Selasa, 2 Oktober 2012

AKU PUN KATA NAJIB NI PENAKUT SANGAT: TAKUT BINI!

BUKTI KATA NAJIB SEBAGAI PM PALING PENGECUT DIAKUI OLEH SEMUA: LEMAN

Bila PM kita seorang "pengecut " atau " takut bini", payahlah kita sebagai rakyat nak hidup dalam negara ini.

BAGAN DATOH, Parit 1 : Fenomena masakini apabila golongan artis mulai menyokong dan sertai PAS telah mula mendatangkan kebimbangan pihak Umno/ BN. Walaupun pada mulut mereka katakan tidak, namun " kegelisahan " mereka dapat dilihat dengan tindakan " buruk " dan tidak bermoral penyokong dan pemimpin mereka pada hari ini.

Leman menyampaikan ceramahnya secara santai dan menghiburkan para hadirin.

Baru- baru ini, PAS Kawasan Bagan Datoh telah meneruskan penganjurkan siri ceramah penerangan isu - isu semasa dan politik dengan menjemput dua penceramah khas iaitu Tn. Hj. Azhar Yunus merupakan bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Perak bersama Sdr. Leman, seorang selebriti program realiti ( Raja Lawak- Astro ) sebagai tarikan rakyat tempatan dengan ulasan serta penerangan mereka untuk menyokong PAS dan menolak Umno/ BN.

Menurut Leman dalam ceramah penerangannya, hari ini kita sebagai rakyat Malaysia sungguh malang apabila dipimpin dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang sungguh " pengecut" dan lemah dalam sepanjang sejarah di negara kita. Ujar beliau, walaupun sebagai rakyat biasa yang mungkin tidaklah hebat dalam politik negara, dapat dirasakan bagaimana sikap dan keputusan sebagai seorang PM yang rakyat lihat sebagai sangat lemah.

Pelbagai isu dan skandal serta tuduhan ke atas PM, Datuk Seri Najib Razak. Sehinggakan masalah peribadinya menjadi perbualan rakyat biasa apabila isterinya dilihat seolah -olah " lebih berkuasa " daripadanya. Pembaziran duit rakyat, skandal rasuah, kroni dan berpuak - puak dan pelbagai lagi sememangnya tidak dapat dipisahkan terhadap mereka.

Kehadiran kira-kira 300 orang hadirin memenuhi khemah yang dipasang oleh pihak penganjur.


Selaku seorang selebriti, ujar Leman bukanlah sebagai satu penghalang untuknya terus menyokong dan mendokong perjuangan PAS dalam menuju kejayaan ke Putrajaya. Beliau yakin dan percaya, rakyat sudah sedar dan tahu siapakah yang layak untuk dijadikan pemimpin negara. Pastinya bukan lagi daripada Umno/ BN akan di undi rakyat.

Beliau yang menyampaikan ceramahnya secara santai dan menghiburkan telah menarik minat hadirin mendengarkan ucapannya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan