pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 31 Ogos 2012

SUASANA DI DATARAN MERDEKA DAN SEKITARNYA MALAM INI!


Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan


(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam 

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka.



(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)

HAYATI KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM : PRESIDEN PAS

Perutusan Hari Kemerdekaan Presiden PAS

Oleh Presiden PAS

KETIKA umat Islam masih berada dalam kegembiraan meraikan bulan Syawal setelah sebulan melakukan ibadah berpuasa di Ramadan Al Mubarak, Malaysia pula berada di ambang menyambut kemerdekaan yang usianya sudah melebihi setengah abad.

Penting bagi kita umat Islam khususnya dan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami makna kemerdekaan menurut Islam sebagaimana teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, dan di zaman kegemilangan Islam.

Sebagaimana berkata Rub’ie bin Amir kepada panglima tentera Parsi bahawa kemerdekaan itu ialah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah dan membebaskan manusia daripada kezaliman kepada keadilan Islam.

Rasulullah s.a.w meninggalkan sejarah Fathul Makkah yang berlaku di bulan Ramadan yang juga membawa erti kemerdekaan.

Walaupun yang memerintah Mekah itu merupakan anak jati Makkah, satu bangsa dan keturunan dengan Nabi, mereka hidup dengan penuh kezaliman dan penindasan. Maka peristiwa Fathul Makkah sebenarnya merupakan kesempatan memerdekakan Makkah daripada penjajahan sesama sendiri, akibat melakukan syirik kepada Allah dan berbuat kezaliman.

Di sini juga kita dapat membezakan di antara Islam dengan anutan lain baik agama atau ideologiideologi lain dalam mentakrifkan kemerdekaan dan penjajahan.

Islam tidak melakukan penjajahan, sebaliknya melakukan pembebasan atau kemerdekaan kepada penduduk sesebuah negara yang dimasuki. Bezanya dengan penjajahan, mereka masuk ke sesebuah negara untuk memperluaskan fahaman mereka yang syirik dan mengambil hasil bumi negara tersebut dibawa ke negara asal mereka.

Sedangkan Islam melarang hasil bumi sesebuah negara khususnya yang ditakluk dipindahkan ke negara lain selagi dalam negara tersebut masih ada orang yang miskin dan memerlukan.

Jadi tidak ada manamana negara yang dikuasai kerajaan Islam melakukan peras atau rampasan harta yang dipindah ke negara lain. Sebaliknya, rakyat diberi hak dan kebebasan dan dilayan secara adil termasuklah yang bukan beragama Islam.

Sebab itulah ada di kalangan bukan Islam yang pernah berada dalam negara diperintah Islam, sedia untuk berpindah ke negara Islam lain, apabila negara mereka tumbang kepada kuasa lain. Ini kerana mereka berasa selamat dan mendapat keadilan di bawah pemerintahan Islam.

Dalam konteks hari ini, kita difahamkan penjajahan itu semestinya dilakukan oleh kuasa luar, bangsa luar dari negara kita. Namun, jika diteliti erti kemerdekaan menurut Islam tersebut, jelas kepada kita bahawa orang-orang yang sebangsa dan berasal dari negara yang sama dengan kita juga berpotensi menjadi penjajah apabila mereka melakukan perhambaan kepada dunia dan berbuat kezaliman di dalam negara tersebut.

Kita sudah melihat di negara kita dan luar negara, bagaimana anak jati negara sendiri yang melakukan kezaliman dan penindasan sesama mereka, seolaholah tidak salah berbuat demikian kerana kita penduduk asal negara ini.

Tetapi Islam menggariskan dengan jelas bahawa kemerdekaan sesebuah negara itu berlaku apabila ia berjaya dibebaskan daripada perhambaan bentuk baru ini dan juga kezaliman yang mesti ditentang walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Umno yang menjadi teras pemerintahan negara hari ini, memenuhi syarat penjajah untuk memerintah dan mereka telah bertindak lebih setengah abad sebagai penjajah baru di kalangan anak bangsa, yang telah menyebabkan negara menuju kepada kemelut ekonomi, politik dan sosial yang parah.

Maka kerja utama rakyat Malaysia ketika ini ialah membebaskan negara daripada kekuasaan Umno- BN yang memerintah negara.

Semoga sambutan kemerdekaan ini memberi kefahaman bermakna kepada kita untuk meletakkan negara dalam keadaan bebas daripada belenggu kezaliman tersebut.

Selamat menyambut hari kemerdekaan dan sekalung penghargaan diberikan kepada waris-waris pejuang kemerdekaan negara seperti Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tokku Paloh, Mat Kilau dan ramai lagi.

Wallahualam.

TUAN GURU DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN: INGATAN SEMUA ANAK MUDA


PERUTUSAN KEMERDEKAAN


Perutusan Kemerdekaan Ke ~ 55
KETUA DEWAN PEMUDA PAS BAGAN DATOH

Renungan Buat Anak Muda Negara

1. Negara kita telah Merdeka . Merdeka sejak lama dulu . Kita selaku anak - anak muda negara belum lagi dilahirkan detik laungan merdeka bergema . Bebas dari belenggu pemerintahan penjajah .

2. Kita hanya mampu membaca sejarah . Menelusuri kronologi berdarah para pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan jasad dan nyawa demi masa depan negara .

3. Ramai dikalangan kita mengetahui erti kemerdekaan melalui pembacaan namun tidak mungkin kita mampu mencapai tahap menghayati kemerdekaan melalui pengalaman juang yang direntas oleh para pejuang - pejuang negara . Oleh kerana kita ditakdir hidup di zaman selepas merdeka , maka saya melihat kita mesti mencipta sejarah kemerdekaan yang tersendiri .

4. Kemerdekaan negara dari belenggu pemerintahan dan penjarahan penjajah telah berjaya dicapai oleh orang terdahulu dan kita tiada pada waktu itu maka tiada apa yang boleh kita lakukan . Namun berjuang untuk kemerdekaan tidak terhad memerdekakan negara dari belenggu pemerintahan penjajah Inggeris semata - mata . Perlu diingat , hasrat pejuang - pejuang kemerdekaan yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa mereka bukan terhenti setakat menghalau Inggeris pulang ke kampung mereka tetapi turut melihat bagaimana negara ini pula dibangunkan oleh generasi muda hari ini .

5. Apalah ertinya merdeka setelah Inggeris pulang bergaya , kini anak bangsa sendiri seperti masih terkial - kial mencari identiti diri . Tamaddun yang dibina hanya bersendikan material dengan asas pembangunan dan kemajuan , tetapi malangnya tamaddun ini kering gersang dari pertumbuhan spiritual dan moral berbanding kepesatan material .

6. Mudahnya saya sebut , apalah ertinya negara memiliki bangunan - bangunan mencakar langit tetapi di celah - celahnya penuh dengan penagih dadah , pelacuran , arak , casino , kelab malam , rasuah , penyalahgunaan kuasa , pengangguran , ah Long , peras ugut , penipuan , pecah amanah , pengkhianatan , dan 1001 mungkar yang boleh meruntuhkan tamaddun yang dibina .

7. Membina tamaddun berasaskan material [ atau tamaddun batu ] adalah mudah , tetapi membina tamaddun manusia [ tamaddun jiwa ] sekaligus bebas dari minda penjajah adalah tamaddun sebenar ummat yang merdeka .

8. Merdeka kepada anak muda hari ini bukan lagi merdeka dari pemerintahan penjajah tetapi merdeka dari minda yang mundur dan sempit kepada sebuah keyakinan terhadap kehidupan yang maha luas di dunia dan sampai ke akhirat . Merdeka dari perhambaan sesama hamba kepada perhambaan kepada Tuhan yang mencipta hamba dan seluruh alam cakrawala ini . Merdeka dari kezaliman dan kesongsangan ideologi ciptaan manusia kepada keadilan Islam dan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt .

9. Anak muda yang merdeka ialah mereka yang tidak mengizinkan dirinya hanyut tidak menentu arah dengan pelbagai kelalaian dan keasyikan semata - mata memuaskan keinginan duniawi [ dunia ] tanpa melaksanakan tanggungjawab membangunkan jiwa , minda , masyarakat dan negara selari pula dengan tuntutan ukhrawi [ akhirat ] .

10. Anak muda yang masih tersepit dalam arus budaya asing dan hidup bersiangan tanpa arah tuju hidup yang jelas didorong dan digesa agar segera keluar dari arus yang membinasakan masa depan diri sendiri dan jua masa depan negara . Marilah kita merdekakan diri kita bukan sekadar berbangga dengan kemerdekaan yang dicapai oleh generasi terdahulu .

Sekian, Terima kasih:
 
AL- FADZIL UST. AHMED NAJEB B. HJ. SAFARR
KETUA DEWAN PEMUDA PAS BAGAN DATOH

Selasa, 28 Ogos 2012

ZIARAH ERAT SILATURRAHIM : DPPK ANJUR USRAH SYAWAL

ZIARAH DAN USRAH : MENGERATKAN SILATURRAHIM SEMPENA SYAWAL YANG MULIA

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ziarah dan berusrah di rumah Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPK Bagan Datoh.

SG. TIANG DARAT, SELEKOH, 27 Ogos : Sempena perayaan Eidulfitri kali ini, pihak Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) telah menganjurkan program ziarah dan berusrah di rumah AJK sebagai langkah mengeratkan silaturrahim antara mereka.

Terbaharu, mereka telah menziarahi dan berusrah di rumah Sdr. Muhammad Nizam Khairi bertempat di Kampung Sungai Tiang Darat, Selekoh. Rombongan yang diketuai sendiri Ketua Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh, Ustaz Ahmed Najeeb Hj. Saffar dan pimpinan pemuda PAS Kawasan.

Turut hadir ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh.

Antara tujuan ziarah tersebut sendiri adalah menziarahi bapa Sdr. Muhammad Nizam yang sememang sudah lama uzur dan sakit. Sebagai tanda keprihatinan pihak Pemuda PAS Kawasan, telah menghulurkan sedikit bantuan berupa wang ringgit. Selain itu, ianya juga sebagai tanda sokongan kepada pesakit itu sendiri.








KENYATAAN BAHAYA DARI SEORANG BEKAS PM!


Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz




MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas.

Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

“Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya,” ujarnya.

Ahad, 26 Ogos 2012

SIAPA RAMPAS KUASA NAJIB?


Mahathir rampas kuasa Najib?



MENJAMAH MALAM

Sementara Hj. Najib Razak terus menelan panadol kerana skait kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdekat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.


Mahathir Mohamad
Walaupun Najib muncul sebagai Santa Claus yang membahagi-bahagikan air skrim dan gula-gula untuk rakyat tetapi aksi dan kebaikan itu tidak berjaya melonjakkan markah untuk dirinya. Sokongan dan minat orang ramai kepada BN tetap merudum. Jadi menyedari kelemahan Najib itu maka Mahathir terpaksa 'kudeta' kuasa Najib untuk terus menyerang Anwar.
Mahathir pun sudah terkial-kial, habis giar untuk memancu kelajuannya dalam mengekori Anwar apa lagi hendak memintas. Anwar terlalu laju dan jauh ke depan tanpa mempedulikannya membebel di belakang. Penampilan dengan berbagai idea yang ideal untuk rakyat Malaysia meletakkan Anwar menjadi harapan rakyat. Di Sabah dan Sarawak rakyat ngeri itu sudah mulai merasa Anwar akan menjadi pahlawan membela mereka.

Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir. Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.

Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Syaitan telah terang-terang memperakui akan melakukan tipu daya ke atas manusia bahkan dia berjanji untuk menggoda manusia dari syurga hingga ke atas muka bumi sampai kiamat. Berapa kali di dalam Quran menyebut Allah s.w.t. mengutuk dan mengecam syaitan (sama ada dikenali atau tidak) berbanding dengan malaikat. Inilah kesongsangan dan kejahilan Mahathir dalam agama yang cukup bahaya kalau tidak ditegur.

Berlainan dengan malaikat, tugasnya ialah membawa rahmat, menjaga manusia zahir dan batin. Dalam konteks fungsi dan peranan kedua makhluk ini lebih baik mendekati malaikat yang tidak kenal sebab fungsi dan tugasnya membawa rahmat dan tidak akan mempedayakan manusia.  Malaikat sama ada kenal atau tidak dia tetap akan membawa rahmat.

Syaitan walaupun baik dengan berbagai bentuk penyamaran ia tetap jahat dan kerja-kerjanya membimbing manusia ke arah jahat. Apakah selama ini Mahathir mengambil syaitan yang dikenali untuk menjadi kawannya menyebabkan hidup dan karektor politiknya rencam dan songsang seprerti hari ini? Menghentam Pas, menghentam Anwar tanpa ada henti-henti. Menghentam juga Abdullah Badawi yang cuba membawa malaikat ke dalam raga Umno? Begitukah. Begitulah agaknya.

Perumpamaan dan bidalan Mahathir itu tidak kena. Rakyat yang ada latar belakang agama dan pengetahuan serta tahu mengenai rukun-rukun imam tidak akan mudah terpengaruh dengan gesaan Mahathir itu. Melainkan mereka yang jahil mengenai rukun imam akan menerimanya, akan merasa senang hati dan menganggap syaitan itu sebagai sahabat manakala malaikat yang baik itu musuh yang perlu ditinggalkan jauh.

Mahathir juga perlu meralatkan kata-kata berbunyi; "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya seperti dilapor.

MasyaAllah tergamak Mahathir bermadah demikian mengatakan malaikat juga melakukan kehilafan? Di sini Mahathir menafikan akan penjelasan dan pengakuan bahawa malaikat itu adalah makhluk suci yang tidak ada nafsu amarah. Kata-kata Mahathir itu boleh dianggap dia menyamakan malaikat dengan syaitan. Sebenarnya kata-kata jahil murakab begitu tidak menghairankan kerana sebelum ini Mahathir banyak kali mempersendakan agama dan batang tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan kata-kata yang sikir telinga untuk mendengarnya. Bahkan hudud juga menjadi bola mainan di mulut rapuh Mahathir.

Satu masa beliau pernah mempersendakan orang yang simpan janggut dan memakai jubah. Apabila orang yang cuba meniru sunnah Nabi itu dengan menyimpan janggut, beliau memberi helah kononya Rasulullah menyimpan janggut bukan ada apa-apa keberkatan dan hikmah di sebaliknya, tetapi kerana waktu itu tidak ada gillate (pisau cukur) untuk Nabi mencukur janggutnya. 

Begitu sekali tohor dan jahilnya Mahathir dalam memahami sunnah dan perbuatan Rasulullah. Mempersendakan amalan Rasulullah begitu ia boleh meletakkan akidah Mahathir dalam keadaan sengget kalaupun tidak jatuh dan tercelup lumur hanyir.

Mengenai Mahathir ini banyak yang menghirankan kita dan sama sekali tidak sangka orang dianggap bijak, membangun Malaysia, bapa pembangunan moden Malaysia atau Kamal Altartuk Malaysia masih bermain dengan politik ala-ala budak. Misalnya beliau terus mempertikaikan dan memperkecilkan janji-janji atau agenda politik Anwar. Beliau membuat jahil mengenai janji politik.

Katanya politik Anwar macam Barak Obama di mana banyak berjanji tetapi tidak ada jaminan untuk melaksanakannya. Apakah Mahathir masih bangun awal dari tidur dan membuka internet membaca blog-blog pro pembangkang? Kalau Mahathir bangun lewat dan hanya membaca Utusan, Berita Harian, tonton tv RTM dan TV3 serta hanya membaca blog-blog pembodek dan pentaksubnya beliau tidak akan menemui jaminan dimaksudkan itu.

Tidak payah pergi jauh Mahathir cuba baca kenyataan-kenyataan dikeluarkan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli. Di situ sahaja kalau Mahathir ikhlas beliau dapat jaminan terhadap janji yang dibuat oleh Anwar itu. Tetapi kalau beliau ralik dan asyik baca media PB beliau akan menemui bidasan mengatakan semua agenda yang diperkenalkan Anwar dan PKR hanya akan membankrupkan negara? Tidak sepatutnya orang sebijak Mahathir terus membaca pendapat dan pandangan orang yang berfikiran sempit penuh emosional yang disiarkan media PB itu.

Duhai Mahathir belajar bangun pagi dan buka internet selepas Subuh. Jangan hanya menulis blog tetapi diisi oleh orang lain kita sendiri buta dan tutup mata, telinga dan hidung kepada syarahan orang lain dalam internet. Ambillah sdedikit keadilan untuk mengseimbangkan diri.

Kalaupun hendak ambil tugas Najib dalam menyerang Anwar ambillah secara baik dan lakukan kerja yang diamanahkan Najib itu dengan baik. Jangan pula kita menjadi tikus yang cuba membaiki labu. Kalau diperhatikan banyak pandangan Mahathir dalam hendak membela Umno terjadi sebaliknya, bela membawa celaka.  Sikap Mahathir menegur Najib daripada mengumumkan (bentuk) suruhanjaya bebas RIC di Sabah telah mencalarkan imej Najib sebagai seorang perdana menteri. Sebagai bekas PM Mahathir tidak sepatutnya menghalang Najib dan berikan peluang kepadanya.

Tindakan atau sikap merasakan diri sendiri pandai dan bijak seperti mana dilakukan ke atas Abdullah Badawi dulu tampaknya dihala pula kepada Najib. Apakah Mahathir mahukan Udin anak Yassin mengambil alih kepimpinan Umno dan tidak yakin pilihan raya ke-13 Umno akan menang dua pertiga kalau ia dinokhodai Najib. Nampak-nampkanya begitulah?

Ada pertemuan sulit di antara Mahathir dengan Muhyiddin paling baru mengenai agenda ini masih belum terdedah lagi? [wm.kl.8:05 pm 25/08/12
]

DASAR PENIPU..KANTOI JUA AKHIRNYA!


"Ya, bukan laman FB kami" kata Khairy Jamaluddin.. tapi akhirnya...KANTOI!



Itu kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin apabila laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia menyiarkan poster yang membawa mesej menghasut di atas.

Kata Khairy lagi menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."


Kemudiannya bagi menyakinkan rakyat Malaysia bahawa bukan Pemuda UMNO yang menyiarkan poster itu Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya.


Untuk lebih menyakinkan lagi rakyat Malaysia.. Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan akaun laman sosial Facebook kontroversi tersebut.

Sehubungan itu satu laporan Polis telah dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee.

Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberi imej yang salah.

"Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau.

Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno berharap siasatan segera dapat dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun laman sosial terbabit dan memuat turun poster berbaur hasutan tersebut.

"Pihak yang memuat turun poster itu harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan," katanya.


Oleh kerana Pemuda UMNO telah buat laporan Polis... Polis telah memulakan siasatan berkenaan dengan kewujudan akaun laman sosial Facebook tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Bagaimanapun belum sempat pihak Polis mengumumkan hasil siasatan mereka.. Khairy Jamaluddin telah mendahului mereka dengan mengumumkan hasil siasatannya sendiri..


Dan pada sebelah malamnya setelah Sinar Harian melaporkan hasil siasatan Khairy Jamaluddin itu.. tiba-tiba terpapar kenyatan minta maaf kerana mengeluarkan gambar yang tidak sepatutnya di laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia..

Dan Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage.. 


Jadi.. Admin yang dikeluarkan dari Fanpage Pemuda UMNO Malaysia itu.. sudah tentulah seorang Pemuda UMNO.. takkan Pemuda PAS atau Pemuda PKR kot??

Itulah budaya UMNO.. buat kerja tanpa menggunakan otak.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan..

Apabila menyedari tindakan mereka bakal mengundang padah buat UMNO dan Barisan Nasional.. dengan segera mereka menafikan itu adalah kerja bodoh mereka.

Padahal selama ini laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia itu menyiarkan berbagai aktiviti Pemuda UMNO..

Apa hasil siasatan Polis? dihentikan begitu saja ke sebab yang buat kerja menghasut itu adalah Pemuda UMNO??

Apa khabar pencacai UMNO yang kata ini satu black op pihak pembangkang untuk memalukan parti UMNO?


Patutlah CyberTrooper UMNO bangang-bangang belaka.. tenaga pengajar utamanya pun bangang rupanya.
.

BERAKHIRNYA RIWAYAT SEORANG PENJEJAK BULAN PERTAMA!


Armstrong, manusia pertama jalan di bulan meninggal dunia

WASHINGTON - Neil Armstrong, yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969, meninggal dunia semalam.
Mendiang berusia 82 tahun.
Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.
Kenyataan itu tidak memberi butiran masa dan tempat mendiang meninggal dunia.
Pembedahan itu dijalankan dua hari selepas beliau menyambut ulang tahun hari jadinya pada 5 Ogos lalu.
Selaku komander misi Apollo 11, Armstrong muncul sebagai orang pertama berjalan di bulan iaitu pada 20 Julai 1969. Ketika itu mendiang berusia 38 tahun. Detik Armstrong mendarat di bulan telah ditonton oleh lebih 500 orang.
November lalu, beliau menerima Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat (AS), pingat tertinggi yang diberikan kepada orang awam di negaranya.
Armstrong dan rakannya, Edwin 'Buzz' menghabiskan masa kira-kira tiga jam berjalan di bulan dengan mengumpulkan sampel, menjalankan ujian dan merakamkan foto. Seorang lagi angkasawan menyertai misi 1969 ialah Michael Collins
Apollo 11 merupakan misi angkasa lepas terakhir bagi Armstrong.
Pada 1971, Armstrong, yang lahir di Ohio pada 1930, meninggalkan agensi angkasa lepas AS, Nasa untuk mengajar kejuruteraan angkasa lepas.
Armstrong pernah mengendalikan jet pejuang ketika Perang Korea pada 1950-an dan kemudian menyertai program angkasa lepas AS pada 1962.
Armstrong menyertai dua penerbangan ke angkasa lepas. Perjalanan pertama pada 1966, yang beliau bertindak sebagai komander misi Gemini 8, hampir-hampir berakhir dengan tragedi. Beliau berjaya mengembalikan pesawat angkasa lepas dengan selamat walaupun komponen penolakan roket mengalami kerosakan.
Perjalanan kedua pada Julai 1969, bersama Aldrin dan Collins, mengambil masa empat hari untuk tiba di destinasi.
Collins menyifatkan telah kehilangan seorang pengendali pesawat yang terbaik.
"Saya merasai kehilangan dia," katanya.
 

Sabtu, 25 Ogos 2012

DIA SUDAH NYANYUK..DAH LAMA DAH JADI SETAN PUN!


Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa



Tun  Dr Mahathir sanggup mengaku  BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.
Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.
Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).

Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.

Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang  pernah memimpin BN selama 22 tahun  sanggup mengaku parti BN syaitan.

Tun sekarang sudah menjadi ketua  pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun.

Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah.
Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali.
Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat.
Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.

PENJELASAN : MURSYIDUL AM PAS.


Kefahaman bukan alasan tangguh hudud


Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.

Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.


Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.

Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.

Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT.  Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.

Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.

Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil.  Malah tidak terkecuali  poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.

Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini?  Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan
.

APE CITE YOP & YONG : KATE NAK TOLONG BAGI AYO KE SELANGOR ?


Tekanan air masih rendah


SEBERANG PERAK - Derita penduduk Kampung Parit Jerman, di sini, yang terpaksa hidup dengan bekalan air yang sedikit masih tidak berkesudahan sejak awal tahun ini.
Ketua Umno Cawangan Kampung Parit Jerman, Mohd Jaini Lan, 62, berkata, masalah itu berpunca daripada tekanan air yang rendah dan tidak mampu menyalurkan air dengan baik ke paip-paip rumah penduduk.
Menurutnya, akibatnya penduduk menjadi mangsa apabila pelbagai aktiviti harian terjejas disebabkan masalah air berkenaan.
“Tekanan rendah ini berkemungkinan disebabkan sebuah kilang yang mula beroperasi awal tahun ini. Penggunaan pam penyedut air bertekanan tinggi menyebabkan kawasan rumah penduduk menghadapi masalah bekalan air.
“Faktor penyebab lain, keadaan saluran paip ke rumah penduduk yang kecil tidak mampu menarik air dengan kuat," katanya.
Sebanyak 64 rumah penduduk mempunyai masalah tekanan air rendah di kampung berkenaan.
Sementara itu, masalah sama turut berlaku di surau kampung berkenaan yang kini mengundang pelbagai masalah lain.
Mohd Jaini berkata, pengunjung yang singgah bersembahyang dan menggunakan tandas pasti
meninggalkan sisa-sisa najis begitu sahaja.

“Kami tidak dapat menyalahkan mereka kerana surau berada di tepi jalan, sudah tentu ramai yang mahu menggunakan tandas tetapi masalah air menyebabkan keadaan itu berlaku.
“Perkara ini sudah diadukan kepada pihak berkaitan namun masih tidak ada jalan penyelesaian,” katanya.
Penduduk, Asharudin Leman, 52, pula berkata, dia terpaksa membeli sebuah tangki bagi menyimpan bekalan air disebabkan masalah itu.
“Paling bermasalah apabila waktu tengah hari dan juga maghrib menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila anak-anak mahu mandi.
“Air yang keluar terlalu sedikit dan perlu menunggu lama untuk memenuhkan satu baldi, kadang-kala langsung tidak keluar,” katanya.
Katanya, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah itu dapat diatasi segera.
“Pelbagai kerja termasuk memasak dan membasuh perlu dilakukan setiap hari,” katanya.
Kamariah Habib, 47, berkata, perusahaan bengkel kerepek yang diusahakannya juga turut berdepan masalah itu.
“Perusahaan ini memerlukan banyak air, jadi agak jika masalah air terus berlarutan.
“Ia turut memberikan kesan kepada pengeluaran kerepek kami,” katanya.
Katanya, kerja-kerja membasuh baju juga terpaksa dilakukan pada waktu tengah malam kerana hanya pada waktu itu sahaja air akan laju.
“Kami juga mahu berehat tetapi apakan daya hanya pada waktu itu sahaja air laju.
“Diharap masalah air ini dapat diatasi kerana banyak kerja yang terbantut disebabkan perkara itu,” katanya.

KEJE GILO : BOLEH TIDO BAWAK KAPAL TERBANG!


Tertidur di pesawat, penumpang ‘makan angin’ 18 jam

LAHORE - Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu.

Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya.

Patrice Christine Ahmed, seorang warganegara Perancis, berlepas dari Lahore menggunakan PIA, Selasa lepas dan sepatutnya terbang ke Paris melalui Milan, Itali.

Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, dia sedang tidur dan tidak dikejutkan oleh krew penerbangan semasa pesawat melakukan singgah selama dua jam.

Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke Lahore.

Patrice, yang berkahwin dengan lelaki Pakistan, tidak memberitahu krew kabin mengenai situasinya dan kesilapan itu hanya dapat dikesan apabila pegawai imigresen mendapati visanya telah tamat setibanya di Lahore pada pagi Rabu.

Dia telah mengembara selama 18 jam dan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer.

Berikutan itu, keluarga wanita tersebut merancang semula perjalanannya ke Paris tetapi menggunakan syarikat penerbangan berbeza.

Jurucakap syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu, tetapi menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendarat di destinasi mereka.

HUDUD: TIADA PERLU KELUAR PR !


Mahfuz: Tak timbul isu Pas harus keluar PR


SHAH ALAM
 - Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak timbul soal Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan mengakhiri hubungan dengan DAP ekoran isu 'perbezaan' pendirian dalam soal hukum hudud.
Katanya, Pas dan DAP tidak perlu menamatkan kerjasama yang telah dibina hanya disebabkan isu hudud sebab partinya, yang memerintah Kelantan sejak 1990, sudah pun menggubal hukum hudud ketika membentuk kerajaan tanpa gabungan kerjasama DAP di negeri Pantai itu.
"Ada pihak membuat kenyataan Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat... saya hendak menjelaskan, Pas tidak perlu keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu penentangan berkenaan dengan hudud.
"Kalau kata DAP tidak setuju dan kami harus keluar Pakatan Rakyat, Pas sebenarnya telah meluluskan hukum hudud pada 1992, di Kelantan.
"Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kelantan, pimpinan Pas tidak dapat melaksanakan disebabkan halangan dan ugutan oleh Kerajaan Pusat, oleh bekas Perdana Menteri, halangan daripada Umno," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar PR ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.
Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.
Beberapa pihak lain termasuk dari Umno juga melahirkan pendirian yang sama.
Dr Mahathir pula berkata, Pas boleh keluar dari PR dan bekerjasama dengan Umno untuk memperkenalkan hukum hudud di negara ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Pas dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika Pilihan Raya Umum 1990.
"Pada waktu itu, tidak ada apa-apa hubungan rasmi dengan DAP... Pas menang di Kelantan tanpa ada DAP.
"Jadi, tidak timbul isu Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat sekarang, sebaliknya hubungan Pas dan DAP telah membawa banyak perubahan positif sejak kebelakangan ini," katanya dengan merujuk kepada pendirian DAP dalam menyokong pendirian Pas berhubung isu judi bola dua tahun lalu.
"Ini kita dapat lihat di Selangor dan juga di Pulau Pinang," katanya lagi.
Selain itu katanya, DAP juga bekerjasama dengan Pas dalam soal memperjuangkan usaha melawan rasuah.
"Kerjasama Pas dan DAP telah berjaya menolak rasuah. Isu tuntutan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), kerjasama kami telah membawa kepada pemansuhan undang-undang ini," katanya lagi.

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008