Perutusan Kemerdekaan
ABDUL HADI AWANG | 01 September 2014.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kemerdekaan adalah suatu nikmat yang didambakan oleh setiap insan di dunia ini.
Perhambaan pula adalah azab yang paling menyakitkan. Justeru itu, Islam
mengarahkan agar setiap manusia hidup dalam keadaan merdeka.
Kemerdekaan yang sebenar ialah seperti apa yang pernah diucapkan oleh Rub'I bin
'Amir kepada Panglima Rustam: "Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan
sesiapa yang Ia kehendaki, daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan
hanya kepada Allah SWT, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan
akhirat".
Justeru itu, pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh PAS, Malaysiaku...Minda
Merdeka ada tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku dinegara Malaysia
sekarang kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang
telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat atau diikat dengan segala
sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang undang peninggalan penjajah walau
yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri. Pemerintahan kita
yang ada sekarang sebenarnya hanyalah peyambung misi dan visi mereka tanpa
perlu mereka disini.
Setiap kali menyambut kemerdekaan negara, hanya nama nama seperti Tunku Abdul
Rahman Putra AlHaj dan Dato' Onn Jaafar yang dinobatkan sebagai Tokoh
Kemerdekaan, tanpa menafikan peranan dan jasa mereka, di sana terdapat ramai
lagi tokoh tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Negara. Nama nama seperti Tuan
Guru Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Burhanuddin AlHelmi
dan ramai lagi tidak harus dilupakan oleh generasi mendatang sebagai peyumbang
kepada kemerdekaan negara.
Saya masih teringat kata kata Allahyarham Tok Ku Paloh, seorang Ulamak tersohor
di Terengganu yang pernah menjadi penasihat kepada Sultan Zainal Abidin lll
apabila ditanya oleh Tuanku Sultan tentang hasrat Inggeris untuk menjadi
Penasihat kepada Tuanku Sultan bagi memajukan Negeri Terengganu, Tok Ku Paloh
dengan tegas menyatakan kepada Tuanku Sultan bahawa beliau menentang
sekeras-kerasnya cadangan itu sambil berkata "Inggeris apabila masuk ke
bumi Terengganu, mereka bukan sahaja masuk dengan tubuh badan mereka sahaja
tetapi juga membawa bersama mereka adat, budaya dan agama mereka".
Saya mengucapkan syabas kepada Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media PAS Pusat
khususnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan dan
Hari Malaysia 2014 yang telah megambil inisiatif menlaksanakan program ini yang
di antara programnya ialah menghayati perjuangan tokoh pejuang Islam dalam
menuntut kemerdekaan dengan menjejaki tempat sejarah yang mereka tinggalkan.
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Sekian,
YB Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan