pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 11 Disember 2015

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS : SYARIAT ISLAM ASAS PENYATUAN UMMAH.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437 M

“Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah”


1) Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.
2) Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.
3) Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana - mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.
4) Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.
5) PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT.
6) PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

3 ulasan:

DinSerati berkata...

kah kah kah

Presiden UMNO secara berterus terang dan rasmi menghulurkan tangan persaudaraan dan saliturahim kepada PAS.Tawaran ini dibuat dalam ucapan dasar dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU), yang dihadiri perwakilan bahagian-bahagian sebagai wakil kepada setiap ahli akar umbi UMNO.
Sebenarnya sebelum perhimpunan ini, presiden UMNO telah menjelaskannya dalam temuramah beliau yang disiarkan keseluruh negara.
Pada asasnya, pimpinan PAS terdiam membisu tanpa memberi apa-apa komen, mungkin mereka diam teruja dengan tawaran yang dikemukakan oleh presiden UMNO.
Namun terdapat dua orang pemimpin kanan PAS yang memberi reaksi yang agak negatif ke atas tawaran tersebut. Cai tuan brahim dan Skandar Jawa menolak dan mengecilkan tawaran tersebut dengan membangkitkan kesah-kesah lampau.
Namun presiden PAS bertindak teramat bijak dengan mengarahkan semua pimpinan berhenti membuat kenyataan dalam isu ini.
Mungkin presiden PAS cuba menyekat saki baki penyokong TGNA dari mengeluarkan komen yang boleh menguris hati dan memalukan presiden UMNO dan ahli-ahli UMNO. Dimana semua orang mengetahui, bahawa TGNA merupakan seorang yang tegas dan keras terhadap hubungan UMNO & PAS.
Bahkan TGNA sanggup "menghalau" Tim. Prediden PAS pada waktu itu, kerana dituduh menjadi dalang penubuhan kerajaan perpaduan (UG) dengan UMNO.
Namun ketiadaan TGNA, pimpinan baru PAS mempunyai ruang yang selesa untuk mengadakan perbincangan face to face dengan pimpinan UMNO.

DinSerati berkata...

Bagi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang masih ragu-ragu dengan usaha untuk mengabungkan (kerjasama) antara PAS dengan UMNO.
Disini dikemukakan dalil-dalil untuk menguatkan hati dan boleh digunakan pimpinan PAS untuk menunduk dan menenangkan ahli-ahli dan penyokong PAS dari menolak usaha murni ini.

Dalil pertama.

1- Ukhwah dan perpaduan dikalangan umat Islam menjadi matlamat utama (maqasid ad-Dharariyah) dalam sistem politik Islam (siyasah as-Syari'eyyah).
Perpaduan dan ukhuwah Islamiyyah juga merupakan salah satu syarat utama kepada kesempurnaan iman seseorang muslim.
Bukankah pergabungan antara PAS dan UMNO akan merapatkan kembali persaudaraan dan membina ikatan ukhuwah Islamiah.
Dimana pimpinan PAS yang lama telah melakukan kesilapan yang besar dengan menyebarkan sangka buruk dan fitnah sesama Islam (UMNO).
Segala dosa tersebut, InsyaAllah akan diampuni Allah.

DinSerati berkata...

Dalil kedua.

2- Berdasarkan kaedah "saddu az-Zaraie".
Memelihara agama dan bangsa daripada dicerobohi dan bahaya merupakan sesuatu kewajipan bagi setiap muslim.
Unsur-unsur yang boleh menjadikan agama dan bangsa melayu dalam bahaya mesti disekat dan dihalangan.
Usaha ini dikategorikan sebagai kaedah "saddu az-Zaraie". Kaedah ini adalah satu kaedah yang penting dalam realiti dan pengamalan siyasah as-Syarieyah.
Terdapat usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu, terutama parti politik bukan Islam yang didominasi oleh golongan extrem bangsa asing yang berusaha untuk membantukkan pelaksanaan Islam di Malaysia dan kemajuan bangsa melayu.
Umat Islam mesti manghalang usaha ini dengan bersatu dan meneguhkan perpaduan. Pergabungan dan penyatuan PAS dengan UMNO akan menjadi perisai kepada agama dan bangsa.
PAS tidak boleh terus dilamun dengan retorik yang ditinggalkan golongan ulamak mereka terdahulu untuk menjadi peneraju kepada perpaduan Melayu. Retorik yang mengatakan bahawa PAS akan menjadi parti yang memerintah Malaysia adalah " usaha mengejar bayang-bayang sahaja.

jambori amal kuala kangsar 2008