Rabu, 7 September 2011

SAMA SAHAJA BUSH DAN OBAMA

Obama seperti Bush

WASHINGTON - Pen­tadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengecewakan aktivis hak asasi manusia yang sebelum ini menyangka beliau akan menarik balik pelbagai kekangan diperkenalkan kerajaan bekas presiden AS, George Bush selepas serangan 11 September 2001.

Semasa mula berkhidmat pada Januari 2009, Obama berjanji kononnya akan menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo dalam masa setahun namun sehingga kini, penjara itu masih dibuka dan terus mengamalkan penderaan terhadap banduan.

“Pencabulan hak asasi manusia nampaknya menjadi sesuatu yang kekal dalam landskap perundangan negara ini,” menurut Michael Ratner, Presiden Pusat Hak Asasi Perlembagaan yang berjuang mengembalikan hak asasi manusia sejak 1960an.

Ratner yang menjadi antara kumpulan peguam pertama mewakili tahanan Guantanamo dalam kes penyeksaan terhadap mereka berkata, Obama masih mengamalkan undang-undang berbentuk ketenteraan.

“Semua yang kami perjuangkan kini hanya sia-sia. Pihak berkuasa bebas melakukan apa sahaja. Mereka menyasarkan orang Islam yang dijadikan kriteria utama untuk diintip,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan