pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 13 November 2014

TOLAK JAMAAH DHIRAR..

Tolak jamaah dhirar

NASRUDIN HASSAN | .

1. Kebenaran sesebuah perjuangan bukan dinilai pada ramainya penyokong kerana musuh kebenaran iaitu Syaithan A'laihi Laknatullah juga tidak terbilang pengikut dan penyokongnya. Sebaliknya mi'yar (neraca) penentu benar atau salah ialah berasaskan matlamat dan manhaj yang diguna, sejauh mana ianya patuh syariah. Firman Allah swt:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah Al Ana'am: Ayat 153

2. Hanya Islam dan perjuangannya yang diakui benar oleh Allah SWT. Ia berlandaskan prinsip dan objektif yang jelas, iaitu tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Bukan perjuangan yang dibina atas dasar tidak puas hati dan kebencian kepada pihak tertentu. Sementelah tindakan mengasaskan sebuah jamaah untuk memecahbelahkan kesatuan ummah, maka sifatnya tidak ubah seperti penubuhan Masjid Dhirar yang wajib dibubarkan.

3. Meskipun zahirnya Masjid Dhirar itu adalah sebuah masjid, sebagai tempat beribadah kepada Allah SWT. tetapi Nabi s.a.w. mengarahkan supaya masjid itu diruntuhkan kerana ia tidak dibina atas dasar taqwa iaitu tunduk dan patuh kepada Allah SWT, sebaliknya diasaskan untuk memberi saingan kepada masjid yang terlebih dahulu dibina oleh Rasulullah s.a.w.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

AMAL & KEBAJIKAN : DPPK BAGAN DATOH CAKNA MASYARAKAT, GOTONG-ROYONG DAN ZIARAH

JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN BAGAN DATOH DENGAN KERJASAMA LAJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN DAN PEMUDA PAS SG. BATANG TURUN BANTU MASYARAKAT

Program bertujuan memberikan bakti khidmat dan merapatkan ukhuwah Islamiah.

SG. BATANG, SELEKOH, 18 OKT. : Pihak Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan Datoh dengan kerjasama Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh dan Pemuda PAS Cawangan Sg. Batang telah menganjurkan program gotong -royong menghapuskan Aedes dan ziarah kasih budiman di sekitar kawasan Kg. Sg. Batang.

Bermatlamatkan untuk memberikan khidmat masyarakat disamping merapatkan ukhuwah islamiah antara Pemuda PAS dan masyarakat setempat. Program yang tersebut yang berlangsung pada 18 0ktober 2014 iaitu hari Sabtu dan bermula pada jam 8.00 pagi. Dalam misi program beberapa buah rumah penduduk tempatan telah dipilih untuk dibersihkan.

Selain membersihkan persekitaran rumah, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut menghukurkan sumbangan berbentuk bahan makanan kepada mereka yang memerlukan. Menurut Pengarah Program, Tuan Nurol Amin Ithnan berkata bahawa program sebegini memang sangat baik untuk diteruskan pada masa akan datang.

Manakala Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyaraktan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Encik Muhammad Nizam Khairi berkata bahasanya program dan aktiviti ini akan di teruskan secara bersiri dan bulanan di setiap cawangan dan kampung-kampung sekitar kawasan Bagan Datoh.












jambori amal kuala kangsar 2008