Sabtu, 14 Julai 2012

TARBIAH : JIHAD MENURUT ISLAM


PENGERTIAN JIHAD DALAM ISLAM...

MAKSUD JIHAD DALAM ISLAM:-

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan."
(At-Taubah:29)

"Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua"
(At-Taubah: 36)
Definisi Jihad:

Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah shari'ahnya.

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada' yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi shari'ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da'wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".

Islam bukan satu agama Arab, dan tidak dikhususkan kepada kaum Arab. Allah SWT.berfirman:

"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui."
(As- Sabak:28)

Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad. Rasulullah saw bersabda:

"Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata `La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah'. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab)."

Dan Rasulullah saw juga bersabda:

"Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya."

Tujuan Jihad :

Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi'ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa keseluruh kawasan Daulah Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa' yang seterusnya. Ianya mempunyai tiga peringkat.
Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar `jizyah' dan Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga, maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.

Perlulah difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:

"Tidak ada paksaan dalam beragama..."
(Al-Baqarah: 256)

Jika diteliti setiap satu `sariah' serta `ghazwah' Rasulullah saw, kita dapati kesemuanya merupakan jihad menyerang (offensive) dan hanya satu sahaja yang merupakan defensif (itu pun merupakan satu tindakan yang taktikal sewaktu Perang Khandak). Tetapi dalam konteks masa kini, semua bentuk jihad yang wujud hanyalah jihad defensif berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Pengeruhan Maksud Jihad:

Askar Daulah Islam, di waktu itu digeruni seluruh dunia; setelah Daulah Islam diruntuhkan, kaum orientalis telah berjaya untuk menanam pemikiran yang karut untuk memastikan supaya umat Islam kekal lemah, mereka berusaha dan berjaya untuk mengeruhkan beberapa konsep ideologi Islam; salah satu daripada konsep yang dikeruhi ialah konsep Jihad.

a. Semasa Inggeris menjajah India (iaitu tanah Islam) mereka telah mendatangkan kumpulan Qadiani, untuk mengelirukan umat serta menghabiskan usaha serta masa umat Islam; kumpulan ini menyarankan fahaman salah bahawa `jihad telah dibatalkan'. Perlu dinyatakan di sini bahawa pihak Inggeris memang takutkan kesanggupan umat Islam di wilayah India untuk berjihad menentang mereka sekiranya diarahkan oleh Khalifah di masa itu.

b. Musuh-musuh Islam cuba juga untuk menanamkan fahaman `jihad hanyalah untuk bertahan (defensive)'. Antara Ulama-ulama yang menyarankan pendapat begini pada masa itu ialah Muhammad Abduh dari Mesir. Pendapat ini masih disarankan oleh mereka yang telah patah semangat, dan cuba untuk menyesuaikan Islam dengan keadaan serta fahaman-fahaman kufur dan thagut.

c. Mereka cuba memberatkan jihad dari segi istilah bahasa dan cuba mengelakkan dari istilah syari'ah. Dengan itu, setiap kali jihad disebut, terus fahaman yang diambil ialah `usaha sedaya upaya' dan ini memadamkan api umat Islam untuk berjuang menegakkan Islam.

d. Fahaman jihad sengaja dialihkan kepada `jihad menentang hawa nafsu, atau jihad menentang hasutan syaitan'. Dalil yang mereka bawa ilah riwayat seorang sahabat yang berbunyi: "Kami baru pulang dari suatu jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar." Seorang sahabat yang lain bertanya: "Apakah jihad yang lebih besar itu ?" Beliau menjawab, "Jihad menentang hawa nafsu,"
(dipetik dari `Al-Asrar al Marfu'a'-Mulla al Qari')

Sedangkan...
- (ibn Hajar) Al Asqalani (kurun ke-12) menyatakan bahawa ini adalah kata-kata Ibrahim b. Abla (yakni bukannya kata-kata Rasulullah saw).
- Hafiz Iraqi menyatakan bahawa isnadnya daif (`Kanz Al Ummal' Bab 4, H.616)
- Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa isnadnya daif (`Al Furqan)
- Lain-lain ulama Islam termasuk Qurtubi dan Suyuti menyatakan hadith ini daif.
Riwayat ini jelas bercanggah dengan ayat-ayat di dalam Al Quran. Terdapat 121 ayat yang menyebut mengenai jihad menentang orang kafir. Ramai ahli hadith menggolongkan ianya sebagai hadith maudu'(palsu). Masalahnya sekarang ada di antara cendiakawan kita yang cuba menyarankan da'yah palsu orientalis.
Sebagai contoh: Cik Salina Haji Zainol dalam artikelnya sepanjang 4 halaman bertajuk; Konsep Jihad Menurut Islam di dalam majalah Visi (terbitan IKIM) keluaran Januari-Mac 1995, telah menulis, "Adalah tidak tepat jika jihad disamaertikan dengan perang". Seterusnya artikel itu meneruskan proses mengeruhkan lagi erti kata `jihad', bila dinyatakan jihad dalam Islam melingkungi jihat nafsu dan sebagainya.
Begitu jua dengan buku terbitan terbaru Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang bertajuk "Ikhtibar Jihad Rasulullah" yang menjelaskan pengertian jihad sebagai "penggemblengan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang aman. Peperangan hanya dilancarkan apabila keadaan memerlukan seperti memelihara keselamatan para pendakwah dan demi mempertahankan negara".

e. Jihad dari segi syari'ah terbahagi kepada dua jenis:

-Jihad menyerang (offensive) ini didirikan oleh Daulah Islam
-Jihad mempertahankan (defensive) dilakukan apabila umat/tanah orang Islam diserang oleh musuh Islam (kafir)

I. Kedua-dua bentuk jihad adalah wajib, tetapi kini, jihad yang pertama tidak didirikan. Musuh Islam tidak henti-henti menyerang umat Muhammad saw dan dengan kehilangan Daulah Islam, akibat mereka sibuk dengan jihad yang kedua sahaja.; ini menghalang umat dari memberi tumpuan kepada masalah dan wajib asasi iaitu penegakkan keseluruhan Islam.

II. Jihad mempunyai fungsi yang khusus dalam Islam, ianya merupakan thariqah ataupun kaedah Daulah Islam menyebarkan syiar Islam. Dengan itu, jihad mempunyai objektif yang khusus. Syuhada (mati syahid) hanyalah ganjaran bagi orang Islam yang terkorban di medan perang, maka mati syahid itu hanyalah hasilan sampingan dari berjihad; tapi kini, umat Islam mengejar syahid, tanpa menghiraukan objektif jihad yang sebenar, seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.

III. Justeru itu juga, umat Islam melalaikan isu rancangan dan persiapan jihad dan era selepas jihad. (Kita menyaksikan keadaan yang sedih di Afghanistan). Akibatnya nasib umat Islam tidak berubah, beredar dalam pusaran pedih yang tidak putus-putus.

f. Jihad disalahgunakan tak mengira Islam atau tidak. Sekiranya kita memahami maksud jihad dari syari'ah Islam, tidak mungkin berlaku `jihad menentang sesama Islam' seperti diAlgeria, Afghanistan dan tidak mungkin juga jihad digunakan sebagai kaedah untuk menegakkan Daulah Islam!

g. Akhirnya, ada di antara umat Islam yang menganggap jihad meliputi mana-mana perjuangan yang dianggap `munasabah' dari segi fikirannya sendiri; mereka menganggap perjuangan kemerdekaan Amerika, British, Perancis, Komunis sebagai `jihad'. Islam langsung tidak diambil kira; kafir dan Muslim tidak dibezakan.

Erti jihad sebenarnya cukup luas lagi kompleks. Ulama kontemporari juga menyenaraikan penglibatan gerakan islam dalam Pilihan raya sebagai satu jihad!Iaitu usaha mengembalikan sistem kufur (demokrasi) kepada pemerintahan islam (sistem khilafah) yang syumul lagi menyeluruh.

Penutup

Mengikut dalil ayat-ayat Al-Quran yang telah dinyatakan dipermulaan artikel ini, jelaslah bahawa jihad dalam islam tidak langsung menggambarkan bentuk-bentuk jihad yang disebutkan di atas. Jika bentuk-bentuk sebeginilah yang difahami sebagai jihad maka sia-sialah segala pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang disirami dengan titisan air mata dan dibajai dengan darah dalam meninggikan kalimah syahadah di bumi Allah ini.
Sekiranya hawa nafsulah yang dijihadkan maka adalah lebih baik Rasulullah duduk diam sahaja di rumah dan mendidik hawa nafsunya sahaja tanpa keluar berperang sehingga menumpahkan darah. Amatlah menyedihkan sekiranya kita merasakan diri kita sebagai golongan yang menyeru kepada Islam tetapi pada waktu yang sama melaungkan fahaman jihad yang begini; tanpa memahami dengan jelas konsep-konsep Islam yang tulen.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata:

"Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi `fi sabilillah' disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya."
[Bukhari dan Muslim]

''Akan datang segolongan manusia pada hari kiamat di mana iman mereka adalah iman yang dahsyat, cahaya mereka memancar disekeliling mereka. Dikatakan oleh para malaikat pada mereka: 'Khabar gembira buat kalian pada hari ini. Salam sejahtera ke atas kalian. Masuklah ke dalam syurga selama-lamanya'.
Para malaikat dan para nabi merasa gembira kerana kecintaan Allah ke atas mereka. Para sahabat bertanya: 'Siapakah mereka itu wahai Rasullullah?'. Dijawab: 'Mereka bukan dari kita. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Mereka adalah kecintaanku. Mereka akan datang selepas kalian, yang pada saat itu, mereka dapati Al-Quran telah diabaikan dan As-Sunnah ditinggalkan. Namun mereka kemudian mempelajarinya dan mengajarkannya.
Mereka dikepung oleh berbagai siksaan dari setiap tempat dan penjuru lebih dari apa yang menimpa kalian. Iman salah seorang dari mereka sebanding dengan 40 orang dari kalian. Dan syahid seorang dari mereka sebanding dengan 40 syahid dari kalian, sebab kalian mendapat dukungan dalam mempertahankan kebenaran. Mereka dikepung oleh berbagai kezhaliman dari berbagai penjuru. Mereka berada di Baitul Maqdis. Ya Allah, tolonglah mereka, jadikanlah mereka sebagai pengikut-pengikut (teman-temanku) di Al-Haudh (telaga nabi di syurga) (Thabrani)

'Apabila telah bermaharajalela (muncul) dalam diri kalian dua kemabukkan: mabuk kebodohan dan mabuk kecintaan terhadap kehidupan, maka saat itulah kalian tidak memerintah kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Pada waktu itu orang yang terus berpegang dengan Kitabullah baik secara sembunya maupun terang-terang adalah setara dengan para pendahulu dari Muhajirin dan Anshar'
(Na'im bin Hammad dari Ibnu Wadhah)

'Orang yang terus berpegang pada agama dan sunnahku di zaman yang penuh dengan kemungkaran bagaikan orang yang menggenggam bara api. Siapa saja yang melaksanakan sunnahku pada saat demikian itu pahalanya senilai 50 orang dari kalian (sahabat)'
(Ibnu Wadhah dari Abu Tha'labah al-Khusyaini)

Semoga kita terus berjuang mengembalikan kegemilangan Islam dimuka bumi ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan