Isnin, 10 Oktober 2011

NAJIB TAKUT BUBAR PARLIMEN : USTAZ NAZRI

BAGAN DATOH : Siri ceramah penerangan oleh Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) diteruskan lagi dengan menjemput Al- Fadhil Ustaz Mohd Nazri Din. Beliau adalah merupakan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dijemput bagi menjelaskan segala isu - isu terkini berlaku di Malaysia khususnya di Negeri Perak.


Majlis ceramah tersebut telah diadakan pada 9 Oktober, hari Ahad dan bertempat di Kampung Sungai Betul telahpun menarik minat ramai penduduk sekitar untuk hadir seterusnya memeriahkan lagi majlis.

" Kita yakin, bahawasanya Najib tidak akan bubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini. Ini kerana masih berlaku perebutan dikalangan mereka ( pimpinan Umno ) hendak jadi calon pilihanraya nanti," tegas Ustaz Nazri.


Menurutnya yang juga merupakan bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Kubu Gajah menentang Raja Ahmad Zainuddin Omar dan kalah dengan majoriti 65 undi sahaja berkata, bahawasanya terdapat banyak faktor lagi menyebabkan Perdana Menteri gagal dan bimbang untuk membubarkan parlimen. Antaranya masalah dalaman dan sifat pemimpin- pemimpin Umno- BN juga dilihat punca Umno - BN belum bersedia menghadapi pilihanraya.

Penerangan dan penjelasan kepada rakyat dilihat sebagai suatu perkara penting dalam masa kini. Ini memandangkan fikiran rakyat cuba dikelirukan dan dikaburi oleh Umno- BN dengan pelbagai isu semata - mata melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat serta menutup segala kepincangan di dalam Umno- BN. Makanya, rakyat diingatkan supaya bijak dengan tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan segala isu yang dicipta Umno - BN demi menarik sokongan rakyat pada Pilihanraya Umum nanti.

" Sebenarnya Umno - BN telah banyak menipu rakyat terutamanya orang Melayu. Cuba kita lihat, di mana Umno kuat di situlah orang Melayu mundur dan susah hidupnya. Contoh di tempat saya ( Kubu Gajah, Larut ). Ramai Melayu susah dan miskin. Tapi wakil rakyat kaya raya. Apa sebenarnya yang dijanjikan Umno- BN semua tipu belaka," ujar beliau lagi.


Pada siri ceramah tersebut juga, beliau meningatkan kepada semua jentera pilihanraya disemua peringkat dan seluruh rakyat agar bersedia kerana pilihanraya umum pastinya akan berlaku bila - bila sahaja sebaik Umno- BN bersedia.

Pesannya juga, rakyat jangan lena dan alpa dengan janji - janji manis sebagaimana dalam pembentangan bajet belanjawan oleh Perdana Menteri. Begitu juga jangan kita lupa bahawa isu - isu seperti Komunis- Mat Sabu, Hukuman Hudud di Malaysia dan sebagainya hanyalah sekadar perangkap Umno- BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan