pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 30 Julai 2012

EHYA' RAMADHAN PAS BAGAN DATOH 1433 : KEHADIRAN AISHAH JANJI MANISMU

RATUSAN RAKYAT HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA NAIB PRESIDEN PAS, DATO' MAHDFUZ OMAR DAN BEKAS SELEBRITI,AISHAH ANJURAN PAS KAWASAN 

Ramadhan adalah bulan tarbiah kepada seluruh umat Islam, Tiada fahaman karut lagi seperti Bulan Ramadhan tidak boleh bicara soal politik dan pembangunan negara.

SELEKOH- 29 Julai : Sepatutnya tidak perlu timbul fahaman karut dan pelik yang perlu dikeluarkan oleh Umno/ BN di bulan yang penuh keberkatan ini. Fahaman seperti budak hingusan apabila mereka menyatakan sempena bulan Ramadhan sepatutnya semua pihak senyap dan diam dari membicarakan soal politik dan berkaitan rakyat serta perlu meningkatkan amal ibadah yang lain.

Ibarat ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan lurus. Demikian gambaran selayaknya kepada Umno/ BN .

Tersebut adalah petikan sebahagian isi kandungan kecil ucapan YB. Dato' Mahdfuz ketika menyampaikan ceramahnya pada malam semalam.

Majlis Iftar ( berbuka puasa ) dan solat sunat Tarawikh bersama Dato' Mahdfuz Omar ( Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena ) dan Aishah ( bekas penyanyi ) anjuran PAS Kawasan telah berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk sekitar.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Khairy Jamaluddin pada jam 6.45 petang.

Pada jam 7.00 malam, kehadiran YB. Dato' Mahdfuz Omar disambut oleh para tetamu.

Majlis berbuka puasa tepat pada jam 7. 34 malam dan para tetamu menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.

Seusai tersebut, para tetamu menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh YB. Dato' Mahdfuz Omar sendiri.

Setelah selesai menunaikan solat Fardhu Isyak dan solat sunat Tarawikh, majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan tetamu jemputan iaitu, Dato' Mahfuz Omar dan Pn. Aishah Ariffin ( bekas Selebriti 90an ).
















BUBUR LAMBOK TRADISI EHYA' RAMADHAN PAS BAGAN DATOH

TELAH MENJADI KEMESTIAN SEJAK LIMA TAHUN LALU IANYA DIPERKENALKAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT.

BUBUR LAMBOK PERKAMPUNGAN IKHWAN ATAU LEBIH DIKENALI " LAMBOK ADOL " MENJADI TUMPUAN PENDUDUK SELEKOH DAN BAGAN DATOH.

SELEKOH : Sejak program pemberian bubur lambok kepada penduduk setempat ini telah dperkenalkan kira - kira 5 tahun lalu, Ramadhan kali ini pihak PAS Kawasan Bagan Datoh menerusikan iannya sebagai sebahagian program Ehya' Ramadhan sepanjang bulan ini.

Perancangan tersebut telah diatur sejak sebulan sebelum menjelang bulan Ramadhan. Ianya adalah juga hasil sumbangan orang ramai sebagai infaq sempena bulan yang penuh keberkatan itu.





Sabtu, 28 Julai 2012

EHYA' RAMADHAN 1433 PAS BAGAN DATOH : MAJLIS IFTAR DAN TAHLIL BERSAMA JEMAAH MASJID

KEHADIRAN JEMAAH MASJID MENAMBAHKAN KEMERIAHAN DAN SYIAR IBADAH PUASA DI MAJLIS IFTAR DAN TAHLIL DI MASJID ISLAHIAH, MATANG KUNDA

Walaupun tanpa kehadiran YDP PAS Kawasan, majlis tetap meriah.

MATANG KUNDA - 27 Julai: Kehadiran pimpinan PAS Kawasan Bagan Datoh ke majlis berbuka puasa dan bacaan tahlil di Masjid Islahiah telah memeriahkan majlis tersebut. Ianya adalah merupakan salah satu program yang diatur sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Yang Dipertua PAS, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang terpaksa membatalkan bersama jemaah masjid pada majlis tersebut kerana mempunyai urusan lain tetap dimeriahkan dengan kehadiran para jemaah lain.

Majlis yang bermula seawal jam 7 malam itu dimulai dengan majlis bacaan tahlil yang diketui sendiri Imam masjid merangkap pengerusi masjid, Ustaz Mohd Fairos Asyhari.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah ringkas daripada wakil pimpinan PAS kawasan, Ustaz Dzhahrul lail Dardiri.

Ustaz Dzahrul lail ketika menyampaikan tazkirah Ramadhan sementara menanti waktu berbuka puasa.

Para jemaah sedang mendengar tazkirah yang disampaikan penceramah.

Adik - adik yang tidak sabar menanti masuk waktunya berbuka.

Kelihatan para jemaah menanti waktu berbuka.

Para jemaah duduk sambil menantikan masuknya waktu berbuka.

Bersedia untuk menjamu selera.

Para jemaah sedang menjamu hidangan berbuka puasa.



Khamis, 26 Julai 2012

EHYA RAMADHAN 1433 PAS BAGAN DATOH


EHYA RAMADHAN PAS BAGAN DATOH 1433

Menyambut keberkatan bulan Ramadhan bersama YDP PAS Kawasan sepanjang bulan mulia ini.

BAGAN DATOH : Sempena menyambut bulan Ramadhan al Mubarak 1433, pihak PAS Kawasan Bagan Datoh telah menyusun beberapa program khas bersama Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki. Jadual tersebut telah disusun sejak awal sebelum lagi ketibaan bulan Ramadhan pada kali ini.


Antara program Ehya Ramadhan yang telah disusun ialah :

1- Majlis iftar Jami’e :- Akan diadakan pada setiap malam Sabtu di Markaz PAS Selekoh serta hari – hari tertentu di setiap masjid, surau atau markaz cawangan – cawangan tertentu.


2- Majlis Tadarus dan Tafhim Al – Quran :- Pada setiap malam Sabtu selepas solat sunat Tarawikh dan pagi Sabtu khusus bersama kaum ibu/ muslimat di Markaz atau surau – surau tertentu.


3- Tazkirah dan solat sunat Tarawikh di masjid/ surau di kampong – kampong.

4- Kuliah Subuh :- Setiap Subuh Sabtu dan Ahad di masjid/ surau.


5- Kuliah Dhuha :- Setiap pagi Ahad di surau Kiyai Masduki, Sg. Tiang Darat.

6- Ziarah Mahabbah :- melawat warga miskin/ fakir serta memyampaikan sumbangan kebajikan.


7- Sumbagan bubur lambuk setiap hari.


8- Majlis berbuka puasa dan sambutan Badr Al Kubra dan nuzul Quran di Markaz PAS.


9- Menyampaikan sumbangan/hamper Aidil Fitri kepada fakir/miskin. 

Rabu, 25 Julai 2012

MINTA TUKAR TEMA HARI KEBANGSAAN: PR


PR gesa Pusat tukar tema Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Pusat agar menukar tema Hari Kemerdekaan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" kerana ia tidak wajar, malah tidak memberi gambaran terbaik berkenaan dengan semangat kemerdekaan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tempoh seminggu diberikan kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kemerdekaan kepada yang lebih inklusif.
“Jika kerajaan tidak mengendahkan desakan ini, Pakatan Rakyat sendiri akan mencadangkan tema lain yang lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk Hari Kemerdekaan,” kata Mustafa semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini.
Tambah beliau, PR menghormati hak kerajaan bagi menentukan tema Hari Kemerdekaan tetapi pilihan itu mestilah sesuatu yang diterima oleh semua pihak.
“Kalau boleh biarlah gunakan tema yang boleh diterima seluruh rakyat Malaysia. Jangan bila orang tengok saja tema Janji Ditepati ini, mereka akan terus ingat kepada BN," kata Mustafa.

Laporan media semalam menyebut Pas Terengganu juga berkemungkinan tidak akan mengikuttema yang ditetapkan Kerajaan Pusat dalam program khusus Pas negeri jika Putrajaya terus menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” kali ini.

Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tema tersebut dianggap sebagai kempen pilihan raya Umno dan BN serta tidak sesuai digunakan pihak lain, khususnya di negeri PR.
Sehubungan itu, Pas meminta agar menukar tema tersebut kepada yang lain kerana terlalu jelas memperlihatkan unsur politik, yang tidak patut dicampuradukkan dengan sambutan hari bersejarah itu.

Baru-baru ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru negeri ditadbir PR supaya tidak menggunakan tema Hari Kemerdekaan terbabit sebagaimana disiarkan.

Pada 19 Julai lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bukan satu kesalahan untuk menggunakan slogan Janji Ditepati sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan menunaikan janjinya.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Bidang Ekonomi Utama Negara.
Beliau berkata, Najib telah melunaskan konsep 1Malaysia dengan menterjemahkannya, antaranya dalam bentuk pengagihan buku, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Susu 1Malaysia, pembukaan Kedai Kain 1Malaysia yang dinikmati lapisan masyarakat termasuk penyokong parti pembangkang.
“Apabila kita buat sesuatu yang baik kita mengatakan komitmen kita sudah selesai, sudah dibuat, jadi tidak salah,” katanya.

Selasa, 24 Julai 2012

SYUKUR : BERAKHIRNYA SEKATAN KE ATAS GAZA.


Sekatan Mesir ke atas Gaza berakhir

KAHERAH - Pegawai pemeriksa keselamatan lapangan terbang di Mesir, semalam memaklumkan kerajaan kini membenarkan penduduk Palestin untuk memasuki negara itu tanpa memerlukan permit.

Keputusan itu bertujuan untuk menamatkan sebahagian daripada sekatan yang dikenakan ke atas Genting Gaza sejak lima tahun lalu.

Difahamkan, sekatan tersebut dikenakan selepas kerajaan Hamas menguasai Gaza pada 2007.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi berhubung perkara itu dibuat

Ahad, 22 Julai 2012

ULAMA HANYA SAYAP PARTI ? MUNGKIN HANYA SEDIKIT AGAMA DI HATI!


SELAYAKNYA ULAMA SEBAGAI PEMIMPIN BUKAN DI PIMPIN.

BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh mencabar kepada Umno sekiranya benar - benar mahu meletakkan pimpinan ulama dalam parti tersebut. Sehingga kini ianya hanya cadangan semata - mata dan akan dipertimbangkan diperingkat pimpinan tertinggi Umno.

Namun, Pemuda PAS turut menyokong sekiranya benar dan pimpinan ulama menjadi perkara utama dalam parti tersebut. Mudah - mudahan ianya bukan hanya mainan politik semata - mata mahu menarik sokongan apabila pilihanraya.

Demikian ulasan Pemuda PAS Kawasan apabila kenyataan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ( Ahli Parlimen Bagan Datoh/ Menteri Pertahanan ) menyokong idea ulama dijadikan sayap parti Umno.
Naib Presiden Umno sokong idea ulama jadi sayap parti

SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Umno menyokong cadangan supaya diwujudkan pergerakan bagi golongan ulama sebagai salah satu sayap dalam parti itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea itu akan diberi pertimbangan serius kerana Umno sebagai parti yang mewakili umat Islam negara ini sememangnya sentiasa mementingkan peranan golongan ulama dalam perjuangannya.

"Saya percaya, jika cadangan ini direalisasikan, ia sekali gus akan dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh Umno meminggirkan Islam," katanya.

Ahmad Zahid berkata, meskipun selama ini Umno tidak pernah meminggirkan golongan ulama namun kedudukan itu akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pendokong Islam terhadap parti itu, terutama dalam perbandingan dengan Pas.

"Kita memang amat perlukan peranan ulama," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, golongan ulama sememangnya amat penting dalam perjuangan Umno.
 
"Saya sokong cadangan itu," katanya.


Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diberi pertimbangan terutama oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sabtu, 21 Julai 2012

PERUTUSAN RAMADHAN 1433 : KETUA DPPK BAGAN DATOH


UCAPAN PERUTUSAN RAMADHAN AL MUBARAK 1433
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH



Firman Allah SWT :

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :

اهدنا الصراط المستقيم

Yang bermaksud : “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” – Surah al-Fatihah, ayat 6

Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :

مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya..” – Surah an-Nisa’, ayat 69

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT. Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup. Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam. Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh

Al-Fadhil Ustaz Ahmed Najib bin Hj. Safari

RAMAI SUDAH CELIK POLITIK : BOB LOKMAN


Bob Lokman: Artis sudah celik politik
ROMPIN – Pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman mengajak rakan artis lain supaya menyertai Pas atas alasan hanya parti itu yang mampu mentadbir negara ini dengan cekap berlandaskan syariah Islam.

Bob Lokman berkata, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti.

Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing.

“Mereka ini sudah mula buka fikiran kepada perkara lain selain daripada soal cari makan dan sudah mula menunjukkan kecenderungan mereka ke arah politik.

“Sepatutnya hal ini sudah lama berlaku, mungkin ada artis yang berasa takut kerana sumber pendapatan mereka bergantung kepada stesen televisyen yang dinaungi kerajaan,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara dekat sini.

Bob Lokman berkata, sejak menyertai Pas beliau sudah beberapa kali berjumpa artis yang berkempen untuk bersama-sama berjuang dengan parti itu termasuk rakan baik beliau yang juga pelakon filem, Hairie Othman.

“Saya ada bertemu Hairie dan dia sendiri ada beritahu saya yang dia masih banyak perkara hendak dibuat dalam parti ini termasuk mengeluarkan pendapatnya sebagai artis,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau yakin artis seperti Hairie boleh menjadi ahli politik jika serius dalam bidang itu kerana melihat rakannya itu mempunyai keterampilan dalam berhujah dan mengeluarkan pendapat.

“Hairie juga yakin dengan perjuangan Pas kerana beliau nampak kejujuran dan keikhlasan Pas yang akan memperjuangkan nasib umat Islam serta tidak meminggirkan kaum lain di negara ini.

“Jika dia mahir dalam sepak terajang politik, tidak mustahil suatu hari nanti Hairie juga boleh menjadi orang politik yang boleh menerangkan dasar parti kepada rakyat,” katanya.

MANA LEBIH UTAMA BAGI UMAT ISLAM?


Olimpik, atlet dan Ramadan

SEBAIK sahaja matahari terbenam, semalam, jutaan umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa bagi melaksanakan Rukun Islam Ketiga.

Termasuk dalam jutaan manusia ini adalah lebih 3,000 atlet dan pegawai beragama Islam yang menyertai Sukan Olimpik London 2012, bermula 27 Julai ini.

Sepanjang tempoh itu, mereka berdepan cabaran mengimbangi tuntutan agama dan latihan sebagai seorang atlet.

Waktu siang di Britain yang lebih panjang iaitu kira-kira 17 jam setiap hari, ada kalanya menjadi penghalang bagi persediaan saat akhir, namun segelintir atlet menganggap ia bukan satu halangan atau bebanan kepada mereka.

Khaled Belabbas mewakili Algeria akan tetap berpuasa walaupun mengambil bahagian dalam acara lari berhalangan kerana baginya, agama lebih penting berbanding sukan.

Khaled berkata, puasa tidak jadi penghalang cuma mungkin dia akan berasa agak penat selepas melepasi garisan penamat.

Ada juga atlet memilih untuk tidak berpuasa, seperti dibenarkan agama.

Pendayung Britain, Mohamed Sbihi akan menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa bertanding di Sukan Olimpik, tetapi tetap membayar fidyah.

Atas nasihat seorang ulama dia akan mendermakan 60 bungkusan makanan kepada orang miskin di negara asal bapanya di Maghribi bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.

Pastinya, memperoleh pingat Olimpik adalah sesuatu yang sukar, tetapi apa yang mengagumkan, ada atlet menganggap memenangi pingat Olimpik semasa berpuasa tidaklah sesukar disangka. Suleiman Nyambui dari Tanzania memenangi pingat perak dalam acara 5,000 meter di Sukan Olimpik pada musim panas 1980 di Moscow semasa dia sedang berpuasa di bulan Ramadan.

“Apabila anda sudah memutuskan sesuatu, ALLAH SWT ada di belakang anda,” katanya yang kini menjadi setiausaha agung di sebuah persatuan atlet Tanzania.

Sama seperti pada 1980, Sukan Olimpik London pada musim panas kali ini turut jatuh pada bulan Ramadan yang bermula dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini, iaitu kira-kira seminggu selepas umat Islam berpuasa.

Menariknya, ada juga atlet menganggap Ramadan mampu meningkatkan disiplin, fokus dan kerohanian mereka.

Kajian perubatan pula memberi penemuan berbeza, ada mengatakan berpuasa akan menjejaskan prestasi atlet, tetapi ada pula kajian mendapati puasa tidak memberi sebarang kesan kepada atlet. Bagi sesetengah pakar, kesan berpuasa kepada atlet bergantung kepada faktor luaran seperti cuaca dan masa.

Jika acara trek berlangsung pada sesi pagi, ianya menjadi lebih mudah buat atlet yang berpuasa, berbanding pada sebelah petang.

Apa pun, Islam sendiri membenarkan orang sakit dan musafir meninggalkan puasa serta menggantikannya pada masa lain.

Asas ini digunakan ulama Islam di Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk memberi pengecualian berpuasa terhadap atlet yang mewakili negara di Sukan Olimpik pada tahun ini.

Bagi orang ramai pula, meninggalkan puasa untuk menyertai Sukan Olimpik bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu.

“Jika anda dipilih mewakili negara anda, itu adalah tanggungjawab besar. Untuk mengambil risiko kegagalan dengan memaksa diri berpuasa (sedangkan ada pengecualian), rasanya ia tidak selari dengan ajaran Islam sendiri.

“Pengecualian ini menunjukkan Islam tidak memaksa kita melakukan semua perkara secara maksimum, tetapi ianya lebih mengenai keseimbangan dan kesederhanaan,” menurut Zahed Amanullah, warga Islam Amerika Syarikat yang merancang membawa anaknya menyaksikan Olimpik tahun ini. – RNS

BUAT TATAPAN SAHABAT...PEMBANGUNAN DI PEKAN BAGAN DATOH

BUAT RAKAN - RAKAN YANG RINDUKAN KAMPUNG HALAMAN DI BAGAN DATOH:

KAMI PAPARKAN BEBERAPA WAJAH TERKINI DI PEKAN BAGAN DATOH :



 











Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008