Sabtu, 29 Oktober 2011

AKTIVITI SIHAT UNTUK BELIA : PEMUDA PAS

BAGAN DATOH : Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan memacing terbuka peringkat Kampung Sungai Pergam 2011. Bertempatkan di Parit 5, Sungai Pergam, pertandingan tersebut telah diadakan dan selesai dengan jayanya.


Penganjuran secara bersama oleh Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh dengan dua pertubuhan NGO tempatan, Permuafakatan Belia Bagan Datoh dan Komuniti Belia Sungai Pergam tersebut telah berlansung pada 23 Okt. 2011 lalu bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1 petang telah menarik perhatian penduduk setempat dan sekitar yang berhampiran menyertainya.


Menurut Timbalan Pengarah pertandingan, Hamir Hamzah Ibrahim berkata bahawa penganjuran pertandingan sebegini adalah berdasarkan beberapa matlamat dan sasaran yang perlu dicapai dan dipenuhi oleh pihak penganjur.

“ Aktiviti sebegini sebenarnya dapat mendekatkan masyarakat khususnya belia dengan aktiviti yang sihat dan mengelakkan mereka terjebak perkara – perkara buruk serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain,” ujarnya mengulas matlamat program tersebut.

Antara lain matlamatnya juga adalah untuk menjadikan program memancing ini sebagai satu aktiviti tarikan tahunan bagi Kampung Sungai Pergam itu sendiri. Ianya juga dilihat memberi peluang kepada kaki pancing untuk melepaskan ketagihan hobinya iaitu memancing dalam bentuk pertandingan.



Terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori ikan darat bersisik dan tidak bersisik telah dipertandingkan pada hari tersebut. Pelbagai aksi dan ragam para peserta dan hadirin dapat dirakamkan sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Maka setelah selesai semua perkara diambil kira, tibalah masanya diumumkan para pemenang pertandingan.Mohd Erhab Mohd Baki dan Arshad Mat telah mengungguli bagi setiap kategori iaitu johan ikan bersisik dan tidak bersisik, sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai RM 150 seorang. Manakala Amirul Rosli dan Kamaruzaman Dahlan menerima RM 100 setiap seorang selaku naib johan pertandingan. Mohd Shahrizat Samrin dan Mohd Roji pula hanya berpuas hati menerima RM 50 setiap seorang selaku pemenang tempat ke tiga.


“ Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta, insyaAllah sekiranya ada rezeki pada masa akan datang dapat kita adakan pertandingan sebegini lagi,” kata Hamir Hamzah selaku Timbalan Pengarah program.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan