Khamis, 16 Jun 2011

HIMPUNAN BERSIH 2.0 TIDAK RUGIKAN SESIAPA MELAINKAN UMNO-BN

BAGAN DATOH : Pertubuhan Perkasa menyuarakan hasrat untuk mengadakan himpunan bagi "melawan" Himpunan Bersih 2.0 nanti. Satu kenyataan yang melucukan dan mengambarkan " kebodohan " pertubuhan itu yang dipimpin oleh seorang " pejuang Melayu Sejati ", Datuk Ibrahim Ali. 

Pas yakin kenyataan tersebut boleh menimbulkan huru hara dan provokasi semasa perhimpunan itu berlangsung. Ini bukanlah tindakan yang bijak kerana ianya hanya akan menimbulkan suasana tidak aman dan selamat. Tidak lebih ini hanyalah provokasi pihak tertentu yang didalangi UMNO- BN. Mereka hanya menggunakan pihak - pihak yang dianggap " balaci dan pencacai " untuk menggugat anjuran Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Matlamat perhimpunan ini adalah untuk menyuarakan hak rakyat sebagai memprotes kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan raya agar  mengamalkan pemilihan yang bersih dan adil dalam setiap Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya Kecil pada masa akan datang. Segala kepincangan SPR amat diharapkan dapat di atasi dan di selesaikan segera menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.

Bagi DPPK Bagan Datoh, perhimpunan ini bukan satu kerugian sebaliknya memberi keuntungan semua pihak kecuali UMNO - BN. Mereka bimbang dan risau apabila kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi yang akhirnya menjatuhkan mereka. Pihak - pihak tertentu takut perhimpunan ini akan menghuru harakan keamanan negara kononnya. Sedangkan keamanan negara telah pun hilang apabila kerajaan terus diterajui UMNO - BN.

Pihak DPPK Bagan Datoh menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 ini malahan berjanji akan menghantar seberapa ramai mungkin khususnya para pemuda untuk turun bersama berhimpun pada 9 Julai ini.

Diseru kepada semua pemuda jangan bimbang dan takut, ayuhlah bersama berjuang dan mempertahankan sistem demokrasi sebenar di negara kita ini. Takbir...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan