JPN diam diri isu Mismah SHAH ALAM – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus mengambil sikap berdiam diri berhubung isu kad pengenalan Mismah yang bertukar status daripada penduduk tetap (PR) kepada warganegara yang didakwa pembangkang diperolehi dalam tempoh singkat. Sinar Harian menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung dakwaan itu kerana kakitangan JPN yang dihubungi memberitahu hanya Ketua Pengarah Datin Jariah Mohd Said boleh mengeluarkan kenyataan, tetapi beliau bercuti. Sinar Harian juga ingin mendapatkan penjelasan beberapa perkara lain. Ia termasuk mengenai laporan sebuah portal berita me-ngenai wujudnya nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR yang menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa’ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza iaitu 380913105681 dan 510913105553. Juga terdapat nama Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) yang mempunyai dua pendaftaran di kawasan Parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi Parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713). Apabila kedua-dua nombor MyKad dimasukkan dalam sistem online JPN, keputusannya menunjukkan kad pertama telah diambil, manakala kad kedua sedia untuk diserahkan ke pejabat JPN Kuala Lumpur. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan