Nik Aziz: Saya tiada masalah isytihar harta
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesediaannya untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian.
Isu pengisytiharan harta, menurut Mursyidul Am Pas ini, sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya sehingga kini rasuah berleluasa kerana manusia tidak bertakwa kepada ALLAH s.w.t.
"Kalau kena isytihar, saya isytihar tapi yang pentingnya takwa kepada ALLAH. Kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka berlakulah rasuah," kata beliau di sini hari ini.
Nik Aziz berkata, isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (Agenda), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
Menteri Besar berkata, sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat ke atasnya.
Kau dan puak puak BN pun 2X5 saja , - tak mau istihar harta secara sukarela.
BalasPadambiasanya orang bodoh tak mengaku dia bodoh, sama juga org yg suka makan dari sumber haram menyaka orang lain pun macam mereka juga.
BalasPadam