Ahad, 12 Ogos 2012

DIA MUDAH LUPA..BIARKAN JELA!


Maafkan Dr Mahathir, dia mudah lupa



KUALA LUMPUR:
 Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sudah tidak ketentuan apabila menyuruh orang-orang Melayu melumurkan najis ke muka mereka, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Sebelum ini Dr Mahathir yang tulis bahawa Umno sudah menjadi parti perasuah dan sudah busuk hingga ke usus (rotten to the core), sudah jadi najis. Hari ini, tiba-tiba beliau mendakwa Umno yang mampu satukan orang-orang Melayu.

"Ia seperti menyuruh orang-orang Melayu mengambil najis dan melumurkan ke muka mereka," kata beliau.

Menurut Mahfuz, sebelum ini Dr Mahathir yang begitu jijik dengan Umno sehingga beliau sendiri yang isytihar diri keluar Umno.

"Dr Mahathir keluar dari Umno kononnya kerana benci sangat kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu dan juga kerana terlalu benci kepada menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin yang orang anggap sebagai Perdana Menteri de facto atau Perdana Menteri sebenar ketika itu.

"Tetapi hari ini, apabila sudah menjadi anggapan dan kesepakatan umum hatta di dalam Umno sekalipun bahawa Perdana Menteri sebenar bukan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tetapi isterinya, (Datin Seri) Rosmah (Mansor), ramai yang hairan mengapa Dr Mahathir begitu tegar membutakan mata dan memekakkan dirinya untuk berada di dalam Umno semula sedangkan kesepakatan umum menyatakan era Najib jauh lebih buruk dari era Pak Lah," katanya.

Mahfuz (gambar) walau bagaimanapun berharap rakyat dapat memaafkan Dr Mahathir kerana jelas pemikiran bekas Presiden Umno itu sudah "tidak ketentuan dan tidak stabil lagi".

"Dr Mahathir dilanda penyakit yang selalu dia sebut sebelum ini iaitu mudah lupa.

"Apa pun yang dia kata, tidak perlulah diambilkira dan maafkanlah dia.

"Dia mudah lupa, tidak ketentuan dan tidak stabil lagi," katanya.

Bagi Mahfuz, apa sahaja kenyataan dan dakwaan Dr Mahathir mengenai Umno, tarafnya sama dengan perisytiharan Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

"Itu dakwaan paling menggelikan hati dan tahap kebudak-budakan.

"Begitulah juga taraf apa sahaja kenyataan dan dakwaan Dr Mahathir yang lain mengenai Umno.

"Boleh dengar tetapi jangan percaya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan