Rabu, 28 November 2012

APA KAH TANDANYA BILA PROJEK JALAN DAH JALAN ?

BUKAN TIDAK MAHU BERSYUKUR DENGAN KEMUDAHAN YANG BAKAL DITERIMA, TAPI..SYUKUR KAMI HANYA KEPADA ALLAH S.W.T, TAPI TIDAK KEPADA KERAJAAN YANG ZALIM DAN PENIPU..

Projek sekian lama di nanti, kini baru dirasai. Pembesaran Jalan di Selekoh dan Parit 1, Sg. Sumun sedang giat di lakukan ketika mana makin hampir PRU 13.

BAGAN DATOH : Rakyat di sini berasa gembira dan bersyukur apabila pihak berkuasa telahpun memulakan kerja- kerja membaiki dan membesarkan jalan utama di Parit 1, Sg. Sumun dan selekoh yang sekian lama tertangguh. Namun, rakyat melihat seolah- olah tindakan tersebut hanyalah sebagai umpan menarik undi kepada pihak Umno/ BN kerana semakin hampir Pilihanraya Umum ke 13 semakin pelbagai projek segera dilaksanakan di sekitar kawasan ini.

Persoalan tersebut seperti telah dijangka oleh ramai pihak. Jalan raya di sekitar Bagan Datoh adalah di antara jalan yang berkualiti kurang baik apabila sering kali rosak dan membahayakan kepada pengguna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan