pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 30 April 2012

TUNKU ABDUL RAHMAN PASTI SOKONG BERSIH KALAU HIDUP LAGI..


Bersih 3.0: Nik Aziz ucap 'tahniah'
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikritik Umno Kelantan atas alasan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 3.0, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berhimpun di ibu negara, semalam.
Menteri Besar Kelantan ini berkata, rakyat hadir di ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan ketika Bersih kerajaan diam dan membisu manakala  apabila Bersih 2.0 diadakan, kerajaan buat ‘pekak badak’.
 
Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Sydney, Melbourne, Makkah, Madinah dan Mesir turut menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0.
 
"Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.
 
“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” kata beliau semalam, menerusi laman Twitter dan dipetik Harakah Daily.
 
Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mengarahkan ahli parti itu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 satu tindakan cuba menggalakkan pemberontakan rakyat.
 
Mustapa berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.
 
Nik Abdil Aziz berkata, kehadiran pelbagai kaumn secara beramai-ramai bukan atas faktor kaum, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.
 
Nik Aziz bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.
 
Menurut beliau, jika Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj masih hidup, sudah tentu allahyarham akan menyokong tuntutan Bersih kerana menyedari ketidakadilan banyak berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
“Lagipun sebelum ini allahyarham turut menyokong perjuangan Parti Melayu Semangat 46 kerana menyedari perjuangan Umno kini sudah menyimpang dari perjuangan sebenar,” ujarnya.

Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan

Peserta Bersih 3.0 berbaring di hadapan pihak Polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Dataran Merdeka, semalam. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.


"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.

Pas mahu suruhanjaya siasat insiden Bersih


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
IPOH – Pas mempelawa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin, yang berakhir dengan insiden tidak diingini, bagi mengenal pasti kebenaran di sebalik perkembangan itu dan diambil tindakan jika perlu.


Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Siasatan Diraja mampu menjalankan siasatan dengan adil kepada semua pihak, malah Pas akan memberikan kerjasama.

“Kita tunggu keputusan dahulu sama ada kerajaan mahu tubuhkan atau tidak. Namun, kita mahukan ketelusan dalam siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira semua aspek untuk dimuatkan dalam laporan penuh kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak di sini, semalam.

Pendirian ini dibuat beberapa jam sebelum Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata pihaknya mahu Suhakam menjalankan satu siasatan bebas dan menyeluruh. 

Dalam kenyataannya, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas menolak dakwaan bahawa Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal) bertindak merempuh sekatan yang dibuat polis di jalan berdekatan KLCC semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin dan menegaskan ia bukan arahan daripada Pas.

Salahuddin berkata, Pas dan kepimpinan Bersih sendiri tidak pernah memberi arahan untuk melakukan perbuatan sebegitu.

“Sehari sebelum perhimpunan Bersih, kita telah mengeluarkan kenyataan tidak akan merempuh kawasan yang telah dikuatkuasakan oleh perintah mahkamah dan arahan ini jelas malah Pas mematuhi perkara itu.

“Sama ada Unit Amal mahupun peserta dalam kalangan ahli Pas, kita tidak mengizinkan mereka melanggar arahan itu,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan media semalam bahawa peserta Bersih 3.0 yang terdiri daripada Unit Amal Pas merempuh sekatan yang dilakukan polis dan bertindak ganas.

Beliau turut berkata, Pas tidak menolak wujud ejen provokasi yang memakai baju Unit Amal bagi tujuan menimbulkan kacau ganggu sewaktu perhimpunan selain memberikan imej tidak baik kepada Pas.

Beliau merujuk insiden yang berlaku pada anggaran jam 4.19 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berhubung tindakan orang ramai menterbalikkan kereta polis selain Unit Amal Malaysia yang merempuh sekatan polis berdekatan KLCC.

“Kami nyatakan di sini, mereka yang memakai baju Unit Amal dan bertopeng itu bukan kita dan mereka ini adalah ejen provokasi yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan termasuk insiden kereta polis.

“Oleh sebab itu kita akan teliti balik video yang berjaya dirakam dan kita juga akan buat laporan polis malah akan mengemukakan bukti yang berkaitan, dalam sehari dua ini kita akan terima banyak lagi video dan gambar bagi tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan perhimpunan itu berjaya dan mendakwa 200,000 rakyat Malaysia turun menyertai Bersih 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.

Perhimpunan kali ini disifatkannya satu isyarat dan perlu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa apa pun janji transformasi politik yang dibawanya tidak meyakinkan rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih serta adil.

Malah katanya, Bersih 3.0 diadakan hasil tindakan kerajaan yang tidak serius melakukan transformasi politik.

BERSIH : HA..HA..BETUL LAH TU !


Bersih 3.0: FB pemimpin Umno cetus kontroversi

Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Sementara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)  sedang terlibat dalam 'perang tuding-menuding' berkenaan Bersih 3.0, beberapa pihak dari Umno sendiri mempersoalkan tindakan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin 'mendedahkan' kononnya anggota polis 'menyamar' sebagai peserta  perhimpunanm yang berakhir insiden ganas, kelmarin.


Maklumat diperoleh dari laman sosial Facebook menunjkkan Zaharin menulis yang beliau mengenali anggota polis yang terlibat sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.

Tulisan beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian ahli Umno dan pemblog pro-Umno, yang mengecam tindakannya sebagai tidak berpatutan dan tidak wajar.

Kata mereka, tindakan Zaharin mensabotaj parti dan mahu tindakan diambil.

Dalam tulisan reaksi balas tengah malam tadi, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Zaharin mendakwa mereka yang mengkritik beliau telah "makan umpan saya" dan "cukup kuat melatah."

"Suka juga saya baca komen dalam FB tulisan dalam 'wall' saya fasal saya katakan ada polis berpakai kemeja-T Bersih dalam kumpulan gerombolan demonstran.

"Umpan saya dimakan. tiba-tiba saya jadi glamour... dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang... dan yang peliknya unit media baru Umno pun ikut sama bodoh. kesimpulannya orang di Malaysia ni tak kira Melayu, Cina dan India.. cukup kuat melatah," kata Setiausaha BN Bandar Tun Razak.

Maklumat diperoleh Sinar Harian Online menunjukkan Zaharin digugurkan sebagai Setiausaha Umno Bahagian tahun lalu.

Dalam tulisan pertama Sabtu lalu, Zaharin berkata, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.


Seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin.

Tulisan itu mendapat teguran seorang lagi pengunjung pada hari berkenaan, antara lain menyebut, "Saudaraku Zaharin, ini rahsia negara, jangan lah 'posting direct', kasihan nanti, kena belasah."

"Rahsia... rahsia tuu, kenyit-kenyit mata udah ler... takyah cakap kat sini, ternyata mereka tu sume ikut-ikut je, b..d..h," kata pengunjung laman Zaharin, yang bernama Nora Nordin.

Tindakan Zaharin itu dikecam hebat oleh pemblog-pemblog pro-Umno menerusi Twitter.

"#BERSIH3 - Zaharin May Yasin - ini bajingan yang mahu meranapkan Umno/BN!!," kata Twitter atas akaun @untimediabaru yang dipautkan dengan blog 1peluru.blogspot.com

Blog itu antara lain menulis:

"Tiada bukti sahih tentang apa yang bajingan ini perkatakan di laman Facebooknya, tapi inilah 'senjata' paling ampuh yang digunakan oleh beruk-beruk BerSHIT untuk 'mempertahankan diri' selepas kekacauan teruk yang mereka lakukan dalam demonstrasi semalam memandangkan statement bodoh ini dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan Umno (Bahagian Bandar Tun Razak)...'

Blog itu turut membawa foto menunjukkan Zaharin memakai topi Bersih berwarna kuning dan kad kecil berkenaan protes Duduk Bantah.

Rasa marah ke atas Zaharin juga dilahirkan oleh pemegang akaun @riorashid yang menulis kepimpinan parti harus mengambil tindakan ke atas beliau.

Dia menulis "hapuskan parasit ini DS @NajibRazak."

Zaharin juga menulis bahawa bahawa lelaki yang memijak anggota polis itu kebetulan memakai gelang getah kuning tetapi dia bukan polis.

"Puak Bersih pergi spin akhirnya tipah tertipu... saya berjaya," katanya.

Ekoran kritikan terus-menerus, Zaharin menambah, "sebahagiannya akan saya jadikan tesis politik saya... dalam perang saraf strategi."

Malam tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno berkata, pihak polis akan mendedahkan rakaman video mengenai perhimpunan Bersih 3.0 untuk penilaian rakyat.

Mengulas perkara itu, Zaharin berkata, MT Umno mengambil keputusan meminta pihak polis manayangkan gambar video dan foto perusuh yang membuat onar masa demontrasi antkerajaan oleh Bersih.

"Masa itu boleh tahu. Adakah terdapat polis yang menyamar dalam kumpulan demonstrasi itu yang melakukan provokasi dan memulakan... setiap seorang akan dicari. Jika puak-puak Bersih ada maklumat, ada polis menyamar di lokasi berlaku rusuhkan sila buat aduan di mana-mana balai polis," katanya lagi.

Kontroversi ini muncul ketika penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin-pemimpin PR khususnya Pas menafikan pihaknya menjadi punca insiden ganas di ibu negara kelmarin.

Ketegasan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di ibu negara semasa dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub di Ipoh semalam.

Salahuddin mempelawa kerajaan membentuk sebuah suruhanjaya bagi menyiasat perkara itu.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0. Datuk S. Ambiga mahu Suhakam menyiasat perkembangan semalam bagi mengetahui siapa yang menjadi punca kepada insiden ganas.

Sabtu, 28 April 2012

LOGIK KE ALASAN KETUA SPR NIE ? JANGAN CAKAP BANYAK..BERSIHKAN JE!


Ahli Umno: 'Sudah terlalu lama, saya tidak ingat'

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.

“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Hariandan Sinar Harian Online semalam.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.
Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

Bersih: Dataran jadi tumpuan sejak 9 malam
Laluan menghala ke arah Dataran Merdeka, berhampiran Menara DBKL, menjadi tumpuan orang ramai malam

Laluan menghala ke arah Dataran Merdeka, berhampiran Menara DBKL, menjadi tumpuan orang ramai malam ini.
KUALA LUMPUR - Dataran Merdeka, yang 'diharam' daripada menjadi lokasi penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai berkumpul mulai tengah malam ini, kelihatan 'meriah' apabila kira-kira 300 orang mula mengunjungi lokasi bersejarah itu menjelang protes Duduk Bantah, esok.
Tinjauan mendapati mereka mula berkumpul sejak 9 malam tadi.
Pun begitu, suasana menjadi gawat apabila ada kelompok penyokong Bersih 3.0 mula bersorak ke arah pegawai polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertugas di lokasi tersebut.
Kenderaan yang melalui kawasan ini turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan esok.

Perkembangan di kawasan berhampirna Dataran Merdeka:
9.53 malam: Suasana sekitar Dataran Merdeka 'meriah' apabila orang ramai datang menyaksikan sendiri kawasan yang diwartakan mahkamah sebagai kawasan larangan.
10.10 malam: Ramai sudah mula buat provokasi ke atas anggota penguat kuasa DBKL dan polis yang bertugas
10.15 malam: Kenderaan-kenderaan yang melalui Dataran Merdeka membunyikan hon tanda sokongan terhadap Bersih 3.0. Kehadiran pengunjung semakin ramai dari semasa ke semasa.
10.20 malam: Dataran Merdeka mula diserbu orang ramai.
10.35 malam: Kumpulan pengunjung di Dataran Merdeka semakin bertambah, kelihatan beberapa anggota polis trafik yang bertugas mula meninggalkan lokasi.
10.36 malam: Laungan 'reformasi' mula kedengaran.
10.36 malam: Provokasi terhadap polis dan DBKL semakin meningkat. Suasana tegang namun anggota polis tenang. Seramai 30 anggota polis mula membuat benteng

APA JADI DI DATARAN ?


BERSIH 3 : Gambar terkini di dataran merdeka.



















Sumber : Dari pelbagai pihak = bloggers umno, JKK, Twitter, Zunar.


Nampaknya belum bersih 3 mereka dah mula bersih.. tak sabar2 ke apa?


Apa pun neh hadiah dari DBKL untuk kita seme..



Aik,


DBKL.. main tipu ek? Nak alihkan pandangan orang ek? Tak baik wooo.. perhimpunan ada oke.. ada. 





Jumaat, 27 April 2012

BERSIH 3. 0 : TOLAK BN / UMNO..

AYUH RAKYAT KITA BANGKIT LAWAN KEZALIMAN UMNO/ BN..NAJIB/ ROSMAH DAN SPR ( SAYA PENIPU RAKYAT )....

JOM BERSIH 3. 0....







TAIB GILA KUASA..DEMI KRONI, TIPU RAKYAT!


BETUL KE KEPENTINGAN UNTUK NEGARA ? JANGAN NAK BODOHKAN RAKYATLAH TAIBBBB MAHMUD..TOK UBAN GILA....JANGAN NGARUTLAH!

Taib Mahmud: Penting negara ditadbir di bawah BN
SIBU - Rakyat Sarawak diingatkan betapa pentingnya negara ini terus ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata ia kerana Najib mempunyai impian tinggi untuk negara.
"Beliau bekerja kuat dalam menunaikan tanggungjawab memajukan negara dari satu rancangan pembangunan ke satu rancangan pembangunan yang lain dan mempunyai pasukan yang hebat untuk berbuat demikian.
"Beliau juga mahu  Malaysia mempunyai rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya dalam majlis makan malam di sini bagi meraikan kunjungan tiga hari Najib ke Sarawak bermula hari ini.
Taib berkata tidak dapat dinafikan kebanyakan rakyat di Sarawak juga mahu Najib terus memimpin negara selepas pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata Sarawak yang akan bergantung kepada koridor pembangunan wilayahnya SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak) bagi mencapai kedua-dua impian tersebut memerlukan pimpinan Najib berterusan.
"Kita memerlukan bantuan persekutuan untuk membangunkan infrastruktur fizikal di SCORE selain memerlukan tenaga kerja teknikal yang mencukupi untuk mengurusnya.
"Kita jangka untuk melihat ini di bawah kepimpinan beliau (Najib)," katanya.
Taib berkata walaupun BN kalah pada pilihan raya kecil Sibu pada 2010, gabungan itu berjaya memperoleh semula sokongan.
"BN telah memperoleh sokongan yang lebih bear daripada rakyat yang boleh dilihat dari calon-calonya memenangi kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka dan Bawang Assan pada pilihan raya negeri yang lepas.
Beliau berharap Najib "akan menang dan bukan sekadar menang tetapi menang dengan besar untuk mencapai cita-cita beliau kepada negara."
Di majlis itu perdana menteri kemudiannya menyerahkan surat jemputan dari Kementerian Pengajian Tinggi kepada Taib untuk Sarawak menubuhkan Kolej Universiti Teknologi.- Bernama

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008