pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 31 Oktober 2012

NOH OMAR NAK DATANG : PELUANG PEKEBUN KELAPA JUMPA MENTERINYA !

KEHADIRAN YB. MENTERI BERI PELUANG RAKYAT ADU MASALAH PEKEBUN KELAPA DI KAWASAN INI.

Sempena majlis perasmian Hari Ladang Kelapa 2012 di Bagan Datoh, Datuk Seri Noh Omar dijangka akan bertemu rakyat untuk menyampaikan bantuan.

BAGAN DATOH ( Hutan Melintang ) : Banyak pihak telah menerima jemputan bagi menghadiri Majlis Perasmian Hari Ladang Kelapa oleh YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri ( Dr. ) Noh Hj. Omar pada 4 November 2012 ( Ahad ) dan bertempat di Jabatan Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang di sini.

Antara pihak yang menerima jemputan tersebut ialah guru- guru dan kakitangan sekolah- sekolah sekitar daerah Hilir Perak. Selain itu, kakitangan agensi- agensi kerajaan dan penerima bantuan turut dijemput dijangka memeriahkan majlis tersebut.

Namun, bagi rakyat inilah peluang untuk bersemuka menteri yang bertanggungjawab menguruskan hal - hal pertanian terutamanya pekebun - pekebun kelapa dan kelapa sawit juga pisang di sini.

Justeru itu, rakyat dijemput dan di alu -alukan untuk bertemu YB. Menteri itu sendiri.







Isnin, 29 Oktober 2012

TUNTUTAN IBADAH KORBAN : PERLU ADA PENGHAYATAN DAN KETAQWAAN TINGGI KEPADA ALLAH SWT.

USTAZ MISBAHUL MUNIR : IBADAH KORBAN BUKANNYA HANYA UNTUK SUKA- SUKA SAHAJA, TETAPI PERLUNYA ADA KEFAHAMAN UNTUK MENINGGKATKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT.

YDP PAS Kawasan Bagan Datoh, juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengingatkan umat Islam agar lakukan ibadah korban kerana keimanan dan ketaqwaaan kepada Allah SWT.

BAGAN DATOH ( Selekoh ) : Ketika mana hari ini umat Islam masih lagi sibuk melakukan serta menganjurkan program ibadah korban dalam suasana menyambut Hari Raya Aidiladha, Ustaz Misbahul Munir Masduki mengingatkan bahawa ibadah korban bukanlah satu adat atau amalan biasa apabila tibanya 10 Zulhijjah. Adalah sudah menjadi kebiasaannya umat Islam, khususnya masyarakat Melayu di negara ini melakukan ibadah korban dengan meriahnya.


Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh itu berkata ketika menghadiri majlis sembelihan korban anjuran PAS Kawasan tersebut. Sebanyak 12 ekor telahpun berjaya dikorban pada kali ini. Ianya merupakan sambutan hebat atas kesedaran umat Islam kawasan itu untuk melakukan ibadah korban.

Beliau mengingatkan dalam ucapannya, bahawa ibadah korban adalah satu tuntutan sebagaimana difahami oleh semua umat Islam. Menjadi hukumnya ialah sunat muakkad kerana dituntut bagi mereka yang berkemampuan untuk berkorban sebagai sedekah kepada gologan yang memerlukan.


Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak itu turut menyebut ringkasan sejarah bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S dalam ketaatannya menurut perintah Allah SWT. Selain pengorbanan itu, Ustaz Misbahul Munir juga menyatakan bahawa pengorbanan Isteri Nabi Ibrahim iaitu Siti Hajar ketika mana di tinggalkan sendirian di tengah padang pasir yang panas terik sedangkan mengandungkan Nabi Ismail semata- mata mentaati perintah Allah SWT.


Sirah Nabi Ibrahim A.S dan keluarga sepatutnya difahami dan dihayati oleh umat Islam hari ini. Oleh demikian itu, janganlah ibadah korban yang dilakukan pada hari ini sebagai hanya memeriahkan sambutan Aidiladha semata- mata. Jelas beliau lagi, pengisian sepanjang Aidiladha dan hari Tasyrik perlulah diteruskan dengan amalan sunat seperti korban dan takbir selama mana dituntut akannya.


Ustaz Misbahul Munir dalam majlis tersebut juga telah menyembelih sendiri beberapa ekor lembu. Beliau meluahkan rasa kesyukuran dan gembira kerana sambutan hebat dalam anjuran korban kali ini. Kehadiran ahli PAS dan masyarakat setempat  untuk bekerjasama dilihat sebagai hikmah ibadah korban.

Hasil majlis ibadah korban tersebut, ianya dapat merapatkan silaturrahim dan perpaduan yang berteraskan kefahaman serta ketaqwaan kepada Allah SWT.

Ahad, 28 Oktober 2012

IBADAH KORBAN MERIAH DI BAGAN DATOH

SEBANYAK 12 EKOR LEMBU TELAH DIKORBANKAN SEMPENA AIDILADHA KALI INI ANJURAN PAS KAWASAN BAGAN DATOH.

Penyertaan yang menggalakkan tanda kesedaran Umat Islam tentang tuntutan ibadah korban di sini.

BAGAN DATOH ( Selekoh ) : Seperti kelaziman tahun- tahun sebelum ini, PAS Kawasan Bagan Datoh telah meneruskan penganjurkan majlis korban sebagaimana tuntutan Islam itu sendiri. Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh, sebanyak 12 ekor lembu telah di korban di majlis tersebut. Sambutan menggalakan dengan penyertaan peserta semakin meningkat pada tahun ini merupakan perkara positif apabila umat Islam khususnya di kawasan ini sedar untuk melakukan tuntutan korban tersebut.

Menurut pengarah program korban tersebut, Ustaz Ahmad Sarkozy Imani berkata, ianya tidak menjangkakan penyertaan program korban kali ini begitu ramai. Walaupun pada asalnya,beliau mesasarkan hanya untuk 8 ekor lembu sebagaimana tahun yang lalu.

Turut hadir dalam program, Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang turut sama- sama bergotong- royang menyembelih dan mengagihkan daging korban tersebut.

Ustaz Misbahul Munir bersiap sedia untuk menyembelih lembu yang telah siap dibaringkan.

Para hadirin yang turut sama untuk bergotong-royong dalam program ibadah korban kali ini

Kelihtan para petugas sibuk memotong dan melapah daging lembu yang telah dikorbankan.

YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir menyampaikan daging agihan kepada penerima.

Sebahagian daging yang telah siap dibungkus untuk diagihkan kepada penerima.


Khamis, 25 Oktober 2012

PERUTUSAN IE'DUL ADHA 1433 : KP PAS BAGAN DATOH


Perutusan Aidil Adha 1433H – Pengorbanan menuju keredaan Allah SWT



Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.
SALAM IE'DUL ADHA

Syukur segala puji kita panjatkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya, para sahabat dan para tabi'en.

Pada tahun ini sekali lagi kita bersama diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut perayaan yang besar umat Islam iaitu Hari Raya Ie'dul Adha atau hari raya korban.

Wahai sahabat- sahabat sekalian,
Dalam agama kita sendiri, diminta orang Islam meraikan hari raya dua kali setahun, sebutan raya ini menimbulkan rasa gembira, suka dan meriah di kalangan anak-anak dan orang-orang tua sekali pun.  Hatta bila kita raya, kita tidak dibenarkan puasa, kalau kita puasa ertinya kita tidak sudi menerima ‘rukhsah’ dari Allah. Apabila tidak boleh puasa kita dikehendaki makan dan minum.
Di samping itu juga kita diminta untuk memberi makan kepada fakir miskin. Ketika menyambut Raya Puasa, sebelumnya kita ada zakat fitrah untuk diberi kepada orang yang layak menerimanya. Sementara pada Hari Raya Haji ini pula, kita diminta untuk melakukan korban. Firman Allah SWT:
 
”Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.”(Surah Al-Hajj ayat 36)
Bermakna kita boleh makan, tetapi kita diminta untuk bagi-bagikan daging tersebut kepada fakir miskin. Tradisi kita di Malaysia, kita buat gulai atau bagi mentah-mentah sahaja akan daging korban itu. Apa pun, ada kelebihan bila kita bagi-bagikan daging mentah kerana orang yang menerima itu akan makan seisi keluarga atau semua anak beranak boleh merasai. Walaupun daging yang kita bagi itu boleh jadi sekeping dua sahaja, tetapi sebuah rumah (seisi keluarga) boleh menikmati dngan pelbagai masakan yang digemari.
Ketiganya, bila Hari Raya Korban, kita diingatkan balik dengan cerita Nabi Ibrahim AS, iaitu orang pertama melakukan korban. Sebagaimana firman-Nya:
 
”Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.(Surah Al-Soffat ayat 102)
Kisahnya ialah suatu hari Allah SWT beri mimpi kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya. Suatu tugas yang amat susah, kerana sembelih anak bukan seperti menyembelih ayam atau lembu-kambing. Namun apabila Allah suruh sesuatu, maka bagaimana susah sekalipun kita kena lakukan. Kemudian atas kesediaan (ketaatan) Nabi Ibrahim itu, maka Allah telah menggantikannya dengan seekor binatang (kibas).
“Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.” (Surah Al-Asoffat 107),
Pengajaran besar di sebalik peristiwa terebut ialah ketaatan yang tinggi terhadap perintah Allah, meskipun ia berlaku menerusi mimpi. Nilai ketaatan itu boleh dilihat atas kerana perintah menyembelih anak bukannya sembelihan kambing-biri-biri atau lembu-kerbau. Justeru kita kena ingat balik bahawa Nabi Ibrahim disuruh sembelih anak hanya dalam mimpi sahaja, bukan melalui wahyu yang diturun khusus untuk Nabi Ibrahim berkorban.
Atas sebab ketaatan itulah, lalu Nabi Ibrahim bawa Nabi Ismail dari Mekkah menuju ke Mina, boleh jadi sambil berjalan, sambil menghiburkan hati mengenangkan kasih sayangnya terhadap anaknya. Apa pun Allah SWT Maha Mengetahui atas perasaan itu. Sebagaimana firman-Nya:
 
“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.”(Surah Al-Asoffat 105)
Ini bezanya kita orang kampung (orang awam) dibandingkan dengan seorang nabi. Bagi Nabi Ibrahim, mimpinya adalah wahyu. Sementara kita orang kampung bila bermimpi, kita kena tapis dahulu baik atau tidak. Kalau bermimpi benda baik, kita kita sebut ‘Alhamdullah’ dan kalau boleh kita ambil air sembahyang atau bertakbir pada ketika itu supaya Allah benarkan mimpi tersebut.
Wahai sahabat Muslimin dan Muslimat,
Apa yang perlu kita ambil pengajaran dan pegangan ialah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim ini sangat perlu dituruti sampai khiamat sekalipun. Begitu juga dalam masa kita berhari raya, kita diminta bertakbir dan antaranya ada perkataan “wahazamal ahzab bawahdah” yang menunjukkan kekuasaan Allah yang memporak-perandakan askar Ahzab. Ahzab adalah nama satu peperangan yang berlaku di antara kafir Quraisy Mekah pada tahun kelima Hijrah. Makna Ahzab ialah gandingan parti-parti, atau group-group, atau kumpulan-kumpulan daripada pemimpin puak kafir Quraisy termasuk Abu Supian yang di kerah untuk melawan Nabi Muhammad bagi menghalang pengaruh Nabi Muhammad yang semakin berkembang sehingga membimbangkan mereka. Askar Ahzab tadi berkumpul untuk berperang di sebuah tempat di tepi Madinah. Sementara pihak Nabi Muhammad bersama sahabat-sahabat bermesyuarat untuk mencari jalan bagaimana untuk menghadapi askar Ahzab itu.
Takdir Allah SWT, seorang sahabat bernama Salman Parisi (asalnya orang Iran bukan orang Arab) telah memberi pandangan: “Ya Rasulullah orang kami Parsi di Iran kalau ada masalah perang satu cara yang kami lakukan adalah gali parit.” Lalu diterima oleh Nabi Muhammad. Maka perang itu dinamai Ahzab dan ada pula menyebutnya perang Khandak mengambil sempena peristiwa Nabi sendiri yang gali parit.
Sementara ketika peristiwa gali parit itu ada sahabat menemui seketul batu besar yang tidak boleh dicakul, maka sahabat Nabi pergi jumpa Nabi: “Ya Rasulullah ada batu besar, tidak boleh digali.” Maka Nabi pegang cangkul sambil bertakbir memukul batu itu, lalu keluar percikan api dari batu itu, bercahaya. Pada ketika menggali itu, pengorbanan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Nabi amat hebat sehingga ada yang tidak makan. Apa pun, ceritanya cukup panjang dan boleh mengalir air mata apabila kita hayati balik cerita itu.
Satu lagi peristiwa daripada sejarah peperangan, ada seorang sahabat bernama Mas’ud Abu Naim Asjaim yang pada awalnya dikerah oleh Abu Supian (puak kafir Quraisy) untuk berperang dengan Nabi Muhammad. Apa pun, Mas’ud bertanya balik apa salahnya Muhammad, sedangkan Muhamad seorang yang baik dan dikenali sebagai “Al-Amin”––orang yang penuh amanah. Atas persoalan itu, terlintas difikirannya untuk berjumpa dengan Rasulullah seorang diri, lalu dia membuat pengakuan: “Ya Rasulullah aku bersalah, benda apa yang boleh aku lakukan. Aku baru sahaja masuk Islam dan orang kampung aku belum tahu lagi. Aku dikerah, tetapi tiada alasan untuk bersama mereka yang mahu menyerang Rasulullah. Sedangkan di Mekah, Rasulullah adalah di kalangan orang yang baik-baik, kerana orang Mekah sering meletakan barang emas di rumah Rasulullah.” Lalu Mas’ud memohon maaf kepada Rasulullah dan bertanya benda apa yang dapat aku lakukan untuk menebus dosa yang aku lakukan.
Wahai sahabat- sahabat yang dirahmati Allah SWT,
Atas pengakuan jujur Mas’ud itu, Nabi Muhammad SAW telah beri mandat kepadanya supaya menggunakan akal fikiran untuk memusnahkan musuh daripada Mekah. Mandat itu dilaksanakan oleh Mas’ud dengan penuh kebijaksanaan.  Lalu Mas’ud telah pergi seorang diri dan melaga-lagakan puak-puak Yahudi yang dahulunya berjanji setia dengan Nabi Muhammad––kalau  kamu kena serangan kami akan tolong, dan kalau kami kena serangan kamu kena tolong. Akhirnya puak askar Abu Sufian telah berpecah-belah dan Allah kirimkan angin yang kencang, malam yang gelap pekat, udara yang sangat sejuk sehingga semua khemah terbalik. Kemudian Abu Sufian telah mengarahkan askarnya balik dan tidak jadi berperang. Ketika itu Nabi ambil tindakan kepada puak Yahudi kerana mengkhianati perjanjian dan menghalau mereka dari Madinah.
Di atas pengajaran dari sejarah yang dipaparkan ini, maka sambutlah Hari Raya Haji ini dengan rasa syukur, dan janganlah kita terlalu gembira. Kita kena ingat akan kegigihan (pengorbanan) Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW itu dan jadikanlah pendoman untuk kita menjadi insan yang bernar-benar taat dan patuh kepada-Nya.
Semoga kita mencapai keredaan Allah di akhirat kelak di atas kegigihan, keikhlasan, serta integriti kita mengambil dan mengamalkan segala kebaikan daripadanya, demi mencari keredaan Allah dan mendapat layanan baik di dalam kubur dan di padang Masyar kelak.
SALAM EI'DUL ADHA 1433

AF. Ustaz Ahmad Najeb bin Hj. Saffar
Ketua
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh.

Rabu, 24 Oktober 2012

BICARA ILMU : FIQH - IBADAH KORBAN SATU TUNTUTAN


Fiqh: Yang berkaitan dengan ibadah korban

Zaharuddin Abd Rahman,22 Okt 2012

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah yang berpendapat berkorban wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Muslim yang sohih, ertinya:-

“Barangsiapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan telah masuk 10 awal (Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  sehinggalah sampai korban dilaksanakan." (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama daripada mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan lain-lain kewajiban.

Korban dengan Bayar Sedekah Duit Tanpa Wakil Sembelihan

Tidak dibenarkan juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih daripada pasar lalu disedekahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, pemberian daging dianggap sedekah biasa sahaja dan bukannya korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban adalah jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya sahaja. Hal ini adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. 

Adalah diingatkan jua agar meniatkan korban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedekahkan daging atau lain-lain niat. Firman Allah yang bermaksud:

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 37)

Kongsi Lembu

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada tujuh bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadis pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berkorban. Ertinya;

"Hadirkanlah dirimu pada waktu sembelihan, diampunkan bagimu daripada titisan darah sembelihanmu yang pertama"

Mematahkan Tulang Dan Tanduk Binatang Korban

Majoriti ulama mengharuskannya manakala tegahan untuk mematahkan tulang hanya dalam hal akikah dengan doa ia menjadi kebaikan kepada si bayi berdasarkan hadith riwayat Al-Bayhaqi. Maksudnya;

“Sunnah adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi perempuan, dimasak dan tiada dipecahkan tulangnya.” ( Riwayat Al-Bayhaqi dan Al-Hakim)

Namun tiada sebarang nas atau dalil yang menegah dalam bab sembelihan korban.

Binatang Terbaik untuk Korban

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

Korban di Luar Kawasan

Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.

Namun, diharuskan mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.

Namun, ulama Mazhab Shafi’e tidak membenarkan dipindah keluar kawasan jika di dalam kawasan masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar daripada udhiyyah. Bayangkan apabila kita mewakilkan seseorang lain melaksanakan korban itu sudah menyebabkan kita terluput daripada melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana Rasulullah tidak pernah mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain. 

Malah sewaktu hari raya korban berlangsung, bagi mereka yang mewakilkan kepada pihak lain, apakah yang dapat mereka rasakan daripada ibadah korban kecuali hanya seolah-olah menyedekahkan wang sahaja, sepatutnya korban melebihi dari hanya sekadar sedekah wang dan makanan. Korban adalah suatu ibadah khas menghidupkan syiar dalam komuniti dan diri.

Gabung Korban dan Akikah

Mazhab Syafi’e, Maliki dan Pandangan Ahmad: Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Korban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala akikah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haithami Al-Syafie, menyatakan bahawa - jika diniatkan seekor kambing untuk korban dan akikah sekaligus, tiada diperoleh salah satu antara keduanya, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu. 

Sementara itu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, al-Hasan Basri, Ibn Sirin dan Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait - Harus digabung semua dengan niat korban atau sebahagian korban dan sebahagian akikah. 

Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan.

Pembahagian Daging

Daging korban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan seperti berikut :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berkorban,
1/3 (sepertiga) kepada fakir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Agihan ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir." (Al-Haj : 28) 

dan juga firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian harus (dibenarkan) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini samada untuk makan keseluruhannya atau kebanyakkannya.

Upah kepada Tukang Sembelih dan Lapah Serta Jual Daging Qurban

Dilarang memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), Namun, harus jika dia termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud;

“Rasulullah mengarahkan aku agar tidak memberi pelapah sesuatu apa (upah) pun.” ( Riwayat Al-Bukhari)

Namun, boleh diberikan daging korban sebagaimana orang lain.

Tidak dibenarkan juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan.

Dibenarkan untuk menyimpan daging korban walaupun melebihi 3 hari berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim.

Memberi Daging Korban kepada Orang Bukan Islam

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

Berkorban atau Membayar Hutang

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan, berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Justeru, untuk menentukan keutamaan sama ada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah korban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi daripada individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah korban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Hal ini amat jelas kerana ibadah korban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala melangsaikan hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘terkorban', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

Sembelih Korban Guna Ayam

Asal hukum mesti bahimatul al-an’am sebagaimana disebut di dalam al-Quran. Ayam tidak tergolong dalam kategori itu. Bagi mereka yang tidak mampu, gugurkan kesunatan korban daripada mereka. Namun jika mereka ingin menyembelih ayam sebagai ganti, hanya menjadi sedeqah biasa. Diriwayatkan Ibn Abbas pernah membeli daging dengan harga satu dirham dan berkata, “nah, inilah korban Ibn Abbas,” iaitu secara majaz. 

Korban oleh Organisasi & Syarikat?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan peruntukan tertentu untuk membeli 20 ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya - "tidak boleh !" Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ibadah ini bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, jika sebuah organisasi ingin melaksanakannya, mesti menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu, korban barulah sah dan menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya dihadiahkan kepada kakitangan secara khusus untuk dilaksanakan sembelihan atau korban. Pahala korban akan hanya diperoleh oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika tidak mahu berbuat demikian, bermakna pihak syarikat mestilah meletakkan secara khusus 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Bukan atas nama syarikat, tetapi individu.

Binatang yang Dikongsi

a) Yang boleh dikongsi : Lembu, Unta, Kerbau. Dalilnya dari hadis, yang bermaksud;

“Rasulullah berkongsi sewaktu hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian.” (Riwayat Ahmad) 

b) Yang tidak boleh dikongsi (Ijma’ ulama): Kambing, kibasy dan sepertinya. Adapun kongsi pahala, terdapat khilaf dan sebahagian mengharuskannya.

Kongsi Pahala Qurban

a) Ketua keluarga diharuskan menyembelih satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan diniatkan pahalanya kepada keluarganya. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW.
b) Namun, untuk kongsi pahala dengan seluruh syarikat atau negara, tidak dilakukan oleh sahabat nabi. Hanya Nabi yang berkorban dan menyatakan "Ini adalah untuk ummatku yang tidak berkorban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi membaca doa ini semasa ingin menyembelih, maksudnya;

“Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umatnya. 

Siapa Patut Mulakan Qurban?

Jawabnya adalah imam di sesuau tempat tersebut dan diikuti dengan orang ramai, demikian sunah Nabi SAW berdasarkan hadis yang bermaksud;

“Berkata Ibn Umar r.a.’ ertinya : Nabi melaksanakan sembelihan sedang baginda berada di kawasan solatnya.

Berkata Imam Malik : “Imam menyembelih di kawasan solat dan agar tiada yang menyembelih satu orang pun sebelumnya.”

Selasa, 23 Oktober 2012

BANTAH CSL : ESOK PEMUDA AKAN BERHIMPUN SERAH MEMORANDAM!


Himpunan bantah Chua Soi Lek esok

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.

Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.

Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Ahad, 21 Oktober 2012

JELAJAH PERAKITE 2012 : RAKYAT PERLU TOLAK UMNO/ BN DALAM PRU 13.

PAKATAN RAKYAT PILIHAN TERBAIK RAYAT : UMNO/ BN ZALIMI RAKYAT KERANA KUASA

Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar ajak rakyat buat perubahan dengan menolak UMNO/ BN dalam Pilihanraya Umum nanti

BAGAN DATOH ( Pekan Simpang Tiga ) 21 Okt. : Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika berucap di hadapan lebih daripada 300 rakyat di sini sempena program Jelajah Perakite mengingatkan bahawa rakyat di Perak khususnya untuk menolak UMNO/ BN dalam pilihanraya nanti. Berucap di majlis jamuan bersarapan pagi di gerai Hj. Tajuddin, beliau menyatakan tujuan program jelajah seluruh negeri ini adalah untuk menerangkan perancangan PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat mentadbir negara.


Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga, seluruh rakyat Malaysia  terutamanya di Parlimen Bagan Datoh dan DUN Rungkup agar memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat apabila tibanya Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Beliau yang mengetuai rombongan jelajah tersebut diiringi bersama Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Misbahul Munir Masduki.


ADUN Pasir Panjang itu berkata lagi, beberapa masalah sedang melanda negara adalah berpunca kelemahan dan kegagalan kerajaan hari ini. Terutamanya masalah rakyat berkaitan sara hidup yang tinggi apabila hasil perbentangan bajet belanjawan untuk tahun hadapan juga dilihat gagal membantu rakyat. Ujarnya lagi, adalah begitu malang lagi apabila seorang Perdana Menteri juga Menteri Kewangan negara, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengambil kesempatan dalam perbentangan bajet belanjawan 2013 itu untuk menghentam Pakatan Rakyat sedangkan ianya tidak langsung relevan bagi seorang pemimpin dalam Parlimen.


Malahan katanya juga selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, beliau amat malu serta kecewa apabila perbuatan Perdana Menteri itu seperti seorang pengecut dan takut menjawab persoalan rakyat. Ketika sesi perbahasan di Parlimen, melihatkan lagi kelemahan Kabinet Menteri apabila tiada seorang pun Menteri dan Timbalan Menteri yang hadir untuk memperdengarkan perbahasan bajet. Beliau berpendapat lagi, inilah sifat sombong dan angkuh pemimpin UMNO/ BN apabila tidak mahu mendengar rintihan dan cadangan rakyat.

Yang Dipertua PAS Kampar itu juga mengajak rakyat menolak UMNO/ BN kerana perbuatan zalim dan sifat tamak pemimpin mereka dalam membolot kekayaan negara. Tidak dinafikan dan terdapat banyak bukti mengatakan bahawa UMNO/ BN telah membuat perkara bertentangan syariat Islam dan hukum manusia.


Diakhir ucapan, beliau mengharapkan seluruh rakyat berusaha serta mendoakan kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam dan keadilan di negara ini. Juga mohon selamat dalam perjalanan siri jelajah kali ini sebelum berlepas ke destinasi seterusnya iaitu Teluk Intan dan kawasan lain- lain.



JELAJAH PERAKITE 2012 : RAKYAT BAGAN DATOH SAMBUT MERIAH PIMPINAN PAS PERAK !

KEHADIRAN PIMPINAN PAS PERAK KE BAGAN DATOH DALAM PROGRAM JELAJAH KALI INI MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT OLEH PENDUDUK DI SINI.

Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin mengetuai rombongan peringkat Zon Selatan yang bermula dari kawasan Bagan Datoh sebelum berakhir di Ipoh.

BAGAN DATOH ( Simpang Tiga ) : PAS Perak telah meneruskan agenda untuk menawan kembali negeri ini yang pernah dimenangi dan membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat  di sini sebelum dirampas secara haram oleh UMNO/ BN. Melalui program " Perakite : Rakyat Sepakat, Perak Berkat " satu siri jelajah seluruh Perak telah diadakan pada hari ini ( 21 Oktober 2012 - Ahad ).


Program berikut dinamakan Jelajah Perakite. Tujuan program jelajah itu adalah sebagai cara mendekatkan pimpinan PAS negeri dan Pusat kepada seluruh rakyat di negeri ini. Selain itu, siri jelajah ini juga memberi peluang rakyat untuk beramah mesra serta mengenali para pimpinan PAS. Ianya juga sebagai langkah persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Para pimpinan turut berpeluang menjelaskan isu - isu serta penerangan berkaitan perjuangan PAS khususnya di Perak ini.


Jelajah ini turut diberi kepada dua zon perjalanan sebelum ianya berakhir dengan ceramah perdana di Manjoi, Ipoh. Iaitu bermula perjalanan seawal pagi menuju ke utara dan selatan. Rombongan yang menuju ke utara bermula dari kawasan Larut telah diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin manakala dari zon selatan telah diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak juga AJK PAS Pusat, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin.


Ketibaan rombongan Dato' Seri Mohammad Nizar tiba di Bagan Datoh pada jam 8 pagi itu disambut meriah oleh penduduk di kawasan tersebut. Kehadiran mantan Menteri Besar Perak itu amat dialu -alukan rakyat di sini. Beliau beserta ahli rombongan telah disambut oleh Yang Dipertua PAS Kawasan juga merupakan Timbalan 2 Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan mereka bersarapan di gerai makan En. Tajuddin, Simpang Tiga.


Antara turut hadir dalam siri jelajah tersebut ialah, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Dr. Muhaimin Sulam, ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al Amin dan barisan kepimpinan PAS Perak yang lain seperti Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Ibrahim Zakaria, Sdr. Salman Salleh, Sdr. Safarizal, dan pimpinan Dewan Muslimat PAS negeri beserta Amerah negeri. Antara lain ialah Yang Dipertua PAS kawasan- kawasan zon Selatan dan Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Perak dari PAS.


Ketika berucap, Dato' Seri Mohammad Nizar mengingatkan bahawa tujuan jelajah ini sebagai persediaan rakyat untuk menolak UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum nanti. Jelajah ini adalah sebagai cara PAS untuk mengajak dan memastikan rakyat tidak tertipu lagi untuk terus menyokong UMNO/ BN. Beliau juga meningatkan bahawa kepimpinan Perdana Menteri ketika adalah sangat lemah sehinggakan beberapa isu seperti Bajet Belanjawan 2013 gagal di atasi dengan baik.


Kira- kira 300 penduduk sekitar kawasan ini telah hadir sebagai tanda sokongan kepada pimpinan PAS khususnya bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar. Mereka juga dijamu dengan bersarapan pagi oleh pengusaha gerai, En. Tajuddin. Antara menunya ialah roti canai, nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan kuih - muih dihidangkan kepada para tamu dan ahli rombongan pagi itu.

Khamis, 18 Oktober 2012

SOI LEK HANYA LIABILITI DALAM BN !


Pemuda Pas: ‘Soi Lek liabiliti kepada BN’

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.
Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan–bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
Bagaimana seorang presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak profesional, malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu–satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud dalam Islam.
Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaitan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali.
Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin Umno demikian juga Ulama Muda Umno. Kesemua mereka secara tiba–tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan negara ini. Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali?
Saya harap tidak berlaku demikian.
Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.
NGO-NGO Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat Umno dalam BN iaitu MCA dan Presidennya.
NGO-NGO Melayu juga selayaknya berperanan. Terutama Jati dan Perkasa agar tidak bersikap 'double standard' menjadikan Pas sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP. Ke mana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Dr Chua Soi Lek?
Saya mewakili Dewan Pemuda Pas menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah–rendahkan hukum ALLAH.
Kami Dewan Pemuda PAS juga mendesak agar Dr Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada umat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat diatas kenyataan beliau yang tidak berasas sekali gus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam.
Ini adalah fitnah yang melampau.
Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum ALLAH SWT ini, sementara bukan Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah, justeru pelaksanaan hukum Islam tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan negara sekali gus menolak syaitan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau di usia lewat.
Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu.

Rabu, 17 Oktober 2012

GLOBAL : MASJID DI SYRIA DIBAKAR!


Masjid bersejarah Syria dibakar

BEIRUT - Sebuah masjid yang juga mercu tanda negara di Aleppo telah dibakar, dibedil peluru serta hancur dalam pertempuran terbaru perang saudara di Syria.

Presiden Bashar Al-Assad bagaimanapun, mendesak kerja-kerja pemulihan dilakukan segera bagi memulihkan masjid Umayyad yang dibina pada abad ke-12 itu.

Masjid Umayyad terletak di tengah-tengah Bandar Lama yang disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, kini rosak teruk apabila sebahagian besar bangunannya terbakar disebabkan pertempuran sejak dua minggu lalu.

Tentera kerajaan dilaporkan telah menjadikan masjid sebagai tempat persembunyian lebih sebulan sebelum pemberontak melancarkan serangan untuk menghalau mereka.

Kumpulan aktivis dan kerajaan Syria secara rasminya menyalahkan kedua-dua pihak disebabkan kemusnahan masjid Umayyad.

Sementara itu, penyokong pemberontak mendakwa tentera kerajaan telah merosakkan makam tokoh agama dengan imej grafiti dan lebih menyakitkan hati, apabila kumpulan tentera itu bertindak minum minuman keras di dalam masjid.

"Kini semuanya telah hangus," kata aktivis Mohammad Al-Hassan di tapak lokasi yang turut dikenali sebagai Masjid Besar yang satu-satunya rumah ibadat tertua dan terbesar di Syria.

Masjid Umayyad dibina di atas sebuah kawasan yang luas dan mengandungi makam-makam lama.

"Tentera kerajaan menjadikan masjid ini sebagai kubu mereka kerana lokasinya yang strategik di Bandar Lama.

"Mereka dengan sewenang-wenangnya membakar warisan negara kemudian mahu membinanya semula. Jadi kenapa pada permulaannya kamu memusnahkannya?" katanya sambil menyalahkan pimpinan Assad.

Pertempuran di antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontakan menyebabkan sebahagian besar bangunan dan kawasan bersejarah di Aleppo terjejas.

Menurut aktivis, lebih daripada 33,000 penduduk awam meninggal dunia sejak konflik tercetus pada Mac tahun lalu. -AP

Isnin, 15 Oktober 2012

PROJEK PRU : BARU NAK BINA SEKARANG. PROJEK ADA MAKNA!


PROJEK HANGAT PRU 13 : KERJA-KERJA PEMBINAAN DERETAN RUMAH KEDAI DI SELEKOH TANDA “ GULA- GULA KABURI MATA RAKYAT ”.

Pemuda PAS Kawasan dakwa projek itu lewat dilaksanakan kerana bermasalah tetapi kini baru diteruskan sebagai daya tarikan undi.

BAGAN DATOH ( SELEKOH ) : Inilah yang dianggap rakyat sebagai projek gula – gula untuk rakyat ketika mana hampirnya pilihan raya. Mungkin sudah menjadi budaya pihak UMNO/ BN dengan menggunakan kerajaan dalam menarik sokongan rakyat. Ketika ini kerja- kerja pembinaan sedang giat dilakukan untuk menyiapkan deretan rumah kedai di atas tanah kerajaan di pekan Selekoh.


Projek cadangan membina 9 unit kedai / pejabat 2 tingkat tersebut sedang segera dibina di atas tanah kerajaan terletak di pekan Selekoh dengan pemiliknya oleh sebuah syarikat bernama SAJ Sendirian Berhad yang beralamat di Taman Subang Jaya Permai, Selangor.


Walaupun ianya seolah – olah kelihatan satu projek biasa, namun ianya adalah satu projek yang sekian lama rakyat nantikan. Kira – kira 5 tahun lalu, Ahli Parlimen Bagan Datoh iaitu YB. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan majlis pecah tanah di atas tapak projek tersebut. Tetapi baru kini projek dan proses pembinaannya bermula memandangkan rakyat mula memperkatakan ianya hanyalah satu projek fantasi kerajaan.


Penduduk turut juga mendakwa, kelewatan projek itu adalah disebabkan terdapat krisis berkaitan hak milik tanah tersebut. Namun keputusannya adalah seperti dijangka bahawa pihak kerajaan akan berusaha untuk membina bangunan tersebut. Hasilnya adalah sebagaimana boleh dilihat oleh rakyat hari ini apabila pihak kerajaan melantik arketik, Ghazali Abdullah yang beralamat di Pandan Indah Commercial Centre, Kuala Lumpur meneruskan projek pembinaan ini.


Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008