pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 28 Julai 2011

SALAM RAMADHAN AL - MUBARAK

SALAM RAMADHAN AL - MUBARAK 1432


DEWAN PEMUDA PAS BAGAN DATOH 

MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA KHASNYA DAN SELURUH DUNIA UMUMNYA.

SEMOGA KEHADIRAN RAMADHAN TAHUN INI MEMBERI SEMANGAT UNTUK KITA TERUS BERIBADAH DAN MENINGKATKAN KEIMANAN SERTA KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT.


Ikhlas Daripada : Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh 

BEKAS PRESIDEN SEMAKIN SUSUT

Mubarak tidak mahu makan

SHARM AL-SHEIKH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak enggan makan sejak empat hari lalu, menyebabkannya kehilangan berat badan dan semakin lemah, menurut ketua pasukan perubatannya, kelmarin. 

Menurut pakar di Hospital Sharm Al-Sheikh, Mubarak akan meminum air hanya apabila dipaksa pasukan peruba-tan atau isterinya. 

“Kami boleh memberinya makanan melalui tiub jika keadaan beliau semakin teruk, namun apa yang paling membimbangkan adalah keadaan psikologinya yang merosot,” menurut doktor beliau, Assam Azzam. 

Perkembangan terbaru itu meningkatkan spekulasi Mubarak tidak akan dibicarakan minggu depan seperti yang dijadual dan penangguhan itu akan meningkatkan ketegangan antara majlis tentera yang memerintah Mesir sejak pemimpin itu digulingkan dan penunjuk perasaan. 

Rakyat Mesir sebelum ini menuduh tentera melengahkan proses pendakwaan pemimpin kuku besi itu atas kesalahan membunuh penunjuk perasaan semasa protes Januari lalu.

LAGI BANYAK MASALAH GUNA BIOMETRIK : PR

Biometrik tambah lebih banyak masalah: PR

KUALA LUMPUR - Sistem biometrik yang dijangka akan diguna pakai pada pilihan raya umum akan datang, hanya akan menambah lebih banyak masalah selain kos yang akan dibelanjakan untuk melaksanakannya lebih tinggi berbanding penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh pembangkang. 

Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) yang menyatakan demikian, berkata mereka yang biasa dengan sistem biometrik dan sistem komputer tahu bahawa perlaksanaannya akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan sistem keselamatan. 

Sekretariat itu yang diwakili Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli; Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, biometrik tidak berupaya menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kerana sistem itu dibina berdasarkan pendekatan yang salah iaitu setiap individu yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. 

“Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya. 

Menurut kenyataan itu, sistem biometrik bukan sahaja menelan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang untuk dilaksanakan, tetapi dikhuatiri melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang mungkin akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi. 

“Sistem itu juga akan menghapuskan proses timbang tara melalui penyertaan ejen mengundi ketika proses membuang undi yang sebelum ini memberi ruang kepada parti politik memainkan peranan memastikan pilihan raya adalah adil dan saksama,” katanya. 

Mereka berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menimbangkan cadangan lapan tuntutan Bersih 2.0 terutama mengenai penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah selain memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. 

“Sistem pilihan raya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru,” katanya.

Rabu, 27 Julai 2011

MAKLUM BALAS SPR DITUNTUT : BERSIH

Bersih tuntut maklum balas SPR 

SHAH ALAM – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan terus menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi maklum balas terhadap tuntutan dikemukakannya sebelum ini. 

Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, meskipun memorandum yang mengandungi lapan tuntutan telah diserahkan kepada Istana Negara, pihaknya mahu perbincangan bersama SPR tetap diteruskan. 

“Perbincangan itu boleh membawa titik tolak kepada perubahan dalam memastikan tuntutan yang dikemukakan dapat dilaksanakan,” katanya selepas ketika ditemui ketika menghadiri Wacana Sinar Harian, semalam. 

Mengulas wacana itu, Chin Huat berkata, rancangan ilmiah anjuran Sinar Harian ini memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan daripada SPR mengenai banyak perkara berbangkit. 

Justeru, beliau melihat keperluan bagi SPR untuk mengadakan forum terbuka seperti ini bagi menjelaskan banyak kemusykilan rakyat terhadap kepada badan pengurusan pilihan raya itu. 
Chin Huat juga mencadangkan supaya SPR memfokuskan perbincangan mengikut topik tertentu kerana lebih mudah difahami dan diperjelaskan kepada rakyat.

DPPK : TERUSKAN GELOMBANG BERSIH

BAGAN DATOH : Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) meminta dan mengharapkan seluruh rakyat yang menyokong pilihanraya yang adil dan telus untuk meneruskan " Gelombang Kuning - BERSIH ". Memandangkan masih ramai dikalangan rakyat tidak faham apakah tujuan sebenar perhimpunan Bersih 2.0 dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( BERSIH ) pada 9 Julai lalu.


Terdapat lapan perkara yang telah dituntut oleh gabungan ini iaitu antaranya adanya pilihanraya yang adil dan telus. Melihat suasana dan keadaan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang sudah hilang ketelusan serta keadilan dalam melaksanakan tugasnya sebagaimana sepatutnya. 

Oleh itu, rakyat perlu jelas dan memahami tuntutan tersebut demi keadilan dan kebenaran sebagaimana yang dirasai negara - negara yang telus dalam pilihanraya. Pihak Dewan Pemuda Kawasan menyokong penuh segala tuntutan tersebut berdasarkan prinsip adil dan bersih.

Walaupun kerajaan menafikan dengan mempergunakan segala sumber dan saluran untuk mempertahankan mereka, rakyat sepatutnya tidak mudah terpedaya dan leka dengan apa yang  dilakukan kerajaan UMNO - BN. Mereka bermain dengan sentimen perkauman untuk melagakan dan memburukan keadaan yang sebenarnya.

Dewan Pemuda Bagan Datoh menyatakan akan terus menyokong segala kebaikan demi kepentingan rakyat untuk kesejahteraan dan bebas daripada anasir - anasir yang jahat.

Selasa, 26 Julai 2011

KEMALANGAN MAUT : DUA MENINGGAL DUNIA

Dua maut digilis lori sawit 




HUTAN MELINTANG - Dua remaja maut digilis lori muatan buah kelapa sawit dalam satu kejadian pagi semalam, dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.40 pagi itu, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dan sebuah lori jenis Hino. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmat Tan, 20, berasal daripada Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor manakala pemboncengnya dikenali sebagai Noraini Zulkafli, 20, dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan, maut di tempat kejadian. 

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari arah Bagan Datoh ke Hutan Melintang dipercayai cuba memotong kenderaan hadapan mereka, di sebelah kiri bahu jalan. 

“Cubaan memotong kenderaan di hadapan mereka gagal apabila terbabas sendiri lalu jatuh ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah lori daripada arah Bagan Datoh ke Hutan Melintang. 

“Disebabkan jarak terlalu dekat, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu menggilis dan menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam. 

Kok Liang berkata, Noraini mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala Ahmat putus kaki kiri dan cedera parah di bahagian dada, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat. 

SURUHANJAYA DIRAJA MESTI DITUBUHKAN : DPP MALAYSIA

Pemuda Pas desak suruhanjaya diraja 

JOHOR BAHRU - Pemuda Pas mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan sistem pilihan raya di negara ini yang didakwa bermasalah. 

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat berkata, desakan itu dibuat selepas pihaknya mendapati Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar secara tidak langsung mengaku terdapat klon kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih sah. 

Menurutnya, kenyataan Wan Ahmad disiarkan sebuah akhbar :The Star 24 Julai lalu di bawah tajuk ‘EC: Help Us Purge ‘Clones’ From Electorial Roll’ secara tidak langsung mengakui pengundi hantu benar-benar wujud. 

“Selepas 16 hari Himpunan Bersih 2.0 berlangsung, akhirnya Wan Ahmad mengaku terdapat klon kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih sah SPR. 

“Kenyataannya dalam akhbar itu turut menyatakan beliau (Wan Ahmad) meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR demi membersihkan daftar pemilih yang secara tidak langsung mengakui kewujudan pengundi hantu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.:

Suhaizan yang juga Ketua Pemuda Pas Johor berkata, kenyataan itu juga dilihat sebagai ‘pusingan U’ SPR berhubung isu pengundi hantu yang tidak pernah diakui.: 

“Selama ini, Pakatan Rakyat (PR) sering kali dituduh mengada-adakan cerita untuk melunturkan keyakinan rakyat kepada SPR. 

“Bagaimanapun, pengakuan SPR dalam akhbar berkenaan cukup membuktikan pembersihan daftar pemilik dituntut dalam Bersih 2.0 adalah satu kejayaan,” katanya. 

Suhaizan berkata, ‘Standard Operation Procedure (SOP) untuk kedua-dua agensi itu perlu dikaji semula kerana sistem pengkomputerannya menggunakan proses yang salah. 

“Salah satu prinsip kepada konsep pangkalan data sistem komputer adalah tidak dibenarkan pertindanan ‘identifier’ kad pengenalan lama atau baru, tetapi JPN membenarkan pertindanan berlaku manakala SPR pula menerima data yang salah. 

“Ini bukti kesalahan SPR dan JPN dan mana-mana pihak berhak membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan oleh dua pihak ini,” katanya. 

RAKYAT PERLU UBAH KERAJAAN ZALIM : NIK AMAR

BAGAN DATOH : Melihat suasana politik negara yang semakin tenat di bawah pimpinan UMNO - BN rakyat seharusnya berfikir dan bertindak untuk mengubahnya. Pentadbiran yang menzalimi rakyat tidak sepatutnya terus disokong dan diberi mandat memerintah. Namun situasi ini amat takut untuk dilakukan dan dilaksanakan rakyat di negara ini.


" Rakyat perlu bangkit dan bangun serta ubah kerajaan sekarang. Keamanan negara tergugat kerana ditadbir jauh daripada ajaran agama Islam. Pemerintah yang tidak laksana hukum dan undang - undang Islam memang tidak selamat." Ujar YB Dato' Nik Amar bin Abdullah juga selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan dalam ucapan ceramahnya.

" Kerajaan UMNO - BN janganlah lupa dan bongkak. Bila dah lama kuasa tu yang lupa rakyat. Ditindasnya rakyat dengan pelbagai kekejaman." Tambah beliau lagi.

Beliau berceramah di majlis ceramah politik anjuran pihak Pas Kawasan Bagan Datoh kelmarin.

Isnin, 25 Julai 2011

KERAJAAN MALAYSIA DEMAM KUNING : CHE' GU BARD

BAGAN DATOH : " Kerajaan Malaysia hari memang betul dah gila. Sakit kuning sungguh sampai rakyat pakai baju kuning salah sekarang ni. Memang gila sungguh!" Demikian kenyataan Sdr. Badrul Hisham bin Shaharin dalam ceramah politiknya semalam menyentuh isu Perhimpunan Bersih 2.0.

Dalam pendakwahan beliau terhadap salahguna kuasa dan status isteri semakin menular dan teruk dikalangan pemimpin kerajaan UMNO - BN. Beliau menyentuh antara isu yang terkini perlu rakyat tahu dan sedar ialah isu pembelian cincin berlian bernilai RM 24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah binti Mansor.

" Duit mana kak Ros dapat, boleh beli cincin berlian yang begitu mahal? Soal beliau berkaitan kes ini. Namun penafian dan pembohongan tetap menjadi makanan dan asas perjuangan UMNO - BN dalam usaha cuba mengkaburi maklumat sebenar kepada rakyat.

Sdr. Badrul Hisham yang merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM ) amat menekankan rakyat supaya sedar dan berubah untuk mencari keadilan daripada kerajaan sebenarnya.

" Bila cakap soal perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu, rakyat kena sedar dan faham apakah sebenarnya tujuan dan matlamat perhimpunan tersebut. Hari ini, media dan akhbar - akhbar terus menipu rakyat demi mempertahankan kejahatan dan kezaliman UMNO- BN. Jangan jadi rakyat yang tidak cerdik. Perlu berubah sekarang. " Ujar beliau berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 yang telah berlaku pada 9 Julai lepas.

Beliau mengulas isu - isu terkini ketika menjadi penceramah jemputan dalam program ceramah politik anjuran Pas Kawasan Bagan Datoh, semalam.


Jumaat, 22 Julai 2011

TAZKIRAH JUMAAT : AKHLAK TERPUJI

AKHLAK TERPUJI : SIRI 1


Tamakkan dunia ialah kecenderungan untuk memburu dan mengejar kehidupan duniawi termasuk mengumpul harta benda, mengejar kedudukan pangkat, nama dan darjat, menyintai kemewahan hidup dan melupakan tanggungjawab terhadap Allah SWT.

Islam sememangnya tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia dan janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekalan kehidupan di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : " Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat disamping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia." - ( Surah Al - Qasas : Ayat 77 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah - olah kamu akan hidup buat selama - lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah - olah kamu akan mati pada esok hari." - ( Hadis riwayat al - Asyakin )


Jelas Islam adalah agama yang radikal serta tidak pasif, ia menyarankan perspektif luas supaya wujud keseimbangan antara kepentingan dunia dan akhirat antaranya menerusi kewajipan berzakat ; yang kaya membantu golongan yang memerlukan.


Akan bersambung dalam siri kedua...


Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3,
Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh.

SAMAN KERAJAAN : PEMBANTU PERIBADI ANWAR

Pembantu peribadi Anwar fail saman 

KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman terhadap kerajaan di atas kecederaan tulang pipinya akibat terkena peluru gas pemedih mata dalam terowong Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral, di sini, 9 Julai lalu. 

Fayyadh Afiq Albakqry, 25, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam, dengan ditemani peguamnya, N Surendran, Latheefa Koya, Fadia Nadwa Fikri dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. 

Surendran, ketika ditemui berkata, laporan dibuat untuk menuntut polis menjalankan siasatan terhadap mangsa cedera teruk sehingga pecah tulang pipi kiri akibat tindakan polis yang tidak bertanggungjawab. 

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bertugas menjaga keselamatan Anwar yang memasuki terowong terbabit, sebelum melihat seorang anggota dari Unit Tindakan Ringan (LSF) mengacukan senapang ke arah ketua pembangkang itu. 

Menurutnya, mangsa cuba melindungi Anwar sebelum tiba-tiba berasa pedih dan sakit di pipi kirinya akibat terkena peluru gas pemedih mata yang dilepaskan. 

Menurutnya, dalam keadaan cedera parah, mangsa sempat menarik Anwar ke penghujung terowong. Bagaimanapun, terdapat satu lagi peluru gas pemedih mata terjatuh di hadapan mereka menyebabkan asap tebal dan Anwar terjatuh serta cedera di kaki dan kepalanya. 

“Polis tidak beri amaran, sebaliknya terus melepaskan peluru gas pemedih mat. tindakan tu boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh kerana menyalahi prosedur sebenar,” katanya.

Khamis, 21 Julai 2011

FIKRAH : MEMPERKASA IMAN DAN TAQWA

Memperkasa Iman dan Taqwa :

Bekalan Iman dan Taqwa memancarkan segala mata air kebaikan dari lubuk hati, melahirkan segala daya tenaga, memupuk ketinggian cita - cita, menambahkan keazaman dan kemahuan lantas memudahkan segala gerakan dan langkah, meringan tarikan melintasi rintangan, menjauhi segala kesalahan dan menerangai segala petunjuk di sepanjang jalan.

Puncak dari itu lahirlah kebenaran, jiwa- jiwa ikhlas, penuh kesungguhan, tahn lasak, dan kadang - kadang menelurkan peristiwa - peristiwa yang berupa mukjizat.

Dalam perjalanan hidup ini manusia perlukan bekalan dan kekuatan. Bekalan dan kekuatan yang dimaksudkan adalah IMAN DAN TAQWA. Marilah kita merenung dan berusaha untuk memperkasa Iman dan Taqwa ini berdasarkan kepada kata - kata ulama' yang terangkum dalam lima ( 5 ) arah pemikiran :-

1 ) Pemikiran di arah kepada kejadian dan ciptaan Allah yang akan melahirkan TAUHID dan KEIMANAN kepada Allah SWT.

2 ) Pemikiran di arah kepada nikmat Allah SWT yang akan melahirkan rasa CINTA dan SYUKUR.

3 ) Pemikiran di arah kepada peringatan dan janji - janji Allah SWT yang akan melahirkan keinginan dan gerak kerja.

4 ) Pemikiran di arah kepada ancaman Tuhan yang akan melahirkan rasa kegerunan dan ketakutan.

5 ) Pemikiran di arah kepada ketelanjuran diri pada maksiat terhadap Allah SWT sedangkan Allah SWT tetap baik kepadanya yang akan melahirkan rasa malu.

Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3,
Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh.

لا تغضب لا تغضب لا تغضب


Jangan Marah


IMAM Syafie ada menegaskan: "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya."


Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:




1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. 
Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.





Rabu, 20 Julai 2011

BONGKAR: Takut Kalah...Zahid Guna Tektik Kotor lawan Bersih


Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengimbas kembali pilihanraya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.

Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:

Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam daftar pemilih bagi pengundi pos dengan yang berada di pusat penyemakan.

Zahid berkata :“Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara.”

Kita ingin bertanya kepada Zahid semejak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?

CERAMAH UMUM : DEMAM KUNING LAGI ?

CERAMAH UMUM : DEMAM KUNING LAGI ?

PADA : 24 JULAI 2011 ( AHAD ) 
JAM : 9.00 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN RUMAH SDR. HUSIN DIN, SELEKOH 
( SEBELAH SEKOLAH STARS )

PENCERAMAH :


YB. DATO' NIK AMAR B. ABDULLAH
( EXCO Kerajaan Negeri Kelantan )


SDR. BADRUL HISHAM B. SHAHRIN - CHE'GU BARD 
( Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM )



ANJURAN : PAS KAWASAN BAGAN DATOH



" SEMUA DI JEMPUT HADIR "

{ MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN } 

Selasa, 19 Julai 2011

TAZKIRAH : SYA'ABAN MENJELANG AMBANG RAMADHAN


BULAN SYA'ABAN :

Merupakan bulan kelapan dalam tahun Qamariah yang mempunyai 28 hari. Sya'aban ertinya : bercerai - berai dan dinamakan demikian kerana diriwayatkan bahawa dalam bulan ini masyarakat Arab bertempiaran ke merata - rata tempat untuk mencari air kesan daripada kemarau yang berpanjangan.

Bagi umat Islam, bulan Sya'aban merupakan satu bulan yang sangat mulia dan begitu penting kerana ia ibarat bulan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.


Disamping itu, bulan ini juga adalah salah satu bulan ibadah sebagaimana bulan Rejab dan Ramadhan.


KELEBIHAN BULAN SYA'ABAN :

Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya :- " Keutamaan bulan Sya'aban ke atas bulan - bulan yang lain adalah seperti keutamaanku ke atas semua para nabi, manakala keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain seperti keutamaan Allah SWT  ke atas hamba - hambanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi :
Maksudnya :- " Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'aban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat atau derhaka kepadaNya, maka Allah SWT mengampunkan dosanya dan menyelamatkannya dalam satu tahun dari segala macam bencana dan penyakit."

Aisyah RA meriwayatkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sunat setiap bulan lebih banyak berbanding puasanya di dalam bulan Sya'aban. Baginda SAW bersabda :" Beramallah kamu sehari dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah SWT tidak pernah bosan ( untuk memberi pahala ) sehingga kamu sendiri yang bosan untuk beramal."



Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh




Isnin, 18 Julai 2011

TAZKIRAH : BIAR MISKIN HARTA JANGAN MISKIN JIWA ( 4 )

Siri 4 ( Akhir ) :

Memerdekakan

Islam apabila datang kepada manusia, ia memerdekakan jiwa manusia ini  dari menjadi hamba sesame manusia, kepada hanya bertuhankan Allah SWT. Inilah yang disebut oleh Rib’i bin ‘Amir di hadapan Panglima Angkatan Tentera Parsi : “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki- NYA dari pengabdian sesame hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama – agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat.” ( Ibn Kathir, al – Bidayah wa al – Nihayah, 7/ 48, Beirut: Dar al – Kutub al – ‘Ilmiah).



Lihatlah Bilal bin Rabah r.a, walaupun pada masa dirinya masih menjadi hamba sahaya kepada tuannya, tetapi Islam telah berjaya memerdekakan jiwanya. Dia tidak tunduk kepada kehendak tuannya yang sesat. Sekalipun tubuhnya diseksa pada terik mentari, namun jiwa merdeka hanya tunduk kepada Ilahi. Malangnya seorang insane, jika tubuhnya merdeka, cukup makan dan minum, tiba – tiba jiwanya bersifat hamba kepada manusia sehingga melanggari batasan Allah SWT.

Justeru, jika manusia menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan harta itulah punca kebahagiaan dan ketenangan maka mereka akan menjadi hamba sesama manusia. Namun, jika mereka yakin, hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi kedamaian, maka jiwa mereka akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba Allah SWT yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia.

Sabda Nabi SAW: “ Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan dating kepadanya dengan hina  ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia ). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan dirinya hina )”. ( Riwayat al – Tirmizi).

Islam mengajar kita berjiwa merdeka,sekalipun kita miskin harta, gelaran dan pangkat. Jiwa yang merdeka daripada penghambaan sesama manusia kepada tunduk hanya untuk Allah SWT itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita memerlukan para pemimpin, sahabat handai, orang bawahan yang berjiwa merdeka.


Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh.

jambori amal kuala kangsar 2008