Jumaat, 10 Ogos 2012

ZUNAR : 1 FUNNY MALAYSIA DI ANIMASI

Kartun Zunar '1 Funny Malaysia' di animasi

KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkefli Anuar Ulhaq maju setapak lagi ke hadapan apabila menerbitkan kartun beliau dalam bentuk animasi pula.


Animasi pertama ini dibuat berdasarkan karya beliau bertajuk '1 Funny Malaysia'.

"Saya dengan ini mengumumkan sebuah penerbitan clip pendek kartun animasi karya saya bertajuk '1 Funny Malaysia.' 

"Klip ini sepanjang 5 minit ini adalah kartun animasi politik pertama seumpamanya di Malaysia," kata Zunar dalam kenyataannya.

Zunar adalah pemenang anugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" yang dianugerah oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Sedunia, Washington DC.

Menurut Zunar, karya ini dihasilkan sebegai memenuhi permintaan ramai selain mengangkat karya beliau ke dimensi lain sesuai dengan kemajuan teknologi. 

1 Funny Malaysia adalah satu cerita kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model, ANTU TUYA yang bangkit dari kubur bersama anaknya yang masih kecil. 

Dia kemudian terbang menuju ke sebuah pusat pentadbiran kerajaan - PUTARJAYA.

Beliau menuju di pejabat DATO NAZAK yang sedang mengira duit. Sesampai di sana, Alantuya meminta Dato Nazak supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau.

Terkejut, Dato Nazak segera lari terjun tingkap ke atas seekor lembu berkepala manusia yang mamakai tudung. 

Lembu tersebut kemudian meneyelamatkan Dato Nazak dengan membawa beliau lari kelaut. 

Di laut, Dato Nazak menaiki kapal selam tetapi di tebing menunggu pula mahkamah Peranchis. 
Apa kesudahannya? Ikuti video animasi 1 Funny Malaysia melalui link ini http://zunarcartoonist.com/

"Dengan siapnya clip ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis/artis/animator/editor yang menjayakan produksi ini walau dengan bajet yang sangat rendah.

"Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandang produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui laman web saya 'zunarcartoonist.com'," kata Zunar dalam kenyataannya
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan