Khamis, 27 Februari 2014

KONVENSYEN PR KE 5 : LOGO RASMI SUDAH SIAP..

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima hari ini telah memutuskan logo rasmi konvenyen tersebut yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 8 Mac ini.

Logo tersebut dipilih selepas membuat saringan terhadap hampir 50 penyertaan dalam pertandingan logo Konvensyen yang dibuka sebelum ini.

Pencipta logo yang terpilih ini bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM1500 yang akan disampaikan pada hari konvensyen nanti.

"Pemilihan logo tersebut dibuat sesuai dengan tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima iaitu ‘Pakatan Membela Rakyat’," kata Zaidy Abdul Talib selaku Pengurus Media & Publisiti konvensyen tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan konvensyen yang kelima dan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah diamanahkan sebagai tuan rumah serta penganjur utama.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri dipilih sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen dan dibantu oleh Shuhaimi Shafiei dan Datuk Teng Chang Khim sebagai Timbalan Pengarah 1 dan 2.

Penganjur mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1000 orang perwakilan dari parti-parti Pakatan Rakyat ke konvensyen kali ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan