pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 9 November 2011

SAMBUTAN IBADAH KORBAN PAS 1432

IBADAH KORBAN PENUHI TUNTUTAN ISLAM :


BAGAN DATOH : Pas Kawasan Bagan Datoh sekali lagi pada tahun ini berjaya melaksanakan program bagi memenuhi tuntutan ibadah korban sempena sambutan Aidil Adha di sini kelmarin. Program yang dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Tindakan DUN  ( MTD ) Rungkup tersebut, melibatkan 8 ekor lembu dikorbankan dengan penyertaan daripada 49 orang peserta bertempat di perkarangan Markaz Tarbiyyah PAS, Selekoh di sini.


Turur hadir pada majlis korban tersebut, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki bersama ahli PAS dan penduduk setempat bergotong - royong menyembelih dan melapah lembu yang dikorbankan pada kali ini.


Menurut Pengarah MTD Rungkup, Ustaz Ahmad Sharkazy Imani berkata penyertaan peserta korban pada kali ini meningkat dan mendapat sambutan sangat memberangsangkan. Katanya lagi ini adalah merupakan perkembangan positif dan baik kerana umat Islam sedar bertapa pentingnya dan mulia ibadah korban yang ikhlas dilaksanakan.

" Pembabitan peserta yang ramai kali ini membuktikan penghayatan ibadah korban yang dituntut Islam di kalangan umat Islam hari ini amat baik," ujarnya lagi juga selaku ketua program korban tersebut.


Pada majlis tersebut juga, Ustaz Misbahul Munir mengambil kesempatan untuk menyembelih beberapa ekor lembu serta turut mengagihkan daging korban tersebut kepada mereka yang terlibat. Semangat gotong - royong di kalangan penduduk setempat turut memeriahkan dan melancarkan lagi majlis korban pada tahun ini.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008