Selasa, 30 April 2013

ZAHID JANGAN CELUPAR : CAKAP BIAR ADA BUKTI DULU !


Lahad Datu: Kena tunjuk bukti, kata Musa kepada Zahid

Nazri Abdullah,30 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam berkata pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiga pemimpin pembangkang mendalangi pencerobohan pengganas di Sabah baru-baru ini perlu mengemukan bukti.

Bercakap pada satu sidang media di sebuah hotel di sini semalam, beliau berkata adalah tidak wajar membuat sesuatu tuduhan tanpa menunjukkan bukti.

"Jangan cakap sajalah, tunjukkan bukti. Kalu you spaculate, ini akan membuat orang tidak berpuas hati ataupun orang curiga sama ada statement you itu betul atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan behubung satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid beberapa hari lalu mendakwa kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dipercayai mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini.

Beliau juga berkata bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Kenyataan Zahid itu kemudian dicabar oleh Pakatan Rakyat agar mendedahkan nama-nama pemimpin yang dikaitkan itu.

Zahid bagaimanapun berkata, Kerajaan tidak bercadang mendedahkan nama-nama tersebut sebaliknya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk melakukan siasatan terperinci dan diselesaikan mengikut perspektif undang-undang.

Mengulas lanjut, Musa yang baru dilantik sebagai Penasihat Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat semalam berkata, mana-mana pihak khususnya autoriti perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan.

"Baru-baru ini keluar kenyataan kata militan Sultan Sulu 'mungkin' sudah ditembak mati, tetapi kemudian kerajaan filipina menafikan.

"Pada saya kena hati-hati buat kenyataan. Buatlah kenyataan terhadap sesuatu yang benar berlaku, kalau spekulasi ini berkemungkinan bembuat ketakutan kepada rakyat," katanya.

Ahad, 21 April 2013

DUN N.54 : S.KESAVAN SAH AKAN TANDING KEKALKAN KERUSI HUTAN MELINTANG

SPR UMUMKAN, PERTANDINGAN 4 PENJURU BERLAKU DI DUN HUTAN MELINTANG SETELAH SEORANG CALON BEBAS DAN BERJASA DISAHKAN PENCALONANNYA

Calon bebas, Mat Shidi Hashim dan BERJASA, Azhar Abdullah jadikan PRU 13 ini lebih sengit selain muka baru bagi BN di DUN ini.

BAGAN DATOH : S.Kesavan sekali lagi disahkan percalonannya sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 ini di DUN N. 54 Hutan Melintang. Selain itu, beliau yang juga merupakan penyandang kerusi DUN tersebut akan berhadapan saingan 4 penjuru. Ini berikutan pencalonan seorang calon daripada BN, bebas dan daripada BERJASA menjadikan situasi tersebut berlaku.

Dalam pilihan raya kali ini calon-calon yang akan bertanding di DUN tersebut ialah S. Kesavan ( PKR ), Subramaniam Ramani ( BN ), Mat Shidi Hashi ( Bebas ) dan Azhar Abdullah ( BERJASA ).







DUN N.53 RUNGKUP : SPR SAHKAN PENCALONAN USTAZ MISBAH DAN DATUK SHAHRUL ZAMAN

SAH, MISBAH DAN SHAHRUL ZAMAN BERTANDING MEREBUT KERUSI DUN RUNGKUP DALAM PRU 13

PAS terus beri kepercayaan kepada Ustaz Misbahul Munir untuk menangi kerusi DUN Rungkup dalam Pilihan Raya Umum ( PRU ) kali ini.

BAGAN DATOH : Bertempat di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ( SEMESTI ) pihak Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) sekali lagi telah mengesahkan dan mengumumkan Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki  daripada PAS sebagai calon dan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini di DUN N. 53 Rungkup.

Beliau yang bertanding buat kali ke empat akan bertemu dengan calon daripada Barisan Nasional iaitu Datuk Shahrul Zaman Yahya.





PRU 13 : P.75 BAGAN DATOK, PERTEMBUNGAN SEMULA ANTARA MADHI DAN ZAHID.

PENGISYTIHARAN CALON P.75 BAGAN DATOK : SIAPAKAH BAKAL JADI PILIHAN RAKYAT, AHMAD ZAHID ATAU MADHI HASSAN

Majlis penamaan calon telah selesai, SPR sahkan pertembungan 2 penjuru terus berlaku di P.75 Bagan Datok antara calon BN dan PKR.

BAGAN DATOH : Pilihan Raya Umum ( PRU ) ke 13 ini sekali lagi menemukan antara dua calon di Parlimen P.75 Bagan Datok yang sama seperti di pilihan raya umum yang lalu. Mereka adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada Barisan Nasional ( BN ) dan Madhi Hj. Hasan daripada PKR. Dalam pilihan raya lalu tersebut telahpun dimenangi oleh Ahmad Zahid dengan menewaskan Madhi Hassan dengan majoriti sedikit.

Pada semalam ( 20 April ), Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) telah menerima dan mengesahkan penamaan calon mereka.






Jumaat, 19 April 2013

PRU 13 : SENARAI NAMA-NAMA CALON PAS PERAK BERTANDING DI PARLIMEN DAN DUN ::

SENARAI NAMA - NAMA CALON PAS PERAK

::PILIHAN RAYA UMUM KE 13 ::

P.54 - GERIK : NORHAYATI KASIM
P.55 - LENGGONG : RAZMAN ZAKARI
P.56 - LARUT : DATO' FAUZI SHAARI
P.57 - PARIT BUNTAR : DATO' DR. MUJAHID
P.59 - BUKIT GANTANG : USTAZ IDRIS AHMAD
P.67 - KUALA KANGSAR : DRS. KHALIL IDHAM LIM
P.69 - PARIT : USTAZ MOHD ISMI
N.05- SELAMA : USTAZ AKMAL
N.06- KUBU GAJAH : USTAZ NAZRI DIN
N.11- GUNUNG SEMANGGOL : USTAZ ZAWAWI HASSAN
N.12- SELINSING : HJ. HUSIN DIN
N.14- CHANGKAT JERING- IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
N.15- TRONG : USTAZ NORAZLI MUSA
N.16- KAMUNTING : USTAZ FAKHARUDIN
N.19- CHENDEROH : DR. AZALAN RADZI
N.20- LUBOK MERBAU : HJ. ZAINUDDIN YUSOF
N.21- LINTANG : HJ. MAZLAN
N.23- MANJOI : HJ. ASMUNI AWI
N.35- MANONG : HJ. JAMIL DZULKARNAIN
N.36- PENGKALAN BAHARU : DR. KHAIRUDDIN
N.38- BELANJA : DR. NAJIHA
N.43- SG. RAPAT : IR.RADZI ZAINON
N.47- AIR KUNING : HJ. RAZI OTHMAN
N.49- KG. GAJAH : DRS. ISHAK SHAARI
N.51-PASIR PANJANG : ROHAWATI ABIDIN
N.53- RUNGKUP : USTAZ MISBAHUL MUNIR
N.56- CHANGKAT JONG : ANUAR SUDIN
N.59- SLIM: HJ. AMINUDDIN

PRU 13 : KEJUTAN PILIHAN RAYA DI BAGAN DATOH , KEKAL CALON ANAK JATI TEMPATAN!

YDP PAS KAWASAN BAGAN DATOH, USTAZ MISBAH SEKALI LAGI DIBERI AMANAH TANDINGI DUN RUNGKUP, MADHI HASAN DAN S. KESAVAN KEKAL CALON PKR DI PARLIMEN BAGAN DATOK DAN DUN HUTAN MELINTANG

Tiada wajah baharu, Pakatan Rakyat Bagan Datoh masih kekalkan calon PRU lalu atas faktor anak tempatan dan kewibawaan mereka hadapi calon BN dalam PRU 13.

BAGAN DATOH : Kejutan dinantikan semasa kian hampir Pilihan Raya Umum ke 13. Begitulah yang berlaku apabila Pakatan Rakyat Bagan Datok masih tetap mengekalkan calon Pilihan Raya Umum lalu untuk bertanding di semua peringkat dalam pilihan raya umum kali ini. Mereka ialah terdiri daripada Madhi Hj. Hasan ( PKR ) untuk bertanding di Parlimen Bagan Datok, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki ( PAS ) di DUN Rungkup dan S. Kesavan ( PKR ) di DUN Hutan Melintang.

Pengisytiharan senarai nama mereka telah pun dilakukan di dalam sebuah majlis besar- besaran anjuran Pakatan Rakyat Bagan Datoh pada 17 April lalu.

Pemilihan mereka adalah atas dasar restu pimpinan Pakatan Rakyat dan juga mendapat mandat serta sokongan padu rakyat di kawasan tersebut. Amanah dan kepercayaan terus diberikan kepada ketiga-tiga calon kerana faktor mereka adalah merupakan anak jati kawasan dan juga pengalaman serta kekuatan diri dalam menghadapi lawan dalam pilihan raya umum.

Ustaz Misbahul Munir yang merupakan calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini adalah anak kelahiran Kampung Sg. Tiang Darat, Selekoh. Menurut beliau ini adalah merupakan peluang dan masa yang terbaik untuk rakyat khusunya di DUN Rungkup membuat perubahan dengan mengundi calon Pakatan Rakyat yang lebih baik jika dibandingkan dengan calon BN.

Percalonan beliau pada kali ini sekaligus adalah merupakan kali ke 4 untuk beliau bertanding di DUN Rungkup sejak tahun 1999 sehingga 2008 lalu. Pengalaman dan kewibawaannya amatlah ditagih dan diharapkan rakyat yang mahukan perubahan di kawasan DUN tersebut. Pengisytihran beliau telah diumumkan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin Endut di majlis tersebut.

Manakala di peringkat DUN Hutan Melintang, S.Kesavan yang juga merupakan bekas ADUN kawasan tersebut hasil kemenangan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu sekali lagi diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi tersebut. Beliau yang hadir ke majlis tersebut dalam keadaan bertongkat akibat kemalangan beberapa minggu lalu tetap bersemangat dan mengharapkan sokongan rakyat agar terus memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU kali ini.

Di peringkat parlimen pula, Madhi Hj. Hasan yang juga merupakan anak jati tempatan masih dikekalkan untuk bertanding menentang wakil daripada Barisan Nasional ( BN ) pada kali ini. Peguam muda itu juga memberi kepercayaan dan keyakinan kepada rakyat agar terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu yang lebih baik dan amanah.

Pengisytihran mereka  berdua telah diumumkan oleh Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Negeri Perak.

Kira-kira 700 orang penyokong dan rakyat hadir bersama-sama memeriahkan majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat Pilihan Raya Umum ke 13 Bagan Datoh di Dewan Markaz PAS Selekoh.














Ahad, 14 April 2013

BBQ SANTAI PRU 13 : ANAK MUDA SG. PERGAM SEMANGAT MAHU BERUBAH

PROGRAM SANTAI ANAK MUDA TARIK MINAT GOLONGAN TERSEBUT MENOLAK KEZALIMAN UMNO-BN DI BAGAN DATOH

Ustaz Misbah gembira dapat  beramah mesra sambil bersantai golongan anak muda di Parit 5, Sg. Pergam

BAGAN DATOH : Di kehangatan bahang Pilihan Raya Umum ( PRU ) ke 13, Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh mengambil kesempatan mengadakan program mendekati anak muda sekitar Bagan Datoh. Baru -baru ini, satu program BBQ bersantai bersama anak muda di Sg. Pergam telah berjaya dianjurkan.

Kesudian dan kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki untuk bersama anak muda di kampung tersebut  telah menambahkan lagi kemeriahan program tersebut. Walaupun program yang santai dan bersahaja, namun banyak manfaat dapat diperolehi pada malam tersebut.

Bertempat di Parit 5, Sg. Pergam, kehadiran kira-kira 50 orang anak ke program tersebut menunjukan semangat dalam diri rakyat terutamanya anak muda untu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum kali ini dengan menolak Umno-BN. 

Selain sesi pembakaran " BBQ ", sesi ramah mesra sambil berdialog santai bersama bakal calon DUN Rungkup itu menunjukan minat anak-anak muda untuk memastikan PAS dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 ini.

Anak muda sedang semangat membakar ayam sebagai menu utama program malam tersebut.

Para tetamu sedang mengambil hidangan yang disediakan.

Seronok dapat bersama- sama dalam program sedemikian rupa.

Bakar-bakar juga. Borak mesti lah.


Masa untuk menjamu selera.

Soalan diajukan. Jawapan ditunggu bersama.

Sedap sungguh sambil borak-borak isu-isu anak muda sekarang.

Turut hadir, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, Sdr. Madhi Hasan juga bakal calon Parlimen Bagan Datoh.

Ustaz Misbah menjawab persoalan anak muda Sg. Pergam.


SAMSENG : DAKWA DIPUKUL PEMIMPIN KANAN UMNO !


Staf JPM dakwa dipukul pemimpin kanan Umno

Harakahdaily,14 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mendakwa dirinya seorang kakitangan di Jabatan Perdana Menteri mendakwa telah dibelasah oleh seorang pemimpin kanan Umno.

Lelaki tersebut yang juga berstatus ketua cawangan Umno itu mendakwa, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April lalu pada sekitar jam 11.30 pagi.

Ekoran itu juga mangsa telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin kanan Umno itu di IPD Putrajaya pada hari sama.

Dalam salinan laporan polis yang dihantar kepada media, pengadu mendakwa telah pergi ke pejabat pemimpin Umno itu pada hari tersebut untuk mengadu masalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Mangsa juga mendakwa sedang menimbang untuk membawa kes itu kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

POLITIK LUCAH DAN KOTOR :: NGO BANTAH BUDAYA INI !


NGO bantah politik kotor dan lucah

Anis Nazri,13 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba  membunuh lawan dengan cara terkutuk.

Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang.

Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya.

"Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kanan), kepada Harakahdaily, hari ini.

Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi.

"Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika.

Menyatakan pendapatnya atas kapasiti peribadi beliau sendiri, Shaa'ani berkata semua pihak tidak wajar menjadikan isu seumpama itu sebagai alat untuk menjatuhkan seseorang atau parti tertentu.

Sambil menggesa ia dihentikan segera, Shaa'ani(gambar kanan) berpandangan rakyat patut melihat individu yang menyebarkan sebarang bahan lucah itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Siapa yang seharusnya menjadi wakil kita? Mereka yang berkempen dengan cara begini, pada pemikiran anda bolehkah menjamin dan melindungi hak anda apabila mereka menang nanti?

"Mereka yang akan duduk di atas (pemerintahan negara) perlu menunjukkan contoh terbaik, bukannya membiarkan budaya seperti ini terus menular dalam masyarakat ini," tegas beliau.

Sementara itu, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Prof Madya Dr Abdul Halim El Muhammady menegaskan, amalan politik di negara kita seharusnya lebih matang memandangkan sudah 55 tahun negara kita merdeka.

“Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai kemanusiaan. Kematangan itu bukan sahaja dilihat dari segi kemajuan kebendaan tetapi sepatutnya juga dari segi nilai-nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan yang kita capai.

"Tapi apa yang kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin luntur, kekuatan jati diri, karektor Melayu Muslim semakin terhakis.

“Mana-mana ahli politik tak bermoral dalam apa jua konteks kita perlu tolak daripada dijadikan pemegang amanah," katanya.

Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Fauzi Zakaria pula mengingatkan pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara dan mengambil tanggungjawab memastikan kesahihan berita yang disebarkan itu.

"Saya menyeru masyarakat terutamanya akhir-akhir ini menjelang pilihan raya umum kita sama-sama membentuk masyarakat madani terutama kepada para pengamal media.

"Pengamal media peranannya lebih besar untuk membentuk masyarakat madani iaitu masyarakat yang dikehendaki oleh Allah," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) yang mahu media lebih bertanggungjawab mengemukakan bukti bagi setiap perkara yang disebarkan.

"Media yang bertanggungjawab menentukan kesahihan apabila menyebarkan sesuatu perkara juga tanggungjawab kepada mereka yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti, bukan meminta orang yang dituduh itu membuat penafian.

"Kita tak mendidik masyarakat kita dengan perkara-perkara (lucah) ini. Sudahlah kalau anak-anak kita baca akhbar sebegitu kita mesti malu.

"Perkara lucah sebegini lebih rancak dibincangkan berbanding membincangkan polisi-polisi atau apa yang nak disumbangkan kepada negara.

"Polisi dan tawarankepada rakyat yang harus dibincangkan, bukan perkara-perkara lucah yang pembuktiannya masih meragukan dan hanya bertujuan mengaibkan dan menimbulkan kesangsian pemilih," katanya.

Dalam pada itu, penulis makalah berkaitan qazaf dan menjawab fitnah, Ustaz Zaidi menegaskan, amalan menyebarkan fitnah dan perkara lucah amat berbahaya kepdaa masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang.

Katanya, walaupun semua pihak berusaha mengekalkan kuasa dan mandapatkan kuasa, mereka masih terikat dengan hukum Allah.

"Kerana kasih sayang kita kepada masyarakat kita jangan dibudayakan amalan berbohong dan menuduh seseorang tanpa cukup bukti tak kiralah dari pihak rakyat kepada pemerintah atau pemerintah kepada rakyat.

Kita mesti mengikat diri kita dengan hukum syarak dalam setiap perkara yang kita buat. Dalam suasana panas politik hari ini menjelang PRU 13 kita masih terikat dengan syarak, masih ditulis oleh malaikat dan akan dihisab, tak ada benda yang terlepas.

"Kepada yang nak mempertahankan kuasa atau yang nak mendapatkan kuasa masih perlu mengingat diri masing-masing dengan hukum Allah," pesannya.

Jumaat, 12 April 2013

CALON SUDAH MUKTAMAD : PRU 13 PAKATAN RAKYAT PERAK SEDIA!


PRU13: Calon Pakatan di Perak sudah muktamad

Muhammad Faeez Azahar,11 Apr 2013
IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) peringkat negeri secara rasmi pada 15 April ini.


Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’, majlis tersebut akan diadakan di Hotel Riverfront, Ipoh jam 10 pagi.

Katanya, majlis itu akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menurutnya, manifesto yang akan dilancarkan ini adalah sangat menarik dengan pelbagai tawaran yang diberikan rakyat setelah melihat kemampuan hasil negeri ini.

Khairuddin berkata, pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat kajian yang lama dengan mendengar idea daripada pelbagai pihak untuk mencipta satu manifesto yang terbaik untuk rakyat di negeri Perak.

“Kami akan melancarkan satu manifesto terbaik peringkat negeri Perak 15 April ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat,” Katanya dalam sidang media di Bilik Media Pakatan Rakyat, Ipoh di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Naib Pengerusi PKR Perak, Chan Ming Kai, AJK PAS Perak, Zainuddin Mohd Yusof, Bendahari DAP Perak, Lim Pek Har, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Safarizal Saleh dan Exconya, Hafez Sabri.

Dalam majlis yang sama, beliau berkata, Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan semua calon yang akan bertanding pada PRU13.

Jelasnya, semua calon tersebut akan melafazkan ikrar bersama tanda kesepakatan ketiga-tiga parti itu.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, pembahagian kerusi ketiga-tiga parti sudah selesai 100 peratus dan calon-calon sudah muktamad, hanya menunggu pengisytiharan secara rasmi.

“Pembahagian kerusi setakat ini sudah selesai semuanya, dan parti komponen sudah memutuskan siapa yang akan bertanding,” jelasnya lagi.

Jumaat, 5 April 2013

PRU 13 : SOLAT HAJAT DAN TINGKATKAN KESELAMATAN


PRU13: PAS arah solat hajat, tingkat keselamatan

Salmiyah Harun,04 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan jentera parti mempertingkatkan kawalan keselamatan khususnya di bilik gerakan MTD untuk mengelakkan sebarang provokasi.



Katanya, usaha itu sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan pelbagai cara yang mungkin akan digunakan pihak musuh untuk menimbulkan sebarang kekacauan dan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

Sementara itu, beliau turut meminta jentera dapat memberi fokus kepada kerja-kerja yang diarahkan oleh parti selepas parlimen bubar sehingga ke hari pilihan raya.

"Dalam waktu genting ini, seluruh jentera parti pertingkatkan lagi gerak kerja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Malah, beliau sekali lagi mengingatkan agar jentera kerja parti tidak lupa untuk menunaikan solat hajat tiap-tiap malam sehinggalah pilihan raya.

Berhubung calon pilihan raya, katanya PAS sudah senarai akhir nama-nama calon yang akan bertanding namun pengisyitharan calon akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Khamis, 4 April 2013

PRU 13 : 18 DUN DAN 4 PARLIMEN SASARAN PAS PERAK!


PAS Perak sasarkan 18 Dun dan 4 Parlimen

Harakahdaily,04 Apr 2013
IPOH: PAS Perak mensasarkan 18 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, jumlah kerusi sasaran itu adalah berdasarkan peluang untuk menang di kerusi-kerusi berkenaan.

"Berdasarkan gerakerja yang telah dibuat, saya yakin kita boleh mencapai sasaran itu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.


(Asmuni di depan salah satu Markas Pilihan raya di kawasan DUN Manjoi)

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat Jong dan Lubuk Merbau.

Ekoran kemenangan itu, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar.

Namun kerajaan Pakatan Rakyat Perak itu hanya bertahan 11 bulan sahaja apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan parti masing-masing menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Berdasarkan ranking di bilik gerakan PAS, DUN Pasir Panjang yang diwakili oleh Nizar menduduki tempat pertama.

Ia telah dimenangi oleh Nizar dengan majoriti 4,447 mengalahkan calon BN dari MIC, Vasan Sinnadurai.

Namun dalam pilihan raya akan datang ini Nizar disebut-sebut akan bertanding di Changkat Jering, salah satu DUN di bawah Bukit Gantang yang beliau menang dalam pilihan raya kecil lalu.

Tempat beliau di Pasir Panjang katanya akan ditandingi oleh seorang tokoh Muslimat kawasan Lumut.

Asmuni sendiri dikatakan akan bertanding di DUN  Manjoi iaitu kawasan yang menjadi tanah tumpah darah beliau sehingga sekarang.

Dalam pilihan raya kali ini, PAS dijangka akan bertanding 22 DUN manakala PKR19 dan DAP 18.

DAP mempunyai peluang cerah untuk memenangi kesemua DUN yang ditandingi itu.

Untuk kerusi Parlimen pula, PAS dijangka akan bertanding tujuh kerusi, PKR 10 dan DAP tujuh. 

Isnin, 1 April 2013

JELAJAH NEGARA BERKEBAJIKAN : BAGAN DATOH TERIMA BAIK PESERTA JELAJAH!


JELAJAH NEGARA BERKEBAJIKAN : SAMBUTAN HANGAT RAKYAT BAGAN DATOH BANGKITKAN BAHANG PRU 13

Kehadiran Treler Negara Berkebajikan PAS ke kawasan Bagan Datoh disertai konvoi puluhan pancuan 4 roda disambut hebat penduduk sekitar Hutan Melintang ke Bagan Datoh

BAGAN DATOH : Rakyat sekitar kawasan Bagan Datoh merasa amat berbangga dan gembira apabila telah didatangi Treler Negara Berkebajikan PAS dalam siri jelajah hari terakhirnya di negeri Perak pada 29 Mac lalu. Turut bersama krew program jelajah tersebut ialah pelakon terkenal, Pak Jabit yang sama-sama memeriahkan serta menyampaikan ucapan ringkas untuk membangkitkan semangat rakyat dalam membuat perubahan seterusnya menjadikan negara ini sebuah negara yang berkebajikan.

Program Siri Jelajah Negara Berkebaikan adalah merupakan satu usaha penerangan dan pendekatan oleh pihak PAS kepada rakyat tentang usahanya menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang mempunyai kerajaan yang amanah dan tulus dalam pentadbirannya. Treler tersebut yang dijangkakan sampai di Bagan Datoh  pada jam 11 pagi ,29 Mac telahpun tiba terlebih awal berada di Parit 1, Sg. Sumun berhampiran rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Tuan Hj. Ramlee @ Ariffin bin Husin.

Seawal pagi lagi, para penyokong PAS dan perserta konvoi berkumpul serta bersiap sedia untuk meneruskan program konvoi dan jelajah bersama treler Negara berkebajikan PAS. Konvoi bermula jam 10.00 pagi dengan perjalanannya menuju ke Hutan Melintang sebelum diteruskan ke arah Pekan Bagan Datoh, Simpang Empat Rungkup, Sg. Tiang Baroh dan Pekan Selekoh.

Konvoi tersebut telah ketuai sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki.