Khamis, 28 Julai 2011

BEKAS PRESIDEN SEMAKIN SUSUT

Mubarak tidak mahu makan

SHARM AL-SHEIKH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak enggan makan sejak empat hari lalu, menyebabkannya kehilangan berat badan dan semakin lemah, menurut ketua pasukan perubatannya, kelmarin. 

Menurut pakar di Hospital Sharm Al-Sheikh, Mubarak akan meminum air hanya apabila dipaksa pasukan peruba-tan atau isterinya. 

“Kami boleh memberinya makanan melalui tiub jika keadaan beliau semakin teruk, namun apa yang paling membimbangkan adalah keadaan psikologinya yang merosot,” menurut doktor beliau, Assam Azzam. 

Perkembangan terbaru itu meningkatkan spekulasi Mubarak tidak akan dibicarakan minggu depan seperti yang dijadual dan penangguhan itu akan meningkatkan ketegangan antara majlis tentera yang memerintah Mesir sejak pemimpin itu digulingkan dan penunjuk perasaan. 

Rakyat Mesir sebelum ini menuduh tentera melengahkan proses pendakwaan pemimpin kuku besi itu atas kesalahan membunuh penunjuk perasaan semasa protes Januari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan