pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 29 Jun 2011

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG LAMA - LAMA JADI MENTERI?

SUNGAI SUMUN : " Siakap senohong gelama ikan duri. bercakap bohong lama  - lama jadi pencuri". Itulah antara pepatah melayu yang sesuai digunakan bagi umat Islam yang gagal menghayati dan mengamalkan apa yang tersirat dan tersurat dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Melihat masakini masyarakat Islam hidup semakin jauh dan meninggalkan perintah Allah SWT adalah kerana didikan dan tarbiah agama yang ditinggalkan.

Sempena memperingati dan bagi menghayati peristiwa Israk dan mikraj Ahli Jawatankuasa Masjid Ismailiah, Kg. Tebing Rebak dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Teluk Bharu telah menganjurkan Majlis Ceramah Israk Mikraj pada 28 Jun 2011 ( Selasa ) dan bertempat di Masjid Ismailiah, Kg. Tebing Rebak, Teluk Bharu.

Penceramah jemputan dalam majlis tersebut ialah Dato' Hj. Abu Hassan Din al - Hafiz yang merupakan Mantan Pegawai Agama Istana Negara.

" Ramai orang Islam yang hanya meyambut Israk Mikraj tetapi tidak faham dan menghayati di sebalik peristiwa tersebut." Ujar beliau terhadap isu yang berlaku pada hari ini

.Katanya, umat Islam tidak memahami maksud tersirat peristiwa ini dan akhirnya lalai dan leka untuk melaksanakan ibadah serta tuntutan agama.

" Peristiwa Israk mikraj mesti diimani dengan yakin kerana perkara ini akidah. Jangan kita ragu - ragu lagi. Banyak dalil menyatakan kesahihannya."Peringatan beliau kepada seluruh umat Islam apabila ada lagi dikalangan umat Islam ragu dan tidak yakin dengannya.

Majlis ceramah tersebut telah menarik minat hampir 300 hadirin yang hadir ke masjid bersama menyaksikan dan mendengar ceramah tersebut. 

FITNAH 2 & 3 DSAI : SIAPA TOK DALANG VIDEO SEKS

HUTAN MELINTANG: " Siapakah yang menjadi dalang dalam fitnah video seks 2 dan 3 ?" Satu persatu soalan timbul dalam benak fikiran rakyat berkaitan kes yang melibatkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat( PKR ) iaitu Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar b. Ibrahim. Rakyat dikelirukan oleh pihak - pihak tertentu yang mahu terus berkuasa dan meluaskan kezalimannya kepada rakyat Malaysia.

Demi menjawab fitnah tersebut, Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) cabang telah menganjurkan ceramah umum pada 24 Jun 2011 ( Jumaat ) dan bertempat di Padang Markaz Pas Parit 24, Hutan Melintang.


Antara penceramah jemputan adalah YB. Dato' Johari b. Abdul ( Ahli Parlimen Sg. Petani ), YB. Ahmad b. Kassim, YB. V. Sivakumar ( Adun Tronoh ), YB. S. Kesavan ( Adun Hutan Melintang ), Us. Mohd Misbahul Munir b. Masduki ( Pesuruhjaya 2 Pas Perak ) dan Sdr. Madhzi b. Hassan ( Ketua Cabang PKR Bagana Datoh ).


Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 malam dan dipengerusikan oleh Sdr. Aufa b. Ahmad yang merupakan Ketua Penerangan PKR cabang Bagan Datoh.


Majlis ceramah tersebut telah berjaya menarik minat hadirin yang hampir 500 orang untuk mendengar pidato dan ceramah para penceramah.

Jumaat, 24 Jun 2011

DPPK : PEMUDA MESTI JOIN BERSIH 2.0 , UMNO -BN TAKUT

Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) menyeru kepada seluruh pemuda di negara ini khususnya di kawasan Bagan Datoh supaya turun menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil pada 9 Julai ( Sabtu ) ini. Ini adalah sebagai sokongan kita terhadap perjuangan rakyat dalam menyelamatkan negara kita daripada terus " jahanam " dan rosak dibawah pentadbiran pihak mereka yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun mendapat tentangan serta bantahan dan protes oleh pihak - pihak tertentu termasuk pasukan keselamatan negara yang "dibutakan " dan " dibalacikan " UMNO - BN. Mereka mengatakan perhimpunan ini akan mengugat dan mengancam keselamatan dan keamanan negara. Adakah mereka tidak faham apa yang pihak penganjur maksudkan dengan perhimpuanan ini? Pada hakikatnya merekalah ( UMNO - BN ) yang tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Kerajaan UMNO - BN terus menekan dan ingin menghalang perhimpunan tersebut atas dasar undang -undang. Sedangkan dalam perlembagaan negara menyebut mana - mana pihak berhak berhimpun asalkan tidak menyebabkan huru hara dan kekacauan. Manakala perhimpunan aman adalah dibenarkan dan akan dipastikan berjalan dengan lancar bukannya dihalang.

Perhimpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut :

1 - Bersihkan senarai undi
2 - Mereformasikan undi Pos
3 - Gunakan dakwat kekal
4 - Akses media bebas dan adil
5 - Masa berkempen minimum 21 hari
6 - Kukuhkan intitusi awam
7 - Hentikan rasuah
8 - Hentikan politik kotor

Maklumat Perhimpunan Bersih 2.0 :

Tarikh : 9 Julai 2011 ( Sabtu )
Tempat Berhimpun : 
1 - Sogo
2 - Masjid Kampung Baru
3 - Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL )







TAZKIRAH JUMAAT : KIAMAT HAMPIR TIBA ?

Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari Kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal - awal kelahiran iaitu manusia sejak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT : " dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti berlaku, tidak ada keraguan padanya..." - Surah al - Hajj : 7

Mari kita fikir sejenak tentang tanda - tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sohih Nabi SAW dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.

Antara tanda - tanda  kecil Kiamat berdasarkan Hadis :

1) Penaklukan Baitulmaqdis :Dari Auf bin Malik r.a katanya, " Rasulullah SAW telah bersabda : Aku menghitung enam perkara menjelang Kiamat. " Baginda menyebut satu antaranya iaitu penaklukan Baitulmaqdis. - Sahih Bukhari.

2) Zina Berluasa : " dan tinggalah manusia - manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada za,an mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.

3) Alat - alat Muzik Menjadi Kebanggaan dan Digilai : Baginda bersabda :" Apabila telah bermaharajalela muzik ( bunyi - bunyian ) dan ramainya penyanyi - penyanyi wanita" - Riwayat Ibnu Majah.

4) Menghias Masjid dan Membanggakannya : " Diantara tanda - tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah -megah dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai'.

5) Munculnya Kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran : " Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan persaudaraan dan bersikap yang buruk dengan jiran" - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat : " Di antara tanda - tanda semakin dekatnya kiamat iaitu dunia akandikuasai oleh Luka' bin Luka' ( orang yang bodoh dan hina) . Maka orang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat at - Thabrani.

7) Ramai Wanita Berpakaian Tetapi Hakikatnya Telanjang : Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a : " Di antara tanda - tanda telah dekatnya kiamat ialah akan muncul pakaian - pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".


Demikianlah sebahagian daripada tanda - tanda kecil akan berlakunya Hari Kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi denga sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara.




Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh 

Rabu, 22 Jun 2011

SIRI CERAMAH POLITIK : ANJURAN PAS KAWASAN

BAGAN DATOH : Pas Kawasan Bagan Datoh akan menganjurkan siri Ceramah Politik dan Isu Semasa sepanjang Julai ini. 

Ianya akan dimulai dengan Ceramah : Felcra Rungkup Milik Siapa ? yang akan menampilkan Sdr. Mazlan b. Aliman ( AJK Pas Pusat / Pengerusi ANAK ) pada 26 Jun 2011 ( Ahad )  jam 9. 00 malam dan bertempat di Pekarangan Rumah Hj. Juni ( Hj. Din ) Kampung sUNGAI Betul, Rungkup. Dijemput semua terutamanya para peneroka untuk mengetahui hak anda sebenarnya.

Siri diteruskan dengan Ceramah Isu Semasa oleh YB. Amiruddin b. Hamzah pada 2 Julai 2011 ( Sabtu ) yang masih belum ditentukan  tempat majlis tersebut.

Ceramah seterusnya pada 4 Julai 2011 ( Isnin ) jam 9 malam bertempat di Rumah Tn. Hj. Ramlee b. Hussin ( Timbalan YDP Kawasan ). Penceramah jemputan pada majlis tersebut ialah YB. Dato' Mahfuz b. Omar ( Naib Presiden Pas ) merangkap MP Pokok Sena, Kedah.

Pada 12 Julai 2011 ( Selasa  ) Pas Kawasan akan menampilkan penceramah YB. Firdaus b. Jaafar yang juga masih belum diketahui tempatnya.

Siri ceramah tersebut juga akan menampilkan penceramah dari seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu YB. Dato' Nik Mohd Amar B. Abdullah.Ceramah beliau akan berlangsung pada 24 Julai 2011 ( Ahad ). Namun tempat dan masa masih belum ditentukan oleh pihak pengangjur.

Dijemput kepada semua rakyat Bagan Datoh untuk sama - sama hadir dan memeriahkan lagi majlis ceramah.


MASHITAH " TUKANG KARUT " : CAKAP SOAL PERJUANGAN ISLAM

BAGAN DATOH : Datuk Mashitah Ibrahim bersuara lagi sebagai tukang karut. Bercakap berhubung isu perjuangan Islam yang dipimpin Parti Islam Se Malaysia ( PAS ). Lapor sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan kenyataan beliau amat melucukan. Seorang menteri dan kiranya tidak keterlaluan beliau juga " mufti wanita pertama " di Malaysia ini apabila mengeluarkan hukum bolehnya wanita menjadi pelacur sebagai pekerjaan apabila tiada pilihan pada satu masa ketika dahulu.

Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) amat kesal atas kenyataan beliau apabila mempertikaikan perjuangan Pas dalam melaksanakan syariat Islamiah di Malaysia ini. Kenyataan itu dikeluarkan setelah Pas membawa tema muktamarnya kali 57 ," Membangun Negara Berkebajikan ". Ianya telah disalah tafsirkan oleh pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehingga menteri yang cerdik juga sama - sama " hilang akal".

Pas tidak pernah berubah dasar. Pas juga tidak pernah mengenepikan Islam dalam perjuangan politiknya. Semua ini adalah hanya mainan politik kotor dan kebimbangan Umno - BN terhadap Pas dan Pakatan Rakyat yang menerima sokongan rakyat.

Sedarlah diri wahai Mashitah, sepanjang menjadi menteri tiada apa perjuangan Islam yang beliau lakukan dan buktikan. Inikan pula bercakap hal orang lain.

Malaysia masih tidak melaksanakan undang - undang Islam sepenuhnya, apakah ini perjuangan Islam Mashitah selama memegang jawatan dalam kerajaan? Banyak lagi masalah masyarakat, agama dan ekonomi negara kita ini.


Kepada Mashitah, cermin dan muhasabah dirilah sebelum mengata orang lain.


FELCRA RUNGKUP : MILIK SIAPA ?

BAGAN DATOH : Pada 26 Jun ( Ahad ) jam 9.00 malam ini, Pas kawasan Bagan Datoh akan menganjurkan ceramah umum berkaitan isu tanah Felcra Rungkup. Ini adalah kerana untuk menjelaskan kepada rakyat kawasan Rungkup khususnya mengenai hak mereka ke atas tanah yang di usahakan  mereka selama ini.


Kehadiran Sdr. Mazlan Aliman selaku Pengerusi ANAK bagi mengantikan tempat Sdr. Razman Zakaria, Pengerusi BAPAK yang tidak dapat meluangkan masa bersama mengulas isu berkaitan Felcra ini.

Persoalan ini pastinya akan terjawab nanti oleh penceramah yang dijemput iaitu Sdr. Mazlan b. Aliman merupakan AJK Pas Pusat serta merangkap Pengerusi ANAK.

Seluruh rakyat khususnya penduduk sekitar kawasan Bagan Datoh untuk bersama hadir serta mendengar penjelasan berkaitan hak sebenar rakyat ( peneroka ) tanah Felcra di Rungkup.

Mari menuju dan membangun negara berkebajikan. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR !!!


CERAMAH UMUM : FITNAH II & 3

BAGAN DATOH : Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Bagan Datoh akan menganjurkan Ceramah Umum berkaitan isu fitnah yang menimpa pimpinan tertinggi mereka, Datuk Seri Anwar b. Ibrahim pada 24 Jun bertempat di Padang Markaz Pas, Parit 24, Hutan Melintang. Walaupun ianya mungkin dianggap merupakan isu "lama" dan rakyat sudah jelek mengenainya, namun rakyat perlu didedahkan dan dijelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan hakikat isu tersebut. Lagi - lagi kes dan isu ini sudah masuk tempoh " membosankan " rakyat untuk menanti keputusannya. 

Adakah Datuk Seri Anwar akan selamat ? Benarkan sistem kehakiman kita telus dan jujur serta adil ? Mampukah rakyat menanti keputusannya? Apakah keputusan kes ini ? Segala persoalan ini pastinya terjawab dalam ceramah ini.

Antara penceramah jemputan ialah YB. Dato' Johari b. Abdul ( MP Sg. Petani ) YB. Ahmad Kassim, YB. V. Sivakumar ( Adun Tronoh ), YB. S. Kesavan ( Adun Hutan Melintang ), Ust. Misbahul Munir ( Timb. Pesuruhjaya 2 Pas Perak ) dan Sdr. Madzhi b. Hassan ( Ketua PKR Cabang Bgn. Datoh) .

Semua rakyat dijemput hadir pada ceramah tersebut. Pastikan Pakatan Rakyat disokong dab didokongi kita bersama. MENUJU MALAYSIA BARU!!


Selasa, 21 Jun 2011

TAHNIAH YDP PAS BAGAN DATOH : DPPK

BAGAN DATOH : Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datoh, Ust. Mohd Misbahul Munir b. Masduki atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Negeri Perak bagi sesi 2011 - 2013.

Beliau telah dilantik secara rasminya pada 20 Julai setelah mesyuarat Perhubungan Pas Negeri Perak diadakan. Seramai 9 orang muka baru telah dilantik manakala 11 orang ahli jawatankuasa kekal dalam kepimpinan Pas negeri bagi penggal ini.

Berikut adalah saf AJK Perhubungan Pas Negeri Perak bagi penggal 2011- 2013:

Pesuruhjaya : Ust. Abu Bakar b. Hussein
Timbalan Pesuruhjaya 1 : YB Dato' Seri ir. Hj. Mohamad Nizar b. Jamaludin
Timbalan Pesuruhjaya 2 : Ust. Mohd Misbahul Munir b. Masduki
Timbalan Pesuruhjaya 3 : Razman b. Zakaria
Ketua Dewan Ulama' : Ust. Md. Shuid b. Din
Ketua Dewan Pemuda : Ust. Zawawi b. Abu Hassan
Ketua Dewan Muslimat : Dr. Najihatussalehah bt. Ahmad
Setiausaha Perhubungan : Dr. Muhaimin b. Sulam
Ketua Penerangan : Nuri Al - Amin
Pengarah Pilihan Raya : Asmuni b. Awi
Penolong Setiausaha Perhubungan 1 : Ismad Shahril b. Che Mar
Penolong Setiausaha Perhubungan 2 : Mazidah Zakaria
AJK DILANTIK :

1 - YB. Mohd Zainuddin b. Mohd Yusof
2 - Sidik Noor
3 - Mohd Azhar Rafie
4 - Muhammad K.Y Tiang
5 - Mohd Zamri Ibrahim
6 - Khairul Anuar Ismail
7 - Rosaini Ali  

Ahad, 19 Jun 2011

BERSIH 2.0 : PEMUDA DISERU BERSAMA

BAGAN DATOH : Pemuda seluruh negara diseru supaya turun bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Walaupun terdapat halangan seperti ugutan dari pihak - pihak tertentu yang tidak senang atau " balaci " UMNO- BN terus bersuara. 

Persoalannya, adakah pihak - pihak ini buta undang - undang, perlembagaan dan peraturan negara ini? Mengapakah mereka takut dan bimbang terhadap perhimpunan ini ?

Para pemuda janganlah bimbang dan takut untuk " join " dalam perhimpunan ini. Anda bukanlah membuat satu kesalahan dan melanggar peraturan. Ini adalah hak rakyat untuk bersuara menentang kepincangan dan kerosakan sistem pentadbiran dalam kerajaan.

Sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan :
Himpunan aman tanpa senjata adalah kebebasan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia ( Perkara 10 )

Perkara 27 akta polis ( Akta 344 ) :- Kuasa polis untuk mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diberi kuasa kepada pihak polis - untuk  menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan bukannya menghalang.

Matlamat Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung pada hari perhimpunan tersebut di Istana Negara.

Terdapat lapan ( 8 ) tuntutan Pehimpunan Bersih 2.0 ini, iaitu :

1 - Membersihkan senarai daftar pengundi
2 - Mereformasikan undi pos
3 - Penggunaan dakwat kekal
4 - Akses media bebas dan adil
5 - Tempoh minimum 21 hari kempen
6 - Kukuhkan institusi awam
7 - Hentikan rasuah
8 - Hentikan politik kotor

Ayuh wahai pemuda, jangan takut dan gentar, Kita maju merubah dan menegakan kebenaran. Takbir.. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!

Khamis, 16 Jun 2011

DPPK : TAHNIAH DAN SOKONG PESURUHJAYA TERLANTIK

BAGAN DATOH : Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh ( DPPK ) mengucapkan jutaan tahniah serta menyokong penuh terhadap pemilihan dan pengekalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Ust. Abu Bakar B. Hussin. Pemilihan dan pengekalan jawatan tersebut telah dilakukan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang baru dibentuk selepas Muktamar Tahunan Pas kali ke 57 yang lalu.

Semoga dengan pengekalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak ini akan memberikan semangat baru kepada seluruh ahli dan penyokong Pas di negeri ini. DPPK juga mengharapkan kepimpinan Ust. Abu Bakar ini akan terus mengatur dan membentuk kekuatan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam masa sama, pentarbiahan dan didikan rohani juga perlu dimantapkan dan diperkukuhan sebagai mencapai matlamat Pas  itu sendiri iaitu gerakan Islam di Malaysia.

Berikut adalah senarai Pesuruhjaya Pas Negeri :-

1 ) Ustaz Hashim b. Jasin - Perlis
2 ) Dato' Seri Azizan b. Abdul Razak - Kedah
3 ) Ustaz Saleh b. Man - Pulau Pinang
4 ) Ustaz Abu Bakar b. Hussain - Perak
5 ) Dr. Abdul Rani b. Osman - Selangor
6 ) Hj. Mohd Noor n. Mohammad - Wilayah Persekutuan
7 ) Mohd Taufek b.Abdul Ghani - Negeri Sembilan
8 ) Adly b. Zahari - Melaka
9 ) Dato' Dr. Mahfoz b. Mohamed - Johor
10 ) Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man - Pahang
11 ) Hj. Abdul Wahid b. Endut - Terengganu
12 ) Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nik Mat - Kelantan
13 ) Aminuddin Aling - Sabah
14 ) Adam b. Ahid - Sarawak


Disediakan Oeh :
Pen. Setiausaha 3 DPPK Bagan Datoh. 

HIMPUNAN BERSIH 2.0 TIDAK RUGIKAN SESIAPA MELAINKAN UMNO-BN

BAGAN DATOH : Pertubuhan Perkasa menyuarakan hasrat untuk mengadakan himpunan bagi "melawan" Himpunan Bersih 2.0 nanti. Satu kenyataan yang melucukan dan mengambarkan " kebodohan " pertubuhan itu yang dipimpin oleh seorang " pejuang Melayu Sejati ", Datuk Ibrahim Ali. 

Pas yakin kenyataan tersebut boleh menimbulkan huru hara dan provokasi semasa perhimpunan itu berlangsung. Ini bukanlah tindakan yang bijak kerana ianya hanya akan menimbulkan suasana tidak aman dan selamat. Tidak lebih ini hanyalah provokasi pihak tertentu yang didalangi UMNO- BN. Mereka hanya menggunakan pihak - pihak yang dianggap " balaci dan pencacai " untuk menggugat anjuran Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Matlamat perhimpunan ini adalah untuk menyuarakan hak rakyat sebagai memprotes kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan raya agar  mengamalkan pemilihan yang bersih dan adil dalam setiap Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya Kecil pada masa akan datang. Segala kepincangan SPR amat diharapkan dapat di atasi dan di selesaikan segera menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.

Bagi DPPK Bagan Datoh, perhimpunan ini bukan satu kerugian sebaliknya memberi keuntungan semua pihak kecuali UMNO - BN. Mereka bimbang dan risau apabila kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi yang akhirnya menjatuhkan mereka. Pihak - pihak tertentu takut perhimpunan ini akan menghuru harakan keamanan negara kononnya. Sedangkan keamanan negara telah pun hilang apabila kerajaan terus diterajui UMNO - BN.

Pihak DPPK Bagan Datoh menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 ini malahan berjanji akan menghantar seberapa ramai mungkin khususnya para pemuda untuk turun bersama berhimpun pada 9 Julai ini.

Diseru kepada semua pemuda jangan bimbang dan takut, ayuhlah bersama berjuang dan mempertahankan sistem demokrasi sebenar di negara kita ini. Takbir...

Rabu, 15 Jun 2011

TV 3 , RTM TERUS JADI PENCACAI UMNO - BN

BAGAN DATOH : Mengapakah beriya sungguh TV3 menyampaikan berita yang memburukan Pakatan Rakyat khususnya Pas sejak berakhirnya muktamar Pas baru - baru ini?Adakah negeri - negeri di bawah pemerintahan kerajaan BN tiada cacat celanya? Seringkali berita seolah - olah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sentiasa ada salahnya sehingga tiada yang betulnya.

Isu demi isu direka semata - mata mengaburi mata dan hati rakyat. Yang ada ditiadakan, yang tiada diada- adakan. Itulah ibarat kerja pihak - pihak media elektronik dan bercetak khususnya milik kerajaan UMNO - BN. Mata dan hati rakyat cuba dikaburi dengan isu - isu tersebut demi mempertahankan kerajaan " firaun" nya.

Kerajaan Negeri Kelantan terus dikecam dengan isu - isu yang sudah lapuk dan basi. Antaranya isu berkaitan pemindahan peniaga dari Pasar Besar Lama Arked MPKB ke Bazar Tok Guru terus " dipanaskan " oleh pihak tertentu. Sedangkan masalah tersebut telah lama selesai dan pihak peniaga setuju dengan syarat- syarat tertentu. Tetapi hati busuk UMNO - BN terus busuk - sebusuknya dengan menggunakan siaran televisyen kerajaan RTM dan swasta " umno " TV3 memburuk - burukan kerajaan Pas di negeri Kelantan.

Isu hak orang Melayu di Pulau Pinang juga hangat dimainkan media milik Umno-BN. Kadang kala jemu dan jelek dibuatnya kita mendengarnya. Apakah benar bangsa Melayu terbela ketika BN mentadbir Pulau Pinang ? Benarkah para nelayan terbela akan nasibnya ? Bezakan bangsa Ketua Menterinya sebelum ini ? UMNO- BN diminta supaya jangan suka bermain isu bangsa dan agama di negara ini kerananya ianya perkara  sensitif. Sedangkan hakikatnya, Lim Guan Eng terus mentadbir Pulau Pinang dengan baik dan segala fitnah dan tohmahan dihadapinya dengan tabah.

Masalah di Selangor juga tidak kurang hebatnya apabila isu curi pasir, rasuah pemimpin kerajaan negeri, isu air dan SYABAS dan banyak lagi cerita - cerita rekaan UMNO- BN di sana. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim terus ditekan dengan isu - isu sebegini bagi mengharapkan pimpinan PR jatuh dan hilang kepercayaan terhadapnya.

APAKAH INI NEGARA DEMOKRASI ? HAK KEBEBASAN BERSUARA DAN TIDAK PUASHATI DI NAFIKAN UMNO - BN. SUDAH TIBA MASA UNTUK BERUBAH.

DPPK Bagan Datoh.

PEMUDA GENG KITA : KETUA PEMUDA

BAGAN DATOH : " Kita akan dekati dan rapati pemuda dengan cara kemudaan". demikianlah ujar Ketua Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK), Ust. Ahmad Najib b. Razak. Beliau menyatakan perkara tersebut ketika beliau dijemput sebagai ahli penal dalam Forum Pemuda Pas: " Mampukah Pas Ganti Umno? anjuran DPPK Bagan Datoh.

Oleh kerana golongan pemuda lebih mudah menerima sesuatu yang baharu dan menarik perhatian mereka, maka DPPK Bagan Datoh akan merancang dan melaksanakan program - program yang lebih dekat dengan jiwa kemudaan.

" Kita akan cuba anjurkan program atau aktiviti yang lebih menarik pemuda seperti sukan dan hiburan berbentuk islamik." jelas beliau lagi.

PAKATAN RAKYAT : KEKUATAN BERSAMA

BAGAN DATOH : Dalam Forum Pemuda Pas anjuran DPPK Bagan Datoh juga telah menjemput Sdr. Aufa b. Ahmad yang merupakan Ketua Penerangan PKR Cabang Bagan Datoh sebagai ahli penal untuk menjawab dan menjelaskan matlamat serta kesediaan parti tersebut selaku rakan Pas dalam Pakatan Rakyat.

" Kemenangan calon PKR ( S. Kesavan ) di DUN Hutan Melintang dalam pilihan raya lalu adalah kerana kekuatan Pakatan Rakyat itu sendiri." ujar beliau apabila diaju soalan apakah rahsia PKR menang di kerusi DUN tersebut.

Sesungguhnya adalah kekuatan Pakatan Rakyat itu lahir dan terbentuk apabila kesefahaman antara parti dalam PR telah wujud dan dikukuhkan lagi hasil hubungan baik dan erat antara parti.
" Tiada kemenangan yang mudah sekiranya tiada kerjasama daripada semua parti kompenan PR." tegas dan ujar beliau lagi.

 

 

PEMUDA MESTI " TURUN" HIMPUNAN BERSIH 2.0 : NAIB YDP

BAGAN DATOH : " Para pemuda mesti turun ( ikut serta ) dalam himpunan ( Bersih 2.0 ) yang akan diadakan pada 7 Julai ini." demikian kenyataan dan seruan kepada semua pemuda kawasan Bagan Datoh oleh Tn. Hj. Abdul Aziz b. Abas selaku Naib YDP Pas Bagan Datoh.

Beliau mengingatkan bahawasanya para pemuda masa kini menjadi benteng dan pemulih sistem demokrasi negara yang sudah cacat dan rosak disebabkan UMNO- BN. Oleh kerana tenaga muda masih kuat dan mampu melakukan perubahan masa akan datang diminta supaya menzahirkan segala perancangan dan kesediaan pemuda dalam apa jua sekalipun.

" Himpunan ini adalah medan atau tarbiah kepada pemuda sebenarnya dalan suasana dan konteks negara demokrasi sebagaimana negara kita." ujar dan tegas beliau lagi
 

Selasa, 14 Jun 2011

FORUM PEMUDA : " MAMPUKAH PAS GANTI UMNO ? "

BAGAN DATOH : Pada 11 Jun 2011 ( Sabtu ) Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) telah berjaya menganjurkan satu forum pemuda sempena kesediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ( PRU 13 ) nanti. 

Majlis tersebut bermula tepat jam 9.30 malam dan bertempat di Markaz tARBIYYAH Pas, Selekoh telah menampilkan 3 ahli penal yang dijemput khas bagi mengupas isu tersebut.

Mereka terdiri daripada Tn. Hj. Abdul Aziz b. Abas ( Naib YDP Pas Bagan Datoh) , Sdr. Aufa b. Ahmad ( Ketua Penerangan PKR Cabang Bagan Datoh ) dan Ust. Ahmad Najib b. Razak ( Ketua Pemuda DPPK ). Forum tersebut dipengerusikan oleh Us. Mustofa b. Saifuddin ( Pen. Setiausaha DPPK ). 

Segala persoalan dapat dihuraikan dan disampaikan dengan sebaiknya oleh para ahli penal.

Majlis yang dihadiri hampir 50 orang itu telah memberikan gambaran dan kemampuan Pas dan Pakatan Rakyat bagi mengantikan Umno- BN dalam pilihan raya akan datang nanti.

Sabtu, 11 Jun 2011

TV3 : BALACI, BALACI DAN BALACI UMNO

BAGAN DATOH : Seusai sudah Muktamar Tahunan Pas Kali 57, masih lagi wujud bunyi - bunyi sumbang UMNO melalui balacinya iaitu TV 3. Sejak itu, para pembaca pemberita TV3 seolah - olah terpukau dan " hilang akal " apabila membaca dan terus membaca berita - berita demikian.

Dalam keputusan Muktamar lalu, telah berlaku pemilihan saf pimpinan Pas Pusat, yang menyaksikan Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden menang tanpa bertanding. Manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Tn. Hj. Mohammad b. Sabu mengalahkan dua calon lain iaitu Ust. Nasharuddin b. Mat Isa dan Tn. Ibrahim b. Tn. Man. Manakala tiga Naib Presiden terdiri daripada Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan YB Salahudin Ayub.

Ucapan dasar Presiden yang bertemakan Membangun Negara Berkebajikan terus diperhangatkan media - media. Segala pendapat - pendapat dari individu tertentu dimainkan dalam akhbar, berita televisyen dan radio milik kerajaan UMNO- BN.

Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) menolak segala serangan tersebut dan menganggap semua ini adalah mainan lama UMNO-BN yang sudah hilang punca.

DPPK juga menyeru agar kita semua memboikot dan hindari daripada balaci - balaci UMNO- BN ini dan terus nyahkan mereka ketempat yang sepatutnya.


RAJA LAWAK : NAJIB CAKAP PASAL WASATIAH DALAM ISLAM

BAGAN DATOH: Adalah satu lawak atau perkara lucu apabila Perdana Menteri Malaysia berbicara tentang kewasatiahan dalam Islam sebagai mana yang dituntut. Datuk Seri Mohd Najib b. Razak mengeluarkan kenyataannya itu sempena merasmikan sebuah majlis di Kuala Lumpur. Apakah layak seorang pemimpin sepertinya berkata mengenai keindahan islam?

Dalam masa yang sama rakyat negara yang diketuainya terus menerima dan melihat  kezaliman demi kezaliman yang dilakukan beliau. Bukankah itu perkara lawak dan lucu apabila orang zalim bercakap tentang keadilan dan kebajikan?

Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) menganggap kenyataan beliau sebagai satu retorik dan ibarat seorang pembohong yang sudah lali dengan dosa dan pahala.

Layaklah kiranya Datuk Najib menyertai program realiti " Raja Lawak ".

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008