Jumaat, 30 Mei 2014

DAULAT TUANKU..PAS PERAK SEMBAH TAHNIAH PERISYTIHARAN SULTAN NAZRIN SHAH, SULTAN PERAK KE 35.


PAS Perak sembah tahniah perisytiharan Sultan Nazrin Shah

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .




TELUK INTAN: PAS Negeri Perak mengalungkan sembah tahniah kepada Raja Dr Nazrin Shah Muizzudin Shah yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35 berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.


Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS menyembahkan setinggi tahniah kepada Raja Nazrin dan meyakini baginda dapat meneruskan legasi kecemerlangan pemerintahan Almarhum ayahnya iaitu Raja Azlan Shah.

"Kami akan patuh dan menjunjung taat setia terhadap Tuanku serta akan bekerjasama sebaik mungkin bagi memastikan keamanan dan kestabilan negeri dapat dikekalkan.

"PAS akan terus memastikan sistem beraja yang didokong selama ini dapat dikekalkan kewibawaannya seiring dengan Perlembangaan Malaysia," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.


Razman menjelaskan, PAS mendoakan agar negeri Perak bertambah makmur dan sejahtera di bawah pemerintahan Sultan Nazrin Shah.

Ujarnya, PAS akan terus menjaga hubungan baik parti itu dengan pihak istana dan akan bekerjasama sebaik mungkin bagi kemajuan, kemakmuran dan keamanan negeri.

"Kami yakin Tuanku dapat mengekalkan keharmonian rakyat di negeri Perak, dan PAS sangat komited untuk membantu serta menawarkan diri untuk menabur bakti ke arah menggemilangkan lagi negeri Perak serta rakyatnya," jelas Razman.- HARAKAHDAILY, 29/5/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan