BAGAN DATOH : Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengakui bahawa kebangkitan rakyat seluruh negara amat dirasai. Ianya dinyatakan oleh beliau ketika menghadiri program anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh pada 3 Disember lalu. Beliau berucap dihadapan kira - kira 2 ribu orang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di sini. Melihat kehadiran rakyat yang ramai dari pelbagai kaum, membuktikan Pakatan Rakyat semakin disenangi dan Umno -BN semakin dilihat sebagai ketinggalan dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.
Berucap dalam majlis Ceramah dan Himpunan Perwira Negara, yang turut dihadiri para pimpinan Pakatan Rakyat, ujarnya perhimpunan Agung Umno tidak lain tidak bukan hanya sekadar medan maki hamun oleh pimpinan serta perwakilan Umno dalam persidangan lalu.
Katanya lagi, mereka ( UMNO ) sudah kehilangan modal dan punca untuk menarik hati rakyat menyokong serta mengundi mereka. Beliau menceritakan bagaimana pengalamanya semasa menjadi Ahli Parlimen dalam satu tempoh yang lama. Melihat gelagat pimpinan Umno, yang hanya pandai bercakpa dan berjanji tetapi sebaliknya hanyalah dusta serta mempunyai kepentingan sendiri.
Beliau turut menyelar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa persidangan agung parti tersebut apabila bersikap tidak profesional apabila dikaitkan dengan skandal NFC milik suaminya.
Pada majlis tersebut, beliau juga melancarkan Sekteriat Kebajikan Rangkaian Bekas dan Veteran Angkatan Tentera ( KERABAT ) peringkat Parlimen Bagan Datoh.
Useful post. We look forward for the next. Thanks.
BalasPadamVery enjoyable post. I like it. Looking for more. Thanks.
BalasPadamNice work. I appreciate it. Looking for such useful future works. Thanks.
BalasPadamGood post. Keep going and be useful for others. Thanks.
BalasPadamGood job. Wants more relevant post. Thanks.
BalasPadamAfter many days such article have read and really enjoyed it. Thanks.
BalasPadam