pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 30 April 2015

SOKONGAN BUAT USTAZ YUSNI MAT PIAH DAN USTAZ NAZRI, INSYA ALLAH ADA KEBERKATANNYA.

DPPK BAGAN DATOH SOKONG KEPUTUSAN DPPN PULAU PINANG, TERUS DOAKAN KEJAYAAN USTAZ NAZRI DI ROMPIN

Tiada Istilah " U-Turn ", Bahkan Buktikan Ustaz Yusni Berjiwa Besar dan Jentera PAS Terus Berusaha Menangkan Ustaz Nazrin di Rompin.

SELEKOH, BAGAN DATOH : Dengan keputusan terbaru daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah menarik keputusan sebelum ini iaitu merehatkan seluruh jentera pemuda PAS negeri tersebut sempena Pilihanraya Kecil ( PRK ) Permatang Pauh dilihat satu keputusan yang terbaik. Berikut keputusan terbaru itu bermakna jentera pemuda PAS negeri tersebut akan membantu kempen dan pergerakan sepanjang tempoh Pilihanraya Kecil tersebut yang akan berlangsung pada 7 Mei.

Muhammad Haidzir Ajid - Ketua Penerangan DPPK Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ( DPPK BD ) turut menyokong penuh keputusan pihak DPPN PP tersebut kerana telah menyaksikan serta membuktikan bahawa Ustaz Yusni Mat Piah selaku Ketua DPPN PP  mempunyai jiwa yang besar apabila membuat keputusan tersebut kerana akur dan patuh atas arahan parti ( PAS Pusat ).

Keputusan yang tersebelum ini diputuskan oleh pihak DPPN PP kerana keenganan pihak AMK Pulau Pinang untuk memohon maaf atas penghinaan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang sebelum ini. Namun setelah perbincangan dan mesyuarat yang telah dihadiri sendiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menjadikan keputusan tersebut diubah atas sebab akur dan patuh arahan parti.

MANAKALA di Rompin,menjelang PRK Parlimen tersebut menyaksikan kesibukan para petugas dan jentera PAS yang turun ke kawasan itu. Tidak ketinggalan, para jentera PAS seluruh peringkat dan negeri hadir serta membantu kempen dan tugas-tugas pilihanraya di sana.

Menurut Ketua Penerangan DPPK Bagan Datoh, Muhammad Haidzir Ajid menyatakan keyakinan bahawa calon PAS di Rompin mampu membuat kejutan di PRK kali ini.

" InsyaAllah, percaya dan yakinlah bahawa PAS mampu membuat kejutan di Rompin. Namun usaha dan doa jangan diabaikan oleh seluruh jentera dan ahli PAS." Jelasnya ketika ditemui oleh pihak Unit Media & Berita DPPK BD.

PJ PAS PERAK : TUAN GURU PRESIDEN PAS SELAYAKNYA SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG.

DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG SELAYAKNYA DIANGKAT SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG
Situasi politik menjelang suasana semasa dan persiapan menghadapi PRU14 memerlukan ikon yang boleh menjadi "enabling factor" untuk menumbangkan dominasi UMNO/BN.
Sekali lagi saya tegaskan rakyat sudah muak dengan UMNO. Persoalannya kepada siapakah kuasa pemerintahan akan diserahkan? Siapa yang akan mendominasi? Adakah di sana jaminan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa?
Adakah wujudnya keadilan dalam agihan kekayaan negara? Adakah sistem pentadbiran negara akan lebih transparent? Apakah pengganti UMNO/BN boleh dipercayai dalam memikul amanah ini?
Dengan apa alasan sekalipun landskap politik Malaysia, tidak boleh meminggirkan survival Melayu dan Islam. Inilah benteng terakhir UMNO/BN. Parti bukan Melayu dalam komponen BN tidak bersetuju, tetapi mereka harus "bersetuju di atas perkara yang mereka tidak bersetuju" demi mengekalkan kuasa BN.
Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang boleh mempercepatkan dan memudahkan proses peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan datang.
Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap cadangan saya, dan mungkin ia adalah "persetujuan yang mereka tidak bersetuju".

"PAS MELANGKAH DENGAN BERRINSIP, MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

* Catatan Kempen PRK P091 dari Felda Kratong 4 ke Markas Induk, Bandar Muazam Shah.

Terus beristiqamah
Hj. Razman Hj. Zakaria 
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu, 29 April 2015 
11 Rejab 1436

Jumaat, 24 April 2015

MAT PAS KAWASAN BAGAN DATOH : PERUBAHAN JAWATAN TYDP, YDP DAN NAIB KEKAL TANPA TANDING SERTA BEBERAPA AJK BARU DIPIPIH.

USTAZ MISBAH KEKALKAN JAWATAN YDP, TYDP ADA PERUBAHAN DAN NAIB YDP MENANG TANPA BERTANDING

Mesyuarat Agung Kawasan Kali 51 Saksikan YDP kekal buat tahun ke 11 dan Timbalan YDP bertanding, Haji Ariffin Menang Setelah Pencabar Tarik Diri.

BAGAN DATOH , Selekoh : PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunannya buat kali 51 pada 12 April 2015 ( Ahad ) dan bertempat di Dewan Utama, Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh.


Mesyuarat kali ini telah pun dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Mahfuz bin Omar ( Ahli Parlimen Pokok Sena/ Ketua Penerangan PAS Pusat ).

Mesyuarat Agung Kali ke 51 ini menyaksikan beberapa perubahan bagi jawatankuasa kerja PAS Kawasan.

Namun, bagi jawatan Yang Dipertua ( YDP ),pihak perwakilan dan seluruh ahli PAS Kawasan masih memberi kepercayaan kepada Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki jawatan tersebut. Beliau berjaya mengekalkan jawatan tersebut kali tahun ke 11 setelah menang tanpa bertanding.


Manakala bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua ( TYDP ), menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Ustaz Ahmad Shaarani Imam dan Ustaz Ahmad Jailani bin Abdul Hamid. Keputusan pertandingan tersebut memihak kepada Ustaz Ahmad Shaarani Imam.

Jawatan Naib Yang Dipertua ( NYDP ) pula diisi dan di kekalkan oleh Tuan Hj. Ariffin Hussein setelah menang tanpa bertanding.


Ahli Jawatankuasa kerja seramai 16 orang yang dipilih dalam mesyuarat oleh perwakilan pula adalah :- Dr. Nurul Huda, Fathillah Salleh, Mohamad Khairi Abdullah, Abduh Sukirmen, HJ. Abdul Aziz Abas, Rosilawati, Zulkifli Ariffin, Ahmad Zakaria, Norzaman Samuri, Suhaimi Samuri, Baharuddin Mat Yit, Ahmad Fauzi Hashim, Mohd Asri, Termizi Mansor, Mohd Zaini Sunan dan Ahmad Jailani Abdul Hamid.

Khamis, 23 April 2015

TOLAK DAN BANTAH GST : CUKAI YANG BEBANKAN RAKYAT, BUKAN CARA TERBAIK PULIH EKONOMI NEGARA!

TOLAK GST : KECEWA DENGAN SIKAP KERAJAAN TERUS MENZALIMI RAKYAT DAN INI BUKAN CARA TERBAIK ATASI MASALAH EKONOMI NEGARA

Sistem Cukai Baru Tersebut Jelas Tekan Rakyat Berpendapat Rendah, Harga Barangan Keperluan Naik dan Menteri Terus Beralasan


SELEKOH, BAGAN DATOH : Rakyat pada hari ini terus tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi berikutan sistem Cukai Barangan & Perkhidmatan ( GST – Good and Services Tax ) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan mulai pada 1 April lalu. Terdapat banyak pihak menyatakan rungutan serta bantahan akibat kesan buruk daripada sistem cukai terbaru itu yang dilaksanakan dalam Negara ini.

Berikutan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut menyatakan bantahan terhadap sistem percukaian GST yang jelas membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapat rendah. Pastinya ramai pihak terkena kesan yang negatif setelah GST ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Sdr. Ahmad Syukri bin Md. Suhot menjelaskan bahawa apa yang telah dan cuba dilakukan oleh pihak kerajaan sekarang ialah hanyalah usaha yang menambahkan penderitaan ekonomi rakyat dan Negara.

Walaupun dilihat ianya mungkin satu usaha pihak kerajaan untuk masalah kewangan dan ekonomi Negara namun ianya dilihat bukanlah cara yang terbaik buat masa kini.

“ Persoalan besar berlaku apabila, pihak kerajaan dalam usahannya memulihkan ekonomi Negara sedangkan pihak kerajaan jugalah melalui menteri-menterinya berlaku boros dan banyak membazir dalam masa yang sama.” Terangnya lagi yang juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh.

Biarlah apa pun pihak kerajaan canang dan terangkan tentang GST ini, dengan kepelbagaian kaedah di media cetak atau massa namun realitinya ianya usaha yang salah dan silap.

Dalam masa sama juga, pihak kerajaan telah mempergunakan Majlis Fatwa Malaysia, Ulamak-ulamak pro – kerajaan, agensi-agensi agama kerajaan dan NGO-NGO agama untuk mengharuskan cukai sebegini dilaksanakan sesuka hati. Kononnya seolah-olah tindakan kerajaan itu tepat dan betul.


“ Kita juga mencabar pihak kerajaan dalam memastikan hukum sebenar pencukaian melalui cara GST ini. Yang mana tidak kira orang miskin atau kaya yang terlibat dengan GST. Ini adalah tidak betul sebagaimana dalam hukum Islam. Bahkan terdapat banyak pendapat ulamak-ulamak yang mengharamkan cukai ini kepada pihak yang tidak layak dikenakan.” Jelas Ahmad Syukri lagi.

PRK ROMPIN : DPPK BAGAN DATOH BERKEYAKINAN FAKTOR CALON DAN ISU SEMASA BERI KELEBIHAN CALON PAS

PRK P.091 ROMPIN : DPPK BAGAN DATOH MENYOKONG PENUH PEMILIHAN USTAZ NAZRI AHMAD SEBAGAI CALON PAS DI KERUSI PARLIMEN TERSEBUT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh yakin dengan keputusan PAS Pusat meletakkan YDP PAS Kawasan Rompin sebagai yang terbaik


BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh percaya dan yakin dengan perletakkan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Parlimen Rompin kali ini adalah yang terbaik. Calon PAS, Ustaz Nazri bin Hj. Ahmad yang telah pun sah sebagai calon seusai proses penamaan calon pada hari semalam .

Yang Di Pertua Pas Kawasan Rompin, Nazri Ahmad diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.Pengumuman calon dibuat oleh Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayob dalam satu ceramah di Rompin pada Isnin malam.
Nazri, 40, merupakan lulusan Universiti Al Azhar, Mesir, dalam bidang Syariah Islamiah dan merupakan anak watan Rompin.
Manakala calon BN yang akan bertanding ialah Datuk Hasan Arifin yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Rompin. Pilihanraya kecil tersebut terpaksa diadakan berikutan kerusi parlimen tersebut kosong kerana penyandangnya Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis telah meninngal dunia akibat nahas helikopter di Semenyih.
Menurut Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Sdr. Ahmad Nordin Samrin bahawa pilihanraya kecil di Rompin kali ini memberi peluang terbaik untuk PAS memenangi kerusi tersebut. Ini kerana dalam keadaan isu - isu rakyat dan negara menyaksikan kelemahan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika ini.
Antara isu hangat pastinya berkaitan GST dan persoalan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri.





PRK ROMPIN & PERMATANG PAUH : PELUANG DAKWAH TOLAK GST DAN JELAS KEBAIKAN HUDUD

Dewan Ulamak PAS Pusat
PRK Rompin dan Permatang Pauh Medan Dakwah Menolak GST dan Menjelaskan Kebaikan Hudud
1. Pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh adalah peluang terbaik untuk ahli-ahli PAS menyampaikan risalah politik Islam khususnya dalam dua isu terkini negara iaitu percukaian GST yang zalim dan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

2. Meskipun majoriti kemenangan BN sebelum ini sangat besar di Rompin iaitu lebih 15 ribu namun tiada yang mustahil untuk kemenangan berpihak kepada Parti Islam Semalaysia PAS menurut logik iman. Keyakinan kita ialah sebagaimana firman Allah dalam al-Baqarah 249;
قَالَ الَذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاقُوا اللَّهِ
كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Berkata golongan yang yakin bahawa mereka pasti bertemu Allah; betapa banyak kumpulan yang sedikit mengalahkan kumpulan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"
Ungkapan itu adalah penegasan golongan tentera Talut yang yakin dengan janji Allah sebagai membalas kata-kata melemahkan semangat oleh sebahagian tentera Talut; "tiada kekuatan pada kita hari ini berhadapan dengan Jalut dan tenteranya"

3. Ahli-ahli PAS perlu gigih berjihad berkempen dengan keyakinan bahawa kemenangan adalah milik kita dengan izin Allah sebagaimana firmanNya dalam Aali Imran 160
إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
"Sekiranya kamu dimenangkan oleh Allah maka tiada yang boleh mengalahkan kamu. Dan sekiranya Dia mengecewakan kamu maka siapakah lagi yang boleh memenangkan kamu selepasNya? Dan kepada Allah sahaja hendaklah bertawakkal menyerah diri oleh orang-orang beriman "

4. Tuntutan melaksanakan kerja dakwah memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, mengajak ummah kembali kepada pemerintahan Islam, mencegah kemungkaran politik oleh Barisan Nasional adalah kewajipan bersama ahli-ahli PAS yang dididik dengan firman Allah dalam surah Taubah 71
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
"Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka merupakan pembantu kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh melakukan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Mereka menegakkan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya".

5. Berkempenlah dengan penuh hikmah kebijaksanaan. Santunilah para pengundi dengan wajah manis dan tutur kata yang lunak dan ungkapan yang baik. Berdoalah agar hati mereka terbuka untuk bersama membantu perjuangan Islam. Jagalah solat berjamaah sepanjang kempen. Bangkitlah di waktu malam bermunajat kepada Allah. Doa adalah senjata mukmin khususnya pejuang Islam.

6. Ingatlah firman Allah dalam al-Qasas 56
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Sesungguhnya kamu tidak boleh memberi hidayah kepada orang yang kamu sayang tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia lebih tahu orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"

7. Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS pelbagai peringkat turun menjalankan tugas sepanjang tempoh berkempen khususnya di Rompin.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Rabu 22hb April 2015
5.38 pg Serting, Negeri Sembilan

Sabtu, 4 April 2015

DPPK BD : KAMI TERUS MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN ULAMAK DAN TUAN GURU PRESIDEN

TERUS BERISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN, MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN ULAMAK DAN TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG SELAKU PRESIDEN PAS

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh nyatakan sokongan padu buat kepimpinan Ulamak bagi PAS.


BAGAN DATOH : " Suka kami nyatakan pendirian kami bahawa akan terus menyokong penuh dan padu terhadap kepimpinan Ulamak dan kami berdiri teguh menyokong Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS." Demikian kenyataan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh seusai Mesyuarat Agung Tahunannya kali 31, di sini.

Ketuanya, Ustaz Amir Hamzah Ibrahim menyatakan pendirian tersebut setelah meneliti dan kesepakatan bersama ahli Pemuda PAS di kawasan tersebut dicapai . 

Jelasnya, tiada sebab dan alasan untuk menukarkan Presiden yang ada sedia ini ini. 

" PAS, sebagai sebuah jemaah dan harakah Islamiah dan perjuangannya pasti untuk menegakkan syiar dan syariat Islam, pastinya ia memerlukan seorang ketua dan pemimpin yang tahu dan pakar dalam ilmu Islam." menurutnya lagi.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang seharusnya terus memimpin PAS kerana berdasarkan kelayakkan beliau. Sebagai seorang ulamak yang cukup dikenali dan disegani oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia pastinya ia sudah cukup membuktikan beliau layak terus sebagai Presiden PAS.


Namun jelasnya lagi, beberapa isu sahaja ditimbulkan sejak kebelakangan ini adalah merupakan perancangan jahat daripada pihak - pihak tertentu yang tidak brtanggungjawab. Ianya mungkin daripada pihak yang tidak menyenangi gerakan Islam seperti PAS yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

Amir Hamzah juga menegaskan bahawa PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah yang merangkumi 3 perkara asas iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah akan terus berdiri teguh sekiranya seluruh ahli terus memahami konsep perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW ini.


KHUTBAH KHAS SEMPENA SOLAT GERHANA BULAN : TANDA - TANDA KEKUASAAN ALLAH SWT.

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PERAK
Khutbah Gerhana Bulan 4 April 2015
“KHUTBAH KHAS SEMPENA SOLAT GERHANA BULAN”
04 APRIL 2015M / 15 JAMADIL AKHIR 1436H


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمِنْ آَيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Terjemahan : “ Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
(Surah al-Fussilat : 37)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Sidang Jemaah Sekalian,
Pada malam ini 15 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 4 April 2015M, kita sekali lagi ditunjukkan oleh Allah S.W.T keKuasaannya dan keAgungannya dalam mentadbir dan mengurus alam ini. Pada malam ini sedang berlaku gerhana bulan penuh yang pertama pada tahun 2015. Sebelum itu gerhana matahari penuh telah pun berlaku pada 20 Mac 2015M, namun oleh kerana kedudukan kita di Malaysia, berada di luar dari laluan gerhana tersebut, maka kita tidak dapat menyaksikannya. Gerhana bulan yang berlaku pada malam ini, disebabkan oleh bayang bumi yang jatuh ke atas bulan. Ini menyebabkan bulan terhalang dari mendapat cahaya matahari.
Sidang Jemaah Sekalian,
Kita berada di sini pada malam ini untuk sama-sama kita menginsafi dan menunjukkan rasa gerun kita kepada Allah S.W.T atas keKuasaannya dan keAgungannya yang telah menjadikan peristiwa gerhana ini.
Gerhana sebagaimana yang berlaku pada malam ini, adalah salah satu dari tanda kebesaran dan keKuasaan Allah S.W.T. Ini sabit berdasarkan hadis dari Mughirah Bin Syu’bah berkata, Nabi s.a.w telah bersabda :
« إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْكَشِفَ ».
Terjemahan : “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah (S.W.T), kedua-duanya tidak gerhana kerana disebabkan kematian seseorang dan kerana lahirnya seseorang, maka apabila kamu melihatnya keduanya sedang gerhana maka segeralah berdoa kepada Allah dan solat hingga ia kembali kelihatan.”
( Riwayat Muslim)

Gerhana yang berlaku pada malam ini juga, dihantar oleh Allah S.W.T untuk menimbulkan kegerunan dikalangan hamba-hambanya pada Allah S.W.T. Ini pula sabit dengan hadis dari Abi Musa r.a berkata ketika berlaku gerhana matahari di zaman Nabi SAW, dengan sabdanya:
« إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ .فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ».
Bermaksud : “Sesungguhnya inilah ayat-ayat yang dikirimkan oleh Allah, yang terjadinya bukan kerana kematian seseorang atau kehidupannya tetapi Allah mengirimkannya untuk menimbulkan rasa takut para hambanya. Oleh sebab itu, apabila kalian melihatnya maka segeralah ingat kepadanya, berdoa memohon ampun kepadanya.”
(Riwayat Muslim)

Sidang Jemaah Sekalian,
Imam Abi Hayyan dan Imam al-Qatadah, telah menyatakan bahawa gerhana boleh menimbulkan kegerunan kepada 3 golongan :
1. Iaitu kepada ahli-ahli syirik yang terdiri dari penyembah-penyembah objek-objek samawi khususnya matahari dan bulan. Bagi mereka, matahari dan bulan adalah tuhan yang patut disembah kerana kekuatan sinar cahaya dan haba yang telah memberi banyak manfaat pada hidupan dan tumbuhan pada waktu siang dan malam. Namun ketika gerhana, matahari dan bulan yang sepatutnya bersinar terang, menjadi gelap atau malap. Kedua-duanya tidak mampu lagi bersinar dan memancarkan cahaya. Ini menunjukkan bahawa matahari dan bulan juga tertakluk pada satu kuasa lain dan tidak mampu untuk mentadbir diri mereka sendiri. Untuk golongan ini, gerhana menjadi amaran kepada mereka bahawa apa yang mereka sembah dan dewakan itu hanyalah makhluk yang tertakluk kepada keKuasaan dan KeAgungan yang jauh lebih tinggi.
2. Ia menjadi peringatan yang menggerunkan untuk manusia seluruhnya yang terdiri dari mereka yang tidak mendalami ilmu falak secara mendalam. Gerhana matahari dan bulan khususnya ketika kedua-duanya berada dalam tempoh gerhana penuh, mudah untuk dilihat dan dikesan dengan mata kasar. Ia memberikan peringatan mengenai nikmat matahari dan bulan, yang selama ini telah dinikmati oleh seluruh manusia, haiwan dan hidupan, malah bumi ini sendiri berada dalam keadaan stabil kerana mendapat cahaya dan suhu dari matahari dan bulan. Tanpa kewujudan keduanya, maka hidupan di bumi ini akan menjadi amat susah dan sukar. Maka Allah S.W.T yang telah menjadikan alam ini dengan keadaan yang sangat baik dan teratur hingga menciptakan matahari dan bulan untuk manfaat hidup manusia di bumi ini, malahan untuk keseimbangan alam ini keseluruhannya. Maka bayangkan kehidupan manusia tanpa matahari dan bulan yang diciptakan Allah S.W.T. Manusia akan hidup dengan kegelapan dan kesejukkan yang teramat sangat. Haiwan dan tumbuhan juga tidak akan tumbuh dan hidup membesar dengan sempurna.
3. Peringatan bahawa Allah S.W.T telah menjadikan fitrah perjalanan gerhana bulan dan matahari sebagai sesuatu yang boleh difikirkan dan dihisab oleh seorang ahli falak. Dengan ilmu, kita berupaya memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam. Gerhana matahari dan bulan sebenarnya adalah tanda bahawa alam ini berfungsi dengan baik dan teratur. Pergerakan bumi mengelilingi matahari memerlukan purata tempoh 365 hari 5 jam 48 min 45.3 saat, manakala bulan yang mengelilingi bumi memerlukan purata tempoh 29 hari 12 jam 44 minit dan 02.9 saat. Para ahli falak berpendapat bahawa pada mula penciptaan matahari, bumi dan bulan, pergerakan ini jauh lebih laju berbanding sekarang. Namun keadaan itu semakin perlahan hinggalah menjadi seperti apa yang dapat perhatikan pada hari ini. Malah dalam kajian yang terkini,mendapati bahawa bulan semakin menjauhi bumi sebanyak 3.87 cm setahun. Jumlah ini adalah amat kecil, tapi setelah 100,000 tahun, bulan akan semakin jauh dari bumi dengan jarak 3.87 km. Ini bermakna perjalanan bumi dan bulan akan berubah berbanding sekarang. Walaupun ini hanyalah pandangan ahli falak semata-mata berdasarkan kajian mereka, namun ini menunjukkan ada kemungkinan satu ketika nanti bumi akan kehilangan bulan. Jika kemungkinan ini benar, maka ketika itu, kehidupan manusia di bumi ini akan semakin sukar. Air pasang surut dan pusingan bumi dalam tempoh 24 jam sehari yang disebabkan graviti bulan, akan berubah semuanya. Ia merupakan satu kemudaratan yang besar untuk manusia dan segala hidupan di dunia ini.
Sidang Jemaah Sekalian,
Demikianlah kekuasaan dan kebijaksanaan Allah S.W.T, yang mampu mencipta satu peristiwa yang sangat menakjubkan, iaitu gerhana. Ketiga-tiga objek, matahari, bumi dan bulan, mempunyai orbit dan tempoh yang tersendiri. Namun ketika gerhana, ketiga-tiga objek gergasi yang sudah sekian lama memberikan manfaat kepada manusia, di atur oleh Allah S.W.T selari hingga menyebabkan gerhana. Gerhana bulan berlaku hanyalah disebabkan bayang. Satu makhluk yang mungkin dianggap remeh dan tidak ada apa-apa manfaat. Namun hanya dengan bayang, Allah S.W.T menjadikan bulan menjadi gelap pada malam ini. Begitulah hebatnya kebijaksaan Allah S.W.T.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
KHUTBAH 2 : GERHANA BULAN
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
قاَلَ الله تَعاَلَى :
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ (36) وَآَيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ (37) وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38) وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ (39) لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (40)
Sidang jemaah sekalian,
Dalam khutbah pertama tadi, khatib telah mengingatkan bagaimana gerhana adalah satu peristiwa yang sepatutnya boleh menginsafkan kita tentang keBesaran dan keAgungan Allah S.W.T. Ketika melihat gerhana suburkanlah rasa gerun. Namun gerun yang patut disuburkan bukanlah pada gerhana itu, tetapi pada Allah S.W.T yang telah menjadikan gerhana berlaku.
Secara keseluruhannya, kita dapati bahawa alam ini akan berfungsi dengan baik dan teratur ketika mana ia berjalan di atas jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dalam petikan surah Yasin dari ayat 36-40, yang khatib bacakan pada awal khutbah tadi, yang bermaksud :
36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
37. dan lagi dalil Yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka Dengan serta-merta mereka berada Dalam gelap-gelita;
38. dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui;
39. dan bulan pula Kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
40. (dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Itulah fitrah yang dijadikan Allah S.W.T. Maka jika matahari, bulan dan bumi terus bergerak dalam aturan Allah S.W.T, maka siapakah manusia yang mahu menderhakai Allah S.W.T. Besar sangatkah saiz manusia hingga mereka menolak perintah Allah dan tiba-tiba mendabik dada dan berkata : “Aku layak untuk menentukan apa yang aku fikir baik untuk diriku.” Layakkah manusia untuk mempertikaikan syariah Allah S.W.T berbanding kebijaksanaan Allah S.W.T yang tidak bertepi. Panjang sangatkah usia manusia beribadah kepada Allah S.W.T, berbanding alam yang lebih dahulu dijadikan Allah S.W.T.Letih dan penatkah sangat manusia untuk mentaati Allah S.W.T, sedangkan alam ini terus menerus bekerja dan berjalan dalam ketaatan 24 jam sehari tanpa henti, kepada Allah S.W.T. Dan yang paling penting alam ini terus berfungsi dan memberikan manfaat kepada manusia yang tinggal di bumi, sedangkan manusia terus berlaku maksiat pada Allah S.W.T.
Maka dengan melihat gerhana yang berlaku pada malam ini, marilah kita menginsafi dan merasa kerdilnya diri kita dihadapan Allah S.W.T. Sebelum Allah S.W.T, menitahkan satu arahan kepada alam ini untuk berhenti berfungsi. Maka itulah saat yang paling menakutkan, di saat segala taubat tidak akan bermanfaat, di saat sedekah, dan segala ibadah sudah tidak memberi manfaat. Itulah kiamat.
Sidang Jemaah Sekalian,
Khatib juga berpesan kepada seluruh ahli jemaah, bahawa antara perkara sunat yang turut diajarkan oleh Nabi S.A.W kepada kita sepanjang gerhana ini juga ialah untuk kita memperbanyakkan zikir, berdoa dan bersedekah. Moga dengan segala amalan kita itu, moga-moga kita akan dihindarkan dari segala musibah dan malapetaka buruk di dunia ini dan di akhirat nanti.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَرْزُقَ كُلاًّ مِنَّا لِسَانًا صَادِقًا ذَاكِرًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا مُنِيْبًا، وَعَمَلاً صَالِحًا زَاكِيًا، وَعِلْمًا نَافِعًا رَافِعًا، وَإِيْمَانًا رَاسِخًا ثَابِتًا، وَيَقِيْنًا صَادِقًا خَالِصًا، وَرِزْقًا حَلاَلاً طَيِّبًا وَاسِعًا، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَوَحِّدِ اللَّهُمَّ صُفُوْفَهُمْ، وَأَجْمِعْ كَلِمَتَهُمْ عَلَى الحَقِّ، وَاكْسِرْ شَوْكَةَ الظَّالِمِينَ، وَاكْتُبِ السَّلاَمَ وَالأَمْنَ لِعِبادِكَ أَجْمَعِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ 
اللَّهُمَّ رَبَّنَا اسْقِنَا مِنْ فَيْضِكَ الْمِدْرَارِ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ لَكَ في اللَيْلِ وَالنَّهَارِ، الْمُسْتَغْفِرِيْنَ لَكَ بِالْعَشِيِّ وَالأَسْحَارِ.
اللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِ السَّمَاء وَأَخْرِجْ لَنَا مِنْ خَيْرَاتِ الأَرْضِ، وَبَارِكْ لَنَا في ثِمَارِنَا وَزُرُوْعِنَا وكُلِّ أَرزَاقِنَا يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.

رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً، إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، َالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدُّعَاءِ.

عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.



Jumaat, 3 April 2015

MAT DPPK BAGAN DATOH KALI 31 : BERJALAN BAIK, LANCAR DAN TIADA PERTANDINGAN

MESYUARAT AGUNG TANUHAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH KALI KE 31 BERLANGSUNG DENGAN BAIK DAN LANCAR

Tahunan Pemilihan Jawatankuasa Baharu Dewan tersebut menyaksikan tiada pertandingan di semua peringkat jawatan dewan.

SELEKOH, BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya melangsung Mesyuarat Agung Tahunannya buat kali ke 31. Ianya telah berjalan dan berlangsung dengan baik dan lancar sekali. Ianya telah berlangsung pada 28 Mac 2015 ( Sabtu ), jam 8 malam dan bertempat di Dewan Mesyuarat, Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh, Bagan Datoh.



Mesyuarat kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh AF. Ustaz Mohd Syamsul bin Alauddin ( Ketua Penerangan DPPN Perak/ Ketua DPPK Pasir Salak ). Pertandingan Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan telah menyaksikan tiada pertandingan dijalankan. Semua jawatan dimenangi tanpa bertanding.

Berikut adalah Ahli Jawatan kuasa yang telah menang tanpa bertanding bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh bagi penggal 2015/ 2107:

Pengerusi Tetap : Ustaz Syeikh Ahmad Abduh Sukerman
Timbalan Pengerusi Tetap : Ustaz Ahmed Najebb Safar

Ketua : Amir Hamzah bin Ibrahim
Timbalan Ketua : Mohd Khairi bin Abdullah al-Ijie
Naib : Mohd Hasnezam bin Hj. Hassan

Ahli Jawatankuasa :
Ahmad Nordin Samrin
Muhammmad Haidzier Ajid
Muhamad Nizam  Khairi
Ahmad Syukri Suhot
Mustaid Saifuddin
Jefnerie Tajab
Mohd Izzat Adlie Mokheri
Mohd Zulfa Abdul Malek










Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008