HENTIKAN
KEMPEN DAN PROVOKASI MELAMPAU, HANYA MENGUNDANG FITNAH KEPADA PIMPINAN DAN
JEMAAH
Melihat
situasi yang semakin keterlaluan menjelang pemilihan sempena Muktamar PAS
apabila serangan saraf dan sikap biadab sesetengah pihak hanya mengundang
kerosakkan.
BAGAN
DATOH :
“ Kita mohon dan berharap semua pihak sama ada pimpinan atau ahli PAS agar
tidak terlalu melampau sehinggakan berlaku fitnah-mefitnah dalam tempoh
menjelang muktamar kali ini,” demikian harapan pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan
Bagan Datoh.
Keadaan dan situasi ketika ini menyaksikan
seolah-olah adanya “penyakit” yang melanda PAS iaitu kempen dan provokasi
sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Ianya sengaja dilakukan untuk
memburukkan dan mengeruhkan PAS itu sendiri. Secara tidak langsung memberikan
gambaran tidak baik kepada rakyat khususnya ahli PAS seluruh Negara.
Kemajuan teknologi dan kecanggihan zaman
menyebabkan lebih mudah berita-berita dan cerita disebarkan tanpa sekatan.
Kadang-kadang atas sifat keghairahan dan nafsu manusia itu menjadi factor utama
berlaku sedemikian rupa.
PAS yang akan bermuktamar pada 2- 7 Mei 2017
yang dimulai dewan-dewan, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat
seterusnya diikuti PAS Pusat sendiri. Kali ini semua muktamar berlangsung di
Selangor dan antara lokasi terlibat ialah Kuala Selangor, Shah Alam dan Gombak.
Muktamar pada kali ini juga menyaksikan
adanya pertandingan Jawatankuasa Kerja setiap dewan dan PAS Pusat.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut
meluahkan rasa terkilan dengan beberapa sikap dan perangai ahli juga pimpinan
PAS di semua peringkat suka berkempen secara malampau. BAHKAN ada juga yang
sanggup melakukan fitnah dengan mereka cipta cerita-cerita palsu yang hanyalah
untuk memburukkan individu atau berkumpulan.
“ Lebih biadap dan melampau ialah ada yang
sanggup memburukkan Tuan Guru Presiden sendiri. Bukan itu sahaja, ulamak juga difitnah
dan dicaci dengan pelbagai tuduhan,” tambah Muhammad Zulfa Abdul Malek selaku
Ahli Jawatankuasa DPP Kawasan Bagan
Datoh.
Sukacita DPP Kawasan Bagan Datoh menegas dan
menyatakan pendiriannya bahawa akan terus menyokong kepimpinan Ulamak dalam
memimpin PAS disemua peringkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan