Ahad, 4 Mac 2012

BUKTI PAS LAWAN UMNO ADALAH BETUL

Najib pohon maaf bukti benarnya PAS lawan Umno

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesilapan yang dilakukan Umno BN selama ini membuktikan bahawa perjuangan PAS menentang dasar-dasar Umno BN selama ini adalah benar.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan media semalam yang menyatakan bahawa Perdana Menteri memohon maaf di atas kesilapan Umno BN yang terdahulu dan berjanji untuk memperbetulkannya semula.

“Kita amat yakin dengan kebenaran perjuangan PAS , dan rakyat yakin dengan perjuangan kita untuk melakukan perubahan di Malaysia, dan ini diperkukuhkan lagi dengan permohonan maaf oleh Najib kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kesilapan yang lalu,” tegas beliau.

Menurut beliau lagi, walaupun Najib terpaksa berlutut kepada rakyat dengan mengeluarkan kenyatan seperti itu, namun rakyat yakin bahawa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.

“Kita percaya rakyat Malaysia tidak akan membiarkan pisang berbuah kali, atau dipatuk  dua kali oleh kerajaan Umno BN, bisa patukan pertama masih belum hilang.

“55 tahun rakyat Malaysia menderita dek kerajaan Umno BN, baru sekarang dia (Najib) minta maaf, tapi kita percaya permohonan maaf itu ada makna sebab pilihan raya sudah berada diambang pintu, kita percaya kesilapan sama akan berulang dan rakyat akan terus menjadi mangsa kiranya Umno BN terus diberikan mandat,” kata beliau.


Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus melakukan agenda perubahan dengan menumbangkan kerajaan Umno BN dalam PRU13 yang akan datang serta tidak termakan dengan pujuk rayu dan permohonan maaf mereka khususnya ketika nyawa mereka berada di penghujung halkum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan