MUKTAMAR DPPM KE 53 : PERWAKILAN BAGAN DATOH TURUT BERSAMA
BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA UMUM 13.
Seramai 4 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh
bermuktamar penuh semangat di Kota Bharu, Kelantan mulai 14 sehingga 15
November.
KOTA BHARU
: Bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya
Islam ( MPKB-BRI ) telah berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali
ke 53 di sini. Bertemakan “ Mencorak Masa Depan “ muktamar kali ini
menghimpunkan 700 orang perwakilan dari 157 kawasan seluruh Negara. Majlis
perasmiannya telah pun di sempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Y.Bhg. Tn.
Hj. Mohamad bin Sabu pada 14 November sekali gus ucaptama Ketua Dewan Pemuda
PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan At Tantawi.
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh turut tidak ketinggalan apabila
menghantar seramai empat orang Perwakilan ke muktamar kali ini. Mereka terdiri
daripada Ketua Pemudanya sendiri, Ustaz Ahmed Najiib bin Hj. Safar, Penolong
Setiausaha 3, Mohd Usamah, Pengarah Pilihan Raya, Tn. Hj. Muhammad Haidzir bin
Ajid dan Ustaz Mohd Amin bin Shamsudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan