Rabu, 18 Julai 2012

KAMI HANYA MAHU HAK KAMI : PEKEBUN DAN RAKYAT

VIRUS MOKO : RAKYAT TERUS BERHARAP HAKNYA

Pengusaha kebun pisang di kawasan ini terus mengharapkan haknya ditunaikan pihak berwajib.

BAGAN DATOH : Pekebun pisang di sini terus mengharapkan bantuan daripada  pihak  kerajaan sebagaimana sudah menjadi hak rakyat untuk memperolehinya. Sememangnya kerugian pekebun disini telah dianggarkan hampir ratusan ribu ringgit. Perkara ini turut telah diadukan kepada pihak berkenaan namun tindak balasnya seakan - akan sepi dan sunyi.

Pekebun pisang disini mengalami masalah tersebut apabila sejenis serangan virus perosak tanaman pisang yang dikenali sebagai Moko sejak 2 tahun lalu. Hasilnya,virus ini mengakibatkan pokok menjadi layu dan mati. Manakala buahnya akan menjadi rosak dan keras kehitam - hitaman ditengah buahnya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan