menghasilkan syair-syair perjuangan. Tidak hairanlah selain daripada ahli politik dan pemimpin HAMAS beliau juga amat dikenali sebagai seorang penyair.

Dibuang negara

Selepas dibebaskan pada penghujung 1991 beliau meneruskan aktiviti-aktiviti untuk membebaskan bumi Palestin tanpa mengenal erti putus asa. Usaha rejim Zionis untuk melunturkan semangatnya dengan memenjarakan beliau tidak berhasil, malah beliau bertambah bersemangat dan gerakan HAMAS semakin bertambah kuat. Rejim Israel Zionis yang telah mula buntu akhirnya menghalau keluar 400 para pejuang kemerdekaan Palestin yang terdiri daripada para pejuang HAMAS dan juga gerakan Jihad Islami pada 17 / 12 / 1992 ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan. Pada waktu itulah bintangnya mula menyinar di peringkat antarabangsa bilamana beliau telah menjadi juru bicara para ?mub’adin? (orang-orang yang diusir) untuk berbicara dengan para wartawan. Ini kerana kefasihannya di dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Penonjolannya ini telah mewujudkan hubungan baiknya dengan para wartawan sehingga hari sebelum beliau syahid. Beliau amat disenangi oleh para wartawan, dan pintu apartmennya sentiasa terbuka kepada para wartawan dan junalis. Ini juga amat penting bagi HAMAS, memandangkan beliau merupakan pemimpin politik bagi gerakan tersebut (manakala Ahmad Yassin sebagai pemimpin spiritual mereka).

Sekembalinya beliau dari Marja Zuhur ke Gaza, beliau telah dipenjarakan oleh pihak rejim sehingga tahun 1997. Selepas keluar dari penjara tersebut, dalam tempoh tidak sampai setahun pihak berkuasa autonomi (Palestinian National Authority - PNA) yang diketuai oleh Yassir Arafat pula telah memenjarakan Dr. Rantisi pada 10 / 4 / 1998. Selepas 15 bulan dipenjarakan, akhirnya beliau telah dibebaskan kerana kematian ibunya. Walaubagaimanapun selepas itu beliau telah dipenjarakan sekali lagi sebanyak tiga kali oleh PNA. Beliau telah dibebaskan buat kali terakhir kerana dua sebab, pertamanya kerana beliau melancarkan mogok lapar, dan selepas jet pejuang Israel menyerang para tahanan di penjara milik PNA. Pembebasannya buat kali terakhir itu mengakhiri tempoh 27 bulan beliau dipenjarakan oleh PNA.

Kebolehannya boleh berbahasa Inggeris menyebabkan beliau digemari wartawan Barat
Pembebasannya itu bagaikan satu rahmat bilamana Syeikh Yassin sebelum itu telah pun dibebaskan juga. Dengan gabungan dua ikon perjuangan Palestin ini gerakan HAMAS menjadi bertambah mantap dan mendapat momentum perjuangan yang lebih kuat dari sebelum itu. Intifada gelombang kedua pada penghujung tahun 2000 sebagai satu bukti kekuatan HAMAS semakin bertambah. Strategi bom syahid yang diinovasikan oleh HAMAS semakin bertambah saban hari dan menjadikan penduduk Yahusi Zionis hidup dalam ketakutan dan memaksa ramai di antara mereka untuk berhijrah semula pulang ke tanah air asal mereka. Dianggarkan lebih 50,000 rakyat Israel yang keluar negara tidak pulang semula ke Israel semenjak tahun 2000. Dr. Rantisi juga sering ditemui oleh para wartawan dari serata dunia dan berjaya menyampaikan mesej perjuangan kemerdekaan mereka de seluruh dunia. Ini amat menggerunkan Israel, malah Amerika yang ingin memaksa dunia untuk melihat HAMAS sebagai perjuangan pengganas yang radikal.

Gugurnya seorang pejuang

Pada 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi dengan membedilnya dengan roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka, namun kereta yang mereka naiki hancur dimamah oleh letupan roket tersebut. Serangan tersebut telah dibalas oleh HAMAS dengan siri serangan-serangan yang telah menggegarkan hati setiap warga Zionis. Ketika berada di atas katil hospitalnya, beliau mengatakan : “Hanya perjuangan bersenjata sahaja yang akan dapat memerdekakan bumi Palestin kita”. Selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22 / 3 / 2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin HAMAS di wilayah Gaza dan berjanji untuk membalas dendam di atas kematian Syeikh Ahmad Yassin. Ketika ditemu ramah oleh salah sebuah badan berita antara bangsa, tidakkah dia takut yang dia pula akan menjadi mengsa buruan tentera Zionis yang seterusnya, dia menjawab: “Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.

As-Syahid Dr Aziz pergi menemui Allah dengan haruman syurga, insyallah
Pada hari Sabtu, 17 April 2004, bersama dengan dua orang rakannya beliau telah menemui Allah S.W.T sebagai seorang syahid menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis di jalan al-Jallaa di wilayah Gaza. Rejim Israel Zionis menyifatkan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi sebagai salah seorang pemimpin pengganas yang perlu dihapuskan demi menjamin keselamatan rakyat Israel dan kedamaian di kawasan tersebut. Tidak hairanlah dua minggu sebelum peristiwa tersebut empat buah helikopter Apache berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Dr. Rantisi.

Thursday, 30 October 2008

Nasib Razak, Azilah, Sirul diketahui esok

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda bersama dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman akan mengetahui nasib masing-masing, Jumaat ini, sama ada mereka bakal dibebaskan ataupun diperintahkan membela diri atas tuduhan berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Seandainya Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan Abdul Razak, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar perlu membela diri, maka semua akan berpeluang mendengar versi keterangan tertuduh.

Azilah, 32, dari Unit Selam Tempur manakala Sirul Azhar, 36, yang bertugas mengiring VVIP (orang kenamaan penting) di luar negara, didakwa membunuh Altantuya, 28, antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini.

Sementara Abdul Razak, 48, pula didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh dalam pembunuhan pada 18 Oktober 2006 di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia (LGAM), Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Namun andai kata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes maka tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan pada peringkat akhir kes pendakwaan tanpa perlu memberi keterangan pembelaan.

Penghakiman tersebut mungkin ringkas tetapi pastinya mencakupi lima hujahan yang terkandung dalam nota prosiding perbicaraan setebal 6,000 muka surat.

Sepanjang 151 hari prosiding perbicaraan seramai 84 orang saksi pendakwaan telah memberikan keterangan. 40 daripadanya ialah saksi polis.

Mengimbas prosiding terakhir pada 18 September lalu, Hakim Mohd. Zaki yang meneliti hujahan bertanya mengenai rekod transaksi telefon bimbit (CDR) yang dikemukakan.

Menurut hakim, berdasarkan pengiraan terdapat 17 transaksi yang menunjukkan perbualan antara Abdul Razak dengan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Supritendan Polis (DSP). Terlintas di fikiran hakim, apakah sebenarnya yang mereka bincangkan? Apakah pula tujuan DSP itu memperkenalkan Abdul Razak kepada Azilah.

Abdul Razak ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC) itu berkelulusan sarjana bidang kajian perang dari King's College, Universiti London. Dia banyak menulis mengenai isu-isu politik, pertahanan dan antarabangsa.

Azilah mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003. Dia juga mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

Sirul Azhar yang mula berkhidmat dengan UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

Pelakon Gerak Khas ditangkap khalwat

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang,Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Wednesday, 29 October 2008

257,411 sijil lahir tanpa nama bapa dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa di dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

“Walau bagaimanapun, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

“Ini bermakna pihak pendaftar boleh membuat siasatan bagi mendapat maklumat yang sahih bagi tujuan pendaftaran ke atas setiap kelahiran,” katanya menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang).

Kami ke Pakistan tidak guna duit Kerajaan atau Parti.



Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.

Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain.

Tetapi kami tidak berbuat demikian. Saya tanya pegawai di pejabat MB, kami pergi mewakili parti, boleh guna peruntukan kerajaan ke, dia jawab kalau ada jemputan rasmi sebagai MB mewakili kerajaan Perak, boleh guna peruntukan tersebut. Saya boleh berbuat demikian dengan meminta penganjur supaya keluarkan surat rasmi dari Jamiat Islami jemput Hj Nizar sebagai MB Perak yang mewakili kerajaan Perak bukan mewakili PAS, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian kerana perbuatan ini tidak amanah.

Malahan MB menggalakkan mana-mana EXCO, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya naik kelas ekonomi sahaja apabila menaiki pesawat ke mana-mana destinasi. Kerana ini adalah antara langkah menjimatkan duit kerajaan.

Semuga penjelasan ini dapat mengikis salah tanggap terhadap MB Perak dan pegawai-pegawainya.

Ijtima Di Pakistan






MB Perak, Nizar, turut meluangkan masa dengan berjalan-jalan di bazar awam untuk membeli belah dan sempat menjamu selera di tempat awam bersama rakyat Pakistan kelas bawahan.

Keadaan ini cukup mengejutkan pemimpin gerakan Islam yang lain, kerana tidak ada dalam dunia hari ini, pemimpin besar sanggup membeli belah di tempat-tempat awam melainkan di shoping kompleks yang exklusif.

Mereka juga terkejut MB Perak datang ke Pakistan tanpa pengawal-pengawal peribadi ataupun diiringi oleh pasukan keselamatan.

Mereka juga lebih terkejut bila diberitahu bahawa MB Perak menaiki pesawat kelas ekonomi ke Pakistan.

MB Perak telah menjadi tumpuan semua perwakilan gerakan Islam dunia. Ucapannya mendapat sambutan gemuruh oleh lebih 500 ribu rakyat yang berhimpun sejak 23hb lagi.

Apatah lagi apabila ucapannya di selang seli dgn bahasa Urdu.Laungan Takbir kedengaran mengiringi ucapannya.

Biliknya di hotel sentiasa dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.

Mereka terpesona bagaimana PAS sebagai kumpulan yang minoriti tetapi MBnya berjaya dilantik dari kalangan PAS.

Perbincangan lebih berkisar hubungan dua hala antara gerakan Islam Malaysia dgn gerakan Islam di tempat mereka dalam bidang kerjasama dakwah dan juga kerjasama ekonomi.

Setpol MB, Misbahul Munir yang turut mengiringi MB Perak ke Lahore , Pakistan telah sempat membisikan harapannya kepada Pengerusi PKR negeri Perak yang ikut berkunjung kesana, Tn Hj Ismail Yusof dengan berkata," Kalaulah PAS dan PKR berjaya menghimpunkan separuh dari 500 ribu manusia di setiap perhimpunan ; pasti sudah lama BN bungkus!”

Dilaporkan lebih 500 ribu rakyat Pakistan berhimpun sejak 23hb sewaktu ljtima Jamae Am di Lahore, Pakistan dimana kehadiran Muslimatnya sahaja mencecah 80 ribu.

“ Ijtima yg diadakan cukup berdisiplin dimana dari awal mereka datang dan hanya apabila majlis berakhir barulah mereka bersurai. Mereka berhimpun bukan didewan yang nyaman, sebaliknya di padang yag luas dan dibumbungi oleh khemah-khemah. Peserta dan pemimpin semuanya tidur, makan dan solat di tempat Ijtima. Bukan dihotel-hotel,” jelas Misbah.


Mereka amat menghormati tetamu dan meladeni keperluan kami dengan cukup sempurna.

Kami , wakil-wakil gerakan Islam dunia telah ditempatkan di hotel dan apabila kami menawarkan diri untuk turut tidur di khemah, mereka menjawab, “ Kamu semua adalah tetamu kami, haram hukumnya jika kami tidak menghormati kamu,” kata mereka.

Agak malang sikit bagi kami kerana resolusi Ijtima tidak dapat diketahui kerana resolusi dan majlis penutup disampaikan dalam bahasa Urdu yang tidak diterjemah.

أسرار الإيمان

أسرار الإيمان : بقلم فضيلة الشيخ : عبد الفتاح علام وكيل الأزهر الشريف


الإيمان بالله سر الحياة

إن العمل يترك أثره على من قام به بمجرد أدائه فالله سبحانه سريع الحساب وهذا الأثر غير ظاهر للعين البشرية لكنه سيكون واضحا يوم القيامة عندما تزداد حدة الإبصار للبشر بعد أن يتركوا البيئة الأرضية (لقد كنت في غفلة من هذا فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد) ق : 22 وهكذا لم يخلق الله الإنسان ليهمله ولكن يدون كل ما يقوم به وهذا هو أساس الإيمان بالله فمدلول الإيمان هذا هو ما يؤكد عليه القرآن الكريم وأكد عليه النبى صلى الله عليه وسلم فى إتباعه ليحدث التغير في حياتهم لأنه أساس حياة المستقبل حيث الجنة أو النار هما المظهران النهائيان لقانون الخير والشر وإن الحياة على هذه هى مظهر من مظاهر هذا القانون الخير يقود إلى الخير والشر يقود إلى الشر (إن سعيكم لشتى، فأما من أعطى واتقى، وصدق بالحسنى، فسنيسره لليسرى،وأما من بخل واستغنى وكذب بالحسنى فسنيسره للعسرى) ولا ينطبق قانون الخير والشر على الأفراد فقط لكنه ينطبق أيضا على الأمم فكل أمة لها كتاب يضم أفعالها ويتم الحكم عليها فى هذه الحياة طبقا له (وترى كل أمة جاثية كل أمة تدعى إلى كتابها اليوم تجزون ما كنتم تعملون) وقد زادت قوة الإيمان بالله الذى اعتمد على هذه الأسس بالتجارب الروحية للبشرية والتى كانت أكثر الأدلة على وجود الله لقد أظهر الله نفسه لكل الأمم خلال كل العصور وكانت هذه هى القاعدة العريضة لإيمان النبى صلى الله عليه وسلم لقد كان بإمكان الإنسان اكتشاف كل شىء فى المحسات والتغلب على كل قوى الطبيعة لكن الله غير محدود وخارج مجال اكتشافات البشر (لا تدركه الأبصار وهو يدرك الأبصار وهو اللطيف الخبير) لذلك ولأن رحمته بالبشر كبيرة وعظيمة اظهر نفسه للإنسان من خلال عباده المختارين فى كل عصر وفى كل بلد (إنا أوحينا إليك كما أوحينا إلى نوح والنبيين من بعده وأوحينا إلى إبراهيم وإسماعيل وإسحاق ويعقوب والأسباط وعيسى وأيوب ويونس وهارون وسليمان وآتينا داود زبورا) (إنا أرسلناك بالحق بشيراً ونذيراً وإن من أمة إلا خلا فيها نذير) ولم يرسل مصلحين إلا وكانوا بشرا لأنه لابد من بشر حتى يكونوا مثالا وقدوة لبقية البشر (قل لو كان فى الأرض ملائكة يمشون مطمئنين لنزلنا عليهم من السماء ملكاً رسولا) لقد تجلى الله لكل الأمم فكان الوحى الإلهى حقيقة كونية وبينما كان الوحى فى أعلى مراتبه من خلال روح القدس مقصوراً على الأنبياء فإنه فى أدنى مراتبه فى صورة فكرة تطرأ على الذهن أو رؤية أو إلهام ينزل على الآخرين أيضا رجالا ونساء (وما كان لبشر أن يكلمه الله إلا وحياً أو من وراء حجاب أو يرسل رسولا فيوحى بإذنه ما يشاء إنه علي حكيم).

Monday, 27 October 2008

Shah Rukh Khan dan Pas

walaupun aku tak minat cite hindustan tapi aku postkan gak

ucapan yb s.kesevan Di Majlis Rumah Terbuka Sdr Ramlee

video
video

Happy Deepavali Kepada Masyarakat India


Jawatankuasa PAS Kawasan Dan AJK Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Menggucapkan Selamat Menyambut Perayaan Deepavali Kepada Masyarakat Kaum India Dan Kelab Penyokong PAS Bagan Datoh.

Sunday, 26 October 2008

Rumah Terbuka Tim. YDP PAS Kawasan Bagan Datoh


Walaupun Hari Raya Telah Tiga Minggu Meninggalkan Kita Suasana Kemeriahan Sambutan Rumah Terbuka Sdr. Ramlee Tetap Terasa. Disamping Jamuan Hari Raya Majlis Tersebut Juga Untuk Mendoakan Keselamatan Sdr. Ramlee Berangkat Menunaikan Fardhu Haji Pada 31 Oct 2008.

Pada Majlis Tersebut YB S.Kesevan Juga Turut Meluangkan Masa Untuk Meraikan Majlis Tersebut Dan Beberapa Penghulu Mukim Juga Turut Hadir. Pada Majlis Tersebut Beberapa Program Telah Di Atur Antaranya Penyampaian Sumbangan Bantuan Kepada Warga India Yang Akan Menyambut Perayaan Depavali Oleh YB Kesevan. Dengan Kesempatan Ini Juga YB Kesevan Telah Berucap Dan Menerangkan Pelbagai Isu Yang Berlaku Di Dalam Negeri Perak.

Tetamu Telah Datang Seawal 3.30 ptg Walaupun Hujan Renyai-renyai Telah Turun Tetapi Kehadiran Tetamu Cukup Ramai. Kemasyarakatan Antara Kaum Cina, India Dan Melayu Jelas Kelihatan Dan Inilah Sifat Yang Harus Di Pupuk Dalam Negara Yang Mempunyai Pelbagai Kaum. Menurut Anak Tuan Rumah Sebanyak 3000 Cucuk Sate Telah Di Sediakan Dan Pelbagai Juadah Antaranya Lemang, Ketupat, Roti Jala, Mee Kari, Soto Dll.

Wednesday, 22 October 2008

RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN BAGAN DATOH

BUS STOP: Satu Pembaziran Wang Rakyat!!!






Apakah Tujuan Sebenar Pembinaan Pondok Menunggu Bas Kerana Kawasan Itu Tiada Perkhidmatan Pengangkutan Awam? Apakah Terdapat Kepentingan Seseorang Di Dalam Projek Tersebut...?

Bagi Saya Pembinaan Pondok Tersebut Hanya Satu Pembaziran Dan Saya Lihat Tiada Manfaatnya Kepada Penduduk Tempatan Hanya Sekadar Tempat Budak Melepak Dan Membuang Masa. Jika Inilah Sikap YB Barisan Nasional Tak Mustahil Negara Kita Boleh Bangkrap, Mengagihkan Wang Negeri Kepada Kroni-Kroni Yang Ada Kepentingan Membelanjakan Wang Rakyat Tanpa Tujuan Yang Sepatutnya. Ini Yang Berlaku Di Tempat Saya Mungkin Di Tempat Lain Juga Berlaku, Mari Kita Cuba Membantu Kerajaan Pakatan Rakyat Dengan Cuba Menyalurkan Maklumat Jika Ada Berlakunya Penyelewengan. Inilah Masanya Kita Bongkar Penyelewengan Kerajaan Terdahulu, Kita Juga Pembayar Cukai Maka Kita Wajib Memastikan Wang Kita Di Gunakan Dengan Betul.

Sesiapa Yang Mempunyai Maklumat Berhubung Pembinaan 11 Buah Perhentian Bas Dari Jalan Sg Tiang Ke Bagan Datoh Termasuk Di Kg Sg Pergam, Bolehlah Menyampaikan Maklumat Kepada Setpol MB Perak Atau Kepada Penyelaras DUN Sdr Ariffin.

Tuesday, 21 October 2008

Sumbangan Hamper Depavali PAS Bagan Datoh

Suasana Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Bagan Datoh

video

Kebakaran Rumah Ibu Tunggal Kg Baru Sg Sumun


Kelmarin Selepas Kami Ajk Pemuda Dan Ajk PAS Kawsan Menghadiri Rumah Terbuka Parti Keadilan Yang Diadakan Dewan Orang Ramai Sg Sumun, Kami Bergegas Bersama Setpol MB Perak Ust Misbahul Munir Ke Kg Baru Untuk Menziarahi Dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Seorang Ibu Tunggal Yang Mana Rumah Beliau Hangus Di jilat Api Dalam Satu Insiden Kebakaran. Menurut Anak Mangsa, Sewaktu Kejadian Beliau Dan Ibunya Tiada Di rumah Dan Kejadian Itu Berlaku Sekitar Jam 8.00 Malam. Menurut seorang Jiran Kepada Mangsa, Sewaktu Kejadian Api Begitu Cepat Merebak Dan Orang Ramai Tidak Dapat Membantu Menyelamatkan Barang-Barang Berharga Mangsa. Menurut Mangsa KASANAH BT KADAR Kebakaran Tersebut Berpunca Dari Litar Pintas Dan Jelasnya Lagi Kerugian Yang Dialaminya Di Anggarkan Rm 40000.00. Kepada Sesiapa Yang Bersimpati Bolehlah Menghulurkan Bantuan Dengan Memasukkan Sumbangan Anda Ke dalam Akaun CIMB Bank Dengan Nama Kasanah Bt Kadar, No Akaun 08190003489527. Anda Juga Boleh Datang Sendiri Menyampaikan Sumbangan Atau Zakat Di Alamat Kg Baru, Batu 16 36300, Sg Sumun Perak Atau Hubungi Di Talian 016-2332550 (En. Azizi).
video

Majli Rumah Terbuka PAS Caw. Rungkup Dan Penjelasan Isu Laporan Rasuah Setpol MB Perak Oleh Ketua Pemuda Umno Perak


video

Monday, 20 October 2008

Perak Raja Muda calls for an end to wasteful programmes

IPOH: The Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah wants constructive criticism and "brave new ideas" to halt wasteful and superficial programmes in Budget 2009.

In his royal address during the 163rd Perak Religious and Malay Customs Council meeting on Monday, Raja Nazrin Shah urged members to be bold enough to voice ideas and approaches that were more relevant to the era.

"Besides studying the figures in the Budget, council members must be prepared to examine the effectiveness of programmes that have been implemented until now," he said.

This, he said, included efforts to eradicate poverty and programmes to develop human capital such as professionals, entrepreneurs, technocrats and Islamic intellectuals.

He noted that the world was undergoing a serious economic crisis, which could be long term, if the crisis were not handled wisely or effectively.

In the face of constantly changing challenges, he said, humanity should be brave enough to make adjustments and accept new ideas and ways of thinking.

The ability of a leader or the people to manage their resources in a productive, fair and transparent manner was also the key factor in any institution or country's success, said Raja Nazrin Shah.

Citing an example, he pointed out that some countries were blessed with rich natural resources but their nation and people were poor, and, yet, nations without such resources could thrive.

Earlier, Raja Nazrin Shah welcomed Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Ab Wahab Azizul Hassan, who was appointed a council member by the Sultan of Perak.

The Raja Muda also handed over appointment letters to Syariah High Court judges Abdul Kader Mohammed and Drs Abd Halim Azizi Abdul Rahman and 18 Syariah lawyers.

Raja Nazrin Shah also received zakat payment of some RM5.7mil from Perak Water Board, Perak Agricultural Development Corporation, Perak SADC Management Services Sdn Bhd, Ladang Jalong Sdn Bhd, Ladang Lekir Sdn Bhd, Perak Malay Teachers Cooperative Bhd and Bank Persatuan.

Nik Aziz sedang dirawat, tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN

KOTA BHARU 20 Okt. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

“Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan Insya-Allah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi.

— BERNAMA

Rumah Terbuka Parti Keadilan Bagan Datoh



Hutan Melintang, 19 oktober Parti Keadilan Bagan Datoh Telah Menggadakan Jamuan Rumah Terbuka Bertempat Di Dewan Orang Ramai Sungai Sumun. YB S.Keseven , Sdr Madzi Hasan turut sama meraikan majlis tersebut yang bermula sekitar jam 2.00 ptg. Setpol Menteri Besar Perak Ust Misbahul Munir Turut Hadir Ke majlis Tersebut dan diiring oleh Ajk PAS Kawasan serta Ajk Dewan Pemuda PAS kawasan. Dianggarkan 300 orang telah hadir ke majlis tersebut yang berakhir jam 4.30 ptg.

Kertas undi lebihan 'masuk' lokap polis

ALOR GAJAH: Kertas undi bagi menentukan calon Ketua Umno bahagian Alor Gajah terpaksa dihantar ke Balai Polis Selandar, tengah malam tadi, apabila didapati berlaku lebihan dari segi jumlah.

Berikutan itu, keputusan bagi jawatan berkenaan yang membabitkan perebutan antara Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Ghafarr Atan dan bekas Naib Ketua Umno bahagian itu, Datuk Abdul Kadir Daud, terpaksa ditangguhkan selepas proses pengiraan berlarutan sejak jam 1.30 tengah hari.

Jawatankuasa Pemilih terpaksa menangguhkan keputusan itu dan membawa kertas undi itu ke balai polis selepas jumlah undi didapati bertambah sebanyak tiga, iaitu daripada 395 menjadi 398.

Umno tuntut semula kerusi Tapah

TAPAH: Umno akan terus meminta kerusi Parlimen Tapah dikembalikan semula kepada parti itu selepas kira-kira 27 tahun Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MIC, bermula pilihan raya umum 1981.

Ketua Umno Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan melahirkan kekecewaannya kerana kerusi itu masih diwakili MIC sedangkan setiap tahun mesyuarat agung Umno bahagian mendesak ia dikembalikan kepada Umno.

“Jalan terbaik menyelesaikan isu itu terletak pada kebijaksanaan dan semangat setiakawan pemimpin tertinggi BN dengan mengambil kira sejarah bahawa Umno meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya umum sebelum 1981,” katanya.

Keriahan Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Bagan Datoh


Bersempena dengan bulan syahwal PAS Bagan Datoh Telah mengadakan satu majlis rumah terbuka bertempat di kg Sg Tiang Darat. Walaupun Majlis Bermula Sekitar Jam 10 pagi tetapi orang ramai telah datang lebih awal untuk menggelakkan kesesakan. pelbagai juadah telah disediakan antaranya sate, rendang, soto, ketupat, meehun, lemang dan bermacam-macam lagi.

Kaum tiong hua juga turut datang meraikan majlis tersebut dan sempena perayaan depavali, pas kawasan telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada masyarakat kaum india dalam meringankan beban mereka dengan kenaikkan kos sara hidup. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YDP PAS Kawasan Bagan Datoh Ustat Misbahul Munir, Sumbangan berupa minyak, gula, tepung dan lain-lain.

Turut sama meraikan majlis ini ialah YB S.Keseven Adun Hutan Melintang, Bekas Calon Parlimen Sdr Madzi Hasan, Jawatankuasa Keadilan Bagan Datoh Dan Ahli Majlis. Majlis Selesai Sekitar Jam 1.00 tengah hari

Saturday, 18 October 2008

WANITA UMNO PULA BALING KERUSI

KUALA SELANGOR: Semalam Persidangan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang.

Hari ini Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.

Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.

Laporan Bernama menyebut, pihak media juga dihalang daripada masuk ke dalam dewan mesyuarat untuk mengikuti proses pengundian.

Bahagian itu mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dan Datuk Kamilia Ibrahim sebagai naibnya pada pemilihan parti, Mac depan.

Bagi jawatan ketua wanita bahagian, penyandangnya Datin Paduka Mesrah Selamat mengekalkan jawatannya apabila menewaskan Ketua wanita Umno cawangan Pekan Kuala Selangor Datuk Dr Zahrah Abdul Kadir.

Daripada 253 perwakilan yang mengundi, Mesrah memperoleh 146 undi manakala Zahrah 105 undi sementara dua undi rosak.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro.

Semalam, Persidangan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Suasana tegang itu berlaku apabila Pengerusi Tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi.

Friday, 17 October 2008

Zahid setuju perhimpunan agung Umno dibuat awal

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju supaya Perhimpunan Agung Umno dibuat awal iaitu 16 Disember ini, bagi memendekkan tempoh kempen pemilihan parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tempoh kempen yang panjang boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku dan bukan saja membabitkan soal produktiviti calon yang akan bertanding.

"Maklumlah kalau banyak sangat berkempen macam-macam boleh berlaku. Apabila masa berkempen terlalu panjang maka ada masa untuk fitnah, mengarang tohmahan, ada masa untuk membunuh watak dan juga politik wang. "Pandangan peribadi saya eloklah kita fikirkan mengenai tempoh kempen pemilihan parti yang panjang. Perkara ini harus dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat MT Umno minggu depan," katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini hari ini.

Zahid setuju perhimpunan agung Umno dibuat awal

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju supaya Perhimpunan Agung Umno dibuat awal iaitu 16 Disember ini, bagi memendekkan tempoh kempen pemilihan parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tempoh kempen yang panjang boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku dan bukan saja membabitkan soal produktiviti calon yang akan bertanding.

"Maklumlah kalau banyak sangat berkempen macam-macam boleh berlaku. Apabila masa berkempen terlalu panjang maka ada masa untuk fitnah, mengarang tohmahan, ada masa untuk membunuh watak dan juga politik wang. "Pandangan peribadi saya eloklah kita fikirkan mengenai tempoh kempen pemilihan parti yang panjang. Perkara ini harus dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat MT Umno minggu depan," katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini hari ini.

Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam

Kewujudan musuh Islam di muka bumi ini bukanlah satu perkara baru. Ia telah bertapak dan berakar umbi sejak ratusan ribu tahun lalu sejak iblis dan syaitan mengisytiharkan penentangan mereka secara terbuka terhadap makhluk bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s. walaupun ia adalah perintah daripada Allah yang mesti ditunaikan.Namun keengganan makhluk perosak itu untuk tunduk kepada Adam walaupun ia perintah Allah SWT telah tercatat dalam buku sejarah sebagai permulaan episod siri penentangan dan pertembungan antara hak dan batil di muka bumi ini.

Apabila dunia semakin bertamadun, canggih dalam penemuan ilmu Sains dan Teknologi, bentuk penentangan juga menerima perubahan yang ketara.

Ia tidak serupa penentangan yang pernah ditunjukkan oleh iblis ketika menentang Allah, tetapi bentuknya semakin berubah dari semasa ke semasa, yang penting penentangan itu dibuat bagi memastikan agar kekuatan Islam terhalang.

Penentangan dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa bukannya mereka (musuh-musuh Islam) tidak tahu bahawa Islam merupakan agama yang memelopori Sains dan Teknologi, akan tetapi kerana terdapat penyakit dalam hati yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dalam segenap keperluan hidup manusia.

Sikap menentang dan benci yang meluap-luap terhadap Islam sudah berakar umbi dalam hati sanubari manusia dan tidak mahu melakukan perubahan diri menerima bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Mereka sedar untuk mengurangkan jumlah tentera Islam dalam satu-satu peperangan bukanlah semudah yang disangka. Justeru mereka beralih bentuk dan pendekatan untuk memerangi umat Islam, mereka mencipta pelbagai bahan rekaan permainan (game) yang boleh melekakan golongan remaja terutama yang beragama Islam, menaja pelbagai bentuk sukan yang boleh dilibat oleh remaja muslim walaupun tajaan itu daripada syarikat pengeluar minuman keras.

Musuh cari peluang rosakkan al-Azhar, al-Quran, Hari Jumaat dan Masjid al-Haram
.

Perkara di atas pernah disebut oelh seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya 'Maza 'An as-Sohwat al-Islamiyyah fi 'Asr al-Hadis', di mana beliau ada menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan keempat-empat perkara di atas perlu dirosakkan dengan apa cara sekalipun.

Beliau mendedahkan bahawa musuh Islam menyatakan kesungguhan mereka untuk menghancurkan keempat-empat aspek di atas, bagi mereka jika keempat-empat aspek tersebut berjaya dilakukan, maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Dr Abdullah beranggapan bahawa jika Universiti al-Azhar berjaya dirobohkan institusi pembelajarannya, pasti tidak akan wujud lagi sarjana, cendekiawan Muslim seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Siba'ie dan Dr Abdul Halim Mahmud yang memiliki kekentalan jati diri, kefahaman Islam yang mendalam yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Ini kerana universiti berkenaan menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam, ada di antara mereka menjadi tokoh-tokoh negarawan yang berjaya seperti Presiden Maldives, Dr Abdul Qaiyum yang merupakan lulusan al-Azhar. Tidak kurang juga yang menjadi tokoh-tokoh hebat dalam gerakan Islam seperti Syeikh Saiyid Sabiq dan Syeikh Muhammad al-Ghazali.

Ringkasnya al-Azhar bagi mereka perlu dirobohkan, kalau tidak pun rosakkan sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti juga perlu dirosakkan, itulah yang telah mereka jalankan selama beberapa tahun.

Al-Quran

Al-Quran sebagai kitab panduan dan petunjuk kepada umat Islam seluruh dunia perlu dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim.

Ini mereka telah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lan puluhan dahulu.

Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam.

Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT.

Hari Jumaat - Kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan Muslim tidak mendapatkan sesuatu daripada penyampaian khutbah pada hari itu.

Masjid al-Haram - Rumah Allah ini juga menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh khususnya ketika menjalani ibadat haji di Makkah dan Madinah, usaha perlu dilakukan bagi merobohkan masjid berkenaan agar umat Islam terus berpecah dan tidak lagi bersatu padu. - lanh _

Mulianya seorang isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat
kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah iz inkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Misbah nafi salahguna kuasa

IPOH, 17 Okt (Hrkh) - Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki melahirkan rasa dukacita terhadap tuduhan yang sengaja direkacipta oleh UMNO terhadap beliau yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan membuat laporan pada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Beliau menyifatkan tindakan itu hanya sekadar gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Pakatan Rakyat walaupun kesalahan itu sebesar zarah sekalipun.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbarnya yang dikeluarkan semalam.

"Ia dibuat untuk menunjukkan beliau tidak berdiam diri dengan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan sebagai manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berlaku sekarang," katanya.

Sebelum ini Adun Sungai Manik, yang juga Ketua Pemuda Umno Perak, dalam laporannya kepada BPR mendakwa Misbah telah mengerluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja-kerja menyelenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.

"Dalam surat saya kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, saya masa sekali tidak pernah mengarahkan supaya diserahkan kerja-kerja menyelenggara parit kepada JKKK yang baru," tegasnya.

Beliau hairan dan rasa dukacita wakil rakyat tersebut begitu lemah penguasaan dan pemahaman Bahasa Malaysianya sehingga tidak dapat membezakan antara perkataan 'arah' dan 'dipohon'.

"Jika 'arah' bererti ia mesti diikuti, manakala 'dipohon' bermakna merayu jika tidak menjadi halangan, jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara pengarah berkenaan untuk membuat keputusan," katanya

"Jika didapati ia salah dan bertentangan dengan etika, ia tidak harus dilaksanakan oleh pengarah berkenaan," jelasnya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa hairan mengapakah ahli JKKK yang lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta, perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi sebenarnya milik kerajaan negeri.

"Pihak yang terbukti menyalahguna kuasa ialah Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco Kerajaan Negeri ketika BN berkuasa dahulu meminta Jabatan Pendidikan Negeri menukarkan empat orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap menentang kuat parti Umno," katanya. - mns_

Thursday, 16 October 2008

Setiausaha politik MB Perak dituduh salah guna kuasa

IPOH: Dua laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibuat terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki atas dakwaan salah guna kuasa.

Laporan pertama dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin di ibu pejabat BPR Perak di sini manakala laporan kedua dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman di pejabat BPR di Teluk Intan.

Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir mengeluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.

Sebelum ini semua kerja berkenaan diserahkan kepada PPK yang kemudiannya membuka tawaran tender kepada kontraktor di kawasan masing-masing, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

“Dengan arahan menyerahkan semua kerja-kerja ini terus kepada JKKK yang dilantik kerajaan negeri seolah-oleh menidakkan bidang tugasan dan keupayaan kontraktor di kawasan tersebut,” katanya. - Bernama

Antara Pembunuhan MEMALI dan ALTANTUYA


Antara Pembunuhan MEMALI dan ALTANTUYA

Cuba bandingkan kes PANAS ALTANTUYA dan MEMALI....
Mana persamaan dan ketidaksamaannya????


ALTANTUYA Seorang yang terbunuh, MEMALI 14 orang.
Altantuya UTK , MEMALI Polis Hutan,
Altantuya C4 Bom, MEMALI kereta perisai & Batalion PPH,
Altantuya (ada orang besar terbabit) MEMALI.... (siapa?)))
ALTANTUYA kes dibicara, MEMALI.... apa cerita...
Yang Lain-Lain, anda perpanjangkanlah....
Yang mana lebih adil???????

**************************************
Sirul Azhar Bunuh Altantuya - Timbalan Komander UTK
SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) -- Seorang pegawai kanan Unit Tindakan Khas (UTK) berkata di Mahkamah Tinggi di sini beliau diberitahu bahawa orang yang membunuh Altantuya Shaariibuu pada Oktober tahun lepas ialah Kpl Sirul Azhar Omar, tertuduh kedua dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

ACP Mastor Mohd Ariff, Timbalan Komander UTK, cawangan tempat Sirul Azhar bertugas, berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (ketika itu), Datuk Syed Ismail Syed Azizan, yang mendapat maklumat itu daripada Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama.

**************************************
MEMALI...
MEREKA YANG SYAHID 

1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil. 

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah. 

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak. 

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak. 

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama. 

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah. 

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. 

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. 

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. 


MEREKA YANG CEDERA 

1. Mohd Khir bin Sulaiman, Kampung Tanjung Pari, Siong, 28 tahun; beliau ditembak di leher tidak dapat menelan makanan. Tangannya tidak dapat diangkat kerana patah. Beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. 

2. Rusli bin Abdul Rahman, Siong, Baling, 17 tahun; ditembak di perut lima butir peluru dan dibedah. 

3. Azizan bin Rauf, Kampung Charok Puteh 37 tahun. Beliau cedera ditembak dan terkena enam peluru di perut dan terpaksa dibedah. Sekarang beliau tidak boleh bekerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. 

4. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. 

5. Hambali bin Ismail, Kampung Charok Puteh, 55 tahun; ditembak di betis. Beliau adalah Abang ipar As-Syahid Ibrahim Libya. Beliau Mempunyai seorang isteri dan lima orang anak. 

6. Ahmad bin Kadir, Mukim Siong, Baling Kedah, 45 tahun; ditembak di paha dan tidak dapat bekerja. 

7. Zainol Abidin bin Mad Daud, Kampung Becah Sawa, Siong, 25 tahun; ditembak di kaki. 

8. Abdullah bin Che Soh, Kampung Becah, Siong, 40 tahun; ditembusi lapan butir peluru. Kedua-dua tangannya tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan enam orang anak. 

9. Mat Piah bin Yunus, Tanjung Pari Siong, 40 tahun; cedera di sebelah tangan kanan, lumpuh ditembusi 15 butir peluru. Mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak. 

10. Harun bin Mat Isa, Padang Geh, Kuala Ketil, 40 tahun, guru agama; cedera dengan sebelah tangan kanan lumpuh; ditembak di bahu. 

11. Hassan Abdullah, Tanjung Pari, Mukim Siong, 33 tahun; ditembak di dada, di kaki. Beliau dipijak dan dipusingkan kedua belah kakinya ... tercabut tulang paha dan pinggangnya patah. Dia lumpuh sehingga sekarang. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. 

12. Azmi Jusoh, Kampung Becah, Siong, 45 tahun; ditembak di paha. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. 

13. Rosli Osman, Kampung Carok Puteh, 15 tahun; ditembak di belakang dan mengalami kesesakan nafas sehingga sekarang.

Akhirnya UMNO mengaku pembunuhan umat Islam di Memali adalah angkara mereka

Di dalam pertembungan antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri, Dato Sri Abdullah Ahmad, banyak perkara-perkara yang dahulunya menjadi rahsia di dalam UMNO (Baru) kini telah pecah.

Isu-isu seperti penjualan pasir kepada Singapura, pembahagian kontrak dan kekayaan Negara kepada anak-anak dan saudara mara seperti adegan “Anak dia dapat lagi banyak dari anak saya” dan macam-macam lagi.

Abdullah yang di lihat lemah serta mempunyai IQ yang rendah untuk menjawap soalan secara spontan, sering kali memdedahkan kelemahannya dan UMNO (Baru) khususnya secara dia sedar atau tidak sedar.

Di dalam Forum Keamanan Dunia di Putra World Trade Center (PWTC) tidak lama dahulu. Tun Mahathir pernah menyamakan Abdullah Ahmad setaraf dengan dajal-dajal lain seperti Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Lalu, melentinglah pengampu-pengampu dan penjilat-penjilat Abdullah Badawi. Di dalam laman web Kelab Penykong Maya UNMO, terkeluarlah satu artikel yang bertajuk “Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandi darah orang-orang Islam”.



Antaranya berbunyi :

Bila diulang tayang peristiwa Mamali di Kedah pada tahun 1983, peristiwa hitam negara yang sepatutnya dapat diselesaikan tanpa perlu pertumpahan darah berlaku sewaktu Tun sebagai Perdana Menteri. 

Tun saya rasakan bijak dalam merangka tipu muslihatnya dan sikap Tun pada masa itu yang menyerahkan tugas berat tersebut kepada Musa Hitam seolah-olah ‘Membaling Batu Sorokkan Tangan’.

Akibatnya berlaku pertumpahan darah sekumpulan umat Islam yang tidak sepatutnya.Tidak kira dari parti apa atau apa juga perjuangan mereka, masalah orang kampung ini tidak patut di tentang dengan kereta kebal mahu senjata api. 

Peristiwa ini dapat dibersihkan dengan satu penipuan yang amat ketara sehingga rakyat tidak mempertikaikan dan dengan liciknya Tun menutup cerita orang-orang Melayu yang bermandian darah ditangan …siapa????????? . Tak perlu kita cerita dengan lebih lanjut kerana ianya akan merobek dan melukakan hati kita sendiri.

Persoalannya sekarang, siapa penipu? Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandikan darah orang Islam. Sekurang-kurangnya Pak Lah tidak membunuh bangsa kita dengan senjata yang sepatutnya mempertrahankan Negara. Pak Lah tidak berlawan dengan orang yang menggunakan sabit dan parang dengan kereta-kereta kebal dan berpelatun askar dan polis hutan.

Begitulah terdesaknya orang-orang UMNO (Baru) akhir-akhir ini. Kerana ingin menyelamatkan boss, maka, boss lama harus dikutuk walaupun sebenarnya membuka keburukan UMNO (Baru) itu sendiri.

Jikalau UMNO (Baru) masih mengatakan Kemerdekaan Malaysia adalah hasil usaha mereka, tetapi adakah Peristiwa Memali yang membunuh ramai orang-orang Islam yang tidak bersalah adalah kerja Tun Mahathir seorang.

Ia adalah kerja orang-orang UMNO. Suka atau tidak, itu memang kerja-kerja durjana UMNO laknatullah ini.

Kalau UMNO (Baru) ada batu, kenapa Kes Memali ini tidak dibuka semula di mahkamah, sehinggakan terpaksa membuat fitnah tentang Tabung Memali yang diusahakan oleh PAS telah diseleweng. Jika benar ianya diseleweng, masukkan sekali kes ini ke mahkamah sekali.

Harus sedar, bahawa setiap ahli dan pengundi UMNO dan Barisan Nasional adalah terlibat dengan kes ini secara langsung atau tidak langsung.

Denggi semakin serius di Perak

IPOH 15 Okt. - Wabak demam denggi di negeri Perak semakin serius apabila terdapat 164 kes baru dilaporkan berlaku dalam tempoh seminggu ini iaitu peningkatan 65.7 peratus.

Minggu lalu, sebanyak 99 kes denggi dilaporkan dan Jabatan Kesihatan negeri telah mengenal pasti 28 kawasan baru paling berisiko terdedah kepada ancaman penyakit itu di negeri ini.

Sehingga kini, enam kes kematian disebabkan demam denggi telah dilaporkan iaitu empat kes di daerah Manjung serta masing-masing satu kes di Perak Tengah dan Batang Padang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sumber Manusia dan Pembangunan Keluarga Perak, A. Sivanesan berkata, Manjung mencatatkan kes tertinggi iaitu 63 kes diikuti 28 kes di daerah Kinta termasuk kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh manakala Kuala Kangsar dan Perak Tengah masing-masing mencatatkan 19 kes.

Turut mencatatkan kes demam denggi ialah daerah Larut Matang dan Selama iaitu sepuluh kes, Batang Padang (sepuluh), Hulu Perak (sembilan), Hilir Perak (empat) dan Kerian (dua).

Sivanesan berkata, laporan minggu ini bagaimanapun mencatatkan sebarang kes kematian.

Katanya, 10 kes terbaru dikenal pasti pada minggu ini berlaku di Kampung Baru dan rumah pangsa Bercham di sini.

''Angka terbaru kes denggi di negeri itu menunjukkan peningkatan secara berterusan apabila mencatatkan 3,096 kes sepanjang 41 minggu pertama tahun ini berbanding 2,256 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

''Oleh kerana kes denggi ini amat membimbangkan, maka kerajaan negeri akan bekerjasama dengan majlis daerah, Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalankan kerja-kerja pembasmian untuk mencegah wabak denggi daripada terus merebak di negeri ini.

''Kita juga bekerjasama dengan pihak lain untuk mempertingkatkan langkah penguatkuasaan di semua peringkat bagi mencegah wabak denggi," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Kampung Baru Bercham di sini semalam.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menambahkan pegawai kesihatan untuk memperhebatkan lagi operasi pemeriksaan di rumah, premis perniagaan dan kilang bagi mengawal kes denggi.

''Kami tidak sangka sama sekali kawasan perumahan Bercham yang tidak pernah terdedah dengan kes denggi sebelum ini turut tersenarai kali ini dan langkah proaktif secara menyeluruh perlu dilaksanakan mulai sekarang.

''Kerajaan negeri sudah bersedia untuk menggandakan usaha untuk memerangi wabak denggi dengan lebih pantas dan berkesan," katanya.

Sivanesan berkata, langkah sedia ada seperti semburan asap, kempen rumah ke rumah, tindakan kompaun dan gotong-royong bersama masyarakat perlu dipergiatkan lagi untuk memastikan masyarakat setempat tidak leka dalam menjaga kebersihan persekitaran

Wednesday, 15 October 2008

Kelapa matag ditanam 8 tahun lalu gagal dapat hasil seperti diharapkan

BAGAN DATOH: Seramai 249 pekebun kecil kelapa dari lapan kampung mukim Rungkup di sini menuntut pampasan dan ganti rugi RM58 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di atas kegagalan projek kelapa matag seluas 382 hektar yang mereka usahakan sejak lapan tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat oleh Jawatankuasa Bertindak Projek Tanaman Kelapa Matag Parlimen Bagan Datoh (JBPTKMP-BD) yang menjadi wakil dan jurucakap bagi pekebun kecil terbabit.
Pengerusi jawatankuasa itu, Burhanuddin Yusoff, berkata satu memorandum mengenai perkara berkenaan akan diserahkan terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam waktu terdekat.

"Kami ingin meminta jasa baik Perdana Menteri yang begitu prihatin terhadap industri pertanian agar dapat menimbang dan meluluskan bayaran ganti rugi itu," katanya di sini semalam.

Burhanuddin berkata, pekebun kecil yang menanam kelapa matag seluas 2.02 hektar setiap seorang adalah dari Kampung Sungai Haji Muhammad, Sungai Pergam, Sungai Batang, Sungai Nipah Baruh, Sungai Balai Baruh, Sungai UIar, Sungai Betul dan Tebuk Mukmin.

Katanya, mereka telah menebang pokok kelapa asal spesies Malaya Tall yang berusia lebih 50 tahun untuk membolehkan tanaman kelapa matag dilakukan setelah menerima tawaran dari Jabatan Pertanian dan lndustri Asas Tani Daerah Hilir Perak, menyertai program itu sejak 2000.

Beliau berkata, pekebun kecil yang menyertai program berkenaan dijanjikan bakal memperoleh pendapatan lebih RM1,000 sebulan apabila projek itu berhasil dan mendatangkan jualan.

Bagaimanapun, katanya, harapan pekebun kecil untuk memperoleh pendapatan hasil dari kelapa Matag setelah ditanam empat tahun berkecai kerana pokok ditanam tidak mengeluarkan hasil seperti yang dijanjikan oleh agensi kerajaan itu.

Burhanuddin mendakwa, punca Kelapa Matag gagal mengeluarkan hasil kerana benih kelapa yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian tidak berkualiti malah ada pula benih yang busuk serta tidak pula dibekalkan racun dan baja.

"Jabatan Pertanian juga tidak membuat kawal selia ke atas tanaman sebaliknya menyerahkannya 100 peratus kepada pekebun yang terdiri dari warga emas yang tidak ada pengalaman menguruskan tanaman itu, untuk memikirkan sendiri kaedah terbaik mengusahakannya," katanya.

Beliau berkata, pekebun kecil juga sepatutnya menerima peruntukan RM6,000 sehektar tetapi yang diluluskan hanya RM3,500 sehektar saja menyebabkan projek itu terus terbengkalai kerana tidak ada kos mencukupi.

"Mereka menjadi mangsa keadaan dan kehilangan mata pencarian akibat kecuaian dan sikap tidak serius agensi kerajaan yang mengendalikan projek itu" katanya,.

Burhanuddin juga berkata, tuntutan ganti rugi sebanyak RM58 juta itu berdasarkan kepada harga pasaran kelapa bulat sekarang iaitu 90 sen sebiji dengan purata pekebun mengalami kerugian antara RM200,000 hingga RM300,000 bagi tempoh lapan tahun.

6,240 calon ambil STAM

KUALA LUMPUR: Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diadakan pada 20 hingga 22 Oktober dan 28 hingga 29 Oktober di 91 pusat peperiksaan seluruh negara.

Seramai 6,240 calon sudah mendaftar dan daripada jumlah itu, 866 (13.9 peratus) calon dari sekolah Kementerian Pelajaran, 4,219 (67.6 peratus) calon sekolah agama kerajaan negeri, 788 (12.6 peratus) calon sekolah agama rakyat dan sekolah swasta, serta 367 (5.9 peratus) calon persendirian, menurut Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini, semalam.

Air ketum ganti air penerang hati

ALOR STAR: Segelintir pelajar Melayu dahulu meminum `air penawar’ yang diberikan tok guru atau ulama sebelum menduduki peperiksaan.

Bagaimanapun, segelintir calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sebuah sekolah di Air Hitam, dekat sini, dikesan menggantikan air penawar dengan air daun ketum yang diminum sebelum memasuki dewan peperiksaan, kononnya bagi menambah tenaga serta mendapatkan ketenangan untuk menduduki peperiksaan yang bermula, kelmarin.

Difahamkan, sebahagian mereka sanggup mengikat perut dengan membelanjakan RM4 hingga RM6 wang pemberian ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan air ketum di kampung berdekatan.

Seorang calon PMR yang hanya dikenali sebagai Hadi, 15, ketika ditemui, berkata dia mula mengambil air ketum sejak enam bulan lalu kerana ingin menambah tenaga bagi mengulang kaji pelajaran terutama pada lewat malam.
“Saya akan minum pada waktu malam sebelum mengulang kaji pelajaran di rumah rakan dan setiap kali hendak menduduki peperiksaan. Mata dan badan saya akan segar dan langsung tidak letih walaupun tidak tidur semalaman kerana mengulang kaji.

“Kalau tak minum saya tak tenang dan bimbang tak dapat memberi tumpuan ketika menjawab soalan peperiksaan,” katanya.

Menurutnya, sebanyak RM4 daripada RM6 wang saku yang diberikan bapanya setiap hari digunakan untuk membeli air ketum sebelum berkongsi bekalan itu dengan rakan lain.

“Jika saya tiada wang, rakan akan membekalkan air berkenaan kepada saya dan kami akan berkumpul di luar sekolah sambil meneguk air ketum sebelum memasuki dewan peperiksaan,” katanya.

Hadi berkata, lambakan air ketum dan harganya yang murah memudahkan mereka mendapatkannya daripada pengusaha ketum di sekitar kampung dan sekolahnya.

“Lagipun peniaga air ketum langsung tak bertanya atau melarang kami setiap kali membeli air berkenaan walaupun lengkap memakai seragam sekolah,” katanya yang sedar amalan meminum air itu boleh menjejaskan kesihatan.

Bagaimanapun, dia mendakwa akan menghentikan tabiat itu bagi mengelakkannya ketagihan sebaik selesai menghadapi peperiksaan berkenaan.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, perbuatan dilakukan segelintir calon peperiksaan itu akan menjejaskan kesihatan mereka kerana ia mungkin menyebabkan ketagihan.

“Pelajar mesti berhenti meminum air itu segera sebelum mula menjadi penagih tegar. Setiap perbuatan yang memudaratkan diri haram di sisi agama,” katanya.

Beliau berkata, tindakan segelintir ibu bapa yang meminta air penawar daripada golongan ulama sebenarnya mempunyai persamaan dengan memanjatkan doa.

“Perbuatan minum air ketum untuk mencari ketenangan dan menambah tenaga mengarut kerana mereka sepatutnya membuat ulangkaji sepanjang tahun, bukannya ketika peperiksaan semakin hampir saja,” katanya.

Penilaian kemandulan

KEBIASAANNYA, apabila pasangan itu berkahwin, akan tersedar pada satu masa untuk mereka menambah bilangan ahli keluarga. Namun, apabila gagal untuk menghasilkan zuriat, tentu pasangan berkenaan bergegas untuk mencari penyelesaian.

Ujian boleh dilakukan untuk mencari punca kepada permasalahan tersebut dan berdasarkan kepada keputusan ujian, doktor boleh mencadangkan penyelesaian.

Pasangan dikatakan mungkin mandul sekiranya isteri belum boleh mengandung walaupun telah mencuba selepas enam hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, julat bulan ini bergantung kepada banyak faktor seperti umur isteri, umur suami dan juga berapa lama pasangan telah mencuba tetapi masih buntu.

* Persenyawaan

Bagi isteri atau puan-puan yang mempunyai julat haid 28 hari, benih (telur) mula dikeluarkan dari ovari pada masa 14 hari selepas bermulanya haid.

Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.

Bila ejakulasi berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih dari ovari.

Persenyawaan lazimnya berlaku di hujung tiub fallopian. Hasil dari persenyawaan ini kemudian akan bergerak sepanjang tiub fallopian untuk diimplantasikan di dinding rahim. Sekiranya proses-proses ini terbantut, kemandulan mungkin berlaku.

Secara ringkasnya, kemandulan berlaku sekiranya salah satu dari perkara di bawah mengalami kecacatan;

* Suami mempunyai bilangan sperma yang kurang dan juga kecacatan parameter-parameter air mani yang lain.

* Benih tidak dapat dikeluarkan dari ovari.

* Tiub fallopian tersumbat ataupun kecacatan morfologi tiub seperti hujung fimbria yang abnormal.

Lazimnya, kaitan masalah kemandulan untuk wanita adalah sebanyak 65 peratus, 20 peratus untuk lelaki dan 15 peratus atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Umur pasangan juga boleh mengubah tahap kesuburan. Kebiasaan peratusan kehamilan adalah sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Peratusan kehamilan ini akan mula menurun apabila melewati umur 20an dan 30an. Penurunan semakin ketara tatkala melangkaui umur 35 tahun.

Kadar kesuburan suami juga sedemikian tetapi dengan kadar kemerosotan yang lebih perlahan. Kerana faktor umur inilah pasangan tidak perlu menunggu enam hingga 12 bulan untuk mencari penyelesaian ke arah kehamilan.

Suami juga mungkin mempunyai permasalahan dengan jumlah serta bilangan sperma yang mungkin berpunca daripada gangguan hormon.

Paras hormon juga boleh mengganggu kesuburan wanita apabila ovari tidak terangsang secukupnya dengan paras hormon yang bercelaru.

Pemakanan yang tidak seimbang, anoreksia dan berat badan berlebihan juga mungkin menimbulkan masalah kesuburan.

Selain itu, jangkitan penyakit (lelaki atau wanita) yang disebarkan melalui hubungan seks, terutamanya hasil seks bebas, juga mungkin memudaratkan keupayaan untuk hamil.

* Penilaian

Penilaian ke atas puan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya umur dan juga keadaan pasangan serta tempoh lamanya puan berusaha untuk mengandung.

Puan serta suami akan berjumpa dengan doktor sebagai pasangan individu dan bukannya secara berasingan untuk:

* Pemeriksaan fizikal dan juga perubatan terutamanya ke arah sistem yang melibatkan perjalanan hormon-hormon utama wanita.

* Analisa cecair seminal (air mani) suami

* Ketentuan proses ovulasi seperti pemeriksaan darah untuk hormon-hormon.

* Ujian penentuan sama ada tiub fallopian tersumbat atau tidak

* Perbincangan kekerapan hubungan kelamin dan penentuan sama ada hubungan kelamin dilakukan pada waktu subur ataupun tidak.

* Penilaian pada suami

Suami perlu memberikan sedikit sampel air mani untuk dianalisa dan mungkin memerlukan beberapa sampel berasingan sekiranya doktor mendapati hasil keputusan yang tidak sekata.

Analisa cecair seminal (air mani) merangkumi bilangan sperma, bentuk-bentuk sperma, pergerakannya dan juga bukti-bukti jangkitan kuman, jika ada.

Sekiranya berlaku keabnormalan, suami puan akan dirujuk pada doktor yang membuat pengkhususan khas urologi iaitu disiplin yang dikenali sebagai ‘Sakit Tuan’.

* Penilaian pada isteri

Doktor akan memulakan pemeriksaan dengan pemeriksaan fizikal dan juga sejarah tahap kesihatan puan sebelum ini.

Sejarah kesihatan difokuskan kepada:

* Sejarah peredaran haid bulanan.

* Sejarah mengandung lampau termasuklah keguguran.

* Sejarah perawatan penyakit tularan seks.

* Sejarah penggunaan alat pencegah kehamilan.

Semasa pemeriksaan, mungkin ujian awal barah pangkal rahim, pap smear dan juga ujian darah lain akan dijalankan untuk penentuan kesediaan fungsi ovari.

* Penentuan benih keluar dari ovari (ovulasi)

1. Ujian ovulasi air kencing. Ujian ini mengesan pengeluaran hormon ‘Luteinizing’, yang berperanan dalam mencetuskan pengeluaran benih untuk disenyawakan.

Positif bermakna pengeluaran benih akan dikeluarkan oleh ovari dan hubungan kelamin perlu diadakan sekiranya kehamilan dikehendaki. Ujian ini juga kadangkala digunakan bersama ujian suhu badan basal.

2. Ujian suhu badan basal menyukat kenaikan serta perubahan suhu badan akibat perubahan hormon wanita.

Penyukat jangka suhu khas digunakan dan penyukatan perlu dilakukan pada waktu pagi sebaik sahaja bangkit dari tidur. Aktiviti ini perlu diteruskan sehingga dua atau tiga kitaran haid.

* Tatacara pemeriksaan yang mungkin dilalui

Puan melalui beberapa tatacara pemeriksaan untuk menentukan penghasilan benih berlaku, dan juga pemeriksaan terhadap kedua-dua tiub fallopian.

Serentak bergantung pada jenis pemeriksaan, keabnormalan anatomi sistem reproduksi juga akan ditentukan.

Penyiasatan histerosalfingografi (HSG). Tatacara ini melibatkan imbasan sinar-X yang menunjukkan suasana dalaman rahim dan juga sama ada tiub fallopian tersumbat atau tidak. Tatacara ini tidak memerlukan pembedahan dan puan tidak perlu bermalam di hospital.

Bahan pewarna yang tidak telus sinar-X juga akan dimasukkan melalui pangkal rahim dengan isipadu tertentu dan akan dibiarkan mengalir ke dalam rahim dan seterusnya ke dua-dua tiub fallopian. Pengimejan dilakukan dengan julat-julat masa tertentu.

Pemeriksaan ultrasound transvaginal. Satu alat khas ultrasound yang dimasukkan ke dalam faraj untuk melihat organ rahim dan juga benih-benih yang dihasilkan di dalam kedua-dua ovari.

Histeroskopi.

Satu alat teleskop khas yang dimasukkan melalui pangkal rahim untuk menyiasat persekitaran dalam rahim dan seterusnya mengambil contoh tisu untuk kajian lanjutan.

Laparoskopi.

Penyiasatan ini memerlukan alat teleskop khas dimasukkan ke rongga abdomen puan. Biasanya dimasukkan melalui pusat, visualisasi anatomi reproduksi puan dipermudahkan dengan kehadiran gas karbon dioksida yang bertujuan untuk mengembangkan dinding abdomen.

Keabnormalan anatomi mungkin boleh dipulihkan. Tiub fallopian juga diperiksa dengan menggunakan bahan pewarna khas yang dimasukkan melalui pangkal rahim dan diperhatikan sama ada tiub tersebut tersumbat ataupun tidak. Masalah seperti endometriosis juga boleh dikenalpasti melalui kaedah ini.

Dinasihatkan supaya puan tidak mendapatkan rawatan kehamilan yang mencurigakan atau sebelum menjalani pemeriksaan rapi kerana masa dan juga kaedah yang tidak betul hanya akan merumitkan keadaan.

Berjumpalah dengan mana-mana doktor pakar perbidanan dan sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Pengambilan pil-pil kesuburan secara berpanjangan dan tanpa penentuan ovulasi juga boleh memberikan implikasi teruk kepada puan.

Dengan kemajuan zaman maklumat kini, sebarang maklumat mengenai kemandulan boleh diperoleh dengan mudah, dan sekiranya pemahaman lanjut diperlukan, berbincanglah dengan doktor puan.

Presiden Upko biadab, sentuh sensitiviti umat Islam

KOTA KINABALU, 15 Okt (Hrkh) - PAS Sabah menyifatkan ucapan dasar Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok sempena perhimpunan agung kali ke-12 pertubuhan itu baru-baru ini biadab dan telah meyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan akhbarnya di sini berhubung ucapan itu, beliau berkata, Dompok yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri cuba untuk memaksa pemimpin Umno untuk sekali lagi tunduk kepada desakan agar mana-mana individu Islam Yang ingin keluar daripada agamanya, hendaklah tidak dihalang oleh mana-mana pihak atau badan-badan penguatkuasaan.

Hamzah berkata, dalam ucapan dasar Presiden Upko itu, Dompok banyak mempersoalkan tentang kebebasan beragama yang terkandung dalam perlembagaan Negara ini sudah tidak terjamin.

Dalam ucapan itu, Dompok dipetik berkata, "...adalah juga menjadi hak rakyat Malaysia untuk kembali kepada agama sebelumnya jika ia hendak berbuat demikian dan tidak ada undang-undang atau sesiapa yang boleh berdiri antara seseorang itu dengan Tuhannya."

Dompok turut mempertikai mengenai bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terutama bagi mereka yang memeluk Islam apabila berkahwin dengan pasangan muslim.

"Apabila berlaku perceraian pada perkahwinan tersebut, pasangan yang bertukar agama itu dan kemudian ingin kembali ke agama asalnya sudah tidak lagi boleh berbuat demikian.

"Pendapat saya ialah perkahwinan seperti ini, dalam mana penceraian berlaku, ia haruslah berakhir di mana ia bermula," demikian beliau dipetik berkata.

Hamzah yang begitu kesal berpendapat kenyataan Menteri terbabit cuba menjolok sarang tebuan dan ingin membangkitkan semula isu lama berkenaan memorandum yang dihantar oleh sembilan Menteri kepada Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bebrapa tahun lalu.

Hamzah yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, melihat ucapan Dompok itu adalah rentetan kejayaan Upko yang sebelum ini mengugut untuk keluar dari pada Barisan Nasional (BN) jika BN gagal menyelesaikan masalah kewarganegaraan Yong Lee Hua dan dan kecelaruan yang berlaku dalam Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah.

Hamzah mempersoalkan, apakah motif dan agenda sebenar Dompok membangkitkan semula isu sedemikian itu.

Beliau secara peribadi melihatnya sebagai satu strategi Upko untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi tempoh berakhirnya era Abdullah.

"Ertinya Upko akan memberi kata dua kepada Najib...jika mahu sokongan Upko, beri kebebsan kepada individu muslim yang mahu tukar agama dan mana-mana pasangan yang mahu bercerai, walaupun salah seorang isteri atau suami telah memeluk Islam, maka hendaklah diselesaikan di Mahkamah Sivil sebagaimana mulanya berkahwin mereka didaftarkan di Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah,"katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menyelar sikap membisu para pemimpin Umno Sabah dalam hal berkaitan isu kepentingan umat Islam.

"Inilah sikap 'apologetic' para pemimpin Umno Sabah,demi untuk pangkat dan jawatan, mereka biarkan anak sendiri di rumah mati kelaparan,tetapi kera dihutan mereka susukan,"tegasnya. - mks._

RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN BAGAN DATOH



Sempena Bulan Syahwal Ini PAS Kawasan Bagan Datoh Akan Mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Pada:

Tarikh: 19 October 2008
Masa : 10.00 Pg
Tempat: Dewan Orang Ramai Kg Sungai Tiang Darat

Orang Ramai Di jemput Menghadiri Majlis Jamuan Rumah Terbuka Yang Akan Di Hadiri Oleh Setpol MB Perak Ust. Misbahul Munir, Yb Hutan Melintang Sdr. S.Kesevan Dan Bekas Calon Parlimen Sdr. Madzi Hassan.

Pelbagai Juadah seperti rendang Daging, Ketupat, Lemang, Kuih-muih Dan Bermacam-Macam Lagi Menanti Anda...
Unit IT Turut Akan Membuat Liputan Pada Majlis Tersebut
Anak Perantauan Yang Berkesempatan Pulang Amat Di Alu-Alukan Datang

P/s Yang Dah Baca Tolong Sebarkan Pada Kawan-Kawan

Tuesday, 14 October 2008

kami memerlukan author!!!!

Blog Pas Bagan Datoh memerlukan author untuk memantapkan lagi blog ini. hubungi nordinsamrin@gmail.com.

5 penjenayah diberkas

TELUK INTAN: Polis menahan empat lelaki warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah, dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Changkat Jong-Jalan Padang Tembak dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata mereka diberkas selepas polis mendapat maklumat berhubung satu kes rompakan yang baru dilakukan oleh mereka ke atas seorang pengusaha ladang kelapa sawit di sini.

Katanya bertindak atas maklumat berkenaan, polis telah mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan utama di sekitar bandar ini dan berjaya mengesan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh lelaki rakyat tempatan bersama empat rakyat Indonesia dalam tempoh tiga jam selepas mereka melakukan rompakan.

Mereka yang berusia 25 hingga 28 tahun itu ditahan pada pukul 6 pagi dan polis turut menemui beberapa barang yang dirompak antaranya wang tunai RM7,714, wang tunai 245,000 rupiah, lapan telefon bimbit, sebuah komputer riba, barang kemas dan beberapa kotak rokok, katanya pada sidang akhbarnya di sini hari ini.

BNM arah Buluhmas hentikan operasi selama tiga bulan

TANJONG KARANG 14 Okt. - Syarikat Buluhmas Sdn. Bhd. (Buluhmas) yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi selama tiga bulan.

Setiausaha syarikat itu, Abu Bakar Abu Hassan berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan dalam tempoh itu, Buluhmas tidak lagi boleh menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, selain tidak dibenarkan menerima keahlian baru sehingga siasatan selesai. - Utusan

Court convicts three of unlawful assembly

GEORGE TOWN: Two PAS leaders and a preacher were each fined RM2,000, in default 14 days’ jail, after a magistrate’s court found them guilty of taking part in an unlawful assembly to protest an Article 11 forum two years ago.

Magistrate Ainul Shahrin Mohamad said the prosecution had proven beyond reasonable doubt the case against preacher Shahul Hamid M.P.H Seeni, 33, religious teacher Mohammed Hafiz Mohamed Nordin, 38, and social activist Rahim Ismail, 57.

The three men were separately charged with taking part in an unlawful assembly in front of the Cititel Hotel here between 8am and 10.30am on May 14, 2006.

The offence under Section 27(5) of the Police Act is punishable under Section 27(8) with a fine of between RM2,000 and RM10,000, and a jail term of up to one year upon conviction.

Rahim is the Bukit Bendera PAS division deputy chief, while Mohammed Hafiz is the state PAS Youth chief and chairman of Badan Antara Dakwah (Badai).

The three were part of a protest group that disrupted a forum titled Federal Constitution: Protection for All that was being held at the hotel by Article 11, an umbrella group of 13 NGOs.

In mitigation, counsel Darshan Singh Khaira asked for the three to be released under Section 173A of the Criminal Procedure Code, saying that they had not intended to breach the law.

He said they were not the organisers of the gathering and did not know that there was no permit to assemble, and they obeyed the order to disperse. He also said no losses were incurred during the incident.

Assistant public prosecutor G.S. Tan pressed for a deterrent sentence in the interest of the public, saying costs were incurred to disperse the crowd following the incident, which also caused a traffic jam in the area.

“No person is above the law, regardless of social status. Although the three accused are ustaz, they have to abide by the law by applying for a lawful permit to have any gathering to voice their views.

“Rioting is a common activity nowadays in Malaysia,” she said.

After the court adjourned, the interpreter informed the three men that they could leave immediately after they paid their fines in cash rather than wait to get back their bail monies of RM2,000 each to pay the fines.

She explained that the procedure would take time as the men had to get their respective bailors to come to court to collect the fixed deposit certificates and cash them at the bank.

The moderate crowd of supporters then passed the hat round and collected the RM6,000 on the spot to pay the fines, and the three then left the courtroom amidst calls of “Allahuakbar” from the crowd.

Mohammed Hafiz said they were dissatisfied with the decision and would file an appeal at the High Court.

Petrol turun 15 sen, diesel 20 sen esok

14/10/2008 5:48pm

PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.

``Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi Kemanusiaan pada majlis konvokesyen ke-32 Universiti Putra Malaysia (UPM), 18 hingga 22 Okt ini.

Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah berkata Ahmad Zahid akan menerima anugerah itu daripada Tuanku Canselor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nik Mustapha berkata UPM juga akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi kepada Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan.

Katanya seramai 7,840 graduan pelbagai pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing semasa konvokesyen itu.

DPPBD- tahniah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , jengok2 la orang kg kat sini

Universiti pilih tarikh pilihan raya

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan bahawa tarikh pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2008/2009 ditentukan sendiri oleh pengurusan universiti masing-masing dan bukannya kementerian seperti dulu.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata, setiap institusi telah diberi autonomi tersebut sebagai sebahagian bayangan kepada pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Untuk itu katanya, KPT tidak lagi akan mengumumkan tarikh PRK seperti tahun-tahun sebelumnya sebaliknya ia akan diputuskan sendiri oleh setiap universiti, baik awam atau swasta selepas merujuk kepada kementerian.

"Kini semuanya atas budi bicara setiap universiti untuk pilih masa yang sesuai anjur buat pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Simposium dan Pameran Geoinformasi ke-7 (ISG 2008) yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) di sini semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan desakan sesetengah pelajar di sekitar Lembah Klang yang memohon agar KPT segera mengumumkan tarikh sebenar PRK sesi 2008/2009 kerana telah genap setahun PRK berlalu.

Tambah Idris, sehingga kini, kira-kira separuh daripada universiti telah memaklumkan kepada KPT tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya dan beliau membayangkan beberapa universiti akan memulakan proses itu bulan ini.

Monday, 13 October 2008

Mencari pengasas 'teori Rahman'

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada "teori" yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya "teori" yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

"Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

"(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan DR Mahathir menjelang pemilihan parti itu 24 April 1987.

"Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

"(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja.

"Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu.

"Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman," tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid - seorang guru di Simpang, Taiping - tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud "teori Rahman", termasuk "mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri."
Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai "penulis dari Semanggol (Perak)" memaklumkan bahawa "hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana menteri. Orang itu ialah Pak Lah."

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim.

"Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."

Sementara penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir.

"Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya teori Rahman "terjadi secara kebetulan" sahaja dan tiada asas ketekalan untuk diyakini bulat-bulat.

Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti.

"Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan).

"Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus."

Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini tidak logik."

Seperti banyak pihak lain, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan Rahman.

Katanya, bagi perdana menteri pertama, "teori" ini membuang nama awal Abdul untuk menjadikannya sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh seterusnya menggunakan nama Abdul.

"Secara popular, perdana menteri pertama disebut penuh sebagai Tunku Abdul Rahman, sedangkan perdana menteri kedua lebih dikenali Tun Razak (tanpa Abdul)," katanya, seorang wartawan berpengalaman sebelum menyertai PAS.

Bakal perdana menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman" bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil kira dalam teori popular itu.

PAS : DAKWAH DAN SIASAH

Melebarkan Sokongan Merentasi Semua Kelompok Serta Segmen Rakyat dan Pengundi

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sokongan jitu masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang terhadap perjuangan yang kita dokong merupakan elemen yang akan membantu untuk kita menang dan perkasa .

Sokongan jitu ini dengan maksud bukan sokongan spontan yang bersifat jalanan dan murahan , tetapi sokongan yang diraih dengan nilai kepercayaan tinggi masyarakat terhadap perjuangan kita .

Saya melihat sokongan seperti ini mesti diperolehi melalui sekurang - kurangnya 4 subjek :

Subjek yang pertama : TAKHTIT YANG MUNAZZAMAH

Iaitu Perancangan yang strategik berasaskan komitmen terhadap sumber perjuangan yang tulen serta hala tuju yang jelas .

Subjek yang kedua : USLUB YANG MUNAASIB

Iaitu approach yang bersesuaian terhadap strategi dan realiti serta efektif terhadap sasaran ( madu'u ) . Jua mengambil pendekatan yang responsif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah .

Subjek yang ketiga : DAKWAH YANG SYAMILAH

Iaitu penerangan yang menyeluruh berlandaskan objektif dan matlamat suci perjuangan . Melampaui tembok pemisah yang dibina oleh musuh jega melepasi kejumudan kelompok sendiri .

Subjek yang keempat : SIASAH YANG RAASYIDAH.

Iaitu politik yang memimpin dan menyelamatkan ummah dari cengkaman nafsu liar penguasa toghut dan zalim serta kejam melalui pendekatan yang berhemah dan berhikmah .

Justeru itu saya merasakan sayugianya kita memperkasakan sistem Jalur Lebar dakwah dan siasah parti yang bersifat online , fulltime dan borderless .

Saya juga mempunyai 5 perhatian untuk diteliti oleh kita semua :

Perhatian 1 :

Penerangan atau dakwah kita jangan hanya berlegar dengan skima atau trend pengupasan isu semata - mata sebaliknya kita mahu dakwah atau penerangan yang berjaya membentuk thaqafah ( knowledge ) ahli dan wa'iyah ( kesedaran ) ummah , yang mesti tegak di atas 4 matlamat ( prinsip ) umum dakwah dan siasah kita :

1. Tamkiin Li Deenillah ( Memperteguh Perlaksanaan Agama Allah )
2. Iqaamatud Daulatil Islam . ( Mendirikan Kedaulatan Islam )
3. Ia'adatul Khilafah ( Mengembalikan Khilafah )
4. Tabliighul Islam Linnaasi Kaafah ( Menyampaikan Islam kpd Masyarakat seluruhnya )

Perhatian 2 :

Orientasi perjuangan kita mesti bebas sepenuhnya dari tanggapan atau prinsip songsang yang hanya membawa mesej penerangan atau dakwah kita berhenti di pintu bilik pembuangan undi di hari pilihanraya semata - mata atau dalam erti kata lain , penerangan / dakwah yang hanya untuk memancing undi .

Tasawwur kita mestilah diperbaiki khususnya penerangan / dakwah kita terhadap non muslim bukan bertujuan pancing undi tetapi ianya bersifat jangka panjang untuk mereka kenal dan terima perjuangan kita .

Apa yang kita mahu ialah penerangan atau dakwah yang berjaya meledakkan daya insaf dan sedar dikalangan masyarakat terhadap masuuliyah ( tanggungjawab ) mereka menjadi seorang hamba Allah / khalifah Allah dan akhirnya melayakkan mereka menjadi warga syurga Allah swt . Inilah prinsip penerangan atau dakwah nabi Muhammad saw. Inqaazunnas a'nin Naar ( menyelamatkan manusia dari api neraka .)

Perhatian 3 :

Jangan biarkan unjuran dan kitaran peneranganatau dakwah kita tidak melepasi garis sempadan daerah sendiri. Penerangan / dakwah yang hanya berfungsi dari pintu surau ke pintu masjid , dari pintu markaz ke pintu pusat tarbiyah .

Sedang sasaran ( madu'u ) penerangan / dakwah kita diwakili oleh pelbagai lapisan masyarakat , budaya dan agama malah juga pelbagai latar belakang politik , ekonomi dan sosial . Demikian juga pendekatan dakwah kita jangan hanya di atas platform majlis rasmi tetapi juga di majlis tidak rasmi.

Bertolak dari sini , suka saya tegaskan bahawa kita mesti menguasai modul Dakwah Fardiyyah iaitu dakwah / penerangan yang berasaskan personal contact dengan pendekatan :

Politik Kasih Sayang
Politik Rapat Jurang
Politik Tambat Hati

dan menjadikan kita Duta Penyelamat dan Kasih Sayang . Sementara itu persoalan titik bengek , perbedaan pendapat seperti isu muqaabalah usahlah dijadikan satu hambatan kepada perjuangan kita nan suci ini . Bukankah perjuangan kita sudah matang dan melewati usia emas !

Kata Asy Syeikh Rashid Redha ( dipopularkan oleh Imam al Banna ) :

نتعاون فيما اتفقنا عليه و نعزر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza padanya .

Perhatian 4 :

Realiti penerangan / dakwah kita dewasa ini sedang melintasi zon kelabu iaitu zon demokrasi yang tidak demokratik . Satu zon yang menyaksikan sandiwara negara demokrasi yang sangat jelek dan memualkan kita . Sekalipun cuba dipulih kononnya oleh UMNO dan BN , nyata ia hanya satu lagak untuk mengelirukan rakyat agar terus memberi sokongan kepada mereka .

Lantaran itu , sistem penerangan / dakwah kita mesti peka dan sensitif dalam menghadapi suasana seperti ini . Lajnah Penerangan dan Jabatan Penerangan sewajarnya menjadi organ yang paling sibuk mengendali dan mendepani situasi sebegini .

Bertindak laksana Tariq bin Ziyad yang membakar kapal untuk tidak memungkin mereka berpatah pulang melainkan terus mara membawa panji Islam . Begitu juga Uqbah bin Nafiq yang bermunajat : " Ya Allah , kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana " .

Jangan rasa kerdil dan hina untuk membawa risalah Islam ini ke tengah masyarakat biarpun 1001 nista dilemparkan kepada kita . Prinsip kita turun ke medan ialah :

عش كريما أو مت شهيدا

Hidup ( kalau nak hidup ) sebagai orang yang mulia dan Mati ( kalau nak mati ) sebagai orang yang syahid .

CABARAN YANG TERPAKSA DIDEPANI

Kita mesti menggaris strategi dan merencana gerakkerja yang efektif guna mendepani cabaran. Cabaran yang mesti kita depani antaranya ialah :

Cabaran undemokrasi
Cabaran kekeliruan agama yang dicipta
Cabaran Kejahilan Ummah
Cabaran Kelesuan Ulamak
Cabaran Konspirasi Pemerintahan UMNO dan BN dengan agenda jahat mereka untuk menghalang perlaksanaan dan penghayatan Islam dikalangan rakyat.

Perhatian 5 :

Aktiviti penerangan / dakwah kita mesti dipastikan agar tidak bersifat stereo type dan terikat dengan aktiviti tradisi . Saya tidak menafikan keupayaan dan keberkesanan aktiviti tradisi dalam penerangan / dakwah kita seperti ceramah , kuliah dan sebagainya , tetapi wajar kita responsif dengan perkembangan semasa yang memerlukan kita lebih advance dari pihak musuh .

Inilah yang telah dipertegaskan oleh al Marhum Abu Hasan Ali An Nadwi :

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

Integrasi antara warisan tradisi yang soleh dengan penemuan - penemuan baru yang bermanafaat.

Berasaskan kesedaran ini , kita mesti laksanakan beberapa misi penting .

Misi pertama :

Mengkaderkan petugas penerangan / dakwah yang mampu , bukan sahaja sebagai pemidato yang berkaliber tetapi juga mewarisi syakhsiyyah kepimpinan wibawa sehingga berkeupayaan menyahut keperluan penerangan / dakwah masa kini , seperti dialog dan debat intelektual berhadapan dengan semua pihak termasuklah golongan Islam Liberal atau golongan sekular .

Misi Kedua :

Mengaktifkan hubungan dan penerangan ( dakwah ) sehingga ia menjadi hotlink antara kita dengan pelbagai kaum dan agama . Manual pendekatan berkesan mestilah diketahui dan dilaksanakan .

Ada Laksamana Do Re Mi Dalam UMNO?

APAKAH yang membuat Datuk Ahmad Zahid Hamidi, MP Bagon Datoh dan ahli Majlis Tertinggi Umno, mengubah fikiran dari mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden kepada Naib Presiden?

Yang tersurat memang jelas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau menarik balik hasrat bertanding jawatan nombor dua demi 'kepentingan dan perpaduan parti.'

Yang kita semua ingin tahu ialah yang tersirat. Apakah penarikan itu hasil pertemuan empat mata antara beliau dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak awal minggu ini? Atau apakah pengumuman awal itu semata-mata untuk mendapat perhatian ahli parti dan mereka yang akan mengundi di pemilihan parti di perhimpunan Mac depan?

Apapun, pengumuman Zahid itu sedikit sebanyak mengurangkan 'pening kepala' perwakilan, terutama di mesyuarat agung bahagian yang bermula hari ini (Khamis). Mungkin ada yang membuat kesimpulan bahawa Zahid menarik balik keputusannya setelah sedar bahawa kemenangan bukan automatik.

Dalam pergelutan untuk jawatan timbalan presiden, setakat ini Datuk Wira Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib adalah dua pembesar Umno yang menawarkan diri untuk bertanding.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyatakan hasrat yang sama esok dalam sidang akhbar khas di Putrajaya.

Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka dan salah seorang penyandang jawatan Naib Presiden, yakin boleh menang atas popularitinya yang memang susah ditandingi. Namun, populariti sahaja belum tentu boleh memberi kemenangan untuk jawatan kedua terpenting dalam parti, dan seterusnya, dalam kerajaan.

Begitu juga dengan Muhammad Taib, Mike Tyson Umno ini. Sejarah hitamnya akan menghantui orang kuat Umno ini. Ketua Penerangan Umno ini memerlukan 'satu keajaiban politik' jika mahu menang dalam pertandingan ini.

Pemerhati politik tanahair tahu bahawa keajaiban atau 'miracle' bukanlah satu perkara yang sukar ditempah. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Ini jugalah yang menjadi pegangan Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang, seorang gergasi dalam politik Umno dan tanahair.

Jika Ku Li mendapat cukup pencalonan, bekas Bendahari Umno ini akan berdepan dengan Mohd Najib, anak bangsawan Umno yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Mac ini (jika dia lulus ujian pemilihan parti).

Dalam sejarah Umno Baru, pemilihan Mac ini adalah satu-satunya yang boleh disifatkan sebagai pemangkin kepada apa juga reformasi yang perlu dibuat untuk memastikan parti itu terus relevan dalam landskap politik tanahair.

Kita lihat juga bagaimana dua anak muda yang berhasrat menerajui Pemuda Umno masing-masing dapat satu pencalonan dari dua bahagian yang bermesyuarat hari ini - Khairy Jamaluddin (Machang) dan Datuk Mukriz Mahathir (Kimanis).

Apapun, Umno berada dalam keadaan terbaik atau terburuk dalam usaha menentukan masa depannya. Terbaik kerana pemilihan Mac betul-betul boleh mengembalikan keyakinan ahli dan rakyat terhadap kepimpinannya jika pemilihan dibuat berasaskan kejujuran dan keikhlasan.

Terburuk kerana keghairahan dan sifat gila kuasa yang tiada sempadan boleh meranapkan sebuah wadah yang telah lama berjasa. Mundur maju Umno terletak kepada kewarasan dan kematangan pejuang-pejuang dalam parti tua ini.
di copy dari http://ahmadatalib.blogspot.com/

Agenda utama Zahid Hamidi

BAGAN DATOH: Taat setia kepada kepemimpinan parti menjadi agenda utama Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika terpilih memegang jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac ini.

“Saya akan beri sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno yang baru,” katanya selepas merasmikan persidangan Umno bahagian Bagan Datoh, semalam.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berikrar berusaha mengukuhkan kedudukan Umno terutama di negeri yang dikuasai pembangkang untuk merampas semula tampuk pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

“Saya juga akan bekerja keras bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN),” katanya.Ahmad Zahid berjanji akan menggunakan kedudukannnya sebagai menteri Kabinet untuk meraih sokongan rakyat serta memberi sokongan padu yang berterusan kepada kerajaan BN di bawah kepemimpinan Najib selepas berlaku peralihan kuasa kelak. Beliau menyeru mereka yang terpilih sebagai pemimpin Umno di peringkat cawangan, bahagian dan pusat berusaha memperkasakan semula kedudukan Umno yang lemah selepas pilihan raya lalu.

Bagi mencapai matlamat itu beliau mengajak seluruh kepemimpinan parti turun padang supaya mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi yang juga suara keramat yang perlu diberi perhatian serius oleh kepimpinan dalam parti.

Beliau memberi amaran kepada mereka yang terpilih memegang jawatan dalam parti supaya jangan mengkhianati kepercayaan dan amanah diberikan ahli.

“Saya mengingatkan diri sendiri dan semua rakan yang berjaya memegang jawatan supaya memulakan era dan azam baru untuk bekerja keras bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Thursday, 9 October 2008

Unit Amal Bertindak Cemerlang: Ribut Di Felcra Nasaruddin, Bota Kanan

Assalamualaikum... Semalam wakil unit amal DPPK Bagan Datoh telah melawat kawasan bencana dengan tujuan cuba memberi pertolongan dari segi tenaga dalam membantu sahabat-sahabat dari unit amal daerah yang lain. Saya ditemani oleh penyelaras unit amal kawasan saudara mohd amin dan saudara abdul ghani telah tiba di kawasan bencana lebih kurang pukul 10.45 pg. kami telah disambut oleh pengarah unit amal negeri perak saudara zamarul aini dan beberapa sahabat yang lain. setelah meletakkan kenderaan, kami diarahkan untuk membantu membersihkn pokok-pokok yang telah tumbang. saya dapati petugas dari unit amal memenuhi kawasan bencana dalam membantu agensi-agensi lain dan penduduk tempatan. Menurut seorang peneroka pertama saudara en. yusuf mat memuji atas tindakkan pantas DPPK Bota kerana meraka terlebih dahulu sampai ke kawasan bencana, mereka telah berkampung di sekolah keb. nasaruddin semenjak malam kejadian dan memberi bantuan seperti makan malam dan minuman kepada penduduk. Menurut salah seorang saksi kejadian puan Dalina Seorang suri rumah sewaktu kejadian, beliau berada di rumah bersama anak lelakinya. menurutnya kejadian itu berlaku sekitar jam 3.45 ptg dan hanya sekitar 4-5 minit, tetapi hujan yang turun disertai dengan angin yang kencang, jelasnya lagi beliau dapat menyaksikan bagaimana angin yang kuat menumbangkan dan menerbangkan pokok yang ada dihalaman serta bumbung rumah jirannya. Menurut seorang lagi peneroka kelima saudara pak ya Kejadian yang berlaku ini adalah kali yang ketiga, yang pertama pada tahun 1991 kedua pada tahun 1994 dan kejadian pada kali ini adalah yang paling teruk. Semalam juga wakil MB Nizar telah datang melawat ke kawasan bencana, seramai 4 orang telah datang yang diketuai oleh Setpol MB Ust. Misbahul Munir, Ust Ismi Dan Saudara Amran. Menurut Ust. Misbahul Munir kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah wang sebanyak Rm 12000.00 untuk meringan beban mangsa bencana dan akan memanjangkan perkara ini kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti jabatan kebajikan masyarakat, JKR Negeri dan Baitullmal. Kami Meninggalkan Kawasan Bencana Sekitar jam 4 ptg setelah selesai makan tegah hari.
video

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008