Jumaat, 12 Ogos 2011

LAGI KEJAM OBAMA ?


Obama lebih kejam daripada Bush? 

LONDON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sangat bergantung kepada serangan udara dirancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) ke atas militan di Pakistan. 

Sehingga kini, lebih 236 serangan diarahkan Obama, menyebabkan 1,842 orang terbunuh, dengan 385 daripadanya adalah orang awam, termasuk sermai 168 orang kanak-kanak. 

Laporan terbaru Biro Kewartawanan Siasatan berpusat di London menunjukkan lebih 2,200 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak maut dalam serangan CIA di Pakistan, iaitu 40 peratus lebih tinggi daripada statistik dikeluarkan AS. 

Sebagai perbandingan, bekas Presiden AS, George Bush mengarahkan 52 serangan di sempadan Pakistan semasa pimpinannya yang turut meragut nyawa orang awam dan kanak-kanak. 

Laporan itu dihasilkan sekumpulan wartawan yang menjejaki semula setiap serangan AS yang diketahui dengan membandingkan laporan akhbar dan laporan penyelidik di kawasan terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan