PANAS : APABILA UMNO TUDUH PAS DAN
DAP “RASUAH” SULTAN PERAK UNTUK LANTIK MENTERI BESAR ?
Mohammad Nizar menafikan bahawa isu
pemberian tanah oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS kepada
pimpinan DAP Perak sebagai rasuah dan ianya hanya fitnah oleh Umno yang makin
terdesak.
BAGAN DATOH ( Parit 1, Sg. Sumun ) : Mantan Menteri Besar Perak, Dato’
Seri Hj. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan sekaras-kerasnya terhadap
fitnah dan tuduhan jahat Umno/ BN kepada beliau dan PAS berkaitan pemberian
tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada pimpinan DAP Perak sebagai “ rasuah
“ dalam perlantikan jawatan Menteri Besar Perak pada 2008 lalu.
Beliau menafikan isu tersebut ketika
berucap dan berceramah sempena program Ceramah Hijau Kebangkitan Rakyat anjuran
PAS Perak di Bagan Datoh Rabu lalu. Tegasnya, perlantikan jawatan Menteri Besar
adalah hak mutlak Sultan yang tidak dipengaruhi oleh mana- mana pihak. Maka
apabila ada pihak membuat tuduhan seolah- olah terdapat sogokan atau rasuah
sebagai sokongan dalam pemilihan jawatan tersebut adalah sama seperti menuduh
Sultan terlibat dalam perkara terbabit.
Sebelum ini, pihak Umno telah
membuat tuduhan bahawa kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan
Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi tanah kepada Pengerusi DAP
Perak, Dato’ Ngeh Khoo Ham sebagai pertukaran sokongan perlantikan jawatan Menteri Besar Perak ketika
itu dari PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu
turut menjelaskan isu sebenarnya bahawa tanah itu diperolehi melalui pembelian
syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh
itu, tiada unsur rasuah yang terlibat. Perkara tersebut telah pun di nafikan
oleh Dato’ Ngeh Khoo Ham dan Ng Kor Ming, ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen
Taiping serta bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu tanah itu.
Mohammad Nizar yang juga merupakan
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyampaikan penjelasan beberapa isu – isu
politik terkini di negara ini. Katanya, Perdana Menteri ( Najib Razak ) seolah-
olah hilang punca dan kelam kabut untuk menangani isu- isu luaran mahupun
dalaman Umno. Paling jelas, sehingga kini isu pembunuhan seorang wanita
Mongolia, Altantunya Sharibuu masih lagi belum selesai dan beliau ( Najib )
seolah- olah kebuntuan jawapan apabila ditanya perkara tersebut.