Rabu, 5 Februari 2014

KECOH SURAT PALSU KELUAR PARTI...YB. KESAVAN MUNGKIN MANGSA SABOTAJ ?

Digemparkan lagi dengan isu wakil rakyat  keluar parti. Kali ini membabitkan seorang wakil rakyat di Perak daripada PKR. YB. S. Kesavan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Hutan Melintang dikatakan menulis dan menandatangi sepucuk surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak kerkenaan pengumumannya keluar parti PKR serta merta.

Beliau juga mendakwa bahawa dirinya keluar PKR kerana tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan PKR.

Namun, beliau telah menafikan surat dan kenyataan beliau keluar parti tersebut. Beliau juga menganggap isu itu hanya sebagai sabotaj daripada pihak tertentu ke atas dirinya dan PKR itu sendiri.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan