Saturday, 25 July 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Dialihbahasa oleh http://beautifulnar a.com

http://zailina88. blogspot. com

Sunday, 19 July 2009

MUNAQASYAH UCAPTAMA KETUA PEMUDA PAS

Friday, 17 July 2009

SPRM dan pimpinan BN wajib jawab kes kematian Teo


SHAH ALAM, 17 Julai (Harakah) - Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock.

Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan (DAP), Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.
Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.
Dalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..."
Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..."
Turut berada dalam perhimpunan antaranya Adun Teratai, Rawang, exco kerajaan Ngeri, Teresa Kok; Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'
Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.
Turut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.
Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10.20 pagi. Beliau turut berucap dalam perhimpunan aman itu dengan mengatakan; "Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan."
"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini."
Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN.
Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.'
Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.
Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama Penasihat DAP, Lim Kiat Siang hadir dan turut berucap dalam perhimpunan aman tersebut.
Pergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas Guang Eng dan Kiat Siang masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta.
Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza.
Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.
Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan.
Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam.
Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza.
Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.
Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'.
Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama Khalid Ibrahim, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Kit Siang, Guan Eng, Azmin keluar dari bangunan tersebut.
Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.
Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.
Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.
Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.
Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _

PAS seru ahli sertai himpunan mansuhkan ISA, 1 Ogos depan

Harakahdaily Thu Jul 16, 09 9:40:16 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos depan.
Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata PAS sudah mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.
"Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap perhimpunan ini.
"Semua ketua-ketua penerangan negeri dan PAS kawasan diminta mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat untuk menghadiri Himpunan ini," kata Idris dalam satu kenyataannya.
Dalam kenyataan yang sama, beliau mengajak semua NGO dan individu yang prihatin untuk hadir bagi memastikan kerajaan memansuhkan akta kontroversi tersebut "yang sering dijadikan alat politik segelintir pihak berkepentingan untuk menakutkan rakyat.
Pada 22 Jun lalu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah 'sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)' dua tahun lalu.
Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.
Jumaat lepas, mesyuarat jawatankuasa induk Himpunan MANSUH yang dianggotai pemimpin parti politik, NGO, mahasiswa sepakat menetapkan perhimpunan tersebut jam 2 petang di tiga lokasi utama di Kuala Lumpur namun tempat-tempat itu belum diputuskan lagi.
Menurut kenyataan GMI, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar satu 'deklarasi rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ia juga menggalakkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan tersebut agar memakai pakaian warna tema merah hitam.
Himpunan MANSUH diadakan sebagai kesinambungan kempen GMI untuk membela nasib tahanan dan keluarga, dan juga menutup Kem Kamunting, Taiping. - azm _

Enggan tunai janji: Sah Umno perbodoh pengundi Manek Urai


Lanjusoh Foto Rizal Tahir Thu Jul 16, 09 3:20:36 pm MYT
KOTA BHARU, 16 Julai (Hrkh) - Sahlah pengundi di Manek Urai diperbodoh Umno apabila janji mahu membina jambatan merentangi Sungai Lebir bernilai RM7 juta kini ditarik balik.

Perkara itu diakui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed apabila menyebut kerajaan pusat tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan bernilai RM7 juta.
Pemimpin Umno itu dilaporkan cuba mendera rakyat di Manek Urai selepas Umno ditolak pada pilihan raya kecil terbabit.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun berkata, rakyat yang mengundi Umno pada Selasa lalu secara jelas kini sudah ditipu apabila janji mahu membina jambatan sudah ditarik balik hanya dua selepas pilihan raya diadakan.
"Kalau sebelum ini ramai pengundi di Manek Urai Baru dan Lama terpengaruh dengan janji itu, kini mereka sedar sudah dipermainkan pemimpin Umno.
"Umno sepatutnya membina jambatan yang dijanjikan kerana majoriti pengundi di Manek Urai lama dan baru memberi undi kepada BN. Tetapi selepas menang Umno cuba pula mempersendakan harapan pengundi," katanya.
Semasa kempen pada pilihan raya tersebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan BN akan menjadi Manek Urai sebagai anak emas, membina jambatan berharga RM7 juta dan mewujudkan kota agropolitan.
Abdul Fatah berkata, sekiranya begitulah sikap pemimpin Umno sesiapa pun boleh membuat janji kalau sekadar bercakap manis di bibir sahaja.
Ditanya hasrat Umno Kelantan mahu mengemukakan petisyen pilihan raya kecil Dun Manek Urai katanya, perkara itu terpulang kepada mereka untuk melakukannya.
"PAS sedia untuk mengemukakan hujah bagi menjawab segala persoalan yang ditimbulkan di mahkamah nanti," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku pada pilihan raya kecil di Manek Urai bukan sekadar loceng amaran kepada PAS sebaliknya beduk amaran buat Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya berdasarkan kepada apa yang mereka lakukan dengan menabur duit secara mewah di Manek Urai pada adatnya PAS boleh dikalahkan jika iman dan takwa pengundi tidak utuh.
"Saya tidak tahu jumlah duit yang ditabur tetapi saya diberitahu ada gambar-gambar yang menunjukkan pemimpin kanan Umno turun dari helikopter membawa beg yang sarat dengan sesuatu," katanya di sini.
Sedangkan kata beliau PAS cuma berbelanja dengan kuderat sendiri, sedangkan Umno bersandar kepada peruntukan kerajan pusat.
"Ini bukan parti lawan parti, sebaliknya PAS melawan kerajaan Malaysia dan Umno sekaligus.
"Buktinya cukup mudah jika mereka boleh mengamalkan politik wang dan merebut jawatan penting dalam parti, maka apa jaminan unsur rasuah wang tidak diamalkan di Manek Urai," katanya.
Menurutnya selepas berjanji hendak membuat jambatan, tiba-tiba selepas kalah mereka menyebut tidak terikat pula dengan janji tersebut, secara jelas Umno mempersendakan pengundi.
Beliau juga berkata, berdasar kepada pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini kekuatan Umno pada pilihan raya kecil ternyata tidak kekal lama.
Contohnya pada pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005 di mana Umno menang dengan 134 undi tetapi pada plihan raya umum 2008 PAS mendapat majoriti 2,348 undi.
Oleh itu kata beliau biar pun PAS menang tipis di Manek Urai namun dari segi demokrasi menang setengah undi pun dikira menang.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, Umno sepatutnya malu keupayaan PAS mempertahankan Dun Manek Urai sehingga menjadi enam daripada tujuh pilihan raya kecil selepas Mac 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya juga sekiranya ditakdirkan Umno menang di Manek Urai mereka hanya mengajar rakyat mengejar dunia dan tinggalkan akhirat.
Kata beliau Islam pada hemat pemimpin Umno hanya membina masjid, bank Islam dan sekolah agama sahaja.
"Walau pun pemimpin Umno tahu Islam membawa rahmat sekalian alam namun mereka masih tidak yakin apabila menolak secara jelas usaha-usaha mendaulatkan Islam.
"Samalah seperti orang sudah tahu ada racun dalam minuman tetapi minum juga. Sama juga rasuah dalam Umno sudah menjadi satu budaya," katanya.
Buktinya beberapa pemimpin Umno digantung oleh Lembaga Disiplin kerana dakwaan kesalahan tersebut termasuk Dato' Seri Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, Dato' Zaid Ibrahim dan Dato' Mohd Zain Ismail. - mj _

Setiausaha Politik Exco Selangor mati jatuh dari pejabat SPRM

Harakahdaily Khamis Jul 16, 09 6:49:11 pm MYT
SHAH ALAM, 16 Julai (Hrkh)- Teo Beng Hock, 30 Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dekat sini, tengahari tadi.
Mayat beliau ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat Selangor. Difahamkan beliau disiasat sehingga awal pagi tadi.
Sebelum itu, pejabat Ean yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor diserbu sepasukan anggota SPRM. Ean adalah Adun DAP Seri Kembangan.
Mereka turut merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU), selain menahan Teo.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah Teo terjatuh ataupun terjun dari pejabat SPRM Selangor itu. _

Thursday, 9 July 2009

MAKAN MALAM AMAL PAS BAGAN DATOH

9 Julai. PAS Bagan Datoh akan menganjurkan program Majlis Makan Malam Amal bagi mengutip dana pembinaan markaz PAS cawangan Tanjung Bayan di Parit 24 Tanjung Bayan , Hutan Melintang.
Majlis ini akan di adakan pada hari Ahad, 02 Ogos 2009 ini bertempat di Dataran Markaz PAS Parit 24 , Tanjung Bayan , Hutan Melintang bermula jam 8.00 malam. Majlis ini juga akan turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato'Seri Ir.Hj.Mohamad Nizar Bin Jamaluddin.
Kupon-kupon yang berharga RM 30.00 adalah sebagai sumbangan amal anda untuk dana pembinaan dan baik pulih markaz tersebut.
Tuan-tuan dan saudara yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi PAS Kawasan Bagan Datoh mulai esok untuk mendapatkan kupon tersebut atau boleh terus hubungi saudara Tarmizi ditalian 0194139789 atau Suhaimi 0195754441.
Tuan-tuan diminta bawa bersama kad kupon tersebut semasa hadir ke majlis tersebut.

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008