Isnin, 9 Januari 2012

BIAR BN JATUH : BEKAS PEGAWAI KERAJAAN

Ramai bekas pegawai kerajaan, bekas Menteri mahu BN jatuh

KUALA TERENGGANU – Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu berkata seorang Cina kawan baik Tun Abdullah Badawi  berumur 70 tahun telah datang ke rumahnya.

Katanya, orang Cina tersebut mengumpamakan Barisan Nasional seperti pokok yang telah tua, tidak akan subur dan berbuah, walaupun dibubuh baja.


Oleh itu, kata Mohamad, Cina tersebut mencadangkan BN ‘ditebang’ dan diganti dengan ‘pokok lain’.

[Gambar - orang ramai berpusu-pusu hadir ke program Sambutan 100 Tahun Itqan, terpaksa meletakkan kenderaan di bandar Kuala berang dan berjalan kaki melalui jambatan ke tapak sambutan]

Mohamad Sabu berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada Majlis Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk di Kuala Berang pada Jumaat 6 Januari.

Sebelum itu, Mohamad berkata, ramai dikalangan pegawai kerajaan termasuk bekas-bekas Menteri Umno menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Umno dan barisan nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.

“cukuplah kita berada dibawah Barisan Nasional…. saya bertemu dengan banyak pihak (termasuk) bekas pegawai polis, pegawai kerajaan dan bekas-bekas Menteri (BN),

“semuanya mereka bertemu dengan kita (PAS) tak ada (kemahuan) lain, mereka mahu Barisan Nasional jatuh!,”katanya.


Malah menurutnya, bekas-bekas pegawi dan bekas menteri yang masih menjadi ahli Umno berikrar akan bekerja kuat bagi memenangkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

“Saya telah bertemu dengan bekas polis, bekas Menteri (dan) berbagai-bagai (lagi), semuanya mereka berkata, mesti selamatkan Negara ini, tukar pemerintah pada pilihanraya akan datang,”tambah Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan