Wednesday, 4 March 2009

Seruan Bunuh Ditiup Terhadap Anwar,Lim Kit Siang Dan DS Nizar

Sebelum subuh wak dah bangun, awal sungguh wak bangun pagi ini, balik saja dari masjid pagi tadi lepas pekena teh tarik dengan rakan jemaah, wak buka blog, wow! banyak posting sahabat yang wak lihat seperti penuh dan sarat dengan kemarahan dan sakit hati. Pada wak, marah dan terasa hati itu wajar, bila Trajedi Pokok Demokrasi di Ipoh kelmarin diingat semula. Dibawah wak ambil sebahagian dari keratan posting dari blog sahabat untuk paparan pagi di ABO..

fitnah, hasut ... semua ada..belasahan 1 [link]

ko tengok tu sikit punya gila... macam tak bertamadun je...., oooppss... Azalina yang cakap macam tu bukan aku yang cakap... ko tengok tu habis semua orang di rempuhnya, macam babi gila naik minyak...., yang aku heran si pencacai ko, ...polis raja di malaysia boleh pandang je... semua buat derk...je..., korang dah pakat dengan orang gila tu ke... atau...belasahan 2 [link]

99 orang polis cedera dalam perhimpunan depan suk tadi. Semua mereka cedera terkena maki hamun penyokong yang berhimpun.
44 orang cedera telinga kerana makian yang menghiris cuping telinga, 55 cedera teruk di dada kerana sakit hati dengan maki hamun tersebut. Itulah tanggapa saya hasil amaran ketua polis Perak yang akan mencari siapa yang memaki polis dalam perhimpunan...belasahan 3 [ link ]

Biarlah pokok hijau itu menjadi saksi keutuhan kita. Pemimpin yang sejati disokong oleh rakyat yang bersatu hati. Melayu, cina dan India, kami semua adalah rakyat yang sama. Kami tidak akan lari dari medan jihad kami. Ir Nizar pemimpin kami, sampai kami mati.
Biarlah pokok hijau dan hamparan rumput itu menjadi saksi di hadapan Allah. Kami bai’ahkan janji setia. Seperti mana bai’ah rasululullah dan para sahabatnya di sisi Hudaibiyah...belasah 4 [ link ]

Ingat kemarahan itu dan terasa hati hanya dikalangan blogger PR. Rupanya ada lagi yang lebih mengejutkan .Wak agak terkejut dengan seruan dari blog dibawah. Agak keras seruan itu. Dengan tajuk - penderhaka yang PERLU di bunuh. Berdasarkan kepada paparan visual blog itu yang mana memaparkan wajah DSAI, Lim Kit Siang, dan Nizar Jamaluddin. Bagi wak ia amat keterlaluan. Ia menyemai sifat gangsterisme dikalangan khalayak dengan memberi signal BUNUH sebagai penyelesaian masalah. Diharap pihak berkuasa dapat menasihati pengendali blog ini agar lebih beretika dalam menulis dan memaparkan isu lebih-lebih lagi yang melibatkan perkataan BUNUH !



seruan untuk membunuh [ link ]


Wak beritahu di sini, jika tuan blog itu tidak menarik artikel yang berbaur menghasut ini, dalam tempoh 24 jam, wak dan bloggersNetwork@Perak tidak teragak-agak untuk memfailkan satu laporan Polis pagi ini di Ipoh. Semua catatan dan kandungan blog ini telah dicopy sepenuhnya sebagai bukti dalam laporan Polis nanti untuk siasatan.

Bagi wak, apa pun pegangan politik dan fahaman kita, seruan BUNUH itu sangat tidak profesional, tidak beretika, dan rendah moral. Apakah dengan perlu BUNUH itu akan menyelesaikan sesuatu isu ? Malah jika dilihat dari pandangan islam sendiri, seruan itu sangat dimurkai oleh Allah swt. Sedih..blogger yang mendokong ketuanan melayu dan islam katanya,,menerbitkan posting sebegitu untuk bacaan khalayak blognya.

ABO

0 comments:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008