BAGAN DATOH : Bervisi dan bermatlamatkan untuk merancang serta melindungi kepentingan taraf sosio ekonomi dan kebajikan secara berterusan kepada Veteran ATM sekeluarga maka telah ditubuhkan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera ( KERABAT ). Beberapa misi pertubuhan ini telah dipersetujui demi mencapai matlamatnya yang suci dan murni ini sebagai membela bekas para tentera di negara ini.
Menurut Presiden KERABAT, Lt. Kol ( B ) Mohd Nazari Mokhtar ketika berucap di Majlis Pelancaran KERABAT peringkat Parlimen Bagan Datoh, kerajaan Malaysia hari ini telah banyak melakukan pembohongan dan menafikan hak - hak bekas angkatan tentera negara ini. Sedangkan ianya ada termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973, segala kebajikan bekas - bekas tentera ini mendapat keistimewaan yang diperlukan.
Beliau juga menegaskan pejuangan dan ketaatan para tentera seharusnya dihargai kerana pada satu ketika dahulu mereka berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Segala latihan dan arahan ditempuh dengan amanah serta penuh taat setia, namun kini jasa mereka seolah - olah dilupakan dan dinafikan haknya.
Selain itu, beliau menyebutkan beberapa resolusi cadangan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah antaranya ialah memperkasakan Sekretariat Kebajikan Veteran ATM ( KERABAT ) di bawah kelolaan Kerajaan Pusat dan negeri yang mana Sekretariat ini bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan untuk memastikan khidmat blas jasa dan kebajikan Veteran ATM dan tanggungan.
Pelancaran KERABAT malam tersebut telah pun disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Sabu. Tuntutan utama pelancaran tersebut adalah mendapatkan tanah penempatan dan pertanian bagi setiap anggota dan isteri merujuk Perintah Majlis Angkatan Tentera ( PMAT ) 1973.
Nice article. Unique thinking. Thanks.
BalasPadam