Jumaat, 14 Mac 2014

SOLAT HAJAT DAN BACA YASSIN : POLIS TANYA PROGRAM ANJURAN SIAPA !

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Selangor memberitahu tidak ada sebarang tindakan atau keterangan diambil oleh pihak polis berhubung solat hajat dan bacaan surah Yasin khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi sebaliknya hanya mendapatkan penjelasan biasa.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, pihak polis bantuan hanya memanggil beliau untuk mengetahui nama dan siapa yang menganjurkan program tersebut.

"Tidak ada apa-apa berlaku, pihak polis hanya bertemu dengan saya untuk mengetahui nama dan siapa yang menganjur program tersebut," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Solat hajat dan bacaan Yasin khas itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Selangor dengan kerjasama Pusat Perubatan Islam Darulaman Malaysia adalah khas untuk penumpang dan kru pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac (Sabtu) ketika perjalanan dari KLIA ke Beijing.

"Alhamdulliah semalam lebih 300 orang yang sertai termasuk mereka yang berada di KLIA dan prihatin terhadap insiden tersebut,” ujarnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan