pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 30 Ogos 2014

PERUTUSAN MERDEKA : " MALAYSIA..MINDA MERDEKA, ISLAM DI DAULAUTKAN,,"


Salam merdeka buat anak bangsa,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan pecipta sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, pembawa rahmat sekalian alam.

Saudara yang dikasihi sekalian,
Marilah sama-sama kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya sebagai pembuktian kepada dakwaan bahawa kita sebagai orang yang bertaqwa. Kedegilan kita dari mentaati perintah Allah akan memberi kesan bukan sahaja kepada diri kita sebagai individu, bahkan ia memberi kesan terhadap keamanan dan kesejahteraan Negara ini.

Allah SWT telah mengingatkan kepada kita semua agar sentiasa untuk mentaati segala perintahNya sebagaimana dalam Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka , umat yang lain?”
( Surah al an’aam ayat 6).

31 Ogos, Tarikh Keramat Buat Rakyat Malaysia.

Buat anak muda sekalian,
Alhamdulillah, sekali lagi pada tahun ini kita sama-sama masih diberi kesempatan dan peluang oleh Allah S.W.T untuk bertemu serta menyaksikan satu tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia iaitu 31 Ogos. Seluruh rakyat maklum dan pastinya tidak akan melupainya, bahawa tarikh tersebut adalah sangat penting dan amat bermakna kerana pada tarikh itulah Negara ini telah diisytiharkan sebagai sebuah Negara yang merdeka daripada kuasa penjajahan asing.

Kini, sudah 57 tahun berlalu peristiwa ketika mana saat laungan keramat “ Merdeka “ pertama kali bergaung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Laungan oleh YM. Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj selaku Perdana Menteri Malaysia pertama menggamatkan jiwa seluruh rakyat di Tanah Melayu di saat tersebut. Hanya perasaan gembira dan terharu disusuli rasa kesyukuran tidak terhingga oleh setiap rakyat atas anugerah keamanan setelah sekian lama dijajah.

Usahlah Dilupai Jasa Pengorbanan Jiwa Pejuang Tanah Air Terdahulu.

Beringatlah wahai anak muda,
Kemerdekaan dan keamanan Negara ini bukanlah diperolehi secara percuma dan mudah. Demikianlah, seharusnya kita tidak melupai jasa serta pengorbanan yang tinggi oleh para pejuang tanah air yang terdahulu. Khususnya sebagai anak muda dan generasi masakini janganlah sesekali kita lupa akan jasa perjuangan nenek moyang terdahulu dalam usaha memerdekaan Negara tercinta ini.

Pastinya menjelang tarikh 31 Ogos, nama-nama seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dato’ Maharajalela, Dol Said, Antanom, Mat Salleh, Tok Bahaman dan ramai lagi yang disemadikan sebagai pejuang Melayu yang menentang penjajahan British pada suatu ketika dahulu. Jangan pula dilupakan nama tokoh-tokoh lain seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan yang lain-lain lagi. Perjuangan rakyat daripada segenap lapisan khususnya para alim ulamak tanah air adalah merupakan satu jasa yang seharusnya tidak dilupai oleh anak muda hari ini.

Sambut Kemerdekaan dan Pengisian Penuh Bermakna.

Wahai teman-teman anak muda sekalian,
Kemerdekaan yang dikecapi ini adalah anugerah Allah S.W.T. Demikian itu, ianya satu nikmat yang wajib disyukuri, di isi dan dipertahankan. Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan dan kemerdekaan. Kemerdekaan sebenar ialah apabila kita sebagai individu mahupun secara bernegara mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan apabila syariat Islam dapat dilaksanakan. Islam satu agama yang memerdekakan manusia dari perhambaan kepada sistem-sistem manusia kepada hanya hidup dalam sistem Allah. Memerdekakan manusia daripada syirik kepada hanya mengesakan Allah. Memerdekakan manusia daripada menjadi tawanan hawa nafsu kepada pengabdian kepada Allah SWT.

Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Perjuangan kemerdekaan sebenarnya tidak berakhir dengan mengenyahkan penjajah dari bumi pertiwi. Negara masih belum cukup aman dari bahaya penjajahan. Sementara usaha membangun semula, memulihkan dari kerosakan-kerosakan yang berlanjutan beratus tahun selama era penjajahan belum diselesaikan secara tuntas, kini kita dihadapkan pula dengan jebakan penjajahan bentuk baru : penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, dominasi, globalisasi dan fahaman-fahaman yang sekilas seperti membawa kemajuan, namun telah meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan seperti liberalism, pluralism dan anti syariah.

Jangan Salah Ertikan Makna Kemerdekaan dan Kebebasan Ini

Ayuh anak muda,
Fahmi Huwaidy mengungkapkan satu fenomena baru yang lebih buruk daripada penjajahan iaitu iaitu perhambaan terselubung. Jika penjajahan lebih berupa perompakan kekayaan sesuatu bangsa tetapi perhambaan pula lebih berupa penguasaan terhadap diri sesuatu golongan. Ia juga dikenali sebagai “berjiwa hamba” tetapi bukan hamba kepada Allah ataupun mempunyai minda tawanan .

Jika zaman dahulu bentuk perhambaan ialah pemerasan tenaga fizikal demi kepentingan tuannya maka perhambaan bentuk baru ini apabila yang diperas adalah otaknya dan pemikirannya.

Maka lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya Negara ini. Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan.

Seruan untuk anak muda sekalian,
Dalam bergembira kita meraikan serta menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara yang tercinta ini, marilah bersama kita isikan nikmat yang dianugerah Allah SWT ini kepada kita dengan melaksanakan segala tuntutan syariat dan hukum hakam Islam dalam kehidupan.

Semoga ulang tahun kemerdekaan kali ini menjadikan kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT yang bersyukur, taat dan bertaqwa kepada Allah SWT. Juga jadikanlah kemerdekaan ini bukan sahaja daripada segi fizikal, bahkan minda perlulah bebas daripada anasir serta cara hidup sesat untuk menuju cara hidup Islam yang sebenar.

“ Malaysiaku…Minda Merdeka “

Ustaz Amir Hamzah bin Ibrahim
Pemangku Ketua

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh

Jumaat, 29 Ogos 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : PAS PERNAH MENANG KETIKA TANDINGI KERUSI DUN TERSEBUT PADA 1972

PAS pernah menang PRK Pengkalan Kubor 1972

ASLANI M | .

TUMPAT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor sebenarnya pernah menghadapi pilihan raya kecil (PRK) pada 1972 berikutan kematian wakil rakyat, Wan Abdullah Alimin Wan Sulaiman.


Adun PAS terbabit menang pada pilihan raya umum 1969 mengatasi calon Perikatan, Che Abdul Rahman Che Omar dengan majoriti 829 undi. Ketika itu Dun Pengkalan Kubor dikenali sebagai Tumpat Barat.

Wan Abdullah meninggal dunia akibat serangan jantung. PAS melalui calonnya, Wan Ismail berjaya mengekalkan kerusi tersebut pada PRK yang diadakan.

PAS bertapak di Dun Tumpat Barat sejak pilihan raya umum (PRU) pertama pada 1959 apabila calonnya Tuan Guru Haji Daud Yusof menang dengan majoriti 2,043 mengatasi calon BN, Osman Mohd Uddin.

Haji Daud sekali lagi menang pada PRU 1964 dengan majoriti lebih besar iaitu 3,191 undi menewaskan calon Perikatan, Mohamad Musa. Haji Daud ialah bapa kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassuruddin Daud.

Pengarah Jawatankuasa Khas N01 Pengkalan Kubor, Jamaluddin Ishak (gambar) berkata, BN hanya dapat merampas Dun berkenaan pada pilihan raya 1978 selepas Mageran berlaku di Kelantan.

Katanya, pada PRU tersebut calon PAS, Husin Abdullah berdepan dengan calon Berjasa yang berganding dengan BN, Tahir Abdul Aziz. Tahir juga menang pada PRU 1982.

“Pada PRU 1986 BN melalui Mat Nawawi Mat Jusoh mengekalkan kerusi tersebut yang dikenali sebagai Dun Simpangan,” katanya di sini.

Seorang penduduk, Razali Wan Min, 67 dari Kampung Tebing, Pengkalan Kubor berkata, Allahyarham Wan Abdullah berjasa besar kepada nelayan di Pengkalan Kubor apabila berjaya menubuh persatuan nelayan.

“Sebelum adanya persatuan nelayan, pemasaran ikan dikuasai tauke Cina. Tauke membayar dengan harga tidak sepandan dengan keringat nelayan.

“Disebabkan masalah tersebut arwah berusaha mewujudkan persatuan nelayan bagi memasarkan ikan-ikan didaratkan nelayan-nelayan tempatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya selepas kewujudan Persatuan Nelayan Pengkalan Kubur perniagaan tauke Cina terbabit terjejas teruk. - HARAKAHDAILY 28/8/2014

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI : " MENSYUKURI KEMERDEKAAN NEGARA ".

Friday, August 29, 2014
KHUTBAH JUMAAT - 29 OGOS 2014/3 ZULKAEDAH 1435H
“MENSYUKURI KEMERDEKAAN NEGARA”
Khutbah Jumaat

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِب
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْن
Sidang Jumaat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya sebagai pembuktian kepada dakwaan bahawa kita sebagai orang yang bertaqwa. Kedegilan kita dari mentaati perintah Allah akan memberi kesan bukan sahaja kepada diri kita sebagai individu, bahkan ia memberi kesan terhadap keamanan dan kesejahteraan Negara ini. Firman Allah SWT:
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ ﴿٦﴾
Maksudnya: Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka , umat yang lain? ( Surah Al-An’aam ayat 6).
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Syukur Alhamdulillah, Insya Allah dua hari lagi iaitu pada tanggal 31Ogos , kita akan menyambut hari Kemerdekaan Negara kali ke 57. Satu nikmat yang wajib disyukuri, di isi dan dipertahankan. Khutbah hari ini akan mengajak sidang Jumaat sekelian untuk mengembalikan nilai kemerdekaan Negara ini dengan nilai Islam.
Tuan-tuan sekelian,
Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan dan kemerdekaan. Kemerdekaan sebenar ialah apabila kita sebagai individu mahupun secara bernegara mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan apabila syariat Islam dapat dilaksanakan. Islam satu agama yang memerdekakan manusia dari perhambaan kepada sistem-sistem manusia kepada hanya hidup dalam sistem Allah. Memerdekakan manusia daripada syirik kepada hanya mengesakan Allah. Memerdekakan manusia daripada menjadi tawanan hawa nafsu kepada pengabdian kepada Allah SWT.
Sidang hadirin sekelian,
Apabila Negara kita merdeka dan telah mengambil Islam sebagai teras dan diabadikan dalam perkara 3 (1) perlembagaan yang memaktubkan:
“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”
Sepatutnya kita wajib memahami bahawa peruntukan undang-undang ini telah menyediakan tapak asas dan sebagai umat Islam yang menjadi majority penduduk Negara ini sepatutnya sepakat mengambil kesempatan berusaha dan menuntut supaya syariat Islam dan keindahan hidup dalam Islam dapat dilaksanakan di Negara ini demi untuk menikmati kemerdekaan sebenar.
Segala usaha untuk mempertikaikan kedudukan Islam di Negara ini mahupun segala usaha untuk menggalakkan penduduk Negara ini lepas bebas dari hukum hakam agama atas nama perjuangan hak asasi manusia ataupun segala usaha untuk memaksa Negara ini memakai piagam-piagam antarabangsa yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam seperti hak untuk murtad mestilah dilihat sebagai langkah yang terkebelakang dan usaha untuk menjerumuskan semula Negara ini dan rakyat nya ke dalam penjajahan baru yang hanya bertukar wajah.
Sidang Jumaat yang dihormati,
Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Perjuangan kemerdekaan sebenarnya tidak berakhir dengan mengenyahkan penjajah dari bumi pertiwi. Negara masih belum cukup aman dari bahaya penjajahan. Sementara usaha membangun semula, memulihkan dari kerosakan-kerosakan yang berlanjutan beratus tahun selama era penjajahan belum diselesaikan secara tuntas, kini kita dihadapkan pula dengan jebakan penjajahan bentuk baru: penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, dominasi, globalisasi dan fahaman-fahaman yang sekilas seperti membawa kemajuan, namun telah meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan seperti liberalism, pluralism dan anti syariah.
Kita sebagai umat Islam sudah kehabisan masa untuk terus membazirkan kekuatan-kekuatan yang masih tersisa ini seperti peluang dari sudut peruntukan undang-undang , kekuatan politik yang masih di tangan umat Islam, kekuatan bilangan majority penduduk Negara ini tersedut habis ke dalam silang sengketa perebutan kuasa dan harta. Menang sorak kampong tergadai. Sebaliknya marilah kita seluruh umat Islam bersepakat meletakkan Islam mengatasi kepentingan lain sebagai pengisian utama kemerdekaan Negara agar kemerdekaan Negara benar-benar kemerdekaan yang hakiki iaitu apabila kita dapat menjalankan syariat dan hukum hakam Allah dalam kehidupan kita.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Fahmi Huwaidy mengungkapkan satu fenomena baru yang lebih buruk daripada penjajahan iaitu iaitu perhambaan terselubung. Jika penjajahan lebih berupa perompakan kekayaan sesuatu bangsa tetapi perhambaan pula lebih berupa penguasaan terhadap diri sesuatu golongan. Ia juga dikenali sebagai “berjiwa hamba” tetapi bukan hamba kepada Allah ataupun mempunyai minda tawanan.
Jika zaman dahulu bentuk perhambaan ialah pemerasan tenaga fizikal demi kepentingan tuannya maka perhambaan bentuk baru ini apabila yang diperas adalah otaknya dan pemikirannya.
Maka lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya Negara ini. Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan.
Bahkan lahir golongan terpelajar peribumi yang terkurung dalam system dan orientasi barat sehingga tidak mampu memerdekakan diri dari sudut pandang, minda dan jiwa falsafah kehidupan barat seperti fahaman sekularisme, liberalism dan pluralism barat. Ibarat mereka ini “sarjana-sarjana” burung kakak tua yang hanya tahu meniru , tidak memiliki keaslian intelektual bahkan merelakan diri untuk dijajah selamanya.
Mari kita merdekakan diri dan mengisi kemerdekaan Negara dengan kembali kepada syariat Islam dan kita mulakan kesepakatan itu mulai sekarang.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Khamis, 28 Ogos 2014

SYEIKH ABDUL HADI AWANG : SOSOK NEGARAWAN YANG DIIKTIRAF DUNIA ISLAM.

SHEIKH ABDUL HADI AWANG: SOSOK NEGARAWAN YANG DIIKTIRAF DUNIA ISLAM
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.
Saat belahan negara Arab sedang dibadai fenomena Arab Spring, pandangan beliau dipinta oleh tokoh-tokoh besar gerakan Islam di Timur Tengah. Bagaimana harus untuk gerakan Islam memanfaatkan ruang untuk berpencak dipentas demokrasi persaingan kuasa, mengurangkan intriq antara pesaing dan juga memicu perubahan dalam ruang demokratik yang dibenarkan. Ikhwanul Muslimin akhirnya menubuhkan sayap politiknya , FJP serta berjaya mengadakan pemuafakatan politik dengan parti-parti yang lain. Nasihat Sheikh Abdul Hadi umpama ketulan-ketulan emas pengalaman yang sangat bernilai kerana PAS yang dipimpin oleh beliau telah memasuki dekad ke tujuh bertarung di medan persaingan kuasa.

Tokoh sesepuh perjuangan ini telah mengharungi samudera panjang perjuangan sehingga mendapat pengiktirafan dunia, beliau berkejar ke Kabul Afghanistan pada tahun 1989, sebaik sahaja Russia angkat kaki daripada bumi kontang bergunung ganang Afghanistan. Mujahidin yang pelbagai jalur itu disaran untuk menguruskan perbedaan dengan baik kerana Afghanistan memasuki fasa untuk dibina kembali negara bertunjangkan Syariat Islam.
Beliau juga hadir ke Baghdad pada tahun 1990 untuk bertemu Saddam Husain dan menyampaikan nuansa dan aspirasi gerakan Islam dunia tentang sikap dan peranan Iraq dalam konflik Timur Tengah yang mengheret Perang Teluk. Sheikh Abdul Hadi juga menjadi mediator dalam menguruskan konflik di Acheh, sehingga Gerakan Acheh Merdeka bersetuju untuk memilih jalan damai. Begitu juga konflik di Yaman dan beberapa negara Umat Islam yang lain, jasa beliau terserlah sebagai tokoh pendamai dan juga menelurkan idea-idea yang baik untuk umat Islam
Apabila berlaku transformasi kepimpinan PAS pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai pemangku Naib Yang Di Pertua PAS Pusat. Era kepimpinan ulama ini terus menyaksikan PAS disuburi dengan program amal tarbawi, harakatul ummah ini terus merimbunkan jihad pendidikan dengan menubuhkan banyak institusi pendidikan bermula dengan pendidikan pra sekolah PASTI, sekolah-sekolah Islam. Tuan Guru bersama teman-temannya telah menubuhkan maahad Darul Quran Rusila Terengganu pada tahun 1985, sebuah sekolah kaderisasi terbesar PAS.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (dipanggil Sheikh Abdul Hadi di luar negara) dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampong Rusila, sebuah perksmpungan nelayan yang terletak bberhampiran Bandar Marang, Terengganu yang mana ayahnya Tan Guru Haji Awang merupakan seorang ulama' tempatan dan aktivis politik yang dikeensli ramai di Terengganu. Beliau merupakan anak ke lima dari sembilan orang adik beradik dan dibesarkan di dalam asuhan agama yang kuat daripada ayahnya sendiri. Haji Abdul Hadi mula memasuki alam persekolahan pada tahun 1955 di Sekolah Kebangsaan Rusila dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Agama Marang dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMUZA).
Bakat dan kecemerlangan akademiknya telah dikesan semenjak beliau di bangku persekolahan lagi di mana kemudiannya beliau dtawarkan dengaan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Unversiti Islam Madinah. Haji Abdul Hadi telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang Siasah Syariah di Universiti Al Azhar, Mesir dan tamat pengajian pada tahun 1976. Rakan-rakan pelajar Malaysia yang sezaman dengan beliau telah mengesahkan minat mendalam Abdul Hadi kepada ilmu dan budaya membaca. Beliau kembali ke tanahair dan terus terlibat dengan aktif dalam bidang pembinaan kader-kader dakwah dan juga pengkuliahan, kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti negara ini dengan pantas menyambut ulama muda ini sebagai ikon kebangkitan Islam Malaysia. Sheikh Abdul Hadi menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan juga Pengerusi ABIM Terengganu, sebuah gerakan sosio politik anak muda yang ditubuhkan pada tahun 1971.

DI PERSADA LEGISLATIF
Sheikh Abdul Hadi Awang, memenangi Parlimen Marang pada tahun 1990, seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 apabila PAS berjaya menawan kembali Terengganu. Terengganu dengan sejarah pendidikan Islam yang gemilang dalam abad 19 dan awal abad 20 , disambung kembali legasi itu oleh kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh anak didik almarhum
Sheikh Said Hawwa dan Prof. Dr Muhammad al Wakeel.


KOMITMEN ANTARABANGSA
Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga telah dipilih menjadi ahli Majmak Takrik Mazhab Islami yang berpusat di Tehran, Iran. Beliau menyertai rombongan parti-parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Najmudin Erbakan, bekas Perdana Mentteri Turki pada tahun 1990 untuk berbincang dengan Setiausaha Agung PBB Butros Butros Ghali dalam usaha menyelesaikan krisis Teluk. Beliau juga pernah bersama pemimpin gerakan Islam yang lajn dijemput oleh Saddam Hussein ke Baghdad semasa krisis Teluk berlaku. Saddam ingin memperoleh sokongan umat Islam dalam krisis Teluk yang dicampuri oleh Amerika.

Pada tahun1994, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam yang berpusat di Istanbul, Turki. Beliau juga sentiasa di undang untuk menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan oleh Parti Islam Pakistan (Jamiat Islami) dan juga gerakan Islam di Indonesia seperti Parti Keadilan Sejahtera, Partai Bulan Bintang, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia dan sebagainya.

Beliau pernah menyampaikan ucapan-ucapan di Seminar Mukamar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam Dalam Menghadapi Masalah Bosnia Herzegovina di Tehran pada tahun 1995. Bosnia ialah negara di Balkan yang menyaksikan penyembelihan dan pembantaian umat Islam beramai-ramai oleh etnik Serbia, ratusan ribu telah menjadi korban keganasan militia Serbia. Perang 'salib' zaman moden ini mmengundang rasa simpati yang besar kepada umat Islam Bosnia yang dalam rakaman sejarahnya pernah bernaung di bawah Khalifah Uthmaniah Turki selama beberapa dekad.

Tuan Guru juga pernah mewakili PAS kke Muktamar Pertubuhan-Pertubuhan Islam Sedunia Ke 5 di Istanbul pada tahun 1996. Turki menjadi tuan rumah sidang tersebut dalam suasana kebangkitan Islam mula menyimbah negara yang pernah menyimbah negara yang pernah menjadi matahati umat Islam itu sehinggalah tumbangnya khilafah pada tahun 1924.

Tuan Guru dari masa ke semasa di undang ke luar negara untuk menghadiri pelbagai persidangan, seminar, ijtimak gerakan Islam di luar negara. Wajahnya juga pernah muncul di kaca TV seperti stesen TV 'al Manar', 'al Jazeera',dan sebagainya, mengupas pelbagai isu dan topik mengenai Islam dan dunia Islam.

SIAPA BULI SIAPA ? JAWAPAN BUAT PKR DI TERENGGANU...


Petugas PKR Ugut Calon PKR, Petugas Keselamatan PAS Jadi Pelindung
-Menjawab tuduhan PAS Terengganu buli PKR

Oleh : Dr Azman Ibrahim


Dua tuduhan rambang PKR berbunyi ‘PAS Terengganu injak dan buli PKR’ dan ‘Sabotaj PAS punca kekalahan PKR di Pengkalan Kubor’ mengajak saya untuk menulis catatan ini. 

Saya menulis berdasarkan pengalaman PAS Kawasan Setiu umumnya dan PAS Dun Permaisuri, DUN yang pernah ditandingi PKR dalam PRU 12 dan PRU 13 secara khususnya dalam melayan karenah rakan Pakatan Rakyat berlambang bulan sabit ini.

Sebelum itu perlu dimaklumi bahawa Parlimen Setiu mempunyai seramai lebih 67 ribu pengundi dengan DUN Permaisuri sahaja yang telah 2 penggal berturut-turut ditandingi oleh PKR mempunyai lebih 20 ribu pengundi.

PKR Cabang Setiu yang cuma bertaraf Jawatankuasa Penaja serta bermasalah dengan Perhubungan PKR Negeri Terengganu mempunyai ahli yang bilangannya yang tidak mencukupi 50 orang. Bayangkan dari seramai 20 ribu pengundi , calon yang bertanding mewakili parti yang hanya mempunyai ahli tak sampai setengah ratus orang untuk satu kawasan parlimen. Dalam DUN Permaisuri sendiri adalah beberapa belas orang.

Saya pernah bertanya rakan dalam PKR, “Sebab apa PKR Cabang Setiu cuma bertaraf Jawatankuasa Penaja sahaja, bukannya cabang rasmi?” Jawab mereka, “Sebab kami tak buat mesyuarat agong sampai 3,4 tahun. Bila sampai tahun pilihanraya umum baru kami buat mesyuarat. Sebab tu Jawatankuasa PKR Cabang Setiu dibatalkan.” 

Menjelang PRU 13, pemilihan calon PKR bagi DUN Permaisuri oleh pimpinan tertinggi parti mereka yang tidak direstui oleh PKR Cabang Setiu menyebabkan wujudnya konflik dalaman yang parah sehingga orang PKR Permaisuri sendiri kempen supaya jangan undi calon PKR! Calon diugut dengan diminta itu dan ini diluar kemampuan beliau, dituduh makan pitih dan sebagainya sehingga beliau terpaksa menjadikan menjadikan PAS sebagai tempat berlindung.

Saudara Azhar Jusoh yang ketika itu merupakan Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Merang, satu dari UPU dalam DUN Permaisuri mengungkapkan kepada saya bagaimana Jawatankuasa UPU PAS Merang secara 110% bertukar menjadi Jawatankuasa UPU PKR Merang. Kerana kebetulan calon berkenaan berasal dari Kampung Merang. Duit pengundi luar yang berjumlah puluhan ribu ringgit semuanya dari titik peluh PAS. 

Saya tanya saudara Azhar yang sekarang ini merupakan Naib YDP PAS Setiu, “Dari mana duit tersebut dikumpulkan?” Jawab Saudara Azhar, “Dari pelbagai sumber termasuk pinjaman dari individu-individu dalam PAS. Duit poket calon juga disediakan oleh PAS dan disebabkan calon menerima ugutan dari anggota PKR sendiri, PAS menyediakan kawalan keselamatan dari Unit Keselamatan PAS dan biaya anggota tersebut 100% ditanggung oleh PAS.”

Saudara Azhar menyambung lagi, “Saya sendiri sebagai Ketua UPU PAS Merang membelanjakan lebih RM20k peruntukan peribadi untuk membantu kempen calon PKR. Sebab itu bila timbul tuduhan jahat sebegini, saya tak dapat tidur lena.”

Pernah berlaku dalam tempoh kempen PRU 13 lalu, calon PKR Dun Permaisuri diugut untuk dipukul oleh orang-orang PKR sendiri semasa mengunjungi Pos Pilihanraya PKR lantaran beberapa kehendak mereka tidak dipenuhi oleh calon sehingga terpaksa dilindungi oleh petugas keselamatan PAS. Diulangi sekali lagi, bukan diugut oleh petugas PAS tetapi diugut oleh petugas PKR!

Saya tak berminat menyenaraikan apa yang telah sedia dimaklumi umum dari urusan tampal poster, pasang bendera, dirikan pos dan markas serta pelbagai lagi. Kalau bukan dari hasil tangan petugas PAS jawabnya tak akan kelihatan pos dan markas PKR. 

Data culaan pengundi pun mereka nak minta dari PAS sedangkan data ini adalah rahsia bilik gerakan parti yang hanya boleh dilihat oleh petugas yang berkenaan sahaja.

Malah perlu diketahui, dalam PRU 12, deposit calon pilihanraya PKR Terengganu juga dibayar oleh PAS Terengganu yang khabarnya telah dilesapkan oleh calon mereka. Duit poket yang sepatutnya diagihkan kepada pos dan markas pilihanraya juga diberikan oleh PAS Terengganu kepada calon PKR tetapi tak sampai pun ke tempatnya. Entahlah… mungkin senyap dalam poket calon. Rujuklah dengan PAS Kemaman dan PAS Dungun kerana mereka ada detail tentang perkara ini.

Nah! Berdasarkan catatan senario ringkas ini, siapa yang buli siapa sebenarnya? Siapa pula yang injak siapa? Masalah dalaman PKR, sila selesaikan secara dalaman. Tetapi oleh kerana perkara ini telah tersebar kepada umum, maka jawapan kepada umum adalah satu keperluan. Kita tak berminat nak mendedahkan kelemahan sesama rakan PR kecuali kerana rakan PKR ini sangat berhajat supaya kelemahan mereka didedahkan.

Kepada perwakilan Terengganu yang mengadu sambil menangis dalam Kongres PKR, saya nasihatkan “Kalau kita berhati tisu, tak payah masuk politik!”

Sabtu, 23 Ogos 2014

KETUA AMK BARU DIBOIKOT ? JPP PKR TERKILAN...

Ketua AMK: JPP PKR terkilan Nik Nazmi diboikot

SALMIYAH HARUN | .

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR melahirkan rasa terkilan apabila ada di kalangan ahli parti yang memboikot Ketua Angkatan Muda yang baru dipilih Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengerusi JPP PKR Datuk Johari Abdul berkata, sepatutnya anak muda tidak seharusnya menunjukkan sikap sedemikian kerana merekalah yang akan menerajui kepimpinan parti pada masa depan.

"Rakyat akan melihat pimpinan muda membawa obor ke tahap lebih tinggi. Kita akan masuk dalam pilihan raya dan akan dipimpin oleh anak muda," katanya.

Tegasnya, pengiktirafan anak muda hari ini merupakan peluang yang terbaik untuk mereka menunjukkan kepimpinan mereka.

"Kenapa harus kita boikot? Hentilah isu boikot, kita masuk gelanggang untuk memimpin. Kepimpinan Nik Nazmi akan membuatkan kuota melangkah lebih bergaya ke Putrajaya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika secara rasminya mengumumkan barisan kepimpinan baru PKR yang dimenangi dalam pemilihan baru-baru ini.

Para pimpinan tertinggi PKR yang baru memenuhi ruang pentas kongres sebaik diumumkan JPP satu persatu.

Bagaimanaoun jawatan Setiausaha Agung yang ada sekarang dilanjutkan sehingga pemilihan jawatan itu dibuat mengikut Fasal 27 parti.


Sidang kongres PKR esok akan dibarisi kepimpinan baru PKR iaitu Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan, Mohamed Azmin Ali, tiga naib, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli serta 20 pimpinan Majlis Tertinggi. 

– HARAKAHDAILY 23/8/2014

TAHNIAH BUAT TUAN GURU PRESIDEN...TG. HJ. ABDUL HADI AWANG DILANTIK NAIB KETUA KESATUAN ULAMAK SEDUNIA.

Presiden PAS dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.

Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.

Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.

Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.


Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu. - HARAKAHDAILY 23/8/2014

Jumaat, 22 Ogos 2014

MUKTAMAR TAHUNAN DPPN PERAK : " MEMACU DAKWAH, MENGUKUH THAQAFAH " TEMA KALI INI.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK BERMUKTAMAR KALI 31 DI MARKAZ TARBIYYAH AIR KUNING YANG DIPENUHI NOSTALGIA DAN KEBERKATAN

Telah berlangsung dengan begitu baik, perbahasan dan ucapan memperlihatkan kematangan para muktamirin pada kali ini.

TAIPING, Air Kuning : Bertemakan " Memacu Dakwah, Mengukuh Thaqafah ", Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah berjaya menjalankan muktamar tahunan buat kali ke 31 ini. Acara yang berlangsung di Markaz Tarbiyyah Air Kuning tersebut telah dihadiri daripada 24 dewan pemuda kawasan seluruh Perak.

Majlis perasmian pada kali ini telah disempurnakan oleh AF. Ustaz Muhammad Khalil Hj. Abdul Hadi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Turut hadir mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ialah En. Nasaie Ismail ( Setiausaha DPPM ), Tn. Hj. Noh Ahmad ( Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak ) dan beberapa pimpinan PAS di semua peringkat.

Muktamar yang telah berlangsung pada 17 Ogos 2014 ( Ahad ) itu menyaksikan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak telah dibacakan oleh Ustaz Akmal Kamaruddin ( Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak ) sebagai mewakili Ketua , YM. Dr. Raja Ahmad Iskandar al-Hiss yang tidak dapat bersama majlis perasmian dan peringkat awal muktamar atas sebab tertentu. Namu beliau akhirnya dapat bersama di pertengahan muktamar.

Tn. Hj. Noh Ahmad selaku wakil Badan Perhubungan PAS Perak telah menyampaikan ucapannya yang penuh dengan nasihat serta pandangan buat ahli-ahli Pemuda PAS Perak khususnya. Beliau juga berpesan buat para muktamirin mengambil penganjaran serta pengalaman pimpinan terdahulu bagi memastikan perjuangan PAS terus di atas landasan yang sebenar.






















Khamis, 21 Ogos 2014

KELUAR UMNO, PENGAKUAN NAKHAIE..ANGGAP UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN PERJUANGKAN ISLAM.

Parti korup, Nakhaie isytihar bukan Umno lagi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad hari ini mengisytiharkan bukan lagi ahli Umno.

Beliau yang sebelum ini sering menjadi rujukan Umno khususnya berdepan PAS dalam isu-isu berkait agama, membuat kenyataan mengejutkan itu di Facebooknya.

"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

Kenyataan itu muncul dua hari selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Najib Najib yang disifatkannya sebagai lemah.

- HARAKAHDAILY 21/8/2014


ISU MB SELANGOR : TUAN GURU PRESIDEN PAS NAFI TERIMA TITAH SULTAN SELANGOR...

Presiden PAS nafi terima titah mengenai isu MB S'gor

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pihak Pejabat Presiden PAS ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat seolah-olah wujud titah arahan tertentu Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

"Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan," jelas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas.


Beliau menjelaskan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi telah memohon mengadap Tuanku pada hari raya keempat sempena Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan daripada baginda mengenai isu MB Selangor. - HARAKAHDAILY 21/8/2014

Isnin, 18 Ogos 2014

TAZKIRAH : BERSAMA NAIB PRESIDEN - BERSABARLAH, ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA !

Bersabarlah, ada hikmah di sebaliknya

DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



WAHAI anakku, 

Allah boleh segera membersihkan Aisyah r.a. bila mana ia difitnah, namun sengaja Allah biarkan selama tiga bulan baharulah ayat membersihkan beliau diturunkan. 

Wahai anakku, kenapa Allah lakukan demikian? Al-Quran menjelaskan tujuan-Nya untuk Baginda dan para sahabat mengenali siapa yang beriman dan siapa yang munafik.

Aku tidak akan kata demikian kepada apa yang berlaku, namun aku kata siapa yang sabar dan taat dan siapa sebaliknya. 

Wahai anakku,

Aku juga ingin mengingatkan kamu betapa sewaktu bani Israel yang beriman dengan Nabi Musa mendesaknya untuk menyatakan dengan jelas ke manakah mereka harus lari bagi menyelamatkan diri daripada tentera Firaun yang mengejar mereka. 

Lalu, mereka diarahkan lari ke tepi lautan. Pada saat itu, andainya mereka tidak sabar dengan perintah Nabi Musa tentulah mereka meninggalkan Nabi Musa lalu mereka akan dihancurkan oleh Firaun. 

Akan tetapi, kesabaran dan ketaatan telah menyelamatkan mereka daripada musibah yang besar, bila mana Allah memerintahkan Nabi Musa memukul lautan, bagi membuka jalan untuk menyelamatkan mereka.

Lihatlah dengan mata hati, anak kesayanganku, pada saat yang genting itulah datangnya ujian Allah kepada kita. 

Hendak diuji sama ada kita akan membelakangi jamaah atau meninggalkan jamaah. Aku mohon kita semua diberi perlindungan Allah daripada petaka itu.

Oleh itu wahai anakku, apa payah bagimu bersabar seketika sementara menunggu jawapan bersama jamaah?

Janganlah kerana engkau bimbang keputusannya tidak selaras dengan kehendakmu, lalu engkau tidak sabar dan tergopoh melakukan sesuatu yang dilihat seolah-olah memaksa jamaah menuruti kehendakmu.

Jangan pula kamu merasai hebatnya tindakanmu kerana tindakan kamu ini akan membangkitkan serangan yang sedang tidur ke arah kamu. Aku cukup bimbang harga yang perlu dibayar oleh kamu hanya kerana ketidaksabaranmu menunggu jawapan jamaah. – 

HARAKAHDAILY 15/8/2014

KRISIS MB SELANGOR : UMNO-BN PASTI KECEWA TERHADAP KEPUTUSAN PAS !

Keputusan PAS kecewakan Umno dalam isu MB Selangor

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan menerusi facebook beliau.


Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi  kerana telah berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik. 

"Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan," tulis ketuanya, Suhaizan Kayat di dalam facebooknya.

Katanya, PAS pernah menyokong Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang kerana pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.

Namun, ujarnya sokongan tersebut bertukar setelah Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR kerana tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Khalid.

"Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan Menteri Besar kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP," tulisnya lagi. -HARAKAHDAILY 17/8/2014

KRISIS MB SELANGOR : PAS MESYUARAT, CALONKAN 2 PENGGANTI TSKI ANTARA WAN AZIZAH ATAU AZMIN.

PAS calon Wan Azizah, Azmin ganti Khalid

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)," kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden Mohammad Sabu pada sidang media sejurus selesai mesyuarat tengah hari ini.


Keputusan itu katanya dibuat selepas PAS Pusat membuat pertimbangan dalam pelbagai sudut.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada tiga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

- HARAKAHDAILY 17/8/2014

 

Jumaat, 15 Ogos 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN BAGAN DATOH KALI 31: PERJALANAN PENUH UKHUWAH DAN MAHABBAH

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN : PERBAHASAN MENINGKATKAN KEMATANGAN AHLI MENANGANI ISU PANAS 

Perjalanan mesyuarat dengan baik dan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn. Hj. Noh Ahmad

SELEKOH, BAGAN DATOH, 10 Ogos : PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 31 dengan lancarnya. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Noh Ahmad selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.












Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008