Isnin, 4 Jun 2012

SEDIA BERTNADING JIKA DICALON..: NIK ABDUH

Anak Nik Aziz sedia jadi calon, lawan Umno
PRU: Anak Nik Aziz sedia jadi calon, lawan Umno
Nik Abduh
KOTA BHARU - Anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini disebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) bersedia sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.

Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.


“Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya.


Baru-baru ini, dalam wawancara bersama Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.


Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit.


Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan berpindah ke Johor.


Dalam pada itu ketika ditanya kritikan pihak yang menyatakan beliau merupakan calon ‘anak-beranak’, Nik Abduh berkata, Islam memuliakan pewarisan iman dan perjuangan melalui zuriat yang mulia.


“Ayah telah berusaha mendidik saya sebaik yang termampu, yang tak mulia ialah anak sekularis jadi calon ganti atau sambung kepada bapa sekular, saya meminta anak-anak orang Umno supaya muliakan keluarga dengan perjuangan Islam,” katanya.


Sebelum ini, Nik Aziz mengesahkan akan bertanding dalam PRU13 walaupun mendapat kritikan pihak lawan yang menyifatkan beliau sudah uzur untuk berpolitik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan