Selasa, 15 Januari 2013

PERANTAU DISERU PULANG UNTUK PRU 13 : USTAZ MISBAH, YDP PAS BAGAN DATOH.

MAJLIS BERJAYA HIMPUNKAN ANAK-ANAK PERAK DI RANTAUAN BERAMAH MESRA BERSAMA PIMPINAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT PERAK

Majlis Tindakan DUN ( MTD ) seluruh Perak buka kaunter untuk semakan daftar undi.

GOMBAK :  Sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13,PAS Perak di bawah Jabatan Pilihanraya Negeri dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN ( MTD ) seluruh Perak telah mengambil langkah mengadakan sebuah majlis yang menemukan pengundi-pengundi luar yang berada di Lembah Klang dengan para pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat baru- baru ini.

Antara pimpinan yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husein, bersama 3 orang Timbalannya, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaludin, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Ustaz Razman Zakaria. Selain itu turut hadir pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Pengerusinya Dr. Manuty Mohd Nor dan Naib Pengerusinya, Madhi Hassan. Manakala DAP telah diwakili oleh Pengerusinya sendiri, Dato' Ngeh Khoo Ham yang juga merupakan Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Pantai Remis.

Menurut Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh mengharapkan agar semua anak muda dan pengundi luar di DUN Rungkup dan Parlimen Bagan Datoh dapat pulang apabila tibanya masa Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Beliau turut berkata, bahawa kuasa rakyat perlu dibuktikan melalui pilihanraya kali ini. Memandangkan, DUN Rungkup dan Parlimen Bagan Datoh dianggap antara pilihan untuk dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU ke13.

Sementara itu, petugas MTD Rungkup telah membuka kaunter semakan daftar undi di majlis tersebut.

Antara penyemak nama daftar undi daripada DUN Hutan Melintang penuh semangat memberi maklumat.

Petugas, Hj. Muhammad Haidzir Ajid sedang menjelaskan status daftar pengundi.

Sebahagian petugas MTD-MTD seluruh Perak sibuk menjalankan tugas masing- masing.

Seorang warga emas sedang menyemak daftar undinnya di Kaunter DUN Rungkup.

Petugas mengambil kesempatan untuk rehat .

Majlis ramah mesra itu menampilkan barisan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ) di pentas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan