FATHUL BARI " SOKONG " KENYATAAN PRESIDEN MCA, CHUA SOI LEK KAITAN HUDUD.
Ulama' Umno terus sokong pihak yang hina hukum Allah SWT, tiada istilah hudud versi PAS atau mana- mana pihak, hanya hudud dari Allah.
BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya apabila beliau seolah - olah menyokong dakwaan Presiden MCA itu berkaitan hukum hudud yang diperjuangkan PAS.
Kononnya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu) itu turut berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.
Paling mengecewakan lagi ialah apabila beliau turut percaya dan menyokong bahawasanya terdapat hukum hudud versi PAS. Sedangkan apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah berlandaskan Al- Quran dan Hadis sebagaimana terdapatnya hukum hudud tersebut dalam kandungannya. Seolah- olah, Fathul Bari ini tidak faham dan lagi menghairan, sebagai ulama' sewajibnya beliau memahamkan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam seperti Chua Soi Lek itu sendiri.
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh , amat mengecam kenyataan Fathul Bari tersebut sebagai kenyataan " menyokong " dan " menyesatkan " umat Islam dan menjauhkan lagi masyarakat bukan Islam tentang ajaran Islam itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan