Rabu, 9 Januari 2013

TIBA MASA UNTUK RAKYAT BANGKIT LAWAN KEZALIMAN : USTAZ MISBAHUL MUNIR

YDP PAS KAWASAN BAGAN DATOH MAHU RAKYAT BAGAN DATOH TURUT SAMA KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 12 JANUARI INI.

Sebagai membuktikan kebangkitan rakyat yang mahu membuat perubahan di negara ini, Ustaz Misbahul Munir menyeru rakyat Bagan Datoh turut serta ke himpunan Sabtu nanti.

RUNGKUP : " Rakyat diseru agar turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini." demikian seruan dan cabaran oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh kepada rakyat ketika menyampaikan ceramahnya di sini semalam.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak itu turut mengingatkan bahawa tujuan perhimpunan kali ini bukanlah satu himpunan rakyat biasa. Ianya adalah sebagai tanda bantahan rakyat ke atas kerajaan dan menuntut beberapa perkara sebagai perubahan demi rakyat.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan