pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 31 Mac 2013

BUDAYA PENAKUT : CABUT DAN BUANG BENDERA, PAS BUAT LAPORAN POLIS!


BUANG BENDERA : PAS KESAL TINDAKAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB CABUT DAN HILANGKAN BENDARA PAS, LAPORAN POLIS DIBUAT DI BALAI POLIS BAGAN DATOH

Budaya tidak bertamadun terus menular ke Bagan Datoh apabila bendara PAS yang di pasang telah dicabut dan hilang entah ke mana


BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh telah membuat satu laporan polis terhadap pihak yang telah mencabut dan menghilangkan bendara partinya itu di sini semalam. Tindakan berikut terpaksa dilakukan kerana perbuatan tersebut dilihat dan dianggap sangat melampau dan memalukan oleh pihak PAS kawasan. Kira-kira 100 helai bendara yang terdiri daripada bendara PAS dan PKR dipercayai hilang setelah tidak sampai 48 jam dipasang oleh jentera parti di sini.

Laporan tersebut telah dilakukan oleh wakil pihak PAS Kawasan Bagan Datoh pada jam 2.30 petang di Balai Polis Bagan Datoh. Antara wakil tersebut terdiri daripada Zakaria Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan,Mustofa Saifuddin, Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh dan bersama beberapa orang pimpinan PAS Kawasan dan cawangan yang terlibat.

Perbuatan itu juga amat dikesali kerana seolah-olah pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut tidak tahu serta memahami konsep negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemilihan kerajaan negara ini. Demikian itu, laporan polis terpaksa dibuat pihak PAS kerana ianya merupakan hak mana-mana parti politik yang sah di negara ini untuk mengibarkan bendara partinya masing- masing.

“ Maka apabila ada pihak yang berbuat demikian ( membuang bendera parti lain ), seolah-olah ianya mencabar sistem demokrasi negara ketika ini. Ini sangat melampau dan teruk.” Ujar Mustofa Saifuddin selaku wakil PAS Kawasan Bagan Datoh yang membuat laporan itu.

Berdasarkan laporan yang dibuat, di mana lokasi kejadian hilangnya bendera tersebut ialah sepanjang tepi jalan antara Kampung Sg. Nipah Baroh sehingga Kampung Sg. Balai Baroh. Terdahulu sebelum itu, satu program siri ceramah penerangan yang dianjurkan oleh pihak PAS kawasan telah diadakan bertempat di Kampung Sg. Nipah Baroh berhampiran lokasi tersebut.

Pihak PAS juga menuntut dan mahu siasatan daripada pihak polis dapat dilakukan segera agar dapat menyelesaikan permasalahan itu serta membendung kejadian yang berlaku berulang kembali. Mereka juga menyerahkan dan kepercayaan sepenuhnya terhadap siasatan tersebut kepada pihak polis dalam menyelesaikannya.

“ Kita sudah membuat laporan terhadap apa yang berlaku ( hilang bendera ) di sekitar Sg. Balai Baroh dan Sg. Nipah Baroh ini. Maka kita serahkan tugas siasatan pihak polis kepada mereka. Disamping itu, kita ( PAS Kawasan Bagan Datoh )  juga akan melihat dan memastikan perkara sedemikian rupa tidak akan berulang lagi.” Jelasnya lagi selaku Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh.

Sabtu, 30 Mac 2013

ANAK JARANG BALIK KAMPUNG SEBAB MINYAK MAHAL : USTAZ MISBAH


RAKYAT MENANGGUNG BEBANAN YANG TINGGI GARA-GARA KEGAGALAN KERAJAAN ATASI HARGA BARANGAN DAN PENGURUSAN EKONOMI

PAS melihat sudah tiba masa yang selanyaknya rakyat untuk mengubah kerajaan melalui PRU 13 kali ini atas kegagalan Umno-BN sebagai kerajaan yang baik.

BAGAN DATOH : Merasai tekanan serta bebanan yang ditanggung rakyat, PAS Kawasan Bagan Datoh menyeru kepada seluruh rakyat khususnya di kawasan tersebut membuat perubahan melalui Pilihanraya Umum yang akan dating ini. Demikian seruan ajakan yang dilakukan oleh Yang Dipertuanya, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki ketika menyampaikan ceramahnya dalam siri penerangan PAS kawasan di sini kelmarin.


Turut bersama beliau menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Dr. Muhaimin Sulam, Setiausaha PAS Perak bertempat di perkarangan rumah Saudara Zaini Said, Kg. Sg. Nipah Baroh. Kira-kira 300 orang yang telah hadir untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa tersebut.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki menekankan beberapa isu tempatan dan nasional supaya rakyat melihat bagaimana penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno-BN setelah hampir 50 tahun lebih sebagai kerajaan. Beliau menegaskan pendedahan tersebut bukan sekadar sebagai meraih undi dan simpati ketika mana kian dekatnya tempoh PRU 13, namun yang paling penting ialah mempertahankan hak-hak rakyat selama ini yang cuba dinafikan oleh Umno-BN.

Antara isu dan perkara yang amat dirasai oleh seluruh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah ialah harga barangan keperluan. Pelbagai rungutan serta suara rakyat yang menyatakan harga barangan terlalu tinggi serta tidak seimbang dengan pendapatan mereka. Oleh itu, rakyat terpaksa menanggung bebanan tersebut sehingga sukar untuk memastikan kestabilan ekonomi keluarga masing-masing.

Selain harga barangan berupa makanan  yang membebankan rakyat, paling menjadi tumpuan ialah harga minyak yang menjadi isu utama harga barangan lain naik. Maka jelas Ustaz Misbahul Munir lagi , tawaran serta janji Pakatan Rakyat adalah untuk menurunkan harga minyak sebagai mengurangkan bebanan tersebut.  Tegasnya lagi, ianya ( turun harga minyak ) adalah relevan dan masuk akal berdasarkan pendapatan hasil bahan mentah negara yang tinggi.

Beliau juga menjawab dakwaan Umno-BN yang menyatakan bahawa negara ini akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat melakukan perkara sebagaimana janjinya untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol serta pendidikan percuma kepada rakyat. Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak yakin bahawasanya rakyat tidak akan mudah tertipu dengan dakwaan Umno-BN itu. Ini kerana, Pakatan Rakyat melihat ekonomi negara akan sentiasa dalam keadaan stabil dan baik sekiranya diurus serta ditadbir dengan betul dan jujur.

“ Masalahnya kalau pemerintah tidak jujur, mengamalkan rasuah dan berkroni maka itulah yang menjadikan negara akan bankrap. Harga minyak turun, pendidikan percuma adalah tidak akan merugikan negara kerana sumber hasil negara adalah tinggi. Rakyat berhak untuk merasai bersama bukannya untuk kroni-kroni tertentu.” Tegasnya lagi ketika mengakhiri ucapannya.

PRA-PRU13 : MASA KEBANGKITAN RAKYAT UBAH KERAJAAN-TOLAK UMNO-BN!


CERAMAH PRA PRU-13 : MAZLAN DAN MUHAIMIN SUNTIK DAN BANGKITKAN JIWA RAKYAT UNTUK BERUBAH DALAM PRU KALI INI

Kehadiran Pengerusi ANAK menjelang Pilihan raya Umum ke 13, rakyat Bagan Datoh perlu sedar dan bangkit menentang penindasan Umno/BN selama ini.

BAGAN DATOH : Sebagai membangkitkan dan menyemarakkan bahang Pilihanraya Umum ( PRU ) ke 13, PAS Kawasan Bagan Datoh telah meneruskan siri ceramah politiknya di sekitar kawasan Bagan Datoh. Siri kali ini, mereka membawakan dua orang pucuk kepimpinan PAS tertinggi pusat dan negeri iaitu Sdr. Mazlan Aliman dan Dr. Muhaimin Sulam yang berlangsungnya bertempat di Kg. Sungai Nipah Baroh kelmarin.


Sdr. Mazlan Aliman adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga merupakan selaku Pengerusi ANAK amat cukup dikenali kerana perjuangannya yang gigih lagi berani terhadap hak rakyat khususnya warga Felda seluruh negara. Sementara itu, Dr. Muhaimin Sulam merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak dengan cara tersendiri menyampaikan ceramahnya iaitu melalui seni puisinya yang cukup menarik. Beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak akan bertanding dalam Pilihan raya Umum kali di DUN Sg. Manik.


Dalam ucapan kedua-dua penceramah tersebut, amat menekankan kesedaran untuk berubah terutamanya kepada bangsa Melayu di negara ini terhadap kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh Umno/ BN selama memerintah negara. Kebangkitan rakyat amatlah penting untuk menentukan masa depan negara agar lebih terjamin dan selamat dibawa sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan beramanah sebagaimana diimpikan setiap rakyat.

Dr. Muhaimin Sulam dengan gaya tersendiri menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan membaca puisi-puisi yang menyedarkan serta membangkitkan bangsa Melayu untuk berani melakukan perubahan terhadap kerajaan. Setiausaha PAS Perak tersebut turut menghuraikan setiap rangkap puisi-puisi itu sebagai mengingatkan rakyat jangan terus lena dibuai mimpi keindahan janji-janji kerajaan ketika ini. Yang Dipertua PAS Pasir Salak juga menceritakan pengalamannya sepanjang sebagai seorang rakyat biasa yang menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang dilakukan oleh Umno/ BN.



Beliau yang membacakan sebuah puisi karangan Allahyarham Sasterawan Negara, Usman Awang berkisahkan masyarakat Melayu amat menyentuh perasaan hadirin pada malam tersebut. Puisi itu turut menyedarkan supaya bangsa Melayu pada hari ini agar terus bersatu untuk melawan kezaliman walaupun berlainan ideologi fahaman politik. Jika mahu sesuatu bangsa itu berjaya, maka perlulah kerjasama yang kuat sebagai menghadapi setiap cabaran.

Katanya lagi, bangsa Melayu jangan mudah tertipu walaupun kerajaan hari ini seolah-olah cukup prihatin terhadap bangsa tersebut. Dr. Muhaimin juga menjelaskan, ceramahnya itu bukanlah kerana terlalu perkauman sebaliknya mahu melihat semua bangsa lain juga tidak ketinggalan serta dipinggirkan oleh pihak kerajaan. Menurutnya lagi, rakyat di negara telah dilalaikan dengan sumber maklumat yang tidak tepat.

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman turut mengajak rakyat di kawasan ini supaya mengubah kerajaan ketika ini kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Beliau meletakkan keyakinan dan kepercayaan sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat oleh rakyat sebagai kerajaan, pastinya lebih baik dan selamat jika dibandingkan Umno/ BN.

Menyatakan fenomena politik semasa, beliau menyatakan pendirian bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk memenangi 9 buah negeri berdasarkan beberapa kajian ketika ini sebagaimana disebut oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli sebelum ini di dalam akhbar. Melalui perhatiannya lagi, isu-isu semasa juga menyedarkan rakyat bagaimana zalimnya dan hipokritnya pimpinan Umno/ BN sebagai kerajaan pusat.  

Sebagai contohnya, beliau berkata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) secara one-off  sebanyak RM500 hanyalah sebagai umpan di dalam Pilihan raya kali ini. Mana tidaknya, beliau jelaskan proses penyampaian bantuan ( BR1M ) tersebut cukup menyusahkan rakyat serta membebankan penerima. Selain itu, pelbagai bantuan lain yang sebelum ini tidak pernah muncul tiba-tiba diperkenalkan ketika mana keadaan Umno/ BN semakin ditolak oleh rakyat kerana pemimpinnya yang korupsi dan berperangai buruk.

Mazlan yang juga merupakan Pengerusi ANAK memberikan gambaran bagaimana kerajaan dan Felda yang ada pada hari ini menyeksa serta menipu rakyat dengan pelbagai janji kemewahan. Pelbagai isu lain yang berkaitan Felda turut diterangkan dengan baik oleh Mazlan sebagai perbandingan kerajaan hari ini dengan kerajaan tawaran Pakatan Rakyat. Isu Pengerang juga menjadi bahan penjelasan kepada rakyat oleh beliau kerana tidak mahu melihat bangsa Melayu khususnya di negara ini terus menerima penindasan Umno/BN. Beliau amat mengharapkan agar rakyat sedar  dan memilih pemimpin yang bertaqwa dan beriman kerana di situlah jaminannya.

Turut hadir dalam siri ceramah tersebut ialah Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh dan Sdr. Madhi Hj. Hasan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh serta barisan kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan tesebut.

Selasa, 26 Mac 2013

SEPETANG BERSAMA TUAN GURU PRESIDEN DI BAGAN DATOH


PRESIDEN : PRINSIP DAN DASAR PERJUANGAN PAS TIDAK PERNAH BERUBAH DALAM USAHA MENEGAKKAN SYIAR ISLAM DI MALAYSIA

Lawatan ringkas Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ke Bagan Datoh, jelaskan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat dan hak rakyat sekiranya menang dalam Pilihanraya Umum ke 13.

BAGAN DATOH : Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang tetap menegaskan bahawa perjuangan PAS adalah kekal berdasarkan Al-Quran dan Hadis sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan parti. Jelasnya, adalah nyata dan penting untuk seluruh ahli parti tersebut memahami konsep serta prinsip perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia ini.


Beliau yang membuat lawatan ringkas ke Bagan Datoh pada 23 Mac lalu telah disambut kira-kira 1000 orang hadirin serta berucap di Majlis Sepetang Bersama Tuan Guru Presiden yang dianjurkan oleh pihak PAS Kawasan Bagan Datoh pada tarikh tersebut.

Kehadiran Tuan Guru Hj. Abdul Hadi telah disambut oleh barisan pimpinan PAS Kawasan Bagan Datoh dan seluruh ahli yang diketuai Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Tuan Guru Presiden telah menyatakan serta menegaskan bahawa perjuangan PAS selama ini tidak pernah berubah kerana ianya kekal memperjuangkan akidah dan syariat Islam di muka bumi Malaysia ini. Tegasnya, ia ( perjuangan PAS ) telah termaktub dalam perlembagaan parti. Hujah beliau lagi, PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berada di landasan akidah dan syariat yang suci lagi murni.

PAS TETAP MEMPERJUANGKAN ISLAM

Beliau juga mengingatkan bahawa Islam adalah merupakan agama yang adil untuk semua. Walaupun negara ini mempunyai kepelbagaian masyarakat daripada bangsa dan kepercayaan agama berbeza, Islam tetap akan bersifat adil.Makanya, tidak perlu bimbang dan risau bagi masyarakat yang bukan beragama Islam sekiranya hukuman dan dasar Islam dilaksanakan di negara ini . Bahkan katanya lagi, Islam dan hukum-hakamnya adalah bertepatan dengan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai manusia yang lemah di dunia .


Berdasarkan sejarah penubuhan PAS, dasar dan perlembagaan sudah tetap bahawa menegakkan sebuah Kerajaan Islam di negara ini adalah matlamat utama. Demikian itu, beliau menyatakan sepatutnya tidak perlu timbul keraguan dan kebimbangan di kalangan ahli dan rakyat terhadap dasar PAS selama ini sesungguhnya ianya kewajipan umat Islam sebagaimana perintah Allah S.W.T di dalam Al- Quran dan Hadis serta Sirah yang dibuktikan melalui perjuangan Nabi Muhammad S.A.W satu ketika dahulu.

TAHALUF SIYASI BERSAMA DAP DAN NEGARA BERKEBAJIKAN

Adapun persoalan yang timbul masakini, bahawasanya PAS yang menyertai gabungan Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan DAP mengundang pelbagai reaksi rakyat. Menurut Tuan Guru Presiden, perkara tersebut adalah memerlukan penjelasan yang tepat dan terperinci sebagai mengelakkan pandangan negatif rakyat. Jelas beliau dalam ucapannya, bahawa kerjasama yang dilakukan oleh PAS dengan DAP adalah merupakan satu cara ( wasilah ) mencapai kemenangan Islam di negara ini.

Ianya disebut sebagai Tahaluf Siyasi ( kerjasama politik ) dan sekiranya perkara itu menguntungkan Islam, maka ianya perlu dilakukan berdasarkan keputusan Majlis Syura PAS. Walau bagaimanapun, kerjasama politik tersebut tetap mempunyai batasan mengikut garis panduan hukum-hakam Islam. Dalam perkara-perkara tertentu sahaja selagi mana perkara tersebut tidak bercanggah akidah dan syariat Islam, maka ianya pula memerlukan kerjasama, PAS akan tetap bersama DAP dan juga PKR.

Menjelaskan isu pendekatan “ Negara Berkebajikan “ oleh PAS pula, Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang menyatakan ianya hanyalah sebagai pendekatan dibawa oleh PAS. Perkara tersebut tidak langsung bercanggah dengan dasar PAS selama ini. Berkebajikan itu sendiri adalah salah satu sifat Islam yang menunjukkan kesyumulan dan kemuliaan agama tersebut. Maka, tidak timbul percanggahan dengan istilah tersebut kerana ianya masih berdasarkan Al- Quran dan Hadis.

PASUKAN KESELAMATAN NEGARA ADALAH UNTUK RAKYAT

Rakyat diingatkan bahawa jangan risau dan bimbang berkaitan keselamatan rakyat dan negara ini sekiranya Pakatan Rakyat ( PR ) ditakdirkan untuk mentadbir melalui kemenangan Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Adapun isu ini telah digembar-gembur oleh Umno/ BN melalui medianya sebagai menakut-nakutkan rakyat memilih Pakatan Rakyat dalam usaha membuat perubahan pentadbiran kerajaan hari ini.


Tuan Guru Presiden juga menyatakan kepercayaan dan keyakinan terhadap pasukan keselamatan negara seperti polis dan tentera akan melaksanakan tugasan secara professional kerana mereka bukanlah untuk Umno/ BN tetapi untuk rakyat.

Beliau turut mengulas sedikit berkaitan isu pencerobohan tentera Sulu ke atas Lahad Datu di Sabah yang berlaku kira-kira sebulan lalu. Tuan Guru Presiden mengambil kira isu tersebut sebagai bukti kegagalan kerajaan hari ini dalam menangani permasalahan negara. Pelbagai isu perlu dibangkitkan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku di sebuah negara yang berdaulat. Beliau juga dalam ucapannya melahirkan keyakinan bahawa pasti terdapat skandal dan campur tangan tertentu yang akhirnya menyebabkan isu di Lahad Datu ini berlaku.

HUKUMAN HUDUD DAN ISLAM LAIN AKAN DILAKSANAKAN

Tuan Guru Presiden turut menjawab persoalan dan kekeliruan berkaitan hukuman Islam iaitu Hukuman Hudud di majlis tersebut. Persoalannya, mengapakah perlaksanaan hukuman Hudud tidak dimasukkan ke dalam manifesto PAS sedangkan ianya selama ini diperjuangkan PAS ?

Beliau menjawab bahawa hukuman Hudud tetap akan dilaksanakan berdasarkan perintah Allah S.W.T melalui Al-Quran. Bahkan banyak lagi hukum Islam yang berkaitan kehidupan manusia bukan hukuman hudud semata- mata akan dilaksanakan di Malaysia. Maka, berdasarkan perlembagaan negara ini, ianya telah meletakkan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam kepada hak kerajaan negeri masing-masing. Demikian itu, beliau menyatakan mengikut garis panduan tertentu nanti, hukuman hudud tetap akan dilaksanakan seadil –adilnya.

Perkara tersebut pula sebenarnya tidak perlu di manifestokan sebagaimana permintaan beberapa pihak yang mungkin masih lagi tidak faham situasi politik dan pentadbiran negara ini.

RAKYAT MESTI TOLAK KEZALIMAN UMNO/ BN DAN PR AKAN TERUS JAGA HAK RAKYAT APABILA MENANG PRU 13

Dalam ucapannya di Majlis Sepetang Bersama Rakyat Bagan Datoh, Presiden PAS juga menyatakan beberapa isu politik dan permasalahan pentadbiran negara ini. Antaranya ialah usaha kerajaan membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) dilihat sebagai “ umpan” meraih simpati serta undi rakyat terhadap mereka ( Umno/ BN ). Sedangkan ianya memang hak rakyat yang perlu diberikan.

Dalam usaha perubahan ini juga, rakyat perlu peka dan prihatin terhadap setiap perkara yang berlaku di sekitar kehidupan rakyat di Malaysia. Sebagai contoh lain, beliau menyatakan kegagalan pimpinan Umno/ BN dalam mentadbir negara ialah mengawal harga barangan keperluan. Walaupun ada sedikit usaha membantu rakyat dengan menaikan elaun polis dan tentera, namun apalah ertinya harga barangan juga melambung tinggi.

Presiden PAS, Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang juga menyatakan beberapa janji dan perkara yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebagaimana yang disepakati dalam Buku Jingga dan Tawaran Negara Berkebajikan  kepada rakyat adalah relevan dan seimbang. Maka rakyat perlu faham dan jangan takut untuk membuat pilihan terhadap Pakatan Rakyat ( PR ) kerana hak rakyat tetap akan dijaga. Perlembagaan Negara juga akan dipelihara demi keamanan dan keselamatan negara ini.

Sabtu, 23 Mac 2013

TUAN GURU PRESIDEN, DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG DISAMBUT MERIAH !

JELAJAH PRESIDEN PAS BERMULA DI BAGAN DATOH, SEPETANG BERSAMA RAKYAT BANGKITKAN SEMANGAT JUANG RAKYAT BAGAN DATOH

Kira-kira 1000 hadirin penuhi dewan dengar ucapan dan kalam taujihat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sempena lawatan ringkasnya ke Bagan Datoh

BAGAN DATOH : Kesudian Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang singgah ke Bagan Datoh sempena lawatan dan jelajahnya ke Negeri Perak amat dialu-alukan oleh rakyat di sini. Beliau yang menyampaikan ucapan serta kalam taujihat di hadapan kira-kira 1000 orang dalam Majlis Sepetang bersamanya melahirkan rasa kesyukuran kerana usaha dan doa ahli-ahli PAS memperlihatkan kefahaman dan penerimaaan rakyat terhadap PAS.

Beliau yang baru sahaja selesai program bersama rakyat di kawasan Sabak Bernam terus sahaja ke kawasan Bagan Datoh sebelum meneruskan perjalanannya ke kawasan Parit tetap bersemangat dan bertenaga menyampaikan ucapan.

Berikut adalah antara gambar-gambar perjalanan program :

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama YB. S.Kesavan, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Hutan Melintang duduk bersama di atas pentas utama.  

YDP PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir kelihatan duduk bersama Tuan Guru Presiden dan YB. S. Kesavan sedang memerhati hadirin dalam majlis tersebut.

Para pimpinan utama Pakatan Rakyat berada di pentas utama.

Tuan Guru Presiden sedang menyampaikan ucapan dan kalam taujihatnya dihadapan kira-kira 1000 orang penuhi dewan utama markaz.

Ketibaan Tuan Guru Presiden disambut oleh pimpinan PAS Kawasan dan hadirin dalam majlis tersebut.

Dengar soalan penuh teliti. Kelihatan Tuan Guru Presiden serius mendengar soalan yang diajukan oleh hadirin kepada beliau.

Presiden ketika menyampaikan ucapan: Berhujah berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran, Hadis dan Sirah menguatkan lagi PAS.

Sebahagian hadirin sedang bersemangat dan teliti mendengar ucapan Tuan Guru Presiden.

Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, YDP PAS Kawasan merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menyampaikan ucapan alu-aluannya di pentas utama.

Ucapan penuh semangat daripada Ustaz Misbahul Munir.

Tuan Guru Presiden sedang membacakan doa dengan penuh tawaduk dan khusyuk di penghujung majlis tersebut.

Menjamu selera: Presiden bersama isteri sedang menjamu selera hidangan yang dihidangkan oleh pihak penganjur.

Presiden melambaikan tangan sebelum meninggalkan majlis untuk menuju ke destinasi seterusnya.



Khamis, 21 Mac 2013

9 NEGERI JATUH KEPADA PR DALAM PRU 13


PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat

Salmiyah Harun,21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily. 

Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama.

Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya. 

"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.

Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.

Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Selasa, 19 Mac 2013

NIZAR TANDING DI DUN CHANGKAT JERING!


PRU13: Nizar bertanding Dun Changkat Jering

Muhammad Faeez Azahar,19 Mac 2013

IPOH: Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di situ.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini malam tadi. (Gambar atas)


Pemimpin PAS negeri yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulamak, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Beh Heng Kin.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui Harakahdaily berkata, ia adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut. 

“Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang Ahli Parlimen Bukit Gantang.

“Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat,” katanya.


Mengenai Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenal pasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

“Ya, PAS Perak sudah kenal pasti calon yang sesuai, insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan,” jelasnya.

Rabu, 13 Mac 2013

XPRESI ULAMA MUDA HARAKI : SELURUH ULAMA' MUDA DIJEMPUT HADIR !


Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 pacu kebangkitan memimpin perubahan

Nasrudin Hassan,11 Mac 2013

1. Sejarah bakal dilakar penuh gemilang pada tanggal 16 Mac 2013 kelak, apabila 5000 ulama muda dari seluruh negara akan berekspresi di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak Darul Ridhuan insyaallah. Bukan sahaja mencipta sejarah baru para ulama muda Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan, tetapi mengembalikan semula izzah [ kehebatan ] Gerakan Islam ke persada generasi muda hari ini dengan menyingkap tabir nostalgia sebuah Gerakan Islam  [Hizbul Muslimin] yang diasaskan oleh Al Marhum Ustaz Abu Bakar Al Baqir, menongkah cabaran menentang penjajah British sehingga Hizbul Muslimin akhirnya diharamkan.

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Malaysia bekerjasama menganjurkan Xpresi Ulama Muda Haraki [ yang akan bermula perasmiannya pada jam 9.00 pagi 16 Mac 2013 ], kearah memantapkan sendi – sendi utama organisasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, bergandingan dengan rakan tahaaluf siasi [ kerjasama politik ]  dalam Pakatan Rakyat untuk membawa pulang tropi kemenangan melalui pilihanraya umum ke 13 kelak demi merealisasikan sebuah perubahan.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda pada tahun lepas bermula di Stadium Darul Aman Kedah dan kemudian menjelajah ke seluruh negara. Xpresi Hijau Anak Muda mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan aktivis muda PAS, artis yang berhijrah, mat motor, pekerja kilang dan sebagainya.

4. Xpresi Profesional Muda menyusul tidak lama kemudian, disertai oleh anak muda professional dari pelbagai disiplin dan kepakaran. Siri pertama berlangsung di kediaman  Menteri Besar Selangor dan siri kedua di sebuah resort di Kuala Terengganu. 2 siri Xpresi Profesional Muda Berjaya mengumpulkan lebih 1000 tenaga professional yang siap memberi komitmen untuk membantu PAS mencapai dan mengisi kemenangan.

5. 16 Mac 2013 pula bakal berlangsung Xpresi Ulama Muda Haraki yang dijangka mengumpulkan sekitar 5000 peserta insyaallah, guna melengkapkan kombinasi mantap sumber tenaga atau modal insan yang dimiliki oleh PAS iaitu Aktivis + Profesional + Ulama. Kombinasi mantap ini akan memacu kebangkitan rakyat sekaligus memimpin perubahan yang meletus agar mendapat restu Allah swt. Sekaligus menjawab bahawa tiada dikotomi ulama + Profesional + aktivis di dalam PAS, sebaliknya ia menjadi enjin yang menjana kehebatan, kewibawaan dan kemuliaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang contemporary.

6. Xpresi Ulama Muda Haraki akan dan boleh disertai oleh para asatizah, mahasiswa dan alumni Timur Tengah, mahasiswa dan alumni fakulti pengajian Islam di Universiti luar dan dalam negara, penuntut ilmu di kolej Islam, Madrasah atau Pondok [ pasentran ], para huffaz, imam, guru J- Qaf, aktivis ngo – ngo Islam dan terbuka kepada semua yang bersungguh mahu mendalami ilmu Islam samaada terdiri dari kalangan muslimin begitu juga dari kalangan muslimat, semuanya  sangat dialu – alukan penglibatan dan penyertaan mereka.

7. Insyaallah, Xpresi Ulama Muda Haraki ini juga bakal menyaksikan beberapa orang tokoh Ulama Muda akan mengisytiharkan diri mereka bersama PAS dan bergandingan dalam memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini.

8. Sejarah Gunung Semanggol adalah inspirasi kebangkitan Ulama Muda untuk menyatakan komitmen mereka mendokong perjuangan Islam dan membantu parti sebagai wadah perjuangan menggapai kemenangan dalam pilihanraya umum kelak. Bukan hanya berekspresi tetapi mengatur strategi dan memantapkan motivasi,  bagaimana memperkukuhkan parti melalui sendi Ulama Muda guna menggalas amanah dan tanggungjawab bersama rakan – rakan pejuang yang lain.

9. Bulan ogos tahun 2007 sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 12, Himpunan dan sambutan 50 tahun merdeka peringkat kebangsaan telah diadakan di Gunung Semanggol. Semangatnya dibawa ke gerbang pilihanraya umum ke 12, lalu hasilnya 5 buah negeri berjaya dimenangi oleh gandingan PAS + PKR dan DAP termasuk negeri Perak Darul Ridhuan selaku tuan rumah sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik. Insyaallah Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 akan meledakkan momentum baru sekaligus menyertai pilihanraya umum ke 13 dengan bergaya membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

10. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah Jalla wa A’la agar sejarah gemilang 14 Mac 1948, [Himpunan Ulama dan Cendikiawan Islam dari  seluruh negara di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol yang digerakkan oleh Al Marhum ustaz Abu Bakar Al Baqir dan akhirnya menjadi inspirasi tubuhnya Gerakan Islam pertama Negara Hizbul Muslimin dan ia turut menjadi asas yang  membawa kepada tertubuhnya Parti islam Se Malaysia [PAS] pada 23 Ogos 1951 ], kembali berulang selepas genap 65 tahun dengan momentum dan gelombang baru kebangkitan ulama yang dipacu dan dihasilkan dari  Xpresi Ulama Muda Haraki pada tanggal 16 Mac 2013 di tapak yang sama, lalu memimpin perubahan yang sedang digerakkan oleh rakyat.

Selasa, 12 Mac 2013

APA DAH JADI SISTEM RISIKAN ? BOLEH JADI PERCEROBOHAN !

LEFTENAN JENERAL ( B ) ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID,BEKAS PANGLIMA TENTERA DARAT NYATAKAN PENDAPAT BAHAWA PENCEROBOHAN BERLAKU MUNGKIN KERANA SISTEM PERISIKAN GAGAL KESAN AWAL

Beliau juga melahirkan rasa terkilan apabila peristiwa pencerobohan ini lewat diatasi sehingga mengorbankan beberapa jiwa 


BAGAN DATOH : Ceramah " Serangan 4 Jeneral ke Bagan Datoh " yang dianjurkan pihak PAS Kawasan Bagan Datoh dan KERABAT Bagan Datoh pada minggu lalu turut menampilkan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat ATM, Leftenan Jeneral ( B ) Abdul Ghafir Abdul Hamid.Walaupun beliau yang sedikit lewat hadir masih lagi tetap bersemangat menyampaikan ceramahnya pada majlis tersebut

Beliau yang telah berhijrah di arena politik dengan menyertai dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat disambut baik masyarakat di Bagan Datoh. Sekiranya satu ketika dahulu beliau merupakan pejuang negara di medan perang tetapi kini perjuangan beliau ialah untuk rakyat bersama Pakatan Rakyat.


Abdul Ghafir ketika ucapannya, amat mengharapkan rakyat memahami suasana politik negara ketika ini serta menyatakan kesetiaan dan kepercayaan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat. Katanya lagi, sistem pertahanan negara sepatutnya tidak dipolitik demi sesetengah pihak kerana kesannya sangat membahayakan kedaulatan negara ini sendiri.

Antara lain kandungan ucapannya, beliau merasakan ada sesuatu perkara yang menghalang sistem perisikan negara berjalan dengan lancar. Ianya berdasarkan peristiwa perncerobohan di Lahad Datu Sabah beberapa minggu lalu. Ianya sangat memberi tamparan hebat kepada sistem risikan negara kerana bagaimana boleh gagal mengesan terlebih awal ka atas kumpulan tentera Sulu tersebut.


Bekas panglima ATM itu juga meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menjadi Kerajaan supaya mentadbir dengan baik seterusnya memberi keadilan seluruh rakyat.

Isnin, 11 Mac 2013

TERLALU JAGA UMNO,NEGARA DICEROBOH MUSUH : ABDUL HADI

PENCEROBOH TELAH MEMALUKAN NEGARA APABILA SISTEM PERTAHANAN GAGAL KESAN PENCEROBOHAN KE ATAS MALAYSIA

Bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ), Briged Jeneral ( B )  Abdul Hadi Abdul Khattab melahirkan rasa kekesalan tindakan lewat pemimpin negara atasi isu Lahad Datu, Sabah.


BAGAN DATOH : Mungkin kerana sibuk untuk mempolitikkan isu kerakyatan dan pertahanan negara akhirnya membawa padah. Demikian antara maksud isi kandungan ceramah salah seorang bekas pegawai pasukan pertahanan negara, Briged Jeneral Abdul Hadi yang hadir ke sini minggu lalu.

Menurutnya adalah tidak mustahil pencerobohan di Lahad Datu itu berkaitan isu pemberian Kad Pengenalan sebagai kerakyatan di kalangan masyarakat Sulu di Filipina. Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa penceroboh yang mendakwa mewarisi kesultanan Sulu adalah sebagai warga negara apabila mempunyai kerakyatan negara ini.


Ianya adalah akibat kerakusan pimpinan Umno/ BN untuk mempertahankan negara sehingga sanggup menggadaikan maruah dan keselamatan rakyat Malaysia.

Rabu, 6 Mac 2013

ISYTIHAR PERANG : LAKSAMANA AJAK PERANG?

ISU LAHAD DATU : MACAM MANA BOLEH DICEROBOH DAN BAGAIMANA SISTEM PERTAHANAN NEGARA KITA GAGAL MENYEKATNYA ?

Bekas Laksamana Pertama TLDM pertikai bagaimana pencerobohan di Lahad Datu berlaku, ianya memalukan TLDM.

BAGAN DATOH : Kehadiran Laksamana Pertama ( B ) Hj. Imran Abdul Hamid ke ceramah politik anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh menyatakan rasa pelik dan hairan apabila boleh berlakunya pencerobohan di Lahad Datu. Ini menurutnya adalah berkaitan dengan sistem perairan negara yang sentiasa di pantau dan dijaga oleh pihak keselamatan negara seperti tentera dan polis.

Beliau turut mempertikaikan tindakan oleh pihak kerajaan yang lambat untuk mengatasi isu tersebut sehinggakan ada jiwa yang terkorban dalam usaha mempertahankan negara.


Dalam ucapannya lagi, beliau lebih mengingatkan serta mengajak rakyat membuat perubahan dengan menukar kerajaan pada hari ini. Hujahnya ialah mereka ( Umno/ BN ) tidak lagi relevan lagi untuk diberi kuasa mentadbir negara ini. Terlalu banyak kerosakkan sistem pentadbiran dan kehidupan di negara ini.

Hj. Imran juga menyatakan bahawa Pilihanraya Umum adalah medan terbaik untuk rakyat melakukan perubahan itu. Oleh itu, beliau berpendapat bahawa pilihanraya sebagai " peperangan " diantara parti politik di dalam negara untuk memenangi PRU ini.


Ujarnya lagi, sebagai persiapan maka perlu seluruh jentera parti untuk mengatur strategik dan perancangan disamping mengenali siapakah pihak musuh yang akan dihadapi. Selain itu, tidak ditinggalkan doa dan munajat kepada Allah SWT.

jambori amal kuala kangsar 2008