pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 29 Januari 2013

GEMPAR : KEJUTAN MISBAH DAN MADHI DI MALAM KESENIAN ?

YDP PAS KAWASAN BAGAN DATOH DAN KETUA CABANG PKR BAGAN DATOH BUAT PERSEMBAHAN KHAS DI MALAM KESENIAN ANJURAN PEMUDA PAS KAWASAN.

Nyayian nasyid Sdr. Madhi Hasan dan Syair Jawa Ust. Misbah memukau hadirin di malam tersebut.

BAGAN DATOH : Malam Kesenian Santai Bersama Mel Wings yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ( DPPK ) menampilkan kejutan apabila Ustaz Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh dan Sdr. Madhi Hj. Hasan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh menyampaikan persembahan masing- masing di majlis tersebut.

Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak telah menyampaikan 2 buah persembahanya iaitu nasyid dan syair jawa khas untuk para hadirin malam tersebut. Beliau menyampaikan nasyidnya yang mengajak manusia untuk memohon keampunan begitu menghayati lirik sehinggakan para hadirin sebak apabila mendengar rintihan dan mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. 

Istimewanya, beliau telah menyampaikan syair dalam Bahasa Jawa. Syair yang cukup popular dibawakan oleh Wali Songo itu membawa para hadirin menginsafi diri dan kembali kepada Allah S.W.T.




Manakala Sdr. Madhi Hj. Hasan, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh turut menyampaikan sebuah persembahan istimewa apabila beliau telah menyanyikan sebuah nasyid yang berjudul Hamba-Mu. Beliau yang juga selaku Naib Timbalan Pengerusi PKR Perak menyampaikan lagu tersebut secara spontan namun menarik para hadirin pada malam tersebut.







Isnin, 28 Januari 2013

MALAM KESENIAN BERSAMA MEL WINGS : TARIK ANAK MUDA MELALUI KESENIAN ISLAM DAN MELAYU.


MALAM KESENIAN : KESENIAN ISLAM DAN MELAYU ANTARA LANGKAH PEMUDA PAS DEKATI ANAK MUDA DI BAGAN DATOH.

SELEKOH, BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh melalui Lujnah Kesenian, Belia dan Sukan telah berjaya menganjurkan program Malam Kesenian Santai Bersama Mel Wings semalam. Kehadiran bekas penyanyi kumpulan muzik rock tanah air yang cukup popular pada suatu ketika dahulu tersebut sememangnya telah dinantikan oleh golongan anak muda khususnya.


Majlis yang telah berlangsung bertempat di Dewan Utama Markaz PAS Selekoh tersebut berjaya menarik kehadiran penonton lebih 400 orang. Bermatlamatkan memperkenal kesenian Islam dan Melayu kepada masyarakat khususnya golongan anak muda agar tidak melupakan kesenian dan kebudayaan umat Islam dan bangsa Melayu terdahulu. Selain itu, ianya juga bertujuan mengumpulkan anak muda dan masyarakat sebagai merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Disamping itu juga, masyarakat dapat berehat dan bersantai mendengar dan menyaksikan persembahan.


Mel atau nama sebenarnya  Ismail adalah merupakan salah seorang artis yang telah melakukan perubahan. Beliau merupakan bekas penyanyi salah sebuah kumpulan muzik rock yang dikenali pada tahun 80an sehingga awal 90an iaitu Wings. Anak jati kelahiran Perak itu telah menyampaikan 3 buah lagu dalam majlis tersebut iaitu Lena Diulit Mimpi, Blues Saputangan dan Kembalilah.

Selain persembahan nyanyian Mel, turut dipersembahkan beberapa acara lain iaitu alunan Selawat, Seni Kompang, Seni Silat dan persembahan istimewa Syair daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki bersama Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, Sdr. Madhi Hj. Hasan yang menyampaikan sebuah nasyid berjudul Hamba-MU.



Majlis bermula seawal jam 9.30 malam itu dimulakan dengan alunan bacaan Rawi Marhaban dan Selawat daripada kumpulan Anak-anak Rungkup ( AAR ). Sebagai gimik pembukaan majlis, persembahan penuh semangat daripada anak-anak kecil tersebut telah membuka majlis penuh ceria dan meriah.

Ucapan alu-aluan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Ahmad Najib Safar mengingatkan bahawa berhibur dan kesenian dalam Islam tidak pernah dilarang sekiranya tetap mengikut garisan dan panduan Syariat Islam yang suci dan bertujuan mengingatkan serta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.


Kesenian Melayu seperti seni permainan kompang turut dipersembahkan. Pasukan Kompang Gendang Kampung Parit 7 telah dijemput untuk mempersembahkan seni tersebut. Paluan dan tepukan kompang mereka telah memukau hadirin yang menyaksikannya. Selain itu, persembahan Seni Silat turut dipersembahkan oleh kumpulan Perguruan Persilatan Batu Hampar Sg. Pergam.


Persembahan istimewa malam tersebut adalah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki. Beliau telah mempersembahkan nasyid dan bersyair jawa mengajak supaya manusia sentiasa sedar serta insaf memohon keampunan Allah S.W.T. Syair Wali Songo disampaikan penuh keinsafan oleh beliau pada malam tersebut.



Turut menyampaikan persembahan istimewanya, Sdr. Madhi Hj. Hasan, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh. Beliau menyampaikan sebuah nasyid yang cukup popular iaitu Hamba - Mu nyayian Mawi dan Akhil Hayy untuk program Imam Muda. 

Pengacara majis, Sdr. Mustofa berjaya menghidupkan suasana majlis tersebut. Beliau juga berduet menyanyikan lagu bersama Mel Wings malam tersebut.

Khamis, 24 Januari 2013

PAKATAN RAKYAT TERUS GEGAR UMNO/ BN DI BAGAN DATOH!

PIMPINAN PAS DAN PKR PERAK TERUSKAN MISI PENERANGAN KEPADA RAKYAT SELURUH NEGERI MELALUI CERAMAH.

Ustaz Jamaludin ibaratkan rakyat selama ini memberikan " musang untuk menjaga reban ayam " apabila beri kuasa kepada Umno/ BN tadbir negara.

BAGAN DATOH : Kesepakatan 3 buah parti dalam kompenan Pakatan Rakyat memberikan gambaran bahawa kini rakyat turut semakin yakin untuk membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Rakyat dapat merasakan bahawa gabungan PAS, PKR dan DAP merupakan harapan rakyat untuk melihat perubahan masa depan negara ke arah yang lebih baik.

Terbaharu, PAS Kawasan Bagan Datoh dan PKR Cabang Bagan Datoh meneruskan misi penerangan kepada rakyat dengan menganjurkan ceramah umum di Perkarangan Bilik Gerakan PKR DUN Rungkup, Batu 23 di sini kelmarin.

Antara pimpinan kawasan yang turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasab, Tn. Hj. Ariffin Husein dan Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, Sdr. Madhi Hassan.

Manakala penceramah jemputan ialah Tn. Hj. Jamaluddin Ahmad merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas dan Sdr. Tommy, Ketua Penerangan AMK Perak.










Isnin, 21 Januari 2013

KALIMAH LISTEN JADI FENOMENA HEBAT?


Fenomena listen! di Maharaja Lawak Mega


Harakahdaily,19 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Fenomena listen! listen! listen! bukan sahaja tamat di alam internet bahkan juga merangkak ke pentas Maharaja Lawak Mega 2012.

(Kumpulan Jambu ketika menggunakan trend terkini shut up!)


Ia digunakan oleh Afdlin Shauki dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega semalam dalam persembahan pertama beliau bersama kumpulan Boboi.

Tahun lepas, Afdlin memperagakan watak yang disifatkan oleh ramai penonton sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan gaya poco-poconya.

Namun sebagaimana tahun lepas, Boboi tidak juga menang tahun ini.

Selain Boboi, turut menggunakan sentimen penonton terhadap fenomena listen! listen! listen! adalah kumpulan Jambu.

Namun perkataan digunakan adalah shut up! shut up! shut up! ataupun diam! diam! diam!. 

Sebagaimana dijangka, kumpulan Jozan yang terdiri dari Johan dan Zizan telah memenangi  hadiah pertama tahun ini yang membawa pulang hadiah wang tunai setengah juta ringgit.

Kumpulan Jambu telah berjaya menjadi naib johan pertandingan ini.

Jozan juga menggunakan trend terkini dalam persembahan mereka apabila semasa persembahannya di Terengganu, Zizan yang ketika itu terpaksa membuat persembahan solo, telah bergaya ala ustaz (gambar kanan).

Ramai penonton beranggapan watak Zizan malam itu yang memakai jubah dan songkok merah dan bercakap pelat Terengganu adalah meniru gaya Ustaz Azhar Idrus yang popular itu.

Zizan pernah berduet dengan Ustaz Azhar semasa sambutan Ambang 2012 tahun lepas di depan ratusan ribu penonton di Dataran Shah Alam.

Malam tadi, ketika peringkat akhir persembahan Maharajalawak, Zizan dan Johan membuat persembahan di konti Era yang sememangnya menjadi tugas harian Johan sebagai DJ Radio Era.

Khamis, 17 Januari 2013

BILA HAK RAKYAT JADI MACAM " BAPAK " DIA PUNYA?

MELAMPAU : UMNO/ BN MENGGUNAKAN PREMIS UMUM RAKYAT SEBAGAI PERSIAPAN PRU 13.

Bangunan Dewan Orang Ramai ( DOR ) dan JKKK Tanah Lalang jadi pusat gerakan Parti Umno menjelang Pilihanraya Umum 13.

BAGAN DATOH : Pakatan Rakyat tidak boleh tetapi Umno/ BN boleh sahaja. Asalkan untuk Umno/ BN. Mungkin menjadi perkara biasa atau adat bagi Umno/ BN menggunakan bangunan orang ramai sebagai pusat gerakan parti tersebut.

Hakikatnya, hak rakyat telah dinafikan oleh Umno/ BN sebagai kerajaan hari ini. Apatah lagi menunggu saat-saat akhir mereka ( Umno/ BN ) akan tumbang sebagai kerajaan. Mereka semakin tenat dan hilang punca apabila pelbagai isu melanda parti tersebut. Kesian bercampur gembira, apabila mereka mulai sedar serta bimbang kebangkitan rakyat untuk merubah masa depan negara dengan menjatuhkan kerajaan Umno/ BN.

Menjelang PRU 13, pelbagai tindakan Umno/ BN dilihat semakin melampau. Terkini di cawangan Sg. Dulang yang terletak di Parlimen Bagan Datoh dan DUN Hutan Melintang, kelihatan Umno/ BN telah menggunakan bangunan orang ramai sebagai pusat operasi dan gerakan parti itu. Lokasinya yang berdekatan di rumah Ketua JKKK dan OKU ( Orang Kuat Umno ) menambahkan " kejahatan " mereka.

Bangunan yang hanya terletak sejauh 50 meter daripada rumah Ketua JKKK Tanah Lalang.


Selasa, 15 Januari 2013

PERANTAU DISERU PULANG UNTUK PRU 13 : USTAZ MISBAH, YDP PAS BAGAN DATOH.

MAJLIS BERJAYA HIMPUNKAN ANAK-ANAK PERAK DI RANTAUAN BERAMAH MESRA BERSAMA PIMPINAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT PERAK

Majlis Tindakan DUN ( MTD ) seluruh Perak buka kaunter untuk semakan daftar undi.

GOMBAK :  Sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13,PAS Perak di bawah Jabatan Pilihanraya Negeri dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN ( MTD ) seluruh Perak telah mengambil langkah mengadakan sebuah majlis yang menemukan pengundi-pengundi luar yang berada di Lembah Klang dengan para pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat baru- baru ini.

Antara pimpinan yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husein, bersama 3 orang Timbalannya, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaludin, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Ustaz Razman Zakaria. Selain itu turut hadir pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Pengerusinya Dr. Manuty Mohd Nor dan Naib Pengerusinya, Madhi Hassan. Manakala DAP telah diwakili oleh Pengerusinya sendiri, Dato' Ngeh Khoo Ham yang juga merupakan Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Pantai Remis.

Menurut Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh mengharapkan agar semua anak muda dan pengundi luar di DUN Rungkup dan Parlimen Bagan Datoh dapat pulang apabila tibanya masa Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Beliau turut berkata, bahawa kuasa rakyat perlu dibuktikan melalui pilihanraya kali ini. Memandangkan, DUN Rungkup dan Parlimen Bagan Datoh dianggap antara pilihan untuk dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU ke13.

Sementara itu, petugas MTD Rungkup telah membuka kaunter semakan daftar undi di majlis tersebut.

Antara penyemak nama daftar undi daripada DUN Hutan Melintang penuh semangat memberi maklumat.

Petugas, Hj. Muhammad Haidzir Ajid sedang menjelaskan status daftar pengundi.

Sebahagian petugas MTD-MTD seluruh Perak sibuk menjalankan tugas masing- masing.

Seorang warga emas sedang menyemak daftar undinnya di Kaunter DUN Rungkup.

Petugas mengambil kesempatan untuk rehat .

Majlis ramah mesra itu menampilkan barisan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ) di pentas.



Isnin, 14 Januari 2013

SUARA ANAK MUDA : HKR BUKTI ANAK MUDA INGIN PERUBAHAN MASA DEPAN!

PULUHAN RIBU KEHADIRAN DAN PENYERTAAN ANAK MUDA KE HIMPUNAN ADALAH BUKTI MEREKA INGIN DAN MAHUKAN PERUBAHAN PENTADBIRAN MALAYSIA 

Puluhan ribu anak muda hadir menyatakan suara tuntutan kepada kerajaan hari ini untuk bersedia digantikan kepada Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR : Kehadiran puluhan ribu golongan anak muda ke Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) pada 12 Januari lalu telah memberi gambaran jelas dan tepat bahawasanya mereka ini mahukan perubahan pentadbiran dan pemerintahan negara ini.









HKR KL112 : RAKYAT BAGAN DATOH TURUT BANGKIT HADIR HIMPUNAN.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) bawa rakyat Bagan Datoh bersama rakyat seluruh negara di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR : Bertarikhkan 12 Januari, rombongan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) dari Bagan Datoh menuju ke Kuala Lumpur.

Langkah anak muda sebagai tanda perubahan masa depan negara.

Ketua DPPK Bagan Datoh bersama Pengarah Pilihanraya DPPK berehat sebentar sebelum meneruskan langkah untuk menuju ke Stadium Merdeka.

Para peserta rombongan daripada Bagan Datoh kelihatan masih bersemangat walaupun kelihatan setelah hampir 3 jam dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Peserta himpunan dari Bagan Datoh terus melangkah gagah menuju ke Stadium Merdeka walaupun dihimpit ribuan rakyat yang turut bersama menuju ke lokasi himpunan.

" Ada ruang ke lagi dalam Stadium tu ?" mungkin itu bisik hati kecil Ustaz Amran ( AJK Urusan Ulama PAS Bagan Datoh ketika berada di tengah-tengah ribuan rakyat.

Rehat sebentar. Ustaz Jai bersama peserta Bagan Datoh memerhatikan pergerakan rakyat yang kian sibuk dan padat ketika menuju stadium.

YDP, Ustaz Misbahul Munir bersama isteri sempat bergambar bersama peserta dari Bagan Datoh.

Ketua Pemuda di celahan ribuan rakyat memandang serius.

Rakyat bangkit untuk tumbangkan Umno/ BN yang zalim dan terus menipu rakyat.

Ahad, 13 Januari 2013

HKR KL112 : INSYAALLAH PR AKAN TUNAI JANJI!


PAS yakin Pakatan dapat tunai janji

Harakahdaily,12 Jan 2013

(Puluhan ribu yang penuh sesak di dalam Stadium Merdeka)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu.

"Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka.

Puluhan ribu peserta lagi berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak itu.

Ustaz Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan.

Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN.

"Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya.

Ustaz Hadi seterusnya memberikan satu pantun yang berbunyi:

Sila belah buah kedondong

Biji dibelah dengan lidi

Bukan salah ibu mengandung

Yang silap memangkah undi


Pulau Pinang dulu, katanya, jadi 'pulau pening' selama 50 tahun di bawah BN. 

"Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media," katanya.

Bagi beliau, rakyat tidak perlu takut kepada BN. 

"BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang," tegasnya diambuk terikan takbir dari hadirin.

jambori amal kuala kangsar 2008